Skip to main content

Posts

Showing posts from 2008

Tahun Ini dan Esok

belakang NSA berubah warna dari biru gelap kepada hitam. pada mulanya aku tukar warna putih, namun warna putih akan menenggelamkan warna catatan yang aku tukar sebelum membuat catatan... akhir nya warna hitam menjadi pilihan terakhir.. mungkin kah warna hitam akan mewakili prisma pandangan aku yang selama ini dihiasi dengan kebaikan dan ketulusan...esok seluruh dunia akan beralih kepada satu lagi tahun yang di ramal mencabar... 2009 banyak perkara yang berlaku di tahun 2008, walaupun begitu, aku masih tertinggal dengan deretan benda yang hanya menjadi impian di tahun 08 ni... dan mungkin akan dilaksanakan dan dicapai untuk tahun 2009. Benda paling penting berlaku di tahun ni, aku mendapat kerja yang baru pada 15Julai2008 (tarikh yang penting dan begitu bersejarah dalam hidup aku, kerana ini adalah tarikh lahir perempuan yang berjaya menarik perhatian ku tahun 1997 dan aku gagal memilikinya) sampai ke hari ini, aku masih menyimpan namanya jauh di dalam tepi2 hati ku... jiwang sikit! man

Jahat Untuk Baik

debaran hari ni semasa datang kerja berakhir dgn baik.. mungkin doa tadi pagi dimakbulkan supaya aku selamat dari dimarah bos, kerja yang di berikan sempat siap sebelum dia panggil ke biliknya... semalam balik kk dari sandakan mengambil masa yang agak panjang juga la, di antara ranau dan kundasang terdapat runtuhan kecil yang menyebabkan jalan kedua2 hala tersangkut dalam sejam lebih juga la. yang pasti kesabaran ada batasnya. bila mengeluh saja terus kakak tegur, sabar ja la.. ni pun kira hijrah juga ni... sedang Nabi pun katanya, bersabar semasa berhijrah ni kan pula kita tak bole bersabar menunggu, bukannya nak guna tenaga untuk berjalan ataupun berlari, jauh sekali untuk berdiri di tengah panas terik... nasib baik juga la keadaan di ranau-kundasang ni agak sejuk dan dingin... dan dalam perjalanan balik, emosi aku terganggu oleh bunyi dan gelagat yang menyakitkan hati.. tidak perlu dinyatakan di sini, takut2 ada terasa hati... untuk mententeramkan hati yang masih lagi bergejolak ni,

Salam Maal Hijrah- Monolog dan Transkrip

Salam Maal Hijrah kepada semua. Post kali ni agak berbeza dari yang pernah aku suarakan. Buat pertama kali nya post ni dibuat di rumah ku sendiri di sandakan hasil pinjaman broadband dan laptop dari abg ipar ku.. agak sukar juga untuk post ni, tidak serasi dengan keadaan sekeliling yang selalunya formal dan sunyi, dan aku kurang untuk melontarkan apa yang terbuku dalam kepala hotak aku.. Mungkin bila di rumah, aku kurang didedahkan dengan segala macam hal yg berlaku di sekeliling. Almaklum la, aku ni lebih suka berkurung dalam bilik dari mencampuri hal di luar yang sedikitpun tidak berkaitan dengan hidup aku. Justeru, tidak yg harus dan perlu untuk aku ceritakan dan komplen...kurang sikit dosa mengutuk orang kan... Namun masih ada yang boleh dikongsikan, sebelum aku bersuara nota kali ni, aku melawat (ikut istilah Am) blog blogger yang biasanya aku lawati, dan seperti juga kerja, blog ni akan sunyi dari epekan, klinik tidak berdoktor dan segalanya yg biasa berlaku.. Aku masih dibeleng

Hijrah ep V- Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun" . Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan". NSA pinjam lampiran ni dari alamat ini http://www.al-azim.com/masjid/muharram1429/doa.htm harapnya di halalkan. Takbir Allahu Akbar!

Hijrah ep IV - Brainscan

ofis sekarang sunyi bila kebiasaan orang yg mengimarahkan ofis bercuti-cutian secara beramai-ramai.. sebagai memenuhi permintaan NSA bahawa pada minggu ini, aku hanya akan bercerita tentang Hijrah yang bakal menjelma 3hari lagi... semalam aku tengok wayang lagi untuk kali ke3 dalam tempoh 2 minggu... cerita terbaru keluaran Metrowealth... Brainscan! Aku dan topi ajaib Sebuah cerita yang paling kelakar pernah aku tengok dipanggung setakat ini mengalahkan Kungfu Panda...bukan setakat pecah perut, panggung tu pun bole pecah juga oleh ketawa c Irman... tapi apa kaitan dengan Hijrah? Aku ambil sedutan skrip filem ni... Bukan aku tak takut bini, bini yang tak takut dengan aku Zaman sekarang kebanyakan bini2 memang tak takut dengan suami.. bukan diorang tak hormat, tapi kadang2 disebabkan ego melangkaui ketakutan isteri terhadap suami.. ditambah lagi bini2 sekarang sudah mempunyai karier yang meyakinkan diorang tidak perlu bergantung harap dengan suami.. penceraian berlaku sana-sini juga ber

