Skip to main content

Posts

Showing posts from 2009

Penutup Tahun 2009

semasa aku menulis entry hari ni, aku dalam keadaan yang tidak stabil...bukan tidak sihat, cuma hatiku berkecamuk dengan pelbagai kocakan perasaan yang aku tidak mungkin akan khabarkan dalam NSA... bukan semua perkara boleh dinotakan...lebih2 lagi bila ianya sangat sensitif... sedar nda sedar, rupa2nya aku tinggalkan blog ni selama 2 minggu... mungkin kah masa berlalu terlalu cepat untuk ke tarikh di hadapan... atau kah aku yang cuba mengejar tarikh tu sehinggakan tidak menyedarinya... rasa kesal bercampur gembira menyelubungi hati... aku pun nda tau hendak digambarkan bagaimana... umurku mungkin begitu bersemangat untuk meneruskan hidup masa akan datang... tahun 2009 berlalu dengan begitu mencabar.... dari segi kerja, aku bersyukur dapat bertahan sehingga ke hari ini... cabaran yang agak mengujakan bagi seorang pekerja muda seperti ku... berhadapan dengan pelbagai karenah manusia, samada yang macam Kambing dan tidak kurangnya yang ikhlas memberi tunjuk ajar... aku masih dapat bertahan

10K

agak-agak apa kaitan tajuk ni dengan aku?? sebenarnya sangat berkaitan dengan aku dan memang amat memberatkan kepala ku untuk berfikir... aku belum pernah menghadapi situasi begini, dan aku tidak mengharapkan untuk mengalaminya berulang kali... mungkin perkara ini agak sensitif tapi aku sekadar ingin menotakan apa yang terbuku di kepala ku... semalam aku bangun malam bukan untuk tahajjud... tapi ada sesuatu yang menyuruh aku untuk bangun... agak merugikan aku nda gunakan bangun malam untuk bertanya dengan Allah... aku sepertinya lebih selesa menghadap FB sehinggalah aku tertidur balik... sedar nda sedar, memang nda sedar pun, adik ku yang kejutkan aku jam 6.45!! aku bingkas bangun dan menyegerakan rutin harian sampai la tiba di opis... selepas dapat tau dari dia, khabar2 yang diletakkan aku berbincang dengan bapa... walaupun perbincangan kami sekadar melalui telefon, tapi ianya bukan perbincangan biasa... aku sangat tekun mendengar teori bapa... aku akui, memang AMAT sukar mendapat bap

Dari Pulai Manang

post hari ni datang dari Pulai Manang, Lumadan... buat kali pertamanya aku melangkah kaki ke rumah sorang lagi kawan yang memang aku rapat sejak di sekolah agama lagi... sebuah kampung yang aman sama seperti kampung2 yang terdapat di sabah... kekurangan kemudahan seperti jalan kampung yang tidak berturap dan pastinya jauh dari pandangan YB2...abaikan ja la... hari ni amat bermakna dan bersejarah dalam hidup... aku buat pertama kalinya dan dengan sepenuh kelelakian yang ada, aku mengadap keluarga bakal ibu kepada anak2 ku dan menantu kepada ibu bapaku... tidak banyak halangan yang aku hadapi berkat doa semua orang... aku mungkin menotakan rasa syukur yang tidak terhingga... aku dapat menyampaikan hajat dan keinginan aku kepada keluarga perempuan... paling tidak terima kasih aku ni ditujukan kepada Joy yang menjadi tulang belakang perkara ini... tanpa bantuan dia, aku masih seperti hari kelmarin dan mungkin kekal untuk setahun dua lagi...selepas ini jadi orang Takis la aku.... bercerita

Motor Oil

setelah beberapa lama kelisa ku buat hal, brek jam secara tiba2, akhirnya dapat juga dikesan sebab utama yang memakan belanja 200+ juga... aduh kepala ku makin runsing dengan masalah ini... aku nda boleh salahkan sesiapa melainkan diriku sendiri... jadi apa kaitan tajuk ni dengan problem keretaku... sebenarnya aku tersalah taruh suatu ketika dulu... kira2 dalam 3-4 bulan yang lalu juga la, masa tu aku konfiden aku masukkan minyak motor ke dalam minyak brek!!! kemudian selang beberapa minggu atau hari juga, aku masukkan minyak brek ke dalam bekas minyak brek juga... aku jadi keliru dan terus call faizal... aku tanya apa masalah kalau minyak motor termasuk ke dalam minyak brek.... dia minta kepastian betul atau tidak aku ada masukkan, aku jadi nda pasti...dan cerita itu berlalu begitu sahaja... kemudian cerita tu bangkit semula kemarin... bila tayar depan mengeluarkan asap, faizal terus bawa ke bengkel yang berdekatan untuk mendapatkan bantuan... bukan dia nda pakar, aku yang hairan kena

Kata Hati

aku nda tau sama ada tindakan ini terburu-buru... kata hati ku menyuruh untuk aku menerimanya... bila ku tanya orang2 yang terdekat, mereka juga menyarankan tindakan yang sedemikian... aku lebih semakin yakin untuk dekat dengan dia... aku tidak mengenalinya lebih dekat... aku juga tidak tahu isi hatinya sebab kami belum pernah bertegur sapa... hanya sekadar pernah bertemu dan bukan sekali dua.... sekerap mana aku datang ke rumah kawan ku, sekerap itu la aku akan bertemu dengannya... boleh dikatakan keluarganya amat senang hati melihat tingkah laku yang aku pamerkan... seperti yang aku katakan, aku bukanlah orang dalam kategori ada rupa yang menarik...hanya ala kadar mengikut darah Suluk yang mengalir dalam tubuhku... namun orang yang paling kuat menyarankan aku dengan dia ni adalah kawan aku sendiri... tengah hari tadi, selepas saja aku makan tengah hari, mak kawan ku call dan tanya perkara yang sama... aku bukannya hendak membuat keputusan secara melulu, tapi sepanjang pengetahuan ku

