Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2009

DUNIA SEBELUM KELAHIRAN

Sedar tidak sedar, kita suda berada di bulan Rabiulawal...InsyaAllah minggu hadapan, kita akan menyambut Maulud Nabi... namun apa erti sambutan, kalau tidak disertai dengan intipati dan pengetahuan maka sia-sia saja sambutan ini... Justeru, dalam minggu ini sehingga 12Rabiulawal, blog ni akan memaparkan peristiwa2 penting yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. Sempena memperingati tarikh bersejarah dengan kelahiran bayi bertuah yang dibangkit sebagai Rasulullah perubah tamadun manusia yang roboh keinsanan mereka. Maka kali ini akan dikupas serba sedikit mengenai keadaan kuasa dan empayar yang kukuh pada masa itu iaitu sekitar abad 6 Masihi sebelum lahirnya nabi Muhammad s.a.w. Semoga ia mampu memberi kefahaman dan kesedaran kepada kita bagaimana kelahiran Rasulullah s.a.w tidak dapat dinafikan lagi sebagai perubah dan pembawa rahmat kepada seluruh alam yang hampir hancur sifat kemanusiaannya dan telah tergadai rasa kehambaan kepada Allah Tuhan Pencipta. Empayar Rumawi Timur Kerajaan R

PROVOKASI

Ada-ada saja Malaysia sekarang ni. Provokasi demi provokasi disuarakan, disiarkan dan dihebahkan ke seluruh pelosok negara. Hanya kerana 25butir peluru, terpacul celaka di mulut YB bukit gelugor. Mungkin ada kebenaran, tapi andai tidak ada bukti dan siasatan dijalankan maka kes ini tidak akan dapat diselesaikan dan dirungkai. Dari perkataan celaka ini, media elektronik menjadi bahan api menyalakan kemarahan pemuda2 'Malaysia' yang mengheret kehadiran segerombolan pemuda di Dewan Parlimen hari ini. Sekali lagi, media elektronik ini menjadi pengetuk loceng memulakan pergaduhan di gelanggang gusti. Anggota keselamatan pula menjadi 'bodyguard' yang memerhati dan akan bertindak jika keadaan menjadi tidak terkawal. Persoalannya, di dewan mulia ini tidak adakah undang-undang yang dijadikan sebagai garis panduan bagi mengelak kejadian sebegini dari berlaku? YDP hanya menjadi pemerhati. Tidak ada lagi autoriti YDP, YB2 tidak lagi takut atau gentar pada suara YDP. Di mana undang2

ISO dan Gathering spm00

arini berakhir juga penderitaan sementara semata2 untuk mendapat ISO kepada tempat kerja ku... dan bos bagi kebenaran untuk aku cuti esok hari, aku xtahu dari sumber mana dia dapat tahu aku mau cuti, tapi dia suda bagi kebenaran tu memadai la... mungkin dia nampak yang aku semakin stress dengan kerja ini yang bukan bertimbun tapi bersambung... auditor mengumumkan 6bulan dari sekarang compliance audit akan dijalankan... ini bermakna banyak kerja followup dilakukan selepas ini berdasarkan nasihat dan pendapat dari auditor... dan sebab itu juga la bos suru aku cuti esok hari, kalau ikut jadual, selepas ini memang tidak ada waktu yang sesuai untuk bercuti kecuali hujung bulan3, tu pun belum dapat dipastikan samada dapat cuti atau tidak... yang pasti tiket sudah dibeli... berbalik kepada isu ISO ini, apabila auditor bercakap panjang lebar, aku menangkap asas disebalik pelaksanaan ISO... apa yang akan dinilai oleh mereka ni adalah proses sesuatu aktiviti itu dijalankan... sebut proses, terus