Hijrah episod III- Menjana Ummah Gemilang

Menjana ummah gemilang. Itu tema yang digunakan untuk membangkitkan semangat menuju ke tahun baru Islam 1430H. mesej yang terkandung di dalam iklan tv kerajaan ni ialah tempat perhimpunan peringkat kebangsaan diadakan iaitu di putrajaya, pada 29 disember 2008 bersamaan 1 Muharram 1430H dengan iringan potret2 orang berbaju melayu, bersongkok, berbaju kurung dan bertudung sedondon berarak dengan sepanduk bertulis ayat2 alquran dan sabda2 nabi yang berkaitan dengan Hijrah ataupun untuk menang pertandingan sepanduk, ayat2 yang dipilih oleh mereka bertepatan dengan tema maal hijrah siap dengan tulisan yang berkilat yang kadang2 silau oleh tempias cahaya matahari. Dalam bulan terakhir menuju ke tahun baru Islam juga, para panel sibuk memilih siapakah yang layak untuk dipilih sebagai tokoh maal hijrah? Skop pemilihan mestilah terkenal dan boleh menjadi ikon seperti ikon muzik ka, ikon angkasa ka, ikon agama dan macam2 ikon lagi. Dan paling penting mestilah patuh dan tunduk dengan perintah pem

Hijrah episod II

Hijrah maksud bahasa semata-mata meninggalkan. Dan kalau menurut istilah meninggalkan negeri Makkah lalu berpindah ke Madinah untuk kepentingan agama Islam. Ini dirujuk kepada hadith pertama dalam hadith 40 himpunan Imam Nawawi khusus dengan keadaan waktu itu. Pengertian umum yang berlaku setiap zaman ialah hijrah dari melakukan larangan Allah atau meninggalkannya sama sekali untuk melaksanakan segala yang diperintahkan. Yang dituntut dalam Islam hijrah dengan perkataan, perbuatan dan hati sesuai dengan maksud agama. Kita sudah semakin jauh dari zaman Nabi s.a.w berhijrah dan indikator ini menjadi tanda kita semakin lupa dengan agama kita. Ditambah lagi dengan desakan hidup dan kemajuan teknologi yang memudahkan kita dekat dengan murka Allah. Di negara2 miskin, mereka berjuang untuk memastikan perut dapat memproses hadaman. Di negara2 membangun, mereka berlumba membina empayar bangunan tinggi tanpa memikir condong langit tidak bertiang. Di negara2 maju, mereka merancang untuk menguasai

Hijrah episod I

Aku ingin mengajak semua beramai2 kita memeriahkan kehadiran tahun baru Islam yang bakal menjelma isnin depan. Tirai 1429H bakal melabuhkan tirai tapi perasan dkt tv sekarang tidak ada iklan meraikan kedatangan tahun baru ini. Kalau ada pun hanya sekali sehari kot, itupun sekadar iklan yang tahap asal ada... tapi tidak seperti krismas yang diraikan oleh penganut agama kristian khamis ni... mungkin perayaan ni ada pengecualian memandangkan ramai juga penganut di negara kita ni... tapi jika dibandingkan dengan valentine day, rasanya lebih ramai yang mengetahui apa yang berlaku dan perlu dibuat sekiranya datang hari valentine ni... promosi nya juga kadang2 mengalahkan perayaan mega sales.. stesen2 tv berlumba2 untuk menayangkan cerita2 berkaitan dengan perayaan ni bahkan bahangnya kadang2 terasa seawak bulan februari lagi.. Tp apa yang berlaku dengan perayaan tahun baru Islam? kalau ditanya apa tema pun, aku sendiri tak tahu apa tema... apa intipati tahun baru Islam kepada umat Islam khus

Hujung Minggu yang Jauh

selamat hari isnin... secara ringkas apa yang berlaku hujung minggu baru ni... 1) tengok tv mawi kawin 2) pegi ruma member kawin di beaufort 3) tengok cicakman2 ( cicakman macam pelakon tambahan je... tak nampak hero pun apalagi nak jadi superhero) 4) ke kolam air panas poring 5) dinner dengan abahmuiz (harapnya makanan tu tak mengecewakan) NSA tukar wajah... tulisan tu dibuat masa pegi pulau manukan dengan kalui bulan lepas kot dan baru dapat publish walaupun tak kemas... takpe nanti hias bagi cantik lagi...adios!

