Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2008

demam

irman masi demam lagi hari ni, tapi kena datang ofis gara2 nak ambil sick leave...hampeh nya doktor panel di klinik bawah ni belum sampai lagi...aduhai...cepatla sampai dok, kepala aku dah berdenyut2 ni....nak bantal...semalam lagi teruk, tak boleh bangun..punya la berat sangat kepala time tu... dah terlanjur sampai ofis, aku pun singgah la NSA ni...

NSA demam cikgu!

otak aku dlm dua hari ni demam la... hari ahad tu ada juga yg mau ditulis, bila masuk hari isnin, semua keinginan menjadi demam, tatkala kemarahan yg terbawa2 hingga ke pejabat...(aiseh bermadah pula).. semalam dan hari ni aku bekerja dengan nilai produktiviti 0.. mcm mana mau jadi pekerja yg berbakti utk syarikat?...alamat klu ada sepuluh org macam aku ni, tak bangun2 la organisasi ni...mana taknya... jabatan pembangunan organisasi, tapi dapat pekerja mcm aku...huh tak pa..roda itu kan berputar...anggap saja la minggu ni aku berada di putaran roda dibawah... hujung minggu yg lalu aku balik kampung...dan malam tu member ingatkan tentang urusan besar yg perlu aku buat dengan bapa aku...dan malam sabtu, chelsea main dulu sementara MU main selepas itu, dan masa tu cuma aku dan bapa aku yg tengok tv... hati berdebar2 ingin menyuarakan apa yg terbuku di hati minggu2 yg lalu, hajat besar ni... tapi apakan daya memang berat dan besar sangat kot hajat ni, sampai tak terluah pun dengan bapa ku.

Bunga-bunga Cinta

entri hari ni memang suda sedia dipublish tgh malam tadi, tapi laptop member meragam pula..masuk dlm draft tapi kosong...kadang2 frust juga tulis panjg2 tapi xbole publish...tambah lagi xdpat save pula tu...hampeh laptop member ni...baik rendam satu malam dengan clorox...ahaks! jadi entri hari ni lain topik suda la....hari ni cukup menarik perjalanan kerja ku...dua minggu lepas aku bagitau dorie kambing yg aku perlukan bantuannya utk mencarikan teman utk kwn nya yg pemalu ni...(hehehe)lepas aku bagtau ciri2 idaman, dia sebut satu nama yg bekerja di satu jbtn kerajaan...ngam dgn ciri2 yg aku sebut tu la...apa ciri2 nya?tak bole la umum d blog ni...nanti ramai pula yg melawat blog ni...malu aku... justeru hari ni, dua org member ada perbincngn dengan gadis ni...apalagi sambil menyelam minum air la kan...air oren... aku tak ada kaitan pun dngn perbincngan ni, tapi kaitan nya dengan org yg berurusan dgn diorg ni la... join diorg pegi ofis gadis ni...aku seram sejuk jg la...mcm pegi merisik

Media Punya Pasal

esok kena pegi labuan flight seawal jam7.20...disebabkan hal itu aku pegi la rumah member yg dekat dgn airport..ni adalah outstation aku yg pertama di tmpt kerja baru ni..jadi tak heran la aku dapat surf internet di tengah malam.. mungkin tu juga la sebabnya aku tak tulis entri siang tadi...sambil aku buka NSA ni, aku sempat baca entri dari abahmuizz, terus kwn d sebelah tanya kenapa abahmuizz bagitau apa yg abah buat hari ni...siapa nak baca? hah mcm nak jawab ni...aku jadi mati kutu jugalah untuk menjawab pertanyaan dari seorang budak berumur 19tahun....ingatkan dah tau blog ni... memandangkan aku buka blog abahmuizz aku berhujah berdasarkan kekuatan blog abahmuizz..aku bgtau, org buat blog utk berkongsi pengalaman sambil2 tu mengingatkan kita manalah tau ada kejadian2 tu sama atau pernah berlaku kepada kita, lantas kita tidak mudah menggelabah ataupun berputus asa seolah-olah Tuhan sengaja mendera kita dengan kejadian yg menduga dan mencabar kita...bole pakai ka hujah ni? (harap ko

