Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2009

Selamat Hari Lahir ke33 Kakak!

entri ini bukan untuk meratapi pemergian nurul, cuma aku tidak ingin lupus ingatan bahawa dia anak buah kesayangan ku... 24 April 09, Nurul menghembuskan nafas nya di rumah selepas mak pergi ke hospital pagi tu, dan melihat tanda2 nurul sudah nazak... mak mengambil keputusan menyuruh kakak memberitahu hospital untuk membawa Nurul ke rumah... mak pula menelefon pagi tu, menyuruh kami balik awal... tapi ego aku tinggi... kalau itu ajalnya, biarlah dia pergi tanpa melihat atau mendengar pakciknya ini menangis... dan sebaik pukul 10.30, mak telefon memberitahu nurul sudah di bawa balik rumah dan lebih kurang pukul 11, dia pergi menghadap Ilahi... aku, abg ipar dan adik ku menyusur jalan ke kampung dengan sugul... adik ku c Tja, suda menangis sepanjang perjalanan, aku maklum dia paling rapat dengan budak2... aku drive selaju yang boleh tapi seselamat yang mungkin... kami tiba tepat pukul 4petang... aku tidak sanggup untuk melihat jenazah nya dan air mataku menitis juga mengingatkan drama da

Nurul Jatuh Lemas!!

Ketika entri ni dipublish, masih belum ada khabar dari kampung tentang keadaan anak buah aku yang terlantar di ICU selepas terjatuh dan lemas… kak mang call dengan tangisan dan aku cuba bersikap macho dan tenang mendengar khabar yang agak mengejutkan ini… namun, apa yang mampu tangisan lakukan? Apapun yang terjadi selepas ini, tawakal paling penting kerana hanya Allah yang menentukan segala-galanya… dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali… Dan semasa aku solat Zohor tadi, aku menangis mengingatkan anak buah kesayangan ku ini… segala karenah nya bermain di kotak fikiran ku… aku berdoa moga2 Allah akan memberikan keselamatan ke atas anak buah aku… sebut menangis dalam solat, ni kali kedua aku menangis selepas kali pertama bapa xsedarkan diri tiga tahun yang lepas… Aku sms kepada abg2 di kl mohon doakan bersama keselamatan nurul, begitu juga dgn adik2 aku di sbh, sebab doa itukan senjata umat Islam bila dilanda kesusahan… kepada yang membaca entri harap2 nya doakan juga keselam

Takis mari...

suasana hari ini agak berlainan sebab entri didatangkan dari Takis, sebuah kampung di Papar... sejak semalam aku disini disebalik ingin mengambil bumper yang baru dibaiki dan baru saja 2jam yang lalu dipasang... aku berpuas hati kerana Kambing ku berjaya menggunakan kembali bumper yang rosak teruk awal bulan 4 hari tu, gara-gara sorang adik aku drive sambil langgar sekor anjing di tengah jalan... buat pengetahuan, Kambinx ni adalah nama Kelisa yang aku miliki sekarang ni.... kulitnya berwarna putih dan insyaAllah dalam perancangan akan bertukar kulit dalam setahun ni... sambung cerita Takis, aku bermalam di rumah ni selama 2malam sebab esok ada kenduri dan aku cuma membantu apa yang termampu... dah macam keluarga dari segi layanan ajoy dan keluarga... cuma masa aku tulis entri ni, aku tidak berpuas hati dengan ajoy... mungkin aku pernah menyuarakan dalam blog, tentang bagaimana sensitif nya aku terhadap komunikasi... aku boleh berkawan dan bergaul, tapi aku perlu suatu gap bagi membend

130bp dan Mati Kena Bunuh!!

Perkara ni sudah lama berlegar-legar di kepala, tapi bila sampai depan NSA, aku terlupa untuk menyentuh nya... dan hari yang penuh barakah ini aku baru teringat, sambil menunggu masa yang sesuai untuk ke masjid solat jumaat, maklumlah kalau datang awal pun perkara paling senang dibuat ialah tafakur (tidur kononnya menginsafi kejadian diri)... 130! ni nombor apa ni? ni adalah blood pressure sebelum aku menderma darah... adakah ini tanda yang aku ada darah tinggi, aku pun kurang pasti tapi rata2 yang mendengar agak terkejut jika dibandingkan dengan umur, tinggi dan saiz badan aku... yang pernah berjumpa artis ni pasti tidak sukar untuk membuat penilaian... bercakap tentang kesihatan, aku tidak pernah mengalami apa-apa sakit yang kritikal walaupun aku amat jarang bersukan apalagi mengeluarkan peluh... lebih-lebih lagi sejak aku bertukar tempat kerja ni... jika sebelum ni, walaupun jarang bersukan aku masih mampu berpeluh dengan kerja2 berat seperti menyusun stor, display barang, angkat ba

Chelsea sudah confirm ke semi tapi status aku bila lagi??

Akhirnya Chelsea berjaya membalas dendam dengan menyingkirkan Liverpool buat kali kedua. Lebih manis bila Chelsea berjaya menebus malu kalah dua kali di EPL termasuk di tempat sendiri... Seperti ramalan aku semalam, akan banyak jaringan dicipta...dan inilah keputusannya Chelsea 4-4 Liverpool... Lpool bermula garang dengan 2-0 dalam 30minit, percaturan 4321 terus di transform menjadi 442 dengan kemasukan Anelka menggantikan Kalou... Kemudian Chelsea mendahului dengan 3-2 di masa kedua juga dalam masa yang singkat... Alex, Lampard dan Drogba sebelum Lpool merapatkan jurang dengan 4-3... detik2 cemas seperti memihak kepada Liverpool sebelum menyerah dengan jaringan Lampard... memang betul mimpi c joy Liverpool skor 4, tapi dia mungkin nda nampak jaringan dari Chelsea... Nota Suara Aku hari ini genap 9bulan bekerja di kompeni ni...seronok dan banyak aku pelajari. tapi status konfom xkonfom tu sedikit menggusarkan... kalau bukan aku ni seorang yang penyabar, mungkin aku sudah resign, tapi

Game penting

malam ni game penting mungkin menyaksikan lpool dan chelsea akan berabis untuk memastikan kemenangan, ramalan aku malam ni akan ada banyak gol dicipta tapi bukan tugas mudah untuk lpool menang... neves tetap ada juga tapi harap2 chelsea xbuat kesilapan bodoh macam sabtu lepas... Nota Suara Aku sedikit bengang sekarang ni....

Kebiadapan Yang Tak Disangka

Entri hari ini agak mengusik sanubari aku sejak akhir-akhir ini... dan semalam aku mendapat kesimpulan sebaik chat dengan seorang guru sekolah di smakk dulu... tidak disangka seorang guru sanggup meluahkan hatinya dengan sikap/ percakapan bekas murid dan kini menjadi seorang guru juga... mungkin ada alasan munasabah seandainya bekas pelajar ini bukan seorang guru, lantas orang seperti aku tidak dapat memahami hati dan perasaan seorang guru... tapi sebaik melangkah ke alam perguruan yang sama dengan guru2 yang telah dulu merasai asam garam perguruan, seperti tidak ada sebab mengapa harus terjadi seorang guru yang bergurukan guru boleh mengguris hati guru... perkara ini selalu benar diingatkan oleh bapa dan mama ku... cuma dulu apabila ditegur oleh bapa, aku terus merajuk ataupun paling tidak menarik muka... memang secara luaran perkara yang diucap suatu gurauan tetapi kita tidak dapat meneka yang terbuku dihati mereka... kita melihat perkara ini suatu yang biasa, kerana kita terlalu lek

Cerita mingguan

hujung minggu balik kg...panjang sikit kali ni sebab semalam sabah public holiday... dapat la rehat panjang sikit... kawan di ums mau ikut balik kampung, tapi aku berat sikit ajak sebab takut orang lain cakap bukan2... bukannya awek aku pun, tapi klu dah kita bawa balik anak gadis, orang akan kata awek kita... nanti tak pasal2 hilang status bujang aku...hehe hari ni, ada lagi majlis di rumah...klu minggu lepas majlis kesyukuran adik2 aku selesai konvo, minggu ni pula meraikan anak buah aku dengan majlis bergunting dan akikah semalam... majlis ni dibuat kecil2 an saja tapi almaklum la, klu pun kecil dan jemputan hanya kerabat2 dekat, tapi agak meriah juga la majlis ni... sekarang ni baru abis majlis... terus terang, aku kurang sikit berminat dengan majlis2, bukan kerana tidak menyukai orang datang rumah, tapi apa juga majlis yang berlangsung pastinya memenatkan... ditambah lagi bapa tidak suka benda2 yang tidak lancar... sedikit saja kecacatan, bapa akan terus marah walaupun bukan di de

Liverpool 1-3 Chelsea

Damai dingin subuh hatiku terusik, dengan nasib diri digelanggang sendiri... lagu ni terngiang-ngiang di kepala sebaik tiupan wisel penamat... sebagaimana hancur nya rekod tanpa kalah Chelsea ditempat sendiri oleh Liverpool, demikianlah juga Chelsea memulangkannya... Apapun, aku berpuas hati dengan game tadi pagi, bertempat di McD, Api2 Center... Kepada yang kalah, cuba lagi minggu depan...klu agak2 xcukup, minggu depan tambah lagi...Joy, satu pesanan ringkas YOU NEVER WALK ALONE sebab Amin kasi kawan balik papar juga, Jumpa minggu depan tempat yang sama....Adios!

Gatal atau Romantik?

isu ini mungkin sensitif dan mengundang kemarahan sebahagian pihak...aku tidak ingin mengundang kontroversi apalagi untuk mencari musuh... cuma aku ingin bertanya kepada yang membaca entri kali ini... wanita / gadis / perempuan ini orang nya macam mana? gatal atau romantik? Adios!!!

Cuti 260309-010409

Hampir sebulan blog ni sunyi dari perkembangan...aku agak sibuk kebelakangan ini dengan persiapan menjelang compliance audit untuk mendapatkan pensijilan ISO9001:2008... aku tidak pernah menghadiri sebarang training mahupun pendedahan yang formal mengenai benda ini... tapi yang jelas jika dulu aku amat membenci kewujudan ISO, dengan beranggapan kewujudannya hanya lah mendatangkan lebih banyak karenah birokrasi dalam organisasi... dan kini, aku terpaksa berhadapan dengan golongan manusia seperti aku 5 tahun yang dulu... boleh dikatakan aku bekerja 6hari seminggu, 11jam sehari demi memenuhi tuntutan kerja... Dan kepantasan masa berlalu, melupakan aku hampir menjejak 9bulan perkhidmatan, walaubagaimanapun bos masih tidak berpuas hati dengan cara kerja yang dilihatnya... nyata hasil kerja bukan ukuran sama ada aku ni baik atau sekadar memuaskan... bos kata, dia sengaja menghujankan aku dengan kerja yang seperti jualan borong untuk melihat sejauh mana aku dapat mengurus masa dan kerja... di