Doa Pengasih

agak kontroversi juga tajuk post hari ni... aku pun nda tau samada ni kategori doa pengasih atau apa, tapi aku anggap dia la tu... humm.. doa ni secara tidak sengaja muncul bila aku sembang2 dengan Jamdin, salah seorang kawan seofis dalam sayap kiri... ntah macamana bole masuk bab ni, tu nda penting, yang pasti aku memang pernah mendengar mengenai doa ni dari ajoy... tapi biasala budak ni, memang jenis berbelit2 dan suka simpang2 kalau bercerita... aku minta dari dia lama suda, smpi sekarang pun nda dapat2 doa tu... alih2 Jamdin membacakan doa ni, aku terus minta dari dia secara lanjut... dan Alhamdulillah aku dapat juga tanpa cerita panjang.... mungkin suda sampai seru untuk aku memberanikan diri dengan gadis2 yang berada di luar sana, buang segala rasa segan yang nda bertempat ni demi memenuhi syariat agama... aku sedikit yakin dengan doa ni, sebab 2nama yang aku sebut di atas mengamalkannya dan jelas terpampang watak penggoda diorang ni terhadap perempuan... yang menghairankan aku n

Hujung Minggu

hujung minggu yang lain dari lain... banyak perkara yang akan aku cerita untuk post hari ni... antaranya tentang kekalahan ketiga Chelsea, kawan, sipitang dan paling hangat ialah dilema cinta, ceh macam lagu baru Ungu pula.... sebelum itu, aku tertarik dengan link yang disumbangkan oleh seseorang mengenai gula... topik yang agak menarik dan menyedarkan kita tentang bahaya gula... namun sedikit komen, walaupun bahaya gula memang nyata, tetapi masih tidak berbaloi tindakan kerajaan untuk menarik subsidi gula kepada rakyat... kerana hakikatnya, gula menjadi keutamaan kepada kita semua... info yang disumbangkan ini, bagi aku masih tidak dapat menghalang tabiat menggunakan gula oleh kita semua... cuma aku akan cuba untuk mengurangkan gula dalam makanan..lebih2 lagi dalam usaha aku mengurangkan lemak dalam badan yang semakin bermaharajalela.... chelsea menghadapi kekalahan yang ketiga dalam liga...dan kedua berturut-turut dalam perlawanan... sedikit mendukacitakan dengan keputusan ini, meman

Gula

minggu ni agak sibuk, nda sempat update fb dan juga blog... minggu ni aku berkesempatan odit di kunak... satu lagi tempat yang baru pertama kali aku jejak... satu pekan yang tenang dan aman... satu yang menarik tentang kunak ni, gadis2 di sini cantik2 pula... nda kira la, di kedai kopi ka, kedai reload, peniaga tepi jalan dan gadis2 yang lalu lalang nda payah cerita la... aku mengodit 5S dan SEMS... dan memandangkan kakak ku tinggal d lahad datu, aku ambil keputusan untuk tidak tinggal d hotel...cuma dari LD ke kunak ambil masa 1jam juga la... tapi apalah sangat 1jam tu.... macam nda biasa pula... tujuan post hari ni sekadar menyatakan rasa tidak puas hati dengan berita2 yang aku dengar dan baca... seperti biasa, nilai berita Malaysia ni tidak lain tidak bukan, hanya lah penuh dengan dengki dan mengadu domba.... lebih2 lagi org2 besar yang menggunakan kuasa teknologi maklumat untuk menyebarkan dakyah kolot politik diorang.... dengan bersandarkan kepada Islam dan Melayu... motif tidak l

Di Pagi Raya Kurban

masa raya pun masih sempat post entry lagi aku ni... bukan apa dlam minggu ni, baru hari ni aku ada kelapangan menjengah NSA... minggu ni aku agak banyak bejalan bermula hari minggu lagi... bukan atas kerelaan, tapi demi menjaga hati kawan yang balik dari sarawak... tumpang d ruma untuk 2hari sebelum balik ke sandakan... tapi tu semua aku anggap sebagai amal kepada kawan... bapa selalu pesan, jangan abaikan kawan... layan dengan sebaik2 nya, sebab kawan lah tempat kita mengadu kala susah.... mungkin hari ni hari diorang, esok hari diorang, lusa pun hari diorang... minggu ni juga kebanyakan budak2 unversiti suda balik bercuti.. aku tumpang gembira, ramai kawan2 ku balik dan senang la diorang ni menjadi sasaran untuk aku menumpangkan masa boring ku(adaka masa boring??) yang biasanya digunakan datang ofis... tidak banyak kejadian penting yang berlaku sepanjang minggu ni,selain kelisa ku diservis... paham2 la, kalau servis ni maksudnya dompet pun kena servis juga la... wpun tidak seteruk m

watak hujung minggu

hari isnin kembali dengan minggu baru... minggu yang baru berlalu aku akhiri kerja dengan stres yg tiba2 datang 2jam sebelum balik... seperti biasa aku bila ditunggangi marah, aku akan mengunci mulut dari bercakap... muka nda payah cerita la...sebaik sampai di rumah, aku terus tidur...abis cerita minggu lepas.. sabtu dan ahad aku dipenuhi dengan aktiviti yg bukan watak aku seperti selalu... aku suda tengok filem Ketika Cinta Bertasbih... selepas membaca novelnya, aku memang nda sabar menonton filemnya lebih2 lagi selepas menonton preview... novel dan filem tidak jauh bezanya, dan seperti tidak banyak yang boleh dikomen... sangat baik buatan Indonesia!!! namun agak mengecewakan juga bila KCB bersambung dan terpaksa tunggu KCB2 pula... nampaknya bukan novel saja 2episod,filem juga begitu... dan begitu banyak pengajaran yang diselitkan walaupun banyak plot dalam novel terpaksa dipotong... 2jam tidak terasa lama, mungkin kerana kualitinya...dan pastinya KCB2 juga memakan masa 2jam atau leb