Kenapa Felda?

tulisan kali ni MUNGKIN bersifat tidak puas hati dengan berita yg aku dengar di tv pagi tadi.. justeru aku baca dlm akhbar lanjutan kisah ini.. latihan kemahiran diperuntukkan rm35juta untuk 5000 belia. 300 daripadanya akan diambil untuk latihan kemahiran teknikal tinggi di MAS Engineering Training Centre bagi membaiki pesawat airbus..lanjutan nya cari sendiri.. rm17 juta diperuntukkan untuk pendidikan golongan ini. rm540ribu diperuntukkan untuk pembinaan jati diri (benda subjektif yg mengajak kepada penyelewengan jadi lebih mudah). rm450ribu diperuntukkan untuk pengupayaan persatuan belia (satu lagi benda subjektif yg mendorong kepada perkara yg sama)..rm10 juta diperuntukkan untuk bidang keusahawanan yg menurut pemahaman aku melalui Edible Garden (taman tanaman makanan)...tanam sayur-sayuran di halaman rumah untuk tambah duit poket sendiri...manakala rm200ribu diperuntukkan untuk Tunas Mekar iaitu satu program dengan kerjasama UiTM (berdasarkan pemahaman juga la). tapi ni hanyalah se

proaktif

baru abis kena panggil bos..dia nak tengok BSC..sejenis kambing yg digunakan untuk mengukur sejauh mana kerja yg kita buat setiap hari, yg seterusnya menjadi bukti dihujung penilaian nanti.. aku orang pertama yg dipanggil (bangga sikit)..ada sedikit gementar tapi aku kan biasa tapuk (sembunyikan) ketakutan..dia tengok aku, aku tengok dia balik..psikologi bro! satu yg aku suka dia cakap aku tdk proaktif! (mcm kambing ja) bos yg bagus akan menegur staf nya direct dan jelas. bagi org yg tak ingin maju, tatap akan melenting..mcm2 akan cakap..aku buat kerja separuh mati pun dia tak nampak?...ingat kita ni robot?...kerja macam mana lagi dia mau kita buat?....dan mcm2 lagi hamunan akan dlemparkan kepada bos yg sound kekurangan kita..tapi aku tak melenting mau pun kecil hati..apa tandanya... tu maksudnya aku ni berpandangan jauh dan sentiasa mau ke depan..ni bukan bodek bos tau! proaktif maksudnya, aku tak libatkan diri dengan pelbagai cabang kerja di jbtn aku ni...dia mau semua staf di jbtnny

Crush

masa aku buat NSA ni, aku diselubungi tension yg amat tinggi..masa aku mau on d way pigi masjid tadi, sblm aku park kereta, tiba2 ada kambing hon aku dari belakang..tengok cermin sisi rupa2 nya kambing helmet putih meng'hon' mengarahkan aku mengalihkan kereta kerana kambing helmet putih ni sedang meng'eskot' kambing kulit emas mungkin lah menuju ke masjid. aku jadi angin betul dengan kambing2 ni.. tidak perlu menyusahkan orang klu pun ingin menunaikan 'ibadah' dengan cara sebegini. cukup lah eskot utk acara2 rasmi yg melibatkan pertemuan kambing2 emas.. klu mau bagitau pun yg kambing emas mau solat jumaat ni masjid ni, lebih baik diorang naik helikopter.. tidak menyusahkan orang dan buat orang menyampah.. itu yang pertama, keduanya perasan atau tidak, atau mungkin di tempat lain tidak begini, tapi klu disini, khutbah yang disampaikan oleh khatib seperti tidak ada jiwa ke'Islaman dalam khutbah diorang..mungkin ini perkara sensitif tapi Nota Suara Aku mendapa

upsr dan wanita

upsr dah keluar..tapi sekolah adikku belum lagi.. itulah kebiasaannya sekolah kategori luar bandar ni. hari esok baru bole dapat result.. tapi tak tahu la klu hanya sekolah adikku saja yang lambat keluarkan result... aku berdebar menantikan keputusan adikku...Said Sophian... wanita tidak bersetuju dengan pelan peralihan yg diTETAPkan oleh kepimpinan tertinggi.. apa bole buat..itu buruk baiknya bila toleransi dan kebebasan bersuara diberikan.. sebab tu ketua dulu bertahan lama..sebab formulanya , boleh bercakap tapi jangan melawan.. apa bole buat...kata Malique "biar jahat asal selamat" adios!