Ambil Berkat!

sepatutnya minggu ni balik kampung, memandangkan hari jumat lepas baru balik dari kerja luar, aku malas nak balik pula... mujur la ada member temankan kesunyian diri... segak tak pengantin ni? ni bukan gambar aku... gambar member sekolah dulu...majlis sanding dia berlangsung pada 20-12-08... lihatlah betapa baiknya aku ni, sanggup datang dari jauh demi memeriahkan majlis kawin member... tapi tak memeriahkan pun, dah datang lewat... majlis sepatutnya kul 12 tapi aku datang dah dekat pukul2... bukan dekat beaufort tu dari kk... ditambah pemandu berhemah macam aku ni lagilah cepat sampai ke kampung dia... ni pemandu tak berhemah juga ni, dah tau ada speed trap...kenalah hemah kalau tak nak sedekah dekat trafik...hehe bila dah jumpa kawan2 mesti la paling utama, sesi mengimbas kenangan lalu... termasuklah kesan bila dah kawen...mesti ramai la gadis2 yang tersiksa melihat kawan aku ni dah kawen... walaupun tak sempat bergambar di pelamin,demi mengambil berkat jodoh, aku ambil juga la di mej

Kesimpulan Isnin dan Selasa

hari ni baru ada kesempatan singgah catat NSA.. isnin tak boleh catat disebabkan aku tak mahu momentum kerja hari ahad tergendala dengan pelayaran di internet...sesat karang! padahal isnin aku ingin mengadu bagaimana morning talk yang aku sampaikan sedikit cacat melihat dua orang senior buat muka bodoh... lebih2 lagi morning talk aku bertajuk kemahiran mendengar... dah confirm diorang tak dengar talk aku ni...hampeh betul dan bengang juga la c Irman dibuatnya... semalam pun begitu juga, ada kisah kasut saiz 10 (nasib baik tak terjadi di ofis aku)... juga kerusi panas jawatan jurulatih bolasepak negara yang kekal disandang oleh B.Sathianathan ... tahniah la coach atas pengekalan tersebut...cuma yang tak tahan ianya disampaikan / diumumkan oleh orang yang terang-terangan akan melucutkan jawatan BS ni... walaubagaimanapun tindakan ini yang terbaik pernah dilakukan oleh FAM setakat ini... adapun kejanggalan dengan penubuhan panel penilai (aku pun kurang mendengar juga) yang akan menilai pr

KPI

tiba2 hari ni aku buang tebiat datang ofis buat kerja... nak tunjuk rajin kot almaklum la sebulan lagi dah nak confirm( tu pun klu bos aku ni puas hati).. yalah expectation nya telampau tinggi...ala2 tahap gunung kinabalu kot... yg aku ni hanya la mampu bekerja tahap bukit2 saja... bukan tu saja, aku ni kan manager( ni bukan betul2 manager)... kena la bertungkus lumus bagi memastikan company aku ni dapat ISO taun depan, banyak kena sedia terutamanya dari segi pengetahuan... aku pun heran juga kadang2 dengan bos aku ni, kenapa orang yg zero knowledge ni disuruh pegang jawatan berat ni... tapi bukan aku sorang saja yang kena, boleh dikatakan semua staf di ofis ni pun sama juga dibuatnya.... ko tau tak tau, dia tak peduli...yang penting usaha sendiri... tinggi kan expectation bos aku ni! dah alang2 sampai ofis, singgah la NSA yang tidak dikunjungi sejak jumaat lepas, pun gara2 ISO ni, kena pegi Beaufort buat inspection... minggu depan banyak lagi tempat kena pegi, tak jamin la dapat singg

Korban dan Terkorban

"(Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?" (An-Naba':6-7) syukur alhamdulillah, betul la apa yang aku jangkakan sebahagian dari kita sedar mengapa bencana tanah runtuh ini berlaku sebagaimana yang diulas oleh pendidik melalui gambar dan ayat-ayat al-quran. begitulah yang sepatutnya diambil kira oleh semua manusia yang tidak menginginkan bencana dan musibah ini dari terus berlaku... segala kerosakan yang berlaku di muka bumi ini adalah disebabkan oleh tangan2 manusia yang rakus dan tamak... tidak pernah mengambil petanda2 yang telah Allah tunjukkan kepada kita... seperti kejadian banjir yang berlaku setiap tahun di Kelantan, Kedah dan Terengganu khasnya tidak pernah dianggap sebagai petanda dari Allah supaya kita memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat kita sekeliling... ramai yang menganggap banjir ini seba

Yakitate! Japan

hari ni aku kembali menyambung tugas bekerja selepas bercuti yang agak panjang juga la... dan agak mengejutkan dan merunsingkan sedikit aku sehari sebelum raya aku diserang demam panas lagi.. nampaknya antibodi aku semakin kerap gagal mengekang kehadiran virus penyakit ni... semalam driving balik kampung dari sandakan hampir eksiden kerana tergoda oleh silau lampu kereta bertentangan mengakibatkan aku tidak perasan hampir mencium kereta depan, syukur pemanduan dimulai dengan lafaz basmalah...berkat la tu... cuti raya aku ditemani dengan menonton yakitate japan...anime jepun berkenaan Azuma Kazuma dengan cita-cita membikin roti Japan...69 episod terpaksa dihabiskan dalam masa 5hari bercuti sesuatu yang menyeronokkan...apalagi bapa pun hairan kenapala anak lelakinya ketawa terbahak-bahak malam-malam sorang-sorang lagi tu...hah itu la penangan anime jepun ni..sesuatu yang perlu dicontohi oleh semua pembikin kartun MALAYSIA. tidak salah untuk kita mencipta kartun atau karektor yang tidak m

Apa-apa la.

assalammualaikum wbt...selamat tengahari seperti biasa la arini ada sibuk sikit sebab menghadiri kursus di bilik sebelah...sementara tunggu turn ambil makanan, lebih baik tulis entri untuk hari ni dan mungkin bercuti dari blog NSA untuk 5hari... besok dah start cuti Raya Haji, nak naik haji tapi tak cukup duit lagi... nak korban pun, bagi can orang lain buat dulu...aku buat korban bila dah dapat calon kot...hehehe cerita sedikit separuh akhir muzik2 kategori balada esok malam... tak payah cerita semua lagu yang masuk, cukup sekadar aku menyenaraikan finalis pilihan aku.. 1)Dingin-Ziana Zain (penyanyi kesukaan NSA ni) 2)Tanpa- Sixth Sense (lagu ni menyentuh jiwa) 3)Teman Terulung- Anuar Zain (penyanyi tak minat, tapi mesej memang power) 4)Coba-Faizal Tahir (penyanyi dan lagu power cuma loghat indon tu hodoh sikit) 5)Ayu (sokong penyanyi tempatan la sikit..tapi ni pun kalau ada tempat kelima untuk diisi) ooo...baru ingat apa mau stori hari ni... besok aku start bercuti untuk menyambut ke

Rumah Putih Cuma Bertukar Warna

minyak turun lagi sepuluh sen hari ni...terima kasih(Allah menyukai orang yang bersyukur). dan buat pertama kalinya aku dapat merasai harga ni sehari selepas diturunkan.. sebabnya sejak tiga kali penurunan sebelum ni, aku menanggung kerugian kerana pengisian minyak sehari sebelum harga diturunkan..asal isi full saja, esok kerajaan umum turun harga (kejadian ni berulang tiga kali berturut-turut seingat aku). kesabaran aku berbayar semalam, kalau ikutkan hati semalam kena isi minyak, meter minyak betul2 turun bawah E, nasib la tak dicipta meter yang berteriak minta diisi.. dan dengar radio tadi pagi, KERAJAAN menurunkan harga minyak ke paras 1.90, terus singgah stesen berdekatan...tapi harapnya turun lagi la, ke paras 1.50 dah memadai kot...aku tak pandai(kurang bijak) juga ekonomi ni tapi setahu aku semalam minyak dunia turun ke paras 46 dolar setong....(betul atau tak, aku hantam saja ni)....dah cukup2 la catat untung pak! abis cerita minyak...masuk bab debat sikit.. semalam bekas univ

tangani stres- jangan marah atau dimarahi

hai semua (macam ramai sj yang di 'Hai")... hari ni hendak sambung lagi bab kedua tangani stres, tapi tip kedua ni adalah ilham sendiri berdasarkan pengalaman kerja tempat lama dan baru. haramkan atau elakkan sejam yang pertama di tempat kerja dari kena marah atau memarahi sesiapa saja.. bos aku sempat menyampuk, katanya mind set ni kena dimulakan seawal bangun pagi..dari mata celik lagi, telinga kembali bergendang dan mulut bekerja membebel orang ruma... tapi aku malas lawan cakapnya, nanti panjang cerita pula. jadi aku argue di sini saja, kalau diruma mood ok pun, sampai ofis kena marah, sama juga kan, segala yang dirancang diruma tu akan terbantut sekaligus memusnahkan mood baek kita seawal pagi tadi... bayangkan lepas punch saja kad tu, terus kena punch pula oleh bos..tak naya tu? lain dari tu, biasa yang dah berumah tangga, takkan gaduh punya la, jadi mood mesti ok masa tu, bila sampai ofis, bos dah awal pagi cari gaduh, kita akan jadi stres di pejabat, apa akan jadi sepa

tangani stres- say Rilex!

selamat bekerja evribadi (inggeris pasar sikit)... abahmuiz n Am, menarik juga komen di bawah ni, tapi aku pasti tu takda kena mengena langsung dengan demam yang aku alami minggu lepas. demam tu satu kaffarah untuk budak baik atau budak semakin baik macam aku...hehehe, puji diri sendiri sikit(nanti belanja kfc sendiri)... demam dah ok jumaat lepas walaupun tertinggal sedikit sakit kepala, tapi memandangkan mc pun cuma sehari, mahu tak mau jumaat kena turun kerja juga...dan jumaat ku dipenuhi dengan meeting jabatan dari pagi hingga ke petang, langsung tak bole sentuh pc...hampeh punya meeting.. dan pagi tadi mendengar kekalahan Chelsea di stamford bridge sekali lagi di tangan Arsenal macam memanggil semula demam datang...tapi tu cuma sampingan saja, sebab aku suda semakin kuat...takkan baru abis demam, nak demam lagi kan...tak muda lah namanya kata ab. wan... masuk tip sikit..arini morning talk dari 5zal, berkongsi cara menangani stres..menurut sumber yang dipetiknya, terdapat 10B yang

demam

irman masi demam lagi hari ni, tapi kena datang ofis gara2 nak ambil sick leave...hampeh nya doktor panel di klinik bawah ni belum sampai lagi...aduhai...cepatla sampai dok, kepala aku dah berdenyut2 ni....nak bantal...semalam lagi teruk, tak boleh bangun..punya la berat sangat kepala time tu... dah terlanjur sampai ofis, aku pun singgah la NSA ni...

NSA demam cikgu!

otak aku dlm dua hari ni demam la... hari ahad tu ada juga yg mau ditulis, bila masuk hari isnin, semua keinginan menjadi demam, tatkala kemarahan yg terbawa2 hingga ke pejabat...(aiseh bermadah pula).. semalam dan hari ni aku bekerja dengan nilai produktiviti 0.. mcm mana mau jadi pekerja yg berbakti utk syarikat?...alamat klu ada sepuluh org macam aku ni, tak bangun2 la organisasi ni...mana taknya... jabatan pembangunan organisasi, tapi dapat pekerja mcm aku...huh tak pa..roda itu kan berputar...anggap saja la minggu ni aku berada di putaran roda dibawah... hujung minggu yg lalu aku balik kampung...dan malam tu member ingatkan tentang urusan besar yg perlu aku buat dengan bapa aku...dan malam sabtu, chelsea main dulu sementara MU main selepas itu, dan masa tu cuma aku dan bapa aku yg tengok tv... hati berdebar2 ingin menyuarakan apa yg terbuku di hati minggu2 yg lalu, hajat besar ni... tapi apakan daya memang berat dan besar sangat kot hajat ni, sampai tak terluah pun dengan bapa ku.

Bunga-bunga Cinta

entri hari ni memang suda sedia dipublish tgh malam tadi, tapi laptop member meragam pula..masuk dlm draft tapi kosong...kadang2 frust juga tulis panjg2 tapi xbole publish...tambah lagi xdpat save pula tu...hampeh laptop member ni...baik rendam satu malam dengan clorox...ahaks! jadi entri hari ni lain topik suda la....hari ni cukup menarik perjalanan kerja ku...dua minggu lepas aku bagitau dorie kambing yg aku perlukan bantuannya utk mencarikan teman utk kwn nya yg pemalu ni...(hehehe)lepas aku bagtau ciri2 idaman, dia sebut satu nama yg bekerja di satu jbtn kerajaan...ngam dgn ciri2 yg aku sebut tu la...apa ciri2 nya?tak bole la umum d blog ni...nanti ramai pula yg melawat blog ni...malu aku... justeru hari ni, dua org member ada perbincngn dengan gadis ni...apalagi sambil menyelam minum air la kan...air oren... aku tak ada kaitan pun dngn perbincngan ni, tapi kaitan nya dengan org yg berurusan dgn diorg ni la... join diorg pegi ofis gadis ni...aku seram sejuk jg la...mcm pegi merisik

Media Punya Pasal

esok kena pegi labuan flight seawal jam7.20...disebabkan hal itu aku pegi la rumah member yg dekat dgn airport..ni adalah outstation aku yg pertama di tmpt kerja baru ni..jadi tak heran la aku dapat surf internet di tengah malam.. mungkin tu juga la sebabnya aku tak tulis entri siang tadi...sambil aku buka NSA ni, aku sempat baca entri dari abahmuizz, terus kwn d sebelah tanya kenapa abahmuizz bagitau apa yg abah buat hari ni...siapa nak baca? hah mcm nak jawab ni...aku jadi mati kutu jugalah untuk menjawab pertanyaan dari seorang budak berumur 19tahun....ingatkan dah tau blog ni... memandangkan aku buka blog abahmuizz aku berhujah berdasarkan kekuatan blog abahmuizz..aku bgtau, org buat blog utk berkongsi pengalaman sambil2 tu mengingatkan kita manalah tau ada kejadian2 tu sama atau pernah berlaku kepada kita, lantas kita tidak mudah menggelabah ataupun berputus asa seolah-olah Tuhan sengaja mendera kita dengan kejadian yg menduga dan mencabar kita...bole pakai ka hujah ni? (harap ko

Kenapa Felda?

tulisan kali ni MUNGKIN bersifat tidak puas hati dengan berita yg aku dengar di tv pagi tadi.. justeru aku baca dlm akhbar lanjutan kisah ini.. latihan kemahiran diperuntukkan rm35juta untuk 5000 belia. 300 daripadanya akan diambil untuk latihan kemahiran teknikal tinggi di MAS Engineering Training Centre bagi membaiki pesawat airbus..lanjutan nya cari sendiri.. rm17 juta diperuntukkan untuk pendidikan golongan ini. rm540ribu diperuntukkan untuk pembinaan jati diri (benda subjektif yg mengajak kepada penyelewengan jadi lebih mudah). rm450ribu diperuntukkan untuk pengupayaan persatuan belia (satu lagi benda subjektif yg mendorong kepada perkara yg sama)..rm10 juta diperuntukkan untuk bidang keusahawanan yg menurut pemahaman aku melalui Edible Garden (taman tanaman makanan)...tanam sayur-sayuran di halaman rumah untuk tambah duit poket sendiri...manakala rm200ribu diperuntukkan untuk Tunas Mekar iaitu satu program dengan kerjasama UiTM (berdasarkan pemahaman juga la). tapi ni hanyalah se

proaktif

baru abis kena panggil bos..dia nak tengok BSC..sejenis kambing yg digunakan untuk mengukur sejauh mana kerja yg kita buat setiap hari, yg seterusnya menjadi bukti dihujung penilaian nanti.. aku orang pertama yg dipanggil (bangga sikit)..ada sedikit gementar tapi aku kan biasa tapuk (sembunyikan) ketakutan..dia tengok aku, aku tengok dia balik..psikologi bro! satu yg aku suka dia cakap aku tdk proaktif! (mcm kambing ja) bos yg bagus akan menegur staf nya direct dan jelas. bagi org yg tak ingin maju, tatap akan melenting..mcm2 akan cakap..aku buat kerja separuh mati pun dia tak nampak?...ingat kita ni robot?...kerja macam mana lagi dia mau kita buat?....dan mcm2 lagi hamunan akan dlemparkan kepada bos yg sound kekurangan kita..tapi aku tak melenting mau pun kecil hati..apa tandanya... tu maksudnya aku ni berpandangan jauh dan sentiasa mau ke depan..ni bukan bodek bos tau! proaktif maksudnya, aku tak libatkan diri dengan pelbagai cabang kerja di jbtn aku ni...dia mau semua staf di jbtnny

Crush

masa aku buat NSA ni, aku diselubungi tension yg amat tinggi..masa aku mau on d way pigi masjid tadi, sblm aku park kereta, tiba2 ada kambing hon aku dari belakang..tengok cermin sisi rupa2 nya kambing helmet putih meng'hon' mengarahkan aku mengalihkan kereta kerana kambing helmet putih ni sedang meng'eskot' kambing kulit emas mungkin lah menuju ke masjid. aku jadi angin betul dengan kambing2 ni.. tidak perlu menyusahkan orang klu pun ingin menunaikan 'ibadah' dengan cara sebegini. cukup lah eskot utk acara2 rasmi yg melibatkan pertemuan kambing2 emas.. klu mau bagitau pun yg kambing emas mau solat jumaat ni masjid ni, lebih baik diorang naik helikopter.. tidak menyusahkan orang dan buat orang menyampah.. itu yang pertama, keduanya perasan atau tidak, atau mungkin di tempat lain tidak begini, tapi klu disini, khutbah yang disampaikan oleh khatib seperti tidak ada jiwa ke'Islaman dalam khutbah diorang..mungkin ini perkara sensitif tapi Nota Suara Aku mendapa

upsr dan wanita

upsr dah keluar..tapi sekolah adikku belum lagi.. itulah kebiasaannya sekolah kategori luar bandar ni. hari esok baru bole dapat result.. tapi tak tahu la klu hanya sekolah adikku saja yang lambat keluarkan result... aku berdebar menantikan keputusan adikku...Said Sophian... wanita tidak bersetuju dengan pelan peralihan yg diTETAPkan oleh kepimpinan tertinggi.. apa bole buat..itu buruk baiknya bila toleransi dan kebebasan bersuara diberikan.. sebab tu ketua dulu bertahan lama..sebab formulanya , boleh bercakap tapi jangan melawan.. apa bole buat...kata Malique "biar jahat asal selamat" adios!

Chelsea Kalah Lagi

kalah satu hal..kalah tempat sendiri satu lagi hal..hal jadi lagi hal bila kalah dengan pasukan divisyen bawah! ni dipanggil kalah kaw-kaw... semangat makin lama makin pudar melihat kekalahan demi kekalahn yang dialami oleh Chelsea dibawah kendalian Luiz Felipe Scolari... memang seronok corak serangan yang dipamerkan The Blues yang berbeza dari pengendali sebelum ni.. cukup seronok bila menang besar.. lagi cukup seronok hanya bolos sebiji-sebiji... tapi keseronokan itu hilang bila kalah di perlawanan penting.. apa lagi yang melibatkan kalah mati.. lantas mantan pengendali sebelum sebelum ini memang layak menggelarkan dirinya sebagai 'Special One'.. tidak peduli apa orang kata The Blues pasukan yang memboringkan, corak bertahan bila mendapat gol, tapi yang penting JM mengangkat Chelsea ke satu kelas yang tersendiri... tidak boleh disalahkan klu JM begitu bangga dengan prestasinya di Stamford Bridge. JM dalam kenangan...cewah... jarang aku bercerita tentang Chelsea sejak kebelaka

Ketenangan Dalam Kesengsaraan

quantum of solace. satu lagi filem yang aku tengok di panggung kali ni dengan sepupu aku. jalan cerita yang menarik tapi aku jadi celaru sikit dengan kamera yang terlalu laju untuk fokus kepada aksi2 pantas james bond. kepantasan aksi ni membuat aku terpaksa fokus yang amat tinggi memahami nya. tiada pengajaran mahupun motivasi dari filem ni. kebiasaannya sebuah filem inggeris mesti mempunyai 'tagline' yang mudah untuk diingat. tidak banyak yg bole dikongsikan, hanya makna QOS-ketenangan dalam kesengsaraan yang sedikit memerli aku tika ini. sebelum itu... hari ni adikku akan memulakan perjuangan SPM nya, setelah dua minggu bertapa di rumah tanpa gangguan persekitaran. diharap adik ku dapat menggunakan kesempatan yang diberi kepadanya untuk membuktikan yg dia mampu untuk pergi lebih jauh dlm bidang akademik. aku juga berharap dia akan pergi lebih jauh dari kami berempat (yg sudah melepasi pengajian di peringkat IPT). ini tidak termasuk sorang adik yg berada di poli. lepas tengok

MEMBERAT akal

bila teringat perkara ni, hati akan berdegup kencang. telampau memikirkan situasi ni, menjemput migrain datang ke kepala ku. tapi aku tak mampu untuk meluahkan apalagi berkongsi dengan orang lain. dlm blog ni hanya untuk mengurangkan sakit kepala juga hint betapa masalah ni perlu diselesaikan dengan penuh bijaksana. InsyaAllah bila balik kampung, aku cuba untuk berbincang dengan bapa yg sebelum ni aku hanya luahkan dalam bentuk gurauan.

Dalam Mihrab Cinta

Sebuah lagi novel yang aku habiskan baca dalam masa 1hari! satu kejutan juga untuk aku. novel ni bukanlah novel pilihan apabila aku melangkah ke kedai buku. apalagi harganya yang cukup telan liur jugalah.rm25.90. terpengaruh dengan penulis novelnya, Habiburrahman el-shirazy. novelis dari seberang yg menulis novel ayat-ayat cinta. aku tak banyak fikir terus ambil..sebelum aku terus kepada intipati novel ni, aku sepatutnya membeli novel tulisan Azizi Abdullah dan HM Tuah Iskandar. Tapi kadang2 aku membeli novel mengikut nilai yang ada dan ketebalannya supaya berbaloi dengan isi dompet. Memang ada satu novel AA yang nampak menarik Memoir Seorang Guru, tapi kegagalan aku membeli disebabkan ketebalan yang kurang. Jadi tunggulah lain kali aku beli juga tu. Cerita yang menarik disampaikan oleh novelis seberang ni walaupun bahasa ada sedikit kurang difahami. Language Shock juga lah. Novel ni mengandungi tiga cerita dimulai dengan Takbir Cinta Zahrana, seorang wanita yang memilih jodoh smpi lan

KAMBING

kambing tul..bengang bila bercakap tak fikir dulu, main lepas ja...yg aku anggap percakapan ku hanya satu ungkapan gurauan tapi F mengambil kira perkara ni sebagai suatu yg serius... penghujanan SMS kosong dan rasa bersalah tidak mampu untuk meredakan kemarahan yang memuncak..sehinggala sms balasan diterima jam 1.20petang...mungkin juga selpas solat jumaat tadi Allah bukakan sedikit ruang kepadanya... entri hari ni tidak mempunyai suatu fokus yang utama seperti kebiasaan...sewaktu di masjid tadi, aku sempat meluangkan hati dan jiwa untuk mengira hala tuju diri ini...smpi aku tak perasan pun apa yang disampaikan oleh khatib...ohhh aku sd ingat sedikit, khutbah tadi berkaitan dengan penggunaan masa oleh manusia...(klu tak silap la).. Nota Suara Aku...ahh biarkan lah semua nya berlalu...kata orang "setiap perkara akan berlaku dan akan berlalu" jadi jangan diambil peduli sangat..adios!

BUDAK KELANTAN

hari Rabu yang petang diisi dgn menonton filem Budak Kelantan(BK). sebuah filem yang tidak mengaburi penonton dengan visual yang kebaboom ataupun cuba menggoda penonton dengan menggunakan pelakon yang hebat spt kebiasaannya.. BK sebuah filem yang transparent dan tidak memutar belitkan isu yang sedia ada kebenarannya... tidak perlu timbul isu sama ada BK semuanya sama, tapi kebanyakan yg sebaya dengan BK tidak kira dari mana dia datang berkelakuan sedemikian kerana desakan hidup dan terpengaruh dengan rakan-rakan sekampung atau serumah. puas ati juga walaupun tengok sorang2...sptutnya ada member yg janji mau ikut, tapi alasan yg diberikan arini ada ujian, jumat pula ada presentation dan ujian lagi(dah org tak mau ikut tak payah menyusahkan diri memaksa)...lagipun klu dia tengok pun, mesti dia cakap tak best...hati lain-lain... tidak ramai yg menonton filem ni, apa yg dapat aku perhati, lebih kurang 10 orang saja yg menontonnya dan mendengarkan cara perbualan diorang, aku dapati diorang

Harta Paling Dicemburui

mari berkongsi sedikit pengalaman aku yg mempunyai adik-beradik ramai...13orang..rasanya ni dah tau pun, bagi yg tak tau la..idea ni keluar bila bercerita dgn abahmuizz di YM dan menyorot sedikit artikel yg abahmuizz baru keluarkan.. apa fungsi ibubapa dan adik-beradik? bagi yg tidak mempunyai harta mcm aku ni, mmg sukar utk memahami kebaikan dan kelebihan mempunyai ahli keluarga yg ramai...di dalam rumah dgn 13 kepala(adik-beradik tak termasuk mak ayah, keluarga lain) dan bermcam ragam, kita kena kenal hati budi dan perangai adik-beradik...cakap tak boleh ikut suka mulut... marah tak bole ikut suka baran... kutuk kena tengok mood dulu...semua ni adalah persekitaran di luar sana, cuma skopnya lebih kecil sedikit jika dibandingkan di luar rumah... hendak menyalahkan satu sama lain, hanya membuang masa semata-mata. apa yg penting, toleransi antara keluarga. juga perlu ada nakhoda yang akan menentukan arah mana hendak dibawa bahtera keluarga ni...dalam konteks aku, bapa merupakan nakhoda

Masa Yang Telanjang

semalam lebih kurang pukul 10.30, aku dah boring bila sms org tapi takda yang reply pun. main game pun balik2 hang bedebah tul pc ni..lalu aku merajinkan diri untuk menulis sebuah puisi bertajuk Masa Yang Telanjang...lucah sikit bunyi nya tapi takda yg lucah pun dalam puisi ni...puisi ni siap dalam kul 11.03 minit malam sesuai dengan haribulan 3/11...aku merasa puas bila di umur begini yg kononnya tidak mempunyai kelapangan masa untuk mengungkap karya sastera, aku berjaya menyiapkannya dengan hati yang bergejolak.. hendak dipanjangkan cerita nya sebelum aku dapat publish puisi ni hari ni, aku sudah lama terfikirkan masa yang banyak ku buang tanpa digunakan untuk perkara2 berfaedah...contohnya aku tidak menggunakan masa untuk solat sedangkan kesempatan yg diberikan Allah itu lebih dari mencukupi untuk aku bersolat dan berzikir dan berdoa... masa yang ada juga tidak pernah aku gunakan untuk mengimbas segala ilmu yang diperolehi sewaktu belajar, mendengar di kuliah maghrib, di khutbah jum

Rintih NSA

ini adalah catatan ke201 NSA . selalunya akan diraikan perkara2 yang genap sebagai memperingati dan tanda penghargaan dgn pencapaian. tapi malangnya aku tak tau apa yang perlu diisi untuk ruangan kali ni sbg menghargai tulisan ku... dlm kepala ku sekarang ni, aku sentiasa memikirkan nasib mereka yang mengalami penyakit kronik sprt kanser... apalagi selepas merasa dengan lebih dekat keadaan keluarga terdekat... aku turut merasa dekat dengan keluarga ni, memandangkan aku suka mempunyai keluarga yang besar yg tidak hanya diperolehi dengan hubungan kekeluargaan mahupun hubungan perkahwinan... aku jadi lebih peka dan prihatin..percaya atau tidak kepekaan ku ni hasil terjemahan pembacaan novel Sebening Rindu dari kamal. terima kasih la kerana memberi kesedaran betapa kita perlu untuk memberi semangat kepada penghidap kanser atau apa saja penyakit kronik.. ini kerana persepsi masyarakat, kanser adalah penyakit yg tidak ada ubatnya walau dengan jutaan ringgit yang kita miliki.. tapi percaya la

BUAL BICARA DUA TIGA PATAH

Alhamdulillah hari ni apa yg aku rancang berjalan dgn lancar...jam9 aku suda kluar rumah untuk ke rumah member di papar..tepat jam10 aku smpi disana...mula2 segan juga datang tanpa undangan, lebih2 lagi yg aku kenal pun member yg tidak ada disana...tapi semua berubah bila mak c joy mesra dan ramah menerima kunjungan aku... aku dapat menemui juga adik member yg jatuh sakit..tapi mendukacitakan disamping menghidapi paru2 berair, adik ni juga dapat kanser tulang / otot..aku pun lupa nama saintifiknya..penyakit ni dikesan selepas buat MRI di klinik mahal...swasta la tu..sbut MRI ni aku mcm tau sikit2 melalui HOUSE...ni kaedah yg paling disukai oleh Dr.House..rasa sebak juga lah, tengok macik ni bengkak jugala mata, katanya menangis tak abis2...tapi kedatangan ku kesana sedikit sebanyak mengurangkan kesedihan macik..aku terfikir, anak mana yg tak sayang kan anak...lebih2 lagi bila mengetahui kanser...seolah2 lumpuh segala perancangan dan putus harapan bila mendengar perkataan ni...aku difah