Poker King

Semalam hari rabu...hari rabu tiket wayang murah... bila murah, cinema seperti memanggil aku lai...lai... aku pun tinjau2 la gsc, tengok apa wayang yang sedang ditayangkan... plan mau tengok Ninja... tapi nda sempat pula... jadi aku suruh kawan ku pilih wayang apa yg mau ditengok, aku mau tengok Phobia 2(filem thai), tapi penakut sungguh kawan ku ni... yang dipilih Poker King (cant)... aku ingatkan dia ni tau sangat pasal poker...hampeh, lepas tengok aku explain macam mana bentuk game Poker ni... bertepatan dengan tajuk post hari ni, aku suka mengambil pengajaran setiap filem yang aku tonton...baik disamakan dengan kehidupan harian, mahupun dijadikan sebagai penambah ilmu pengetahuan...sekali lagi, filem kadang2 seperti mengolok-ngolok apa yang terjadi kepada diri kita seharian... dan filem PK ni aku lihat mengajar kita supaya percaya kepada diri sendiri... jangan mudah terpedaya dengan lakonan dunia yang pastinya tidak dikenali (walau banyak mana pun pengalaman kita)... begitu juga, k

Bila Percaya Hilang

sekadar menjadi pembuka post hari ini... post ni dinotakan sebelum aku menjengah mimpi sebentar lagi... mau nda mau, aku rasa penting untuk membiarkan jari-jemari ku menari2 di papan huruf dan mengikut rentak yang didengarkan oleh kepala ku... post sebelum ini aku ada nyatakan tentang kawan ku yang menerima ujian yang sangat getir tentang cinta... aku nda ingat berapa banyak cerita cinta aku pernah tulis dalam blog NSA ni... tapi yang pasti tidak ada satu pun post yang betul2 menjurus kepada kisah cinta ku... kalau ada pun, hanya lah di permukaan dan gigi air sahaja, tidak lebih dari itu... kalau aku nda silap juga, aku pernah bercerita tentang kisah kegagalan cinta kawan ku dan mungkin juga kakak ku tapi itu semua kisah lalu yang hanya lah sekadar menjadi sejarah untuk aku selak bila aku boring... berbalik kepada tujuan asal aku menulis malam ni... kisah tentang kepercayaan yang hilang setelah dibina 8 tahun! lamanya... wah aku rasa kalau aku yg bercinta 8 tahun bermula sekarang, umur

3 Soalan

semalam aku datang opis untuk buat kerja yang tertangguh selama aku cuti kecemasan 3 hari minggu lepas... dan aku seperti mendapat semula sentuhan kerja yang hilang lebih kurang sebulan setengah... satu emel yang masuk membuka mataku dan membuatku sedikit hairan... emel dari Bos dengan ucapan selamat yang sangat mesra... kelihatan nya seperti ikhlas, namun dalam hati siapa yang tahu kan... aku teruskan kepada isi utama emel... Bos mengajukan 3 soalan yang memang menjadi soalan cepumas semasa interview... tapi dinyatakan dalam bentuk emel bagi memudahkan kita berfikir dengan lebih matang... berikut merupakan soalan nya... If you owned this company, what would you want to change first? Of all the things Management is doing, what would you like to know most? Of all the things Management is doing, what do you appreciate most? sebelum aku menjawab soalan ini(yg aku fikir tidak akan aku jawab di sini)... aku terasa seperti suatu penghargaan dan aku sangat menghargainya bila bos meminta panda

Perginya Bella

tanggal 10/11/09...kurang lebih jam1 tengahari... adik ku call dengan tangisan... sorang lagi anak buah ku dijumpai di dalam air dekat rumah... kali ini adik ku yg bongsu yang ternampak... bapa ku yang 'pungut' dengan longlai arwah naik ke rumah... bapa berusaha dengan mencuba membawa berlari arwah dengan harapan air yg masuk ke tubuh arwah keluar... dan sms yang masuk pada jam2.35 petang sejurus selepas aku solat hajat... arwah telah pergi menemui Allah... sungguh besar ujian Allah kepada keluarga kami tahun ini... namun kita perlu redha dan tidak seharusnya menganggapnya sebagai bala... keranan mati itu adalah ketetapan Allah dan hanya bagaimana kita menemui Nya sahaja yang berbeza... jika bulan empat yang lalu, anak bongsu kakak ku yang sulung mengadap Allah tika umurnya 3tahun, anak sulung kakak ku yg ketiga ini pergi sebelum dia sempat mengambil sijil tamat tadika minggu hadapan... apa yg tidak mungkin dapat aku lupakan tentang arwah... ketika dia mencecah umur 6tahun... d