Chelsea Kalah Lagi

kalah satu hal..kalah tempat sendiri satu lagi hal..hal jadi lagi hal bila kalah dengan pasukan divisyen bawah! ni dipanggil kalah kaw-kaw... semangat makin lama makin pudar melihat kekalahan demi kekalahn yang dialami oleh Chelsea dibawah kendalian Luiz Felipe Scolari... memang seronok corak serangan yang dipamerkan The Blues yang berbeza dari pengendali sebelum ni.. cukup seronok bila menang besar.. lagi cukup seronok hanya bolos sebiji-sebiji... tapi keseronokan itu hilang bila kalah di perlawanan penting.. apa lagi yang melibatkan kalah mati.. lantas mantan pengendali sebelum sebelum ini memang layak menggelarkan dirinya sebagai 'Special One'.. tidak peduli apa orang kata The Blues pasukan yang memboringkan, corak bertahan bila mendapat gol, tapi yang penting JM mengangkat Chelsea ke satu kelas yang tersendiri... tidak boleh disalahkan klu JM begitu bangga dengan prestasinya di Stamford Bridge. JM dalam kenangan...cewah... jarang aku bercerita tentang Chelsea sejak kebelaka

Ketenangan Dalam Kesengsaraan

quantum of solace. satu lagi filem yang aku tengok di panggung kali ni dengan sepupu aku. jalan cerita yang menarik tapi aku jadi celaru sikit dengan kamera yang terlalu laju untuk fokus kepada aksi2 pantas james bond. kepantasan aksi ni membuat aku terpaksa fokus yang amat tinggi memahami nya. tiada pengajaran mahupun motivasi dari filem ni. kebiasaannya sebuah filem inggeris mesti mempunyai 'tagline' yang mudah untuk diingat. tidak banyak yg bole dikongsikan, hanya makna QOS-ketenangan dalam kesengsaraan yang sedikit memerli aku tika ini. sebelum itu... hari ni adikku akan memulakan perjuangan SPM nya, setelah dua minggu bertapa di rumah tanpa gangguan persekitaran. diharap adik ku dapat menggunakan kesempatan yang diberi kepadanya untuk membuktikan yg dia mampu untuk pergi lebih jauh dlm bidang akademik. aku juga berharap dia akan pergi lebih jauh dari kami berempat (yg sudah melepasi pengajian di peringkat IPT). ini tidak termasuk sorang adik yg berada di poli. lepas tengok

MEMBERAT akal

bila teringat perkara ni, hati akan berdegup kencang. telampau memikirkan situasi ni, menjemput migrain datang ke kepala ku. tapi aku tak mampu untuk meluahkan apalagi berkongsi dengan orang lain. dlm blog ni hanya untuk mengurangkan sakit kepala juga hint betapa masalah ni perlu diselesaikan dengan penuh bijaksana. InsyaAllah bila balik kampung, aku cuba untuk berbincang dengan bapa yg sebelum ni aku hanya luahkan dalam bentuk gurauan.

