Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2005

NOTA MALAM HARI

Sejak akhir2 ni aku rasa blank. Nda tau mau letak apa dan mau isi apa dlam blog! Semalam aku sudah rancang mau tulis apa, tapi bila ngadap komputer, kosong....dimensi membutakan mata memekakkan telinga, lalu diri menjadi hampa( sajak Dian dlm Alhamdulillah). Di ofis pun, skrg ni lengang tanpa kekucar-kaciran sbb bos keluar, staf yg lain pula ntah pigi mana @$%#^#$. Dalam banyak program yg aku handle, rupa2nya yg paling mencabar bila buat projek sendiri. Dinner ngan VC dan budak2 antrabgsa! Banyak yg aku belajar dari penganjuran program sebegini. Suara aku semalam mencadangkan satu pengisian utk Nota Suara Aku ni. Mungkin la, mulai minggu depan aku akan mengisi blog ni dengan analisis kes2 yang aku mau kaji macam kenapa orang suka merokok, kenapa minat ngan bolasepak ka, minat terhadap buku2 cerita atau novel ka, pandangan isu2 semasa, tengokla kalau ada sumber bahan dan ikut mood! Petang ni, bajet 2006 akan di bacakan. Ramai yang pasti menunggu2 apakah tumpuan tahun depan. Perokok2 su

RAKAN BLOG!

Hari ini, satu demi satu rakan blog aku temui dan ada jugalah kwan sembang2 pasal IT dan sedara2 nya! Semalam dengan Am, sbl tu dgn Azhan dan hari ni dengan ezarul pula dan syahrul. Aku minat tengok hasil kerja durang dalam kerja2 design ni. Untuk mengenali dengan lebih rapat dengan durang ni, aku YM la. Senang sikit mau cerita latar belakang durang mengenai minat dengan blog2 ni. Ada banyak sebenarnya blog tapi aku hanya minat beberapa blog yang menarik dari segi penyampaian dan isi blog durang ni. Contoh blog pertama yang aku kenal, azhan.blogspot. Dari sini baru aku tahu pula ada cara yang lebih mudah untuk menyimpan catatan harian. Kiranya macam diari la. Pengisian yang ada dalam blog ni lebih kepada pendapat mengenai sesuatu isu. Azhan jugala yg mengajar aku cara2 buat blog ni. Minat kepada MI2 membawa aku kepada fiqarash blog. Fiqarash ni menyimpan segala cerita mingguan MI2 dan juga ramalan nya sendiri siapa yang bakal terkeluar dan membuat penilaian sendiri lagu2 yang disampaik

CATATAN 1

Aaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhh! Kemarin suara aku tidak mengeluarkan sebarang nota pun untuk dikongsikan bersama. Lalu aku mengambil keputusan untuk menambah dua lagi blog baru yang mempunyai tema tersendiri. Satu tu aku himpunkan rencana2 dari Utusan Malaysia dan Berita Harian. Blog ni macam simpanan data aku la untuk rujukan akan datang. Jadi nda payah la aku penat2 ,mencari lagi lepas ni. Dunia Hari Ini lebih kepada cerita yang berlaku di Malaysia, tapi kadang2 akan ada juga isu2 besar dunia dan boleh di layari melalui www.catatrujukan.blogspot.com Blog kedua pula lebih unik sebab aku guna nama moxrenolium. Ini nama satu angin yang ada dalam badan aku yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Mungkin angin ni nda membahayakan dan mungkin juga berbahaya! Pengkisahan dalam blog ni lebih kepada peribadi aku, dari lahir sehingga lah ke masa kini. Aku akan bercerita secara episod demi episod. Bukan apa, sekadar untuk mengingatkan aku tentang pengorbanan yang mak bapa ku buat kepada ku. Bany

Kecelaruan sebutan cemari bahasa Melayu

Oleh Umminajah Salleh (Felo Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA), Universiti Teknologi Mara, Shah Alam) KETIKA kecil, radio adalah saluran penting untuk hiburan umum. Peranan dimainkan amat berkesan dalam memperkenalkan masyarakat luar bandar kepada dunia di luar kepompong kehidupan harian di kampung. Pada zaman itu, dunia luar saya merangkumi masyarakat yang menggunakan bahasa hampir serupa dengan apa yang dituturkan masyarakat setempat. Ketika itu, tanah di seberang Selat Melaka dan Laut China Selatan itulah yang merangkumi dunia luar saya - negara serumpun Indonesia. Saya sering tumpang berhibur dengan mendengar radio, sama ada drama, lagu kegemaran atau temu bual dengan penghibur tempatan (selatan Malaysia dan Singapura) dan Indonesia. Pada usia mentah sekitar sembilan tahun, saya tidak faham pokok perbincangan sesi temu bual, tetapi apa yang jelas bagi saya ialah perubahan ketara pada pertuturan pengacara radio apabila berinteraksi dengan personaliti dari Indonesia. Seca

APA KES HARI NI?

Hari ni, macam biasa dimulakan dengan bangun, mandi, pakai baju, pigi kerja! Aku pikir semalam, banyak yang mau di tulis tapi bila sudah sampai depan komputer, blank pula! Selamat hari isnin Iskandar.... Selalunya bila tiada topik untuk dikemukakan aku menjadikan topik pagi di era sebagai bahan pemula atau intro. Jadi topik pagi tadi sikap penyokong2 bola sepak negara kita. Kemenangan Selangor sebagai juara Piala FA dicemari dengan kes penonton yang ganas akibat tidak dapat menahan ke'excited'an durang menang piala. Masalah dalam bolasepak ni memang tidak akan berakhir, di luar negara sendiri pun keadaan ni adalah lumrah bagi peminat2 bola. Tidak kira lah pusingan awal atau akhir, cuma akhir menjadi tumpuan sebab media kehabisan modal untuk memanjang-lebarkan topik bola di Malaysia ni. Pilihanraya kampus juga sudah terasa bahangnya. Tapi sayangnya, perang poster masih tidak dibenarkan seatakat ini, sehinggalah calon yang bertanding dapat diketahui. Aku sempat melawat web

PICNIC DI SG GABAI

Yahooooooooo! bestnya hari ni, dapat pigi picnic dengan satu floor di sg. gabai. 7.15pagi proses membangunkan member2 dan persiapan dengan segala peralatan macam tuala, seluar mandi, dan duit sikit. 8.45pagi berkumpul di Petronas dan mula bergerak ke tempat yang dituju. Seramai 16 orang ja yang pigi sebab yang nda dapat pigi atas sbb yang tidak dapat dielakkan. 10.00pagi tiba di tempat dituju,tapi kena tunggu konvoi bermotor lagi....durang belum sampai la! kira2 jam 10.30 baru sampai dan bermulalah perjalanan kami ke tempat yang difikirkan sesuai. Kami naik tangga. Punyala tinggi hampir nda larat aku naik... Tapi usaha gigih kami terbayar dengan suasana yang cantik, ada air terjun! 11.00pagi bermula la acara dengan menggelongsor di air terjun tu dengan sepuas-puasnya! Lepas tu kami main 'war game' guna tepung ja. habis game, sambung balik mandi2 sampai terasa lapar. Kami pun makan la nasi goreng kampung yang di order tadi pagi di cafe kolej! Kenyang!.... 12.30 acara mandi disam

MENANG!

Aku dan tim masuk final debat budi bahasa inter-PTJ dan yang pastinya asif akan menjadi pesaing terakhir ku untuk mendapat kejuaraan tahun ni. Semalam kami kalahkan tim FEM dan asif kalahkan FBMK2. Hebat juga FEM ni. Cuma pengalaman yang membezakan antara kami dan menjadi jurang kemenangan kami. Tapi final nanti mungkin menjanjikan pertandingan yang sengit sebab asif, dijah dan faizurah tu bole dikategorikan sebagai tim yang berpengalaman semuanya manakala tim aku pula hanya aku sorang yang ada pengalaman, 3 orang lagi junior yang memang 'fresh' lagi. Jadi aku sudah menyusun strategi untuk melatih dengan lebih kuat lagi pada Isnin ni dan Selasa sebelum final berlangsung. Malam ni penentuan sama ada Nita akan menjadi Idol seterusnya atau tidak. Tapi sayang nya semalam aku nda dapat tengok MI2 sebab betembung dengan debat semi final ni la! Chelsea pula akan lawan Aston Villa untuk EPL. Jangan bolos malam ni,kekalkan kemenangan tanpa bolos k. Itu ja lah yang ada pada hari sabtu ni

MALAYSIAN IDOL2 DAN IDENTITI

Malam ni Nita akan berlawan dengan Daniel untuk MI2. Aku dari awal lagi memilih Nita untuk menjadi idola kali ini. Walaupun Nita kata, dia nda bole nyanyi pelbagai lagu, tapi itu nda menjadi masalah bagi aku. Tidak semestinya dia nda bole menjadi idola malam ni! Kebanyakan komposer hari ni, ingin mencari artis yang sempurna untuk dijadikan aset. Ini lah modal diorang untuk mengutuk peserta2 realiti TV macam MI dan AF ni. Aku tidak setuju sama sekali. Yang penting sekali bagi aku ialah personaliti dan identiti mereka. Nita ada personaliti yang menarik dan 'cute'. Begitu juga dengan Faizull rock orang kampung dan juga bandar ni. Aku tengok dan perhatikan, apabila seseorang itu cuba untuk menyanyikan pelbagai lagu sedangkan tidak mempunyai keupayaan, ini bukan artis yang mempunyai identiti dan personaliti tetapi hanya mengikut trend terkini. Sebenarnya, aku mau kaitkan cerita hari ni dengan personaliti unggul yang kita cari sebagai jati diri generasi muda hari ni. Kita tidak

BERSYUKUR ATAS NI'MAT ALLAH

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya mengalahkan kaloi atau fbmk. Sedih sebab kaloi terpaksa mencari teamate lepas 3 ahli grup asal menarik diri di saat-saat akhir, akhirnya durang nda kuat malam tu. Kalou sorang ja yang berjaya mempengaruhi juri tapi disebabkan tim kami konsisten, kami menang!. Aku sedih juga sebab aku terpaksa mengalahkan fakulti ku sendiri biarpun tahun lalu aku dengan kaloi dan k-rul menjadi juara debat kemerdekaan untuk 2tahun berturut-turut. Kemarin, bila jiha sms cakap dia nda bole wakil, aku macam redha ja. Terpaksa la aku mengajar junior2 berdebat. Mungkin nilah ujian dari Allah kepada hamba-Nya. Alhamdulillah, fbmk tidak menghantar pasukan terkuat nya semalam. Aku baru buka tadi blog klinikminda, kemudian rujuk blog azhan pula. Jadi aku juga mau memberikan pendapat aku sendiri lah. Aku rasa ni ada kaitan dengan syukur sebenarnya. Blog bagi aku adalah satu alternatif mudah bagi individu yang ingin meluahkan pendapat tanpa menunggu masa yang lama untuk di papark

HARI YANG PENUH CABARAN DAN MENDEBARKAN

Hari ni,aku akan jumpa tim fbmk untuk debat budi bahasa...kenapa mesti jumpa tim tu,aku mesti kerja keras la ni. Banyak kerasnya yang aku mesti buat. 1. ajar budak2 junior ni berdebat 2. jangan terima celahan kaloi 3. buat kerja dengan baik ja 4. cari jalan macmana mau tumpaskan fbmk 5. mau kenakan kaloi malam ni! 6. kasi naik angin nya, supaya dia kurang budi bahasa! 7. cari bahan dan maklumat lagi pasal budi bahasa ni 8. mencari kekuatan diri menang memang rezeki la, kalah memang durang kuat!mau cakap apa lagi skrg, time aku tulis ni aku sedang YM dgn sahabat ku di ums...iskandar namanya. Aku suru dia tengok blog ni, tapi bilangnya nda mau sebab teda namanya. Member aku skrg ni sdg gila babing...pening banyak kerja katanya...biasalah presiden cikgu2 d ums. siap menangis2 lagi sbb nda tau mau buat apa?buat bodo ja la...macam nda biasa pula. ui geng, relek...nanti banyak pikir migrain lagi ....siapa susa...jawab sendiri la ari ni juga takziah pd kak habsah(staf d ofis), emaknya kembali

KECELARUAN MENTALITI MEMBANTU RAKYAT MALAYSIA

Taufan, ribut atau macam-macam ‘bencana alam’ semakin banyak berlaku di seluruh dunia. Pelbagai reaksi yang dapat kita perhatikan dari pemimpin-pemimpin dunia, pakar-pakar kaji bumi, intelek negara hinggala kepada rakyat awam yang mempunyai pengetahuan yang cetek. Aku melihat dari perspektif orang awam yang mempunyai pengetahuan yang cetek, kita mendapat berita dari seluruh dunia melalui laporan media. Namun, aku sedih kerana liputan ini hanya tertumpu kepada tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai sahaja dan selalunya tumpuan sebegini akan mendapat publisiti yang besar! Ini termasuklah bantuan ‘ikhlas’ kononnya. Bukan untuk mempertikaikan bantuan Mercy, tetapi kita lihat apakah bantuan yang diberikan oleh Mercy ini kepada mangsa bencana alam di Sabah dan Pahang atau negeri pantai timur ini. Dalam negara pun, kita mengambil masa yang lama untuk mengumpul sekarelawan, membantu mangsa dan menghulurkan dana sumbangan. Sedangkan apabila berlaku tsunami di Acheh, tempoh hari, Mercy dan ban

NISFU SYAABAN

Syaaban adalah bulan Rasulullah s.a.w. Bersabda baginda yang maksudnya, "Dinamakan dengan Syaaban (Berserak-serak) itu adalah kerana didalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak." 1.Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda. 2.Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya. 3.Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di akhirnya maka Allah akan manuliskan baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid. 4.Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al-Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak. 5.Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan A

ANUGERAH ERA 05 DAN SERUNDING

Best nya AE05 semalam. Aku paling suka tengok persembahan Siti dan Adam..mantap!gembiranya Adam menang 2anugerah dgn KRU, nda sia2 aku vote. tapi nda banyak juga yg aku vote kena, azharina ja. Ziana kalah, SO7 kalah, rabbani pun kalah....biarlah durang. ahhh lupa pula, Sepet pun aku vote juga. Hari ini ingat mau surf intenet cek web DBKK tolong c azrul burung buat teks pidatonya,tapi nda sempat la pigi CC. Malam ni ada program kolej Penyerahan Sumbangan Aidilfitri kepada ATM. Bukan senang woo mau buat serunding ni. Satu minggu tugasan di bagi kepada setiap floor . Hari Selasa ambil ikan bilis 7-8kg setiap floor utk di hancur-lumatkan sebelum diserahkan semula pada malam Jumaat. Kemudian, hari Jumaat malam ada kupas bawang beramai2. Macam kenduri kawin pula. Hari Sabtu mulala kerja2 memasak oleh warga kolej. Dari pagi sampai malam, menggaul ja kerja....Sampai la pukul 10malam semua kerja memasak pun selesai. Sekarang kerja mengeringkan serunding dan pembungkusan oleh penghuni yang terpi

ANTARA DUA DARJAT

Hari ni aku mengajar junior2 kolej utk debat sempena budi bahasa peringkat universiti. Aku turun pun pukul 11.30pagi sedangkan masa yang dijanjikan 10.30pagi....biasala tu aku tidur lewat semalam sebab bukan selalu dapat tidur lambat. Cuti lah katakan, jadi aku pun bangun lambat la jawapannya. Aku tengok sambungan filem RED EYE yang tertangguh sebab member pinjam cd2, mendebarkan jugalah ceritanya. Aku macam mau tolong ja heroin nya tu. Nasib baik budak perempuan dalam flight tu sorong begnya. Aku bagi 4bintang utk filem ni... Lepas training debat, ajar budak2 ni, aku pun stat main game sampai gila petang tu.... itula kisah yang memboringkan di hari sabtu... kadang2 kita mengeluh sebab kerja banyak, tapi kita juga mengeluh kalau tiada kerja dibuat. Tapi bila difikir2 alangkah ruginya hidup ni sebab kita sengaja membiarkan kosong masa tidak diisi dengan benda2 yang berfaedah macam baca quran ka, solat sunat ka, atau paling mudah pun puasa di bulan syaaban. Sebut puasa ni, nda lama lagi

GERAMNYA HARI NI!

Hari ni ada public lecture lagi, tapi kali ni aku nda suka la dengan penganjur yang banyak betul durang punya masalah. Sudah la suruh orang buat kerja, lepas tu banyak pula yang di minta, kalau di bagitau awal2 aku nda kisah, tapi bila sudah las minit baru mau itu la inila. Kemarin ja pun 4 kali angkat kerusi keluar masuk keluar masuk. Sekejap bilang datang, sekejap bilang nda datang. Ni la kalau semua pun mau, yang di kejar nda dapat, yang dikendong berciciran. Hari ni pula, banyak masalah macam maik nda berfungsi, ekon pun nda berfungsi...panas! Nasib baik, bos ku nda marah sebab memang salah durang, bukan kami.... Lepas solat Jumaat tadi pula, dalam lif ada orang mengeluh bilangnya, ari ni panas. Nota Suara Aku macam bengang, tu la bakar lagi, guna kereta nda agak2...aaaiii Kampus Hijau pun panas juga ka? Kalui kalah dalam Pidato Kemerdekaan, semalam dia cakap dia berundur sebab blank. Kesian dia. Patutlah kalah. Mula2 aku pun tekejut juga dia kalah, nda mungkin lah orang yang

WANG SYILING RM1

7 Disember ni, wang syiling RM1 tidak lagi bernilai untuk urusan urusniaga. Tapi bila aku dengar radio Era pagi tadi dengan topik pagi di Era, ada kedai runcit yang tidak lagi menerima pakai duit syiling ni dengan alasan malas untuk ditukar di bank! Kemudian dalam akhbar hari ini pula, Bank Negara menyatakan bahawa masalah pemalsuan duit syiling RM1 ni hanya terpencil. Sedangkan, hampir separuh duit syiling RM1 daripada RM34 juta di pasaran adalah palsu! Pelik tapi benar, inilah masalah mentaliti kita. Selagi tidak memberi kesan kepada diri atau negara, maka sesuatu perkara akan di pandang remeh. RM1 ni, dihentikan penggunaannya atas sebab pemalsuan ini juga. Bila bercakap wang syiling ni, aku teringat pula dinar emas yang pernah heboh beberapa tahun lalu. Sekarang tidak ada lagi ura-ura atau cerita mengenai dinar emas ini. Seperti biasa, kita hanya ibarat hangat-hangat tahi ayam. Wang banyak mempengaruhi corak perjalanan manusia kini. Tanpa wang, semua urusan kurang menjadi. Wang men

MAHASISWA OH MAHASISWA

Kalau padi yang ditanam Jangan lalang yang naik Kalau budi yang ditanam Jangan petualang yang bangkit Mungkin ini adalah pesanan kepada mahasiswa/i yang sedang menuntut di universiti awam dan swasta. Ini mengingatkan bahawa segala yang diperolehi sekarang adalah hasil daripada usaha kerajaan memberi kemudahan pembelajaran kepada rakyat seluruhnya. Kita tidak inginkan apa yang berlaku semasa tragedi Tian An Men berlaku di negara yang aman ini. Kekuatan yang ada pada mahasiswa/i begitu sukar untuk digambarkan sehingga kerajaan diktator Sukarno tumbang di tangan mahasiswa/i. Justeru lahirlah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) pada tahun 70an yang menjadi racun kepada kelesuan mahasiswa/i seterusnya masyarakat amnya. Namun pasti ramai sekali yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini dan tidak kurang yang berang. Keadaan mahasiswa/i yang tidak bertenaga ini dikatakan berpunca daripada diri sendiri sehingga melupakan bahawa persekitaran universiti juga adalah faktor terpenting yang

HAK ASASI MANUSIA

Hak asasi... Pagi tadi aku baca artikel, seorang bapa yang tidak bersetuju dengan komen yang diberikan oleh Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Prof. Datuk Hamdan Adnan apabila tindakan melarang remaja keluar rumah selepas pukul 12 tgh malam adalah melanggar hak asasi manusia. Timbul persoalan di sini, apakah dia hak asasi, siapa yang menciptanya, dari mana mandat diperolehi dan betulkah wujudnya 'hak asasi'... Aku setuju dengan pendapat penulis dalam ruangan forum tu. Adakah ibubapa telah melanggar hak asasi manusia apabila melarang remaja keluar rumah selepas pukul 12 tgh malam dan asrama juga bersalah bila melarang pelajar2 asrama di larang keluar asrama? Kadang-kadang aku hairan kenapa makin tua makin tidak pandai berfikir secara waras!Bagi aku , hak asasi ini suatu yang boleh diterima tetapi biarlah tidak sehingga menimbulkan masalah dan kesan negatif kepada umum. Seperti kes larangan keluar selepas pukul 12tgh malam, aku sangat bersetuju dan buk

ISNIN KEMBALI LAGI

Bangun awal Solat Subuh Mandi Pakai baju Jalan kaki pigi kerja dan.... inilah yang berlaku setiap hari Isnin sampai Jumaat! Hari ini mesti siapkan alamat untuk pelajar antarabangsa untuk jemputan makan malam nanti. Pelajar universiti pun baru pulang dari kampung masing2 kemarin lepas cuti seminggu. Syoknya durang dapat balik kampung, tapi aku orang jauh cuti sekejap mcam ni nda bermakna apa2, lebih2 lagi praktikal. Jadi sabar ja! Chelsea pula terus unggul di Liga Perdana Inggeris tanpa bolos..... chelsea chelsea ! Kepada MU(del) ka, Arsenal(kalui) ka jangan sedih game masih awal...tapi itu nda akan mengubah apa2.. Macam biasa la, hari Isnin.. Aku ingin ucapkan Selamat Berhari Isnin. Jadikan hari isnin, hari bahagia anda! Kak Mang, relek a!

HARI NI DALAM SEJARAH

Hari ini umur c fadhli semakin bertambah genap 16 tahun. Tarikh lahir yang mudah di ingat sebab sama dengan tarikh WTC runtuh dilanggar kapal terbang pengganas. Selamat Hari Lahir Bos! Semakin bertambah umur kita dari hari ke hari, maka semakin hampir kita dengan destinasi kedua kita. Sudah bersediakah kita untuk menghadapi munkar dan nakir di alam kubur nanti? Sendiri mau jawab lah. Persoalan siapa punya angkara kejadian Sept11 pun masih belum terjawab hingga ke hari ini. Tapi aku masih dengan pendirian, ini bukan kerja orang lain, sebaliknya hanyalah sandiwara pihak2 yang berkepentingan. Semalam, aku berjaya mengalahkan asif dalam boling. Hahahaha, tertebus juga kekalahan ku time malam merdeka hari tu. Bahkan lebih menggembirakan aku berjaya mencatat rekod peribadi sebanyak 169 jatuhan pin. Lepas tu, dapat hadiah pula tu dari UIAM sebab malam tu aku ranking nombor4 daripada 40 orang pemain, grup ku pula ranking ke4 keseluruhan mengalahkan tim vogue de vas pimpinan vaa..bzzzzz utk gru

DEBAT LEBUHRAYA

Hari ini ada pertandingan debat lebuhraya intervarsiti...sempena jubli perak LLM..pagi tadi nda sempat buat nota tentang perdebatan antara UPM dan UMS...tapi ringkasnya UMS kalah! Sekarang aku sedang menyaksikan debat antara UiTM vs UPM.suku akhir.Tapi kenapa aku nda bedebat? hahahahahah sbb TNC tak bagi aku bedebat....bilangnya aku nda buat kerja sebagai timb S/U MPPUPM...jadi sebagai hukuman nya aku nda bole berdebat!Apa2 aje.... Bercerita tentang debat, sebenarnya aktiviti ni seharusnya di luaskan skopnya. bukan hanya di peringkat IPT tapi juga mungkin di peringkat lebih terbuka...barula mahasiswa dapat menjana minda dengan lebih tajam lagi. Tapi apa yang menyedihkan debat seperti ini, tidak mendapat perhatian pihak media. Jadi kurang lah sambutan daripada mahasiswa sendiri. Hari ini, aku bangun awal lagi biarpun nda kerja. apa ndanya, ikut abg mamak pigi UIAM awal....dia kan hakim..Jadi malam ni aku nda balik kolej...tidur hotel!biasala.... malam ni mungkin main boling dengan asif,

ME VS HIGH HEELS

Best ka tajuk nya? Inilah filem yang aku tengok kemarin di bilik lepas pulang kerja. Sangat best ceritanya. Pelakon2 nya mungkin kurang popular seperti Dian Sastro atau Nicholas Saputra. Tapi cerita ni lebih bagus dari Tentang Dia atau kalau di Malaysia mungkin setanding filem Sepet. Menceritakan seorang remaja perempuan bernama Shasha yang berjanji tidak akan menjadi perempuan feminin sebaliknya identiti yang ingin ditonjolkannya sebagai tomboy. Tapi semuanya berubah apabila bertemu dengan pemuda bernama Arnold, adik tiri kepada Dondo teman baiknya. Maka bermula lah cerita dan episod pergolakan identiti antara feminin dengan prinsip hidupnya. Namun ini tidak disukai oleh Ronald sebagai teman baiknya. Apakah selanjutnya....tingok sendirilah. Tapi yang pasti cerita ini, aku simpulkan filem ini sebagai filem yang baik berbanding filem Malaysia seperti SH3 atau filem remaja terkini. Perbezaan antara filem Malaysia dan Indonesia ialah, filem kita lebih menjurus kepada perkembangan remaja

KHAMIS

Huhhh...penatnya rushing pegi kerja. Jam di tangan menunjukkan yang aku sudah lewat 5minit. Nda kan lah bulan ni 2kali lewat kan. Tapi, Allah masih menyayangi ku.Punch Card belum mencecah pukul 8. Terasa ceria kembali diari hidup ku. 7.57 minit pagi. Sejuknya hari ini, time subuh tadi hujan mendinginkan aku yang keseorangan di bilik sebab roomate ku balik Pulau Pinang kemarin. Grup debat akan betolak ke UIAM untuk misi menjuarai Debat Lebuhraya. Aku sentiasa menyokong mereka dari belakang dengan sumber-sumber yang akan membantu durang. menang,menang,menang! Sekarang bos tiada di ofis jadi bole la taip nota untuk hari ini. Pagi tadi aku sempat buka blog nizam dan kawan2 nya. Aku suka tengok blog xhazairinbudimax,gambar yang dibuat menarik sangat. Paperwork bengkel tetinggal pula di kolej, alamatnya besok la baru hantar. Okla, aku pun mau pigi breakfast di cafe dgn staf yang lain...chau cincau

DA BOMB

Cantik menarik tertarik kau memang da bomb! Satu orang staf di ofis aku ni tiba2 menyanyi. Hebatnya penangan Ruffedge ni. Sebut perkara lirik lagu ni, aku ingat juga adik bongsu aku(wawa) mengigau di tengah malam menyanyi lagu Ahli fiqir...angguk-angguk geleng2.. sabar.sabar.sabar.sabar.sabar. kami satu keluarga ketawa... kawan ku pun pernah juga secara tidak sengaja menyanyi...kudaku lari gagah berani dan perkara yang sama berulang, aku dgn kalui berpandangan sesama sendiri dan ketawa sambil menyindir.....meracau ka apa budak ni! Tapi itu semua lumrah dalam dunia, sentiasa terfikir sesuatu bila kotak fikiran kosong. Dan kadang-kadang, tersembul di mulut tanpa sempat berfikir terlebih dahulu baik buruknya sesuatu perkara. Semakin tinggi jawatan atau peranan dalam sesebuah organisasi, maka semakin besarlah impaknya. Contohnya, kenyataan DAP bahawa Tunku bukan hero kemerdekaan menyebabkan pemuda UMNO meracau seketika. Sebelum itu pula, apabila kerajaan ingin mewujudkan semula DEB, kemud

KANAK-KANAK GANAS

Hari ini aku dengar topik di era pasal kenakalan kanak-kanak melampau. Nampaknya, durang hari ini semakin advance melakukan jenayah. Aku baca akhbar pun, jenayah yang dibuat oleh kanak-kanak ni meningkat dari hari ke hari. Apa punca masalah ni berlaku? Aku nda bole menyatakan seratus peratus berpunca dari ibubapa sendiri. Tapi, hamapir 70peratus berpunca daripada kawalan ibubapa juga. Anak-anak ini memerlukan perhatian daripada ibubapa. Inilah tempat durang menyatakan masalah dan membincangkan dengan ibubapa. Tapi bila ibubapa gagal menjadi seperti yang diharapkan anak-anak, maka durang akan mencari tempat bergantung yang baru. Mungkin kawan sekolah atau jiran tetangga menjadi alternatif untuk durang meluahkan segala masalah. Maka pengaruh daripada rakan-rakan itu menjadi dominan secara tidak langsung. Aku tengok kanak-kanak sekarang menjadi liar dan terbiar. Kalau kita berjalan-jalan pusat membeli-belah, dengan siapakah kanank-kanak ini selalunya didapati bersama?Jawapan yang nda bole

SURE HEBOH

Semalam aku pigi sure heboh dengan roomate ku dengan membernya. Bestnya dapat jumpa artis2 dari dekat. Dapat jumpa Pija, Nabil, FO3, Azza Elite dan ramai lagi lah. Banyak boot yang menawarkan harga istimewa setiap barangan2 yang dijual. Aku sempat beli swissroll lonbisco. Sedapnya...Buku pun aku mau beli juga tapi duit bawa sikit ja. Aku juga mau bagi pandangan terhadap perngunjung2 yang datang. Bakal2 YB kita masa hadapan paling membimbangkan. Rasa macam bukan di Malaysia ja. Pakai baju serba hitam dengan tulisan hampeh dan menyakitkan mata. Perempuan pula pakai baju sendat nampak pusat dan seluar dalam!(mau tulis pun malu ni). Inikah fesyen terkini? Kenapa durang nda bole pikir sendiri faedah dan mudaratnya fesyen ni! Sudah la pakai begitu, bila ada lelaki tingok, malu pula dan 'boyfriend'nya marah! hahahahaahhahahaha alang-alang baitu. Lepas tu masalah sampah memang nda akan pernah selesai. Biarpun ada boot kitar semula, tapi masih gagal memupuk sifat kebersihan dalam diri m

SEMUA TENTANG LAMBAT DAN MALAS

Kemarin aku balik kerja lambat...jam8.30 baru balik. Hari ni pun aku datang kerja lambat...jam8.30 baru sampai. Mungkin sebab aku tidur lambat semalam...jam1.30pagi baru tidur. Aku tidur lambat sebab floor ku lambat baca yaasin...jam12.00tgh malam baru mula. Aku bangun pagi tadi pun lambat juga, 7.30 baru bangun!pemalas la aku ni. Aku makan semalam pun lambat...senang cerita lepas baca yaasin baru makan,itupun roti canai ja'.makan pun malas Kertas kerja untuk bengkel pun belum lulus lagi, sebab lambat juga urusannya. Kawan-kawan ku pun malas mau foloow-up . tapi ini semua bertentangan dengan arus sekarang yang semuanya pantas. masa berlalu begitu pantas. maklumat yang diperolehi pantas. sedar nda sedar, aku sudah hampir 2bulan praktikal.. bulan depan sudah abis pula praktikal, tahun depan pula sudah grade,insya-Allah! Tapi rugila orang-orang yang malas dan lambat, satu maklumat kita dapat,1001 maklumat datang.

MERDEKA YANG DISALAH ERTIKAN

Semalam seluruh rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan tahun ke 48. Aku jalan-jalan dengan asif pigi Putrajaya rancang mau shopping! Mula-mula servay harga kasut. Semua kedai kasut aku masuk. Last-last sampai dua kasut aku beli untuk jalan-jalan dan utk pigi kerja. Tapi aku rasa jimat la biarpun membazir sebab sampai dua kasut aku beli. 2 kasut utk rm120.00. Murah kan! Di Alamanda kemarin ada pertandingan breakdance dgn tema 'break for freedom'! Lucu aku tingok tajuk nya dengan motif game ni dibuat. Remaja sekarang lebih suka menunjuk-nunjuk yang durang ni bole juga jadi macam barat. Pusing-pusing kaki di atas kepala di bawah, tapi kagum juga sebab durang ada kemahiran. Tapi yang nda bestnya, anak dara pun ikut juga! tolong lah.kita Melayu k...and you a girl!You don't have a dignity?It's a shame! Ini bukan kemerdekaan yang sepatutnya ada pada gadis Melayu.Biarlah barat dengan budayanya, tapi kita jangan sesekali hilang budaya kita.Satu yang memang nda boleh ditukar