IKRAR

selamat hari minggu kepada yg membaca post ni di waktu yang tepat... kalau yang membaca hari isnin ka, selasa ka, rabu ka, khamis ka, jumaat ka atau sabtu ka, pandai2 la ucap selamat untuk diri sendiri ikut kesesuaian waktu k.... pembacaan novel Ketupat Cinta Musim Pertama (KC) sudah berada diperingkat pertengahan... dan alhamdulillah setakat ini, aku dapat sedikit input yang boleh memberi semangat dalam mengharungi kehidupan yang mendatang... walaupun novel ini mengusik jiwa dan mampu menyambung urat2 lawak ke otak dan disalurkan melalui muka untuk menggerakkan muka baik untuk senyum ataupun ketawa... disamping ilmu dan pengetahuan Islam yang diterapkan, penulis begitu kreatif menyindir situasi di negara kita yang tercinta ini... seperti Madrasah Makan yang disadur dari rancangan realiti semasa... tidak lupa dengan watak2 yang dipinjam dari watak2 politk negara ini... sekurang2 nya watak2 ini membantu aku untuk mengimaginasikan dengan lebih tepat watak2 yang ingin diceritakan oleh pen

Bajet 1Malaysia??? mimpi kali...

assalammualaikum.... sebelum bermula, aku ingin mengimbas post aku sebelum ini diperenggan terakhir tentang hidup UMNO... jangan salah sangka yang aku ini pengyokong umno sebaliknya itu hanyalah sekadar ungkapan sindiran tentang keadaan di negara kita ini... selesai perhimpunan umno, media disogok lagi dengan pembentangan bajet oleh YAB Perdana Menteri... seperti biasa bajet yang dibentangkan jelas bersifat berat sebelah... tidak seperti bendera BN, dacing yang seimbang... mungkin sebahagian besar rakyat akan kagum dan berterima kasih dengan pembentangan ini, namun bagi orang seperti aku... aku mendapati masih tidak nampak akan bajet untuk 1Malaysia, seperti yang dilaungkan oleh PM ke6 ini... mungkin suda lumrah alam, manusia tidak akan dapat mampu untuk memberi kepuasan kepada semua orang... tapi agak2 la, jangan menampakkan sangat bias itu... lumrah manusia juga, bangsa sendiri akan diutamakan, negeri sendiri akan mendapat bahagian yang lebih besar daripada bangsa lain... mungkin ker

Papadom + Ketupat Cinta

post ni sepatutnya aku keluarkan minggu lepas selepas menonton Papadom, tapi seperti tidak ada keluangan untuk aku menotakannya. sebuah lagi karya filem yang baik untuk ditonton oleh semua. pembukaan cerita yang baik dan memang sebuah filem yang pecah perut... aku nda tau mau komen suda, antara ingat-ingat lupa plot cerita nya... ada kelemahan yang perlu diperbaiki... penggunaan kostum2 seperti kenderaan yang melampau mahal yang sebenarnya tidak menggambarkan pelajar kaya di Malaysia... aku nda pasti kalau memang wujud pelajar kaya seperti itu yang membawa kereta mahal ke kolej, tapi aku nda pernah nampak sekalipun di kolej dulu... mungkin pembuat filem terikut2 dengan cerita barat... tidak mengapa, mungkin tidak disengajai dan tidak mungkin kita mengharapkan filem yang original malaysia tanpa peniruan, betul nda? tapi filem ini masih dalam kategori 4/5 bintang... dalam pada itu, aku juga kembali gila membeli dvd untuk ditonton malam hari menjelang brodban biru membuat hal... asyik2 pu

Kesesakan

sungguh dahsyat jem pagi tadi, ni la kali pertama aku tersangkut dalam kesesakan yang teruk dan lama pula tu... bayangkan jalan yang mengambil masa hanya 15 minit untuk sampai ke opis, memakan masa 1 setengah jam!!! alangkah teruknya pemanduan pengguna jalan raya di kk dan lebih teruk lagi penguatkuasa jalan yang langsung tidak nampak batang hidung bagi menyelesaikan masalah apalagi untuk mengurangkan kesesakan ini... Dimana pengutip2 saman dan pegawai2 pengaman jalan raya di waktu mereka diperlukan... aku yakin bukan aku saja yang memaki hamun mereka ini... kesesakan hari ini betul2 di tahap luar biasa... aku cukup terkilan langsung dengan keadaan begini... kalau menteri2 tu boleh pula siap ada eskot sampai 5biji motor besar, yang dengan bangganya menyekat laluan semata2 untuk memastikan kelancaran para menteri sampai ke tempat di tuju... aku baru berangan2 ingin memiliki motor untuk mengatasi masalah kesesakan jalan di kk ni... dan kejadian pagi tadi, semakin menguatkan tanda setuju

MIKHAIL - BUKAN SEKADAR SEBUAH NAMA

Novel terbaru yang baru saja aku selesai membacanya... Novel yang ditulis oleh penulis Thriller no.1 negara, Ramlee Awg Murshid... percaya atau tidak, ni merupakan kali pertama aku membaca karya beliau walaupun selalu mendengar dan melihat karya2 nya dipapar di kedai2 buku... pelbagai lagi novel thriller yang dihasilkan beliau, tetapi tidak satu pun yang menarik minat aku untuk menyentuhnya apalagi untuk menyelak isi kandungan dan membelinya... tetapi kali ini nampak berbeza, sekali aku ternampak MIKHAIL ini, seperti ada yang mendorong aku untuk membelinya... selalunya aku ni ikut kata hati yang pelik... ya la mana la tau, tiba2 ada sesuatu yang tersorok disebaliknya... namun kali ini, kata hati ini seperti tidak mendatangkan tanda2 positif... Maaf kepada penulis kalau tulisan ini dibacanya dan menyinggung perasaan penulis... pertama, aku suda hampa apabila novel ini tidak mempunyai penanda buku... bukannya aku mau simpan pun, tapi kesemua novel2 yang aku beli sebelum ini, kesemuanya m

Chelsea 2-0 Liverpool

kembali semula bekerja di minggu baru... bangun pagi dalam keadaan liat, padahal tidur semalam dalam keadaan yang sangat mengujakan... Chelsea menang lagi dalam perlawanan yang cukup taktikal bagi kedua-dua tim... Pada fikiran aku, Chelsea memang memerlukan khidmat Drogba sebagai seorang Magician... skil yang ada padanya cukup bermakna dalam kemenangan semalam... walaupun tidak berjaya menjaringkan sebarang gol, tapi gerakan yang dilakukannya memberikan Chelsea berjaya unggul semula di persada liga... 2-0 sudah memadai bagi memadam luka tahun lalu... juga Ashley Cole yang bagi aku cemerlang di pertahanan... buang bola, taktik yang tepat sekali digunakan apabila berhadapan dengan Torres lebih2 lagi di kotak penalti... seperti nya dia terlalu ringan menari2 dalam kotak penalti... dia berbeza dengan Drogba yang menggunakan fizikal untuk mengalahkan lawan... semoga keadaan ini berterusan dan cita2 Ancelotti untuk tewas hanya sekali dalam liga tahun ni berjaya dicapai... cuma lebih baik kal

Perbadanan Ahlong

berita yang menjadi halwa telinga semasa memandu ke ofis pagi tadi di radio... suratkhabar memaparkan 26ribu peminjam dilarang keluar negara selepas senarai nama dihantar ke jabatan imegresen... satu usaha terbaru bagi mendapatkan semula wang yang dipinjamkan kepada peminjam... selepas taktik menakutkan peminjam dengan surat yang dihantar melalui peguam2 yang dilantik kurang mendapat sambutan, aku juga salah seorang daripada peminjam dan aku tidak mahu menyentuh soal taktik yang digunakan oleh 'Along berdaftar' ni... sebagaimana pendengar2 radio yang meluahkan masalah dan cadangan, aku setuju dengan pendapat supaya dimansuhkan caj perkhidmatan memandangkan mereka bukannya menghantar surat atau penyata setiap bulan seperti sewa dan bil yang lain... lagi pula servis yang disediakan juga amatlah hodoh dan buruk... aku masih menyimpan maklumat kejadian yang menimpa aku pada 9 Januari 2008 jam 12.34 tengahari... masa tu aku masih bekerja di Giant... aku cal ptptn di nombor 03209864

Makanan Jepun

Hari ini mungkin boleh disejarahkan bahawa aku dapat makan makanan jepun buat pertama kali dalam hidup... mungkin boleh diperbetulkan dengan makan di restoran jepun untuk pertama kali... seingat aku antara makanan jepun yang pernah aku makan adalah kuih dorayaki(kalau xsilap sebut) yang menjadi kegemaran doraemon semasa aku menjalani latihan praktikal di upm tahun 2005... dan seperti biasa pertama kali makan di tempat sebegini, aku blank mau makan apa di tempat ni? yang aku tau sushi saja la... selepas diterangkan oleh kawan seofis, baru aku tau restoran jepun ni bukan sushi saja dijual... pelbagai jenis makanan macam di restoran2 lain tu... aku pun xingat nama menu makanan tengahari yang aku pilih, tapi ada sedikit2 bunyi teriyaki la... ala macam teriyaki boys la lebih kurang... menu ni utamanya ayam 'grilled' yang sebenarnya tidak sepatutnya aku pilih sebab yang lain katakan kalau di restoran jepun ni, bagus makan ikan... ikan2 yang dihidangkan jarang didapati di kedai biasa

Bonus

Sekarang ni ramai agak lesu dengan keputusan tidak ada bonus sebelum Raya.. dan tidak kurang juga tidak boleh menerima kenyataan keputusan yang dibuat oleh kerajaan terhadap kakitangan kerajaan ditambah dengan kualiti minyak yang rendah berbanding sebelum ini tetapi dengan harga yang kekal di tahap 1.80 (sebenarnya naik kalau dikira dengan kalkulator atau sempoa). tetapi lain sedikit dengan syarikat tempat aku bekerja ni... Pengurusan mengumumkan bonus syarikat sebanyak 30% dari gaji pokok... Kesyukuran dipanjatkan kerana sekurang2 nya beban dapat dikurangkan dengan pengumuman ini... dan nilai itu terus menyusut sebab perancangan Hari Raya yang bakal menjelang dalam sedikit hari lagi... Bonus juga perkataan yang selalu aku dengar tapi jangan terkejut setelah bekerja lebih dari 3 tahun dengan dua syarikat, ni la kali pertama aku mendapat bonus... dan aku suka untuk meninggalkan tanda mata setiap perkara pertama yang aku dapat dengan duit... contohnya pertama kali menang Debat diRaja jun

Ramadhan Fasa Ketiga

sungguh nya cepat masa berlalu dan kita mudah tinggalkan tanpa berusaha meragut kelebihan2 yang disediakan di bulan Ramadhan ini... hari ini suda masuk hari yang kedua puluh satu kita berpuasa... bermakna kita sudah berada di peringkat ketiga bulan ramadhan... dan aku gagal untuk mengambil kesempatan Ramadhan ini... bermakna juga dengan kata mudah, tahun ini aku gagal lagi... moga2 minggu terakhir ini dapat aku menggunakan kesempatan yang diberikan oleh Allah kepada kita... bulan ini boleh dikatakan setiap minggu aku balik sandakan dan meluangkan masa berbuka bersama keluarga... kesempatan ini datang nya dari cubaan berniaga yang aku dapat dari seorang kawan... niaga apa?? ni sulit sedikit hendak diwar-warkan disini, bukan seperti produk Hiraq dalam blog abahmuizz... tapi aku bukan driving setiap minggu ulang-alik kk-sandakan, seminggu aku bawa kereta, minggu lepas aku naik bas pula, dan minggu ni aku balik bawa kereta... walaupun penat ditambah dengan beban minyak (hadiah Hari Merdeka

Ulasan Ketika Cinta Bertasbih.

semakin jarang dijenguk NSA ni... bukannya tiada ruang dan peluang, idea dari hari ke hari sentiasa ada, cerita dan berita ada untuk dicatat dan dikongsi, namun kesibukan dengan bermain facebook dengan pelbagai game yang disediakan didalam aplikasi facebook, meminggirkan perhatianku terhadap NSA... namun, aku berusaha untuk tidak menguburkan NSA yang menjadi penghubung aku dengan kawan2 dan keluarga yang berada jauh dimata... Mungkin masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang menjelang dan sudah memasuki hari yang kesembilan di bulan ini... dan esok kita suda memasuki 1/3 dari bulan Ramadhan... bagaimana dengan amalan kita dibulan ini??? sama2 la kita meningkatkan amalan kita dan berusaha kita kurangkan dosa2 yang kerap kita dampingi sebelum ini... aku sekarang ni boleh dikatakan setiap minggu ulang-alik KK- Sandakan memandangkan aku tinggal sendirian di kk... hujung minggu mungkin membosankan kalau aku nda balik kampung... sekurang2 nya telingaku dip

Ulasan G.I.Joe & Syurga Cinta

hari jumaat lepas sempat tengok wayang G.I.Joe :the rise of cobra... buat permulaan, tajuk nya macam nda sesuai sebab Cobra nda keluar2 pun sampai di minit 10 terakhir... petanda akan ada sambungan selepas ini... cerita kartun dulu2 masa kecil2 mendorong aku menonton filem yang penuh dengan aksi... sekali lagi, filem orang putih menggunakan mesir sebagai tapak untuk bersembunyi, menjalankan eksperimen ketenteraan sulit... kalau transformer sebelum ni, mesir menjadi tapak prime2, sekarang ni, G.I.Joe menjadikan Mesir sebagai tapak ketenteraan mereka... cerita ni dari segi aksi memang lebih baik dari transformer, jelas dan tidak kelam kabut seperti TROTF... cuma kurang dijelaskan asal-usul GIJ... nda pa, mungkin ada sambungan akan datang yang mengupas asal-usul GIJ.... Minggu lepas juga, aku suda tengok Syurga Cinta lakonan Awal & Heliza dan Haziq... cerita yang memang menarik, tapi masih tidak berbaloi kalau ditonton di cinema... terdapat sedikit kekeliruan identiti dalam lakonan Aw

Nisfu Syaaban, Yasmin Ahmad & Menanti Cinta-Kris Dayanti

bercakap tentang Nisfu Syaaban, merupakan petanda bahawa kita suda hampir untuk bermulanya satu lagi ibadah yang diketahui umum untuk menguji ketebalan iman dan sabar kita... dunia semakin deras dengan ujian yang bertujuan menggugah iman kita yang sememangnya tidaklah setebal para sahabat Nabi dan zaman khulafah dolu2... pelbagai masalah yang kadang2 kita diingatkan dengan bencana dari Allah tapi masih ramai yang tidak peduli... tidak kurang dengan hanya sebahagian kecil teman2 seagama kita yang berjuang untuk mengangkat agama tetapi dikutuk oleh sebahagian teman2 seagama kita sendiri... kaum kafir tidak perlu mengutuk atau melemahkan kita kerana mereka telah dibantu oleh teman2 seagama kita... kita tidak pernah terfikir betapa kuatnya kita berbanding mereka... sebaliknya kita hanya melihat ranking mereka di dalam senarai manusia terkaya di Malaysia ataupun dunia menjadikan mereka lebih kuat dari kita... sedangkan aku teringat dengan kata2 seorang ustaz masa belajar, kalau lah umat Isl

Ruang dan Batas

semakin banyak demo dibuat oleh mereka2 yang tidak berpuas hati dengan perkara2 yang berlaku di dalam negara... bukanlah satu yang pelik, dan aku melihat kejadian ini hanyalah berpunca kerana RUANG... mereka tidak diberi ruang, bukan mereka tidak minta atau mohon dari pihak yang berwajib namun ketidakadilan menjadi juri... walau apapun alasan yang diberikan meskipun ianya untuk kebaikan, ketidakadilan tetap akan menjadi penentu... oleh itu, apabila tidak diberi kelulusan, semangat yang membuak-buak tidak mampu digentarkan oleh amaran dan benteng ketenteraan... Berikan mereka ruang untuk berbicara dan meluahkan isi hati mereka, insyaAllah sekiranya niat mereka benar2 betul, mereka akan bersedia dengan batas yang mereka sendiri ketahui...di muka akhbar dan tv, 'keganasan' yang berlaku ini pastinya disebabkan oleh penganjur yang di mata pentadbir sebagai sengaja membuat onar dan kacau kepada negara... kami yang berada di seberang laut ni melihat keganasan ini bukti kita ni tidak b

Pukulan facebook (Mafiawars)

bulan 8 pula menampakkan diri selepas julai mengundurkan diri 14jam yang lalu... dan pertama kalinya, entri kali disebarkan melalui brodban pertama aku setelah lama memendam perasaan ingin memiliki... semuanya gara2 facebook yang sepertinya aku nda senang tidur tanpa menatap fb ni... atau lebih tepat lagi mafiawars... satu game yang sifatnya seperti dadah (walaupun xpernah merasa dadah) tapi orang kata boleh ketagih... gara2 fb ni jg la, aku jarang menjenguk NSA, bukan tidak ada cerita dan topik untuk dibincangkan, tetapi keadaan aku yang lebih menumpukan kerja2 memerangi keganasan di mafia, menjadi punca... huhuhu... bulan lapan juga, kak Mang n husband akan bekerja di bawah satu bumbung sebab keduanya dipindahkan ke Lahad Datu... aku juga tinggal single lagi di rumah sewa di kk ni... mau mencari tempat sewa yang lebih dekat di kk pun susah... maklum la kekangan kewangan mungkin akan mengekalkan aku dirumah sewa yang kami duduki sekarang ni... ada juga rumah sewa yang dekat di kolombo

Belajar Menjadi MC...

arini dapat satu lagi pengajaran dan pembelajaran dari orang2 yang senior di company ni... pertama nya, esok aku akan jadi bidan terjun lagi untuk jadi MC satu majlis besar company... semuanya gara2 MC yang dilantik menarik diri sebab sekretariat lambat bagi aturcara majlis... hah padanla buku bertemu ruas, sama2 senior dan keras kepala... aku pula pelanduk yang mati di tengah2... kemudian, aku la heronya... bos aku minggu lepas berkeras nda mau jadikan aku MC sebab katanya aku ni 'full of joke' ja, nda pandai serius dalam majlis... dia ni mau kata bodoh, dapat master juga... mau kata bengap, jadi KOD juga... dah memang majlis tu semi formal, aku pula diarahkan untuk membuat majlis tu tidak tegang, aku buat la lawak... aku ni kan Last Comic Standing versi malaysia... dan bila MC yang dilantik tarik diri, aku la yang paling senang jadi kuli... tapi disebalik semua tu, aku belajar sesuatu yang tidak aku perolehi masa belajar dolu2... rupa2nya mau jadi MC ni bukan semberonoh ja...

Isra' Mi'raj

assalammualaikum semua, hari ini kita kembali memulakan minggu baru minggu kerja untuk yang bekerja, minggu pembelajaran bagi yang belajar dan minggu bersuka-ria bagi yang bercuti atau menganggur(gurau ja)... hari ni merupakan hari penting dalam kalendar umat Islam, sekadar mengingatkan dan menyebarkan kepentingannya hari ini iaitu Isra' Mi'raj ... link disebelah ni petikan khutbah jumaat yang aku ambil dari salah satu web... bersama2 kita menghayati hari bersejarah ini bagi me'molish'kan keadaan hati dan iman kita kepada Islam... sedikit cerita pasal bahas smakk yang ke peringkat kebangsaan minggu lepas di Kelantan... syukur Alhamdulillah pasukan Sabah ni keperingkat Final buat kali kedua selepas tahun 2003... keputusan yang masih sama dan tidak memihak kepada pasukan Smakk... aku nda mau mengulas mengenai sikap dan mentaliti hakim kerana aku tidak berada di sana... namun sedikit mengubat kekecewaan ialah pemilihan Sxon sebagai pembahas terbaik final tu... tahniah pasu

Genap Setahun

Hari ni genap setahun aku bekerja di company ni, terlalu banyak dugaan dan cabaran yang dihadapi bagi meneruskan kesinambungan hidup sebagai manusia dan pekerja... hari ni juga hari lahir adik kedua bongsu aku c Aza yang ke11 tahun... Berdepan dengan bos yang amat mementingkan ketepatan waktu dan kepantasan bekerja memang meletihkan... apalagi kerja yang perlu disiapkan itu memerlukan kemahiran dan pengalaman... sedangkan aku sepertinya anak ayam yang dibiarkan mencari makanan sendiri... bukan mudah seorang yang berlainan latar belakang pendidikan dan agama, sanggup untuk memberikan tugasan besar yang sekiranya gagal impaknya amat besar bukan saja kepada dia tapi juga syarikat... Walaupun begitu disebalik semua itu, tidak dapat dinafikan ianya memberi kelebihan yang tidak semua orang boleh perolehi... Nota Suara Aku percaya setiap yang pahit dan susah itu akan membuahkan hasil yang manis jika pandai dituai dan kena pada tempatnya... adios!!

Farhan masuk UPM

Kemarin tengahari mesej dari Farhan masuk HP, "Bang, bachelor tu apa?" aku berseloroh dengan nya bachelor tu banyak maksudnya, aku pun bachelor(bujang) juga... lepas tu dia tanya lagi, degree ka? ya jawabku... barulah dia bagitau dia suda dapat tawaran dari upm selepas rayuan yang dibuatnya minggu lepas... Bachelor kejuruteraan (elektrik & elektronik)... syukur la akhirnya dia dapat juga kembali Selangor setelah lama di sabah... aku gembira sangat Farhan dapat upm, sekurang2 nya dia dapat memenuhi impian keluarganya melanjutkan pengajian di upm... aku pun bangga juga sebab aku graduan upm bah... walaupun begitu, sedih juga sedikit sebab selalunya bila aku boring, aku bawa dia keluar biasanya tengok wayang dan round2 kk... kadang2 stay rumanya sambil2 bercerita tentang cewek nya yang selalu tukar2 selepas 3-4tahun couple... pelik kan, lama2 becinta, pastu clash... sedikit sebanyak persediaan menuju ke univ dia rujuk aku... dari benda2 yang logik sehingga la perkara2 yg nda

Surat Pengesahan Jawatan yang Pelik

betul ka kalau sisir rambut guna tangan boleh meningkatkan masalah keguguran rambut?? ada2 saja iklan ni... nasib baik xda sisir / sikat yang berjenama... kalau nda, pasti laku sisir tu dibeli para lelaki... masalahnya macam mana mau sikat rambut kalau rambut tu nda mau ikut stail yang diinginkan...paham2 la rambut lelaki ni kadang2 keras kepala juga sekeras kepala orangnya... semalam aku sudah nampak surat pengesahan jawatan aku tu... Alhamdulillah sekurang2 nya ada nampak sudah lah khabar2 angin sebelum ni yang pabila ditanya mengenai surat pengesahan jawatan, angin menjawab sudah dihantar ke meja MD... tunggu di sign ja... tapi kepelikan yang berlaku dalam surat tu... pertama tarikh berkuatkuasa 15April 09... tapi tarikh surat 6 JUN 09 dan lagi pelik sampai di meja P.A 6 JULAI... pelik nda pelik surat pengesahan jawatan aku ni... terlalu banyak dugaan yang dihadapi dalam kerja... terpulang kepada individu untuk menyerap segala dugaan dan masalah yang datang dengan tenang dan disand

Julai Bukan Sekadar Nama

sedar nda sedar, Julai sudah kembali lagi... julai ni bagi aku merupakan bulan kerja... Aku ingat dulu semasa aku bergelar Pekerja tiga tahun yang lepas di sebuah pasaraya besar yang memang besar pun dari segi namanya...dua tahun selepas tu, aku melapor diri lagi di sebuah syarikat utiliti juga dalam bulan Julai... menghitung hari aku genap setahun di syarikit utiliti ni... bukan bermakna bulan ni aku akan melapor diri lagi di syarikat baru, cuma aku berharap bulan Julai ni memberikan impak baru terhadap kerja aku... Julai bukan sekadar nama! ianya satu petanda bahawa kita suda berada di separuh pertama tahun 2009... tidak lama lagi akan melangkah 2010... sebaik melangkah 2010, 29hari selepas tu aku akan melangkah ke umur yang baru lagi.... kawan ku selalu mengingatkan aku apa yang pernah aku azamkan di awal tahun... dua perkara, bisnes dan partner... bisnes... orang kata bisnes tidak sesusah mana, tapi yang susah tu ialah semasa membuat langkah pertama dalam bisnes... segala perancang

Pursuit of Happyness

macam tidak adil pula hari bapa disambut tidak semeriah hari ibu... mungkin kerana kuasa ibu yang mampu menggoncang dunia dijadikan sebagai sandaran hari ibu disambut lebih meriah... atau juga syurga dibawah telapak kaki ibu... atau boleh dijadikan indikator utama ibu lebih disayangi dari bapa... kelembutan dan kasih-sayang ibu yang melimpah melebihi kasih-sayang bapa menyebabkan tidak ramai yang meraikan hari bapa... aku dalam seminggu dua ni agak liat menyentuh NSA walaupun idea banyak untuk dikongsikan... berbalik kepada hari bapa, sabtu yang lepas aku menonton Pursuit of Happyness lakonan hebat Will Smith.. sebuah kisah benar mengenai seorang bapa yang bertungkus-lumus untuk menyara isteri dan anaknya... namun si isteri tidak dapat menahan lagi kesabaran dengan janji yang dijanjikan oleh suaminya sehingga mereka dihalau dari rumah sewa... penderitaan yang perlu ditempuhi oleh seorang ayah untuk membesarkan anaknya ditambah lagi dengan pekerjaan yang dilakukannya hanya sebagai juruj

Cari Jodoh - Wali Band

Apa salahku apa salah ibuku Hidupku di rundung pilu Tak ada yang mau dan menginginkan aku Tuk jadi pengobat pilu Tuk jadi penawar rindu Tuk jadi kekasih hatiku * Timur ke barat selatan ke utara Tak juga aku berjumpa Dari musim durian hingga musim rambutan Tak kunjung aku dapatkan Tak jua aku temukan Oh Tuhan inikah cobaan ** Ibu-ibu bapak-bapak Siapa yang punya anak Bilang aku aku yang tengah malu Sama teman-temanku Karna cuma diriku yang tak laku-laku *** Pengumuman-pengumuman Siapa yang mau bantu Tolong aku kasihani aku Tolong carikan diriku kekasih hatiku Siapa yang mau Back to *, **, *** Ibu bapak punya anak Bilang-bilang aku aku yang tengah malu Sama teman-temanku Karna cuma diriku yang tak laku-laku Nota Suara Aku nda pandai dalam bidang upload donlod ni.... tapi lagu Cari Jodoh ni boleh ditengok dalam link ni...selamat bergumbira adios!!

Karabau,Kura-kura,Kijang

kemarin dulu masa minum2 kupi dengan Del, dia bercerita mengenai perihal Karabau, Kura-kura dan Kijang... ini adalah perumpamaan dengan jenis2 pekerja yg terdapat di syarikat tempatnya bekerja sebelum join syarikat ni... untuk pengetahuan, kalaupun xmau tau c Del ni bestfren aku masa d upm dan nda sangka sekarang ni kami duduk di bumbung yg sama... Ketiga2 mempunyai kekuatan dan kelemahan masing2, karabau ni kalau diberikan kerja akan siap tapi penuh dengan rintangan dan memerlukan tenaga zahir dan batin... orang kata sampai merangkak pun akan dibuatnya yang penting kerja tu selesai... ni mungkin bole dikatakan workaholic... orang kerja begini kadang2 tidak mengutamakan keluarga... di ofis ni ada 2orang yang bekerja macam tu... Kura-kura pula macam tidak perlu diterangkan sifat2 nya yang azali, kerja yang diberikan kepadanya akan disiapkan juga tapi lambat... kadang2 tarikh disasarkan ke tarikh SASARan yang baru... bercakap kura2 ni, aku tertarik dengan iklan Digi broadband... mereka m