Dalam Mihrab Cinta

Sebuah lagi novel yang aku habiskan baca dalam masa 1hari! satu kejutan juga untuk aku. novel ni bukanlah novel pilihan apabila aku melangkah ke kedai buku. apalagi harganya yang cukup telan liur jugalah.rm25.90. terpengaruh dengan penulis novelnya, Habiburrahman el-shirazy. novelis dari seberang yg menulis novel ayat-ayat cinta. aku tak banyak fikir terus ambil..sebelum aku terus kepada intipati novel ni, aku sepatutnya membeli novel tulisan Azizi Abdullah dan HM Tuah Iskandar. Tapi kadang2 aku membeli novel mengikut nilai yang ada dan ketebalannya supaya berbaloi dengan isi dompet. Memang ada satu novel AA yang nampak menarik Memoir Seorang Guru, tapi kegagalan aku membeli disebabkan ketebalan yang kurang. Jadi tunggulah lain kali aku beli juga tu. Cerita yang menarik disampaikan oleh novelis seberang ni walaupun bahasa ada sedikit kurang difahami. Language Shock juga lah. Novel ni mengandungi tiga cerita dimulai dengan Takbir Cinta Zahrana, seorang wanita yang memilih jodoh smpi lan

KAMBING

kambing tul..bengang bila bercakap tak fikir dulu, main lepas ja...yg aku anggap percakapan ku hanya satu ungkapan gurauan tapi F mengambil kira perkara ni sebagai suatu yg serius... penghujanan SMS kosong dan rasa bersalah tidak mampu untuk meredakan kemarahan yang memuncak..sehinggala sms balasan diterima jam 1.20petang...mungkin juga selpas solat jumaat tadi Allah bukakan sedikit ruang kepadanya... entri hari ni tidak mempunyai suatu fokus yang utama seperti kebiasaan...sewaktu di masjid tadi, aku sempat meluangkan hati dan jiwa untuk mengira hala tuju diri ini...smpi aku tak perasan pun apa yang disampaikan oleh khatib...ohhh aku sd ingat sedikit, khutbah tadi berkaitan dengan penggunaan masa oleh manusia...(klu tak silap la).. Nota Suara Aku...ahh biarkan lah semua nya berlalu...kata orang "setiap perkara akan berlaku dan akan berlalu" jadi jangan diambil peduli sangat..adios!

BUDAK KELANTAN

hari Rabu yang petang diisi dgn menonton filem Budak Kelantan(BK). sebuah filem yang tidak mengaburi penonton dengan visual yang kebaboom ataupun cuba menggoda penonton dengan menggunakan pelakon yang hebat spt kebiasaannya.. BK sebuah filem yang transparent dan tidak memutar belitkan isu yang sedia ada kebenarannya... tidak perlu timbul isu sama ada BK semuanya sama, tapi kebanyakan yg sebaya dengan BK tidak kira dari mana dia datang berkelakuan sedemikian kerana desakan hidup dan terpengaruh dengan rakan-rakan sekampung atau serumah. puas ati juga walaupun tengok sorang2...sptutnya ada member yg janji mau ikut, tapi alasan yg diberikan arini ada ujian, jumat pula ada presentation dan ujian lagi(dah org tak mau ikut tak payah menyusahkan diri memaksa)...lagipun klu dia tengok pun, mesti dia cakap tak best...hati lain-lain... tidak ramai yg menonton filem ni, apa yg dapat aku perhati, lebih kurang 10 orang saja yg menontonnya dan mendengarkan cara perbualan diorang, aku dapati diorang

Harta Paling Dicemburui

mari berkongsi sedikit pengalaman aku yg mempunyai adik-beradik ramai...13orang..rasanya ni dah tau pun, bagi yg tak tau la..idea ni keluar bila bercerita dgn abahmuizz di YM dan menyorot sedikit artikel yg abahmuizz baru keluarkan.. apa fungsi ibubapa dan adik-beradik? bagi yg tidak mempunyai harta mcm aku ni, mmg sukar utk memahami kebaikan dan kelebihan mempunyai ahli keluarga yg ramai...di dalam rumah dgn 13 kepala(adik-beradik tak termasuk mak ayah, keluarga lain) dan bermcam ragam, kita kena kenal hati budi dan perangai adik-beradik...cakap tak boleh ikut suka mulut... marah tak bole ikut suka baran... kutuk kena tengok mood dulu...semua ni adalah persekitaran di luar sana, cuma skopnya lebih kecil sedikit jika dibandingkan di luar rumah... hendak menyalahkan satu sama lain, hanya membuang masa semata-mata. apa yg penting, toleransi antara keluarga. juga perlu ada nakhoda yang akan menentukan arah mana hendak dibawa bahtera keluarga ni...dalam konteks aku, bapa merupakan nakhoda

Masa Yang Telanjang

semalam lebih kurang pukul 10.30, aku dah boring bila sms org tapi takda yang reply pun. main game pun balik2 hang bedebah tul pc ni..lalu aku merajinkan diri untuk menulis sebuah puisi bertajuk Masa Yang Telanjang...lucah sikit bunyi nya tapi takda yg lucah pun dalam puisi ni...puisi ni siap dalam kul 11.03 minit malam sesuai dengan haribulan 3/11...aku merasa puas bila di umur begini yg kononnya tidak mempunyai kelapangan masa untuk mengungkap karya sastera, aku berjaya menyiapkannya dengan hati yang bergejolak.. hendak dipanjangkan cerita nya sebelum aku dapat publish puisi ni hari ni, aku sudah lama terfikirkan masa yang banyak ku buang tanpa digunakan untuk perkara2 berfaedah...contohnya aku tidak menggunakan masa untuk solat sedangkan kesempatan yg diberikan Allah itu lebih dari mencukupi untuk aku bersolat dan berzikir dan berdoa... masa yang ada juga tidak pernah aku gunakan untuk mengimbas segala ilmu yang diperolehi sewaktu belajar, mendengar di kuliah maghrib, di khutbah jum

Rintih NSA

ini adalah catatan ke201 NSA . selalunya akan diraikan perkara2 yang genap sebagai memperingati dan tanda penghargaan dgn pencapaian. tapi malangnya aku tak tau apa yang perlu diisi untuk ruangan kali ni sbg menghargai tulisan ku... dlm kepala ku sekarang ni, aku sentiasa memikirkan nasib mereka yang mengalami penyakit kronik sprt kanser... apalagi selepas merasa dengan lebih dekat keadaan keluarga terdekat... aku turut merasa dekat dengan keluarga ni, memandangkan aku suka mempunyai keluarga yang besar yg tidak hanya diperolehi dengan hubungan kekeluargaan mahupun hubungan perkahwinan... aku jadi lebih peka dan prihatin..percaya atau tidak kepekaan ku ni hasil terjemahan pembacaan novel Sebening Rindu dari kamal. terima kasih la kerana memberi kesedaran betapa kita perlu untuk memberi semangat kepada penghidap kanser atau apa saja penyakit kronik.. ini kerana persepsi masyarakat, kanser adalah penyakit yg tidak ada ubatnya walau dengan jutaan ringgit yang kita miliki.. tapi percaya la

BUAL BICARA DUA TIGA PATAH

Alhamdulillah hari ni apa yg aku rancang berjalan dgn lancar...jam9 aku suda kluar rumah untuk ke rumah member di papar..tepat jam10 aku smpi disana...mula2 segan juga datang tanpa undangan, lebih2 lagi yg aku kenal pun member yg tidak ada disana...tapi semua berubah bila mak c joy mesra dan ramah menerima kunjungan aku... aku dapat menemui juga adik member yg jatuh sakit..tapi mendukacitakan disamping menghidapi paru2 berair, adik ni juga dapat kanser tulang / otot..aku pun lupa nama saintifiknya..penyakit ni dikesan selepas buat MRI di klinik mahal...swasta la tu..sbut MRI ni aku mcm tau sikit2 melalui HOUSE...ni kaedah yg paling disukai oleh Dr.House..rasa sebak juga lah, tengok macik ni bengkak jugala mata, katanya menangis tak abis2...tapi kedatangan ku kesana sedikit sebanyak mengurangkan kesedihan macik..aku terfikir, anak mana yg tak sayang kan anak...lebih2 lagi bila mengetahui kanser...seolah2 lumpuh segala perancangan dan putus harapan bila mendengar perkataan ni...aku difah