Rise Of Nation

sepanjang minggu lepas dan bersambung lagi minggu ini, keadaan amatlah stress dan tegang... aku macam xboleh bernafas tenang dengan gangguan dan pelbagai cabaran serta dugaan yang menghujani aku... apalagi, keinginan untuk datang ofis hari ahad demi kerja tenggelam oleh berat hati dan malas nya aku angkat punggung dari tempat tidur... bermula minggu lepas juga, aku kembali berperang dengan game Rise Of Nation yang menjadi peneman selama hampir 5tahun lalu... semacam tidak ada penghujungnya dan tidak pernah merasa bosan, 2hari cuti aku habiskan dengan perang dan perang... cuba memahirkan diri dengan negara China, Mesir dan Jerman, aku suka untuk bermain dengan taktik dan kelebihan yang ada pada rakyat Mesir... aku bermain dan terus bermain sehingga aku rasa mengantuk... kak Mang suda menekan supaya aku isi borang kpli... macam mana ni? aku ni bukan xsuka jadi cikgu, pernah terlintas ingin menjadi cikgu, tapi aku terngiang2 pernah mengutuk kerja cikgu melalui program kpli ni... aku berp

Volvo di Sabah

agak mengejutkan sebaik aku membaca akhbar tempatan muka hadapan pembelian volvo untuk kegunaan menteri dan pembantu menteri di Sabah... berita ni keluar hari rabu 18Feb09... dan hari ini baru berita itu sampai ke tanah besar Malaysia... itupun harakahdaily.net yang papar... demikianlah penangan media BIRU ni... anggukan aku bersama penulis berita dalam laporan akhbar(harakah) tersebut, KM sendiri mengesahkan pembelian (sewa) volvo untuk kegunaan menteri dan pembantu menteri melalui anak syarikat kerajaan negeri, An*k*t*n Hebat... tidak menghairankan memang hebat syarikat ini, kerana dinaungi oleh orang hebat juga... alasan yang digunakan ialah kos penyelenggaraan yang lebih murah berbanding Perdana WALAUPUN diakui sendiri harganya lebih mahal dari perdana... tapi kenapa volvo? mungkin tu taste orang sabah... Apa beza Volvo dan Camry yang menjadi sensasi selama ini di Perak n Selangor? inikah yang dikatakan orang2 kerajaan suci dan maksum sebagaimana yang digambarkan melalui ucapan ber

bukan robot

Kemarin tiada masukan... hari ini pula sementara menunggu kak Mang balik, aku menotakan sedikit kejadian yang berlaku sepanjang-panjang yang aku ingat... pagi2 lagi, aku suda meletup... mana tidak nya, aku buka saja emel, tu dia berpusu-pusu emel dari bos masuk dengan idea kambing dan dateline yang entah apa2... dia ingat aku ni bole bekerja dengan dua tangan dan dua kaki... seolah2 aku tiada kerja yang perlu dibuat, dan hanya menunggu arahan kerja dari dia... dia suda lupa aliran kerja yang dia sendiri umumkan isnin lepas... semacam hanya lakonan dan gimik sementara ataupun dia tidak dapat menahan diri dari memberi arahan selain tiga orang PK dibawahnya... aku akui dia memang hebat dan pantas, sehingga siapa pun yang menerima arahan akan kapus2 olehnya... PK produktiviti pula seolah begitu patuh dengan perintah dan cuba bersikap jujur dengan nasihat dan nasihat, tapi apa gunanya semua itu jika kerja yang diberikan kepada aku terus bertimbun... pastinya meninggalkan satu rekod yang bu

Derhaka!

mereka sungguh hebat mempolemikkan derhaka terhadap sultan dan agong... cukup hebat serangan yang disertai oleh segolongan manusia yang mengaku memperjuangkan bangsa dan agama serta kedaulatan sultan... disokong oleh deretan media tulis dan suara... pembelot, tidak bersyukur dan pelbagai cercaan dihalalkan untuk menceritakan kedurjanaan... seolah mereka ini tidak pernah cuba menjatuhkan daulat suatu ketika dulu... cuma bezanya daulat yang dicemar oleh mereka tidak dicatat dalam sejarah Malaysia... mereka ini terlalu maksum! topeng mereka ini amat huduh tapi mereka tidak malu untuk memakainya kerana tidak siapa yang akan kenal siapa pemakainya... suara saja tidak cukup untuk menyatakan mereka ini siapa... Derhaka! apa sebenarnya definisi ini tertakluk kepada kamus paradigma politik kotor ini... Dalam bendera ikon ini seimbang, bila digantung di tiang atau dimana saja ianya boleh berdiri dan berkibar, hakikatnya bila tidak berkibar, ikon ini akan condong dan berat sebelah mungkin sama ju

Kembali Ceria!

Inikah harga sebuah kesabaran? dan ini bukti dipermudahkan urusan orang yang tidak diadili dengan baik? pagi ini aku masuk kerja dengan satu azam dan semangat yang kuat. Aku akan buat kerja yang mampu dan selagi mana kerja yang diberikan itu tidak menyalahi etika kerja sebagai staf... morning talk yang disampaikan bos aku sambut dengan gembira dalam hati dan mungkin juga kemenangan awal... hehehe... bos mengambil pendekatan dan strategi yang lain bagi memastikan staf yang degil macam aku ni tidak berurusan dengannya... ofis kami mempunyai 2orang pengurus kanan, satu bahagian kualiti dan satu lagi bahagian produktiviti... kerja yang aku buat termasuk dalam kategori produktiviti... ini bermakna aku hanya akan berurusan dengan PK produktiviti... dan PK produktiviti pula akan berurusan dengan bos... begitu la carta aliran kerja yang terbaru diumum oleh bos awal pagi ini... selepas ini aku hanya mengemukakan laporan kerja harian kepada PK produktiviti... aku suka kerana PK ni lebih mesra da

Bos

bos semakin menekan nampaknya... dan aku hampir kalah... mungkin protes satu tindakan yang betul mungkin juga tidak... jika sebelum ini aku mengambil pendekatan masuk telinga kanan keluar kiri, tapi jumaat lepas aku keluar ofis selepas rolldown PSI... aku dinilai secara umum tanpa diberitahu dimana harus diperbaiki dan aku tidak mendengar lagi kata2 positif dari bos untuk menaikkan semangat yang telah dirobohkannya... di kotak pemikiran aku sekarang sudah ada benih2 negatif bos tidak bersikap profesional terhadap kerja... lebih2 lagi terhadap orang Islam... wujud semacam double standard antara kami... dan mungkin juga triple standard... kenapa? sebab layanan terhadap staf perempuan(lebih2 lagi yang cantik) juga begitu ketara... dan berontak aku semakin menguji kesabaran aku... esok genap aku 7bulan di sini, istilah more pleasure than pressure yang diberikan Yun nampaknya songsang... aku cuba menyembunyikan tekanan yang ada, namun ada yang sudah menghidu melalui keadaan ofis yang tidak

Portal Usahawan

mungkin ini adalah langkah awal untuk memulakan perniagaan yang dirancang... tidak tahu dimana bermula dan memulakan, dengan pembacaan portal ni aku mendapat sedikit sebanyak keperluan yang aku inginkan... anda doakan aku orait...adios!

MU 1 Others Club 923

Alex Ferguson bertarung dengan 923 pengurus untuk memastikan MU menjadi kuasa yang digeruni dalam bola sepak. Lanjut . Seperti yang aku katakan sebelum ini, untuk memastikan kita berjaya dalam bola sepak, kerjasama antara semua pihak amat penting... dan paling penting sabar dan tidak mudah menghukum. Lain la kalau pasukan dibanjiri dengan pemain yang hebat! wajar pengurus atau jurulatih dihukum seperti yang diterima oleh LFS... mungkin LFS pengurus yang bagus, tapi bukan untuk Chelsea... nampaknya kertas kerja(impian saja ni) aku diterima oleh pengurusan untuk memberhentikan LFS sebelum perlawanan dengan Juve hujung bulan ini... Guus Hiddink hebat dan harapnya mampu membawa Chelsea kepada juara Champions League tahun ni, Piala FA dan EPL... mungkin tamak, tapi harapan amat tinggi...walaupun begitu, aku masih ingin melihat Zola dan Mourinho kembali untuk menjadikan Chelsea sebagai Special lagi masa depan... Sabah menang 2-0 dalam saingan liga perdana... SABAH TATAP! Nota Suara Aku sibuk

kereta merajuk

kereta pun pandai merajuk dan mengamuk? percaya ka... mungkin ini mengarut dan kebetulan tapi ini berlaku hari ini... aku dengan kawan ofis pegi makan di wisma muis sblm solat jumaat... selepas itu, kejadian ini berlaku... apabila masuk semula ke dalam kereta ketika hujan lebat, kami bercerita kelemahan kereta buatan malaysia atau lebih tepat p**t*n... khabar2 angin menyatakan kereta buatan ini banyak masalah khasnya tingkap... kemudian sebaik enjin dihidupkan dan memulakan perjalanan, tiba2 berlaku kejadian yang sadis... cermin tingkap tiba2 diseru 'niak insom matakaji semarenseng!'...ahh kesian betul terpaksa lah c driver memegang butang tutup cermin dengan menggunakan tangan kanannya manakala tangan kiri bekerja keras untuk memegang stereng dan menukar gear...xheran la orang lebih suka guna camry...biar mahal sikit ataupun buatan bukan malaysia asalkan tidak mendatangkan malapetaka... aku suka memetik ulasan tok guru Nik Aziz tentang kesultanan yang semakin goyah... apakah k

Firaun,Qarun,Hamman & Ubai bin Khalaf - kita di mana?

punch card diketik jam6.30 petang dan terus memandu kelisa ke lokasi aman iaitu masjid... maghrib dan isyak di masjid negeri seperti yang pernah2 aku lakukan sebelum ni... walaupun penat, tapi aku teruskan iktikaf di masjid melayan kesejukan aircond... peh layan siot... kuliah maghrib disampaikan oleh seorang ustz yang aku kurang kenal namanya... dan aku terlelap dalam 10-15 minit sehinggalah aku terbangun kembali mendengar kuliah ustz ni... aku pun xingat sudah pangkal nya, yang pasti aku tertarik dengan cerita pasal Firaun, Qarun, Hamman dan Ubai bin Khalaf... ust melontarkan persoalan, kita hendak dalam kumpulan yang mana? baca la selanjutnya di sini . semalam Joy miscal dan aku call balik... seronok berbual dengannya walaupun setiap cerita itu pastinya GANTUNG! maksudnya cerita yang dicetuskan tidak pernah ada penghujung dan kadang2 membuatkan aku berfikir... mempunyai kawan seperti joy memang sukar dan aku antara yang bertuah... aku banyak belajar darinya walaupun dia ni junior ak

Antara Lari dan Halau

sambil bersarapan mee goreng dan cucur udang buatan tangan adik pagi tadi, kami dihidangkan dengan halwa telinga buletin pagi... menarik perhatian adalah kehilangan seorang budak perempuan belasan tahun yang tidak pulang dari sekolah sejak 24 jam yang lalu... aku dan kak mang mengulas tentang permasalahan ini dari skop sejarah hidup keluarga kami... hilang atau lari dari rumah? Ini merupakan satu bentuk pemberontakan dari gelora jiwa remaja yang merasa diri mereka dikurung dan kebebasan mereka disekat... kotak pemikiran mereka bergelumang dengan mentaliti remaja punya kebebasan dan hak untuk menentukan hala tuju tanpa perlu mendapat nasihat dan buah fikiran ibu bapa... apabila ibu bapa bersuara, anggapan yang muncul ibu bapa cuba untuk mencampuri peribadi... seolah2 apabila sudah mampu untuk berdiri dan berlari, ibu bapa usah menunjuk ke mana mereka harus pergi dan bergaul... mereka mampu berfikir dan bertindak secara rasional... itu remaja yang bebas tapi sebenarnya tidak matang... da

Di Luar Lingkungan (untuk apa maju?)

muak dan mual rasanya menonton rancangan tv3 pada malam hari isnin bermula jam8 malam sehingga jam10 malam... dan aku rasa setiap jam8 malam, aku akan makan hati dengan berita2 yang disiarkan walaupun itu diorang punya suka la untuk menyiarkan apa saja termasuk pengeksploitasian kanak2 tabika yang menderita akibat permainan politik... aku pun xtahu mana satu yang betul, tapi naluri aku memegang pendirian ini semua satu bentuk permainan politik untuk memburukkan... lalu semalam aku dengan senang hati menukar siaran tv ke tv1 dan walaupun suram tapi sekurang2 nya kesuraman itu tidak menggambarkan kebusukan hati... yaka busuk? jam9 aku cuba menyukakan diri dengan pepaya @ popeye malaysia... tapi aku semakin benci dengan drama ni... mungkin kah ini kelas drama kita? aku xrasa begitu sebab drama SpaQ menafikan drama kita berada di kelas yang rendah... aku akan mengulas kekuatan drama SpaQ ni nanti... jam9.30 aku tukar la ke siaran tv1 dan menarik minat aku untuk menonton rancangan DLL... di

Liverpool 2-0 Chelsea

Chelsea makan hati lagi dengan gelagat jengkel Mike Riley... ini baru bola sepak... 2 minit terakhir amat perit untuk buat aku menangis... terus maju dan berfikiran positif... nasib baik pengurusan bukan F.A.M bolehlah L.F.S menarik nafas lega menggaru kepala hotak... Amin tidak perlu matikan hp... hadapi dengan senyuman, semua yang terjadi biar terjadi... tukar sim baru la... Inter Milan seakan menerima nasib hampir serupa, cuma mampu mencuri satu jaringan untuk tidak kalah... Mourinho mungkin tersengih melihat prestasi Blues sambil mencatur jentera untuk dihidang kepada MU...hahahaha! Adios!

Jalan Keluar Untuk Maju

Masukan kali ini rentetan berita yang baru sahaja aku dengar tentang pelucutan jawatan jurulatih kebangsaan B.Sathianathan di tv3... keputusan yang terumbang-ambing seperti juga bola sepak negara kini, selepas tewas 5-0 di kaki UAE, mereka mengambil keputusan yang dianggap terbaik untuk memajukan bola sepak.. kecewa! Itu yang mampu aku luahkan secara peribadi... kalau ditanya rakyat sekalipun, aku yakin tindakan ini bukan bijak dan tidak akan memajukan negara... mungkin mereka akan melantik jurulatih yang sebulu dengan mereka... mereka akan melantik jurulatih yang tidak agresif dan keras kepala seperti Sathia... aku ingat lagi sebaik kekalahan baru2 ini, penyokong yang sanggup memalukan diri dengan memakai jersi kebangsaan di stadium untuk menyaksikan pasukan dijinakkan tidak menyalahkan jurulatih! sebaliknya pemain dan pihak pengurusan... pihak yang disalahkan ini pula sebaliknya memilih untuk meletakkan beban kekalahan di bahu jurulatih SAHAJA tapi tidak pemain... faktor utama aku le

ujibakat af7 d 1borneo

semalam aku keluar dengan adik ku dua orang pg 1Borneo dengan tujuan utama untuk merasai suasana ujibakat AF7.. diperbetulkan ini bukan tujuan aku ya... aku cuma bertindak sebagai driver ke sana.. dan sampai di sana Ebi af5 sedang menyanyi dan selepas itu Mila.. kehadiran Mila dengan Ayat2 Cintanya mengusir aku dari lokasi ujibakat... sambutan dingin dari yang hadir jelas menyokong tindakan aku angkat kaki dari mendengar sumbangan sumbang mila... dan aku tinggalkan menuju ke kedai buku yang baru dibuka...HARRIS namanya... walaupun tidak seperti kedai buku Kinokuniya di KLCC dan MPH di Mid valley (kalau xsilap) yang gah dan selesa, sekurang2 nya kewujudan HARRIS menjadi tempat aku bertenggek menunggu adik dengan af... aku mau juga join tapi aku xsanggup untuk menjadi artis...huhu