Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2009

Ucapan TQ Bahas ASAT SMAKK

salam sejahtera, syukur alhamdulillah tim bahas berjaya menang buat pertama kalinya dalam bahas ASAT yang berakhir tengahari tadi... aku nda fokus dengan kursus yang dihadiri, risau dan berdebar dengan keputusan bahas separuh akhir dan final tadi... aku cuma berharap mereka tidak memberikan persembahan yang terbaik tetapi mesti menarik kerana pendekatan ku, terbaik tidak semestinya menang dihati hakim, tapi kalau menarik, walaupun kalah kita akan tetap terbaik di hati penonton khususnya... ini terbukti dengan pemilihan pembahas terbaik, separuh akhir dan final dapat kepada pihak lawan... ok lah, boleh diperbaiki selepas ini... latihan intensif, usaha2 mereka yang berlatih sampai tengah malam sangat aku hargai... dan seperti yang aku cakap semalam, tunjukkan kepada ku cara kamu berterima kasih kepada ku dengan membawa balik piala kemenangan... dan mereka tunjukkan terima kasih itu... Nota Suara Aku bersyukur dan insyaAllah tahun ni smakk akan menjadi juara kebangsaan... amiin... Alhamdu

2 Perkara Baru

perkara ni bukanlah perkara baru, cuma apabila 2 keadaan ni berlaku hari ini, aku nda mau ianya luput begitu saja...pertama, semasa bfas dengan kawan pagi tadi, makanan ku nda habis sepenuhnya dan dia tegur... ingat senang ka dapat duit??? sedikit tersentak tapi masih sempat bergurau, aku kata sebutir nasi tu ibarat setitik peluh petani... kalau budak2 yang belum kerja, mungkin durang nda tau macam mana susah nya mencari duit, tapi orang macam aku ni pun masih boleh membazir dalam kaca mata kawan ku ni... dan aku nda melenting sebaliknya aku bersetuju... selepas ni aku nda kan membazir lagi... perkara kedua, aku nda mau ceritakan situasi nya, cuma aku dapat simpulkan kasih sayang ibu bapa sangat berbeza dan betul2 berada di tahap yang tinggi... berbanding kasih sayang adik beradik... sayang ibu bapa susah macam mana pun kita minta pasti akan cuba ditunaikan tanpa sedikit pun terpacul dimulut diorang SUSAH atau MENYUSAHKAN... aku seperti yang lain, memang mudah tersentuh lebih2 lagi ben

Kelam - Sixth Sense

Tak pernah terbisikkan, Diangan batinku, Untuk mencintai jiwa, Selain dirimu.. Hadirnya tlah luruhkan Rinduku padamu Kasih yang membuatku hanyut c/oSudah lupakanlah aku, Yang telah menduakan, Ketulusan itu… Kelam yang telah ku buang, Meruntuhkan perihmu, Dan seluruh rindumu… Lemah pengharapanku kan kehadiranmu Mengisi jiwa ini dengan kerinduan Kau yang tak pernah bisa mengerti hatiku Membiarkan jiwa ku meratapi sepi Kepergianmu telah……. Merundungkan duka padaku Yang telah terobati dirinya… Dan mengganti dirimu dihati… Lirik lagu ni tiada kaitan dengan NSA, cuma lagu2 dari sixth sense menjadi peneman sepanjang minggu lepas. Ada lagi lagu2 lain tapi lagu ni paling menusuk jiwa ku...aiseh... Muvie Syurga Cinta masih belum sempat ditengok sebab aku buzy menolong sekolah... setiap malam aku pegi sekolah untuk menolong budak2 junior ni berbahas... apa lagi kelentong la....gurau ja... Hari sabtu aku habiskan sepanjang hari di smakk menolong apa yang termampu, jadual memang padat, bayangkan

Bahas ASAT

semalam aku selesai diaudit... agak menggelabah jugalah bila diaudit benda yang kita sendiri nda tau apa yang akan ditanya... bukan senang menghadapi audit lebih2 lagi kalau itulah kali pertama aku menghadapinya... dan keputusan nya memuaskan... Alhamdulillah... kemudian di malam harinya aku sempat ke sekolah untuk berjumpa dengan wakil2 bahas ASAT seramai 10 orang terdiri dari pelajar tingkatan 4,2 dan 1... dan inilah yang aku mahukan dan minta dengan cikgu Halija selaku penasihat... untuk memastikan kesinambungan dan kecemerlangan dalam bidang ini, pelapis penting... aku berterima kasih dengan cikgu yang memberi kepercayaan untuk aku membimbing budak2 ni... sedikit maklumat yang aku perolehi minggu depan diorang ni akan bertanding bahas ASAT pada 27-28 Mei di sebuah sekolah yang dirahsiakan (aku tau) dari pengetahuan pembaca... hari sabtu ni satu latihan intensif akan diadakan untuk memastikan kecukupan yakin dari wakil2 muda ni... semalam sempat dibincangkan tiga tajuk dari empat ta

Bapa Nda Marah Sudah...

cukup menggembirakan semalam bapa becakap juga sama aku... walaupun masih ada bau2 marah, tapi bapa layan juga segala pertanyaan2 yang biasa aku tanyakan sebelum ni... syukur la... pagi tadi cerita yang hangat aku dengar di radio Hotfm pasal Syurga Cinta yang bakal ditayangkan khamis ni... sedikit saja yang aku dapat, dalam masa yang sama aku dengar Era cerita Aznil diberi kepercayaan untuk memujuk seorang kanak-kanak berumur 8 tahun yang nda pernah makan selain minum susu sejak lahir hingga kini... kedua2 nya tergantung, seperti biasa aku hanya mendengar radio dalam kereta... hari ni juga aku lewat bangun lagi... 6.40 baru bangun, wah nampaknya aku semakin lambat dan liat untuk bangun... bukan apa tu, semalam main game RON sampai jam 12 lagi... makin ketagih dan makin seronok... tambah lagi jam2 kalau nda silap mati karan sampai pagi... mula2 aku nda kisah pun sebab malam angin malam menemani ku, cuma bila mau pegi kerja tu datang masalah baju belum gosok... terpaksa la memilih baju

Alkisah di hujung minggu & Selamat Hari Guru

satu lagi hujung minggu yang cukup memboringkan... stat hari jumaat aku nda tau mau kontek siapa untuk berhibur... bukannya aku jenis yang suka berhibur, tapi kalau tiada aktiviti mau buat pun boring juga... aku buka cerita malam sabtu dengan tengok House season2 episod 5-6 saja... terasa sedikit boring sebab aku suda tengok cerita ni di 701 lama dulu... kemudian aku kembali dengan tabiat lama bermain game Rise Of Nation (RON)... suda sekian lama aku main moderate, aku mencabar diri dan kemahiran yang ada dengan bermain mode Tough dan negara yang berbeza dari selalu... sebelum ni aku kerap bermain dengan menggunakan negara China, Mesir dan Jerman, tapi kali ni aku mencuba negara Inca... di awalnya terasa kekok dan menggelabah juga la kena serang, tapi kemudian aku dapati setakat ini Inca adalah yang terbaik berbanding Mesir... sebab negara Inca cepat menghasilkan Wealth dan boleh digantikan dengan makanan, pokok dan besi... alah aku cerita panjang lebar pun bukan kamu paham... hehehe

Bapa masih marah?

hari ni ab.Yun ym bertanyakan bapa masih marah? dan jawapan nya ya tapi mungkin ada kurang sedikit... hari Isnin lepas, selepas waktu kerja habis, mak call dan ajak makan di CP... aku ingatkan mak belum sampai CP, jadi aku teruskan sambung kerja sehinggalah mak call balik jam 6.30... mak tanya aku dimana suda, aku cakap masih di ofis, mak cakap dia suda tunggu lama dengan bapa di CP... punyalah aku terkejut, apa lagi aku tinggalkan semua kerja persiapan audit dan berkejar ke CP... aku dapat agak yang bapa suruh mak call sebab bapa nda sampai hati tengok anak nya sendirian di kk... bapa ni luar ja nampak memberontak, tapi hatinya tetap sayang aku lebih dari yang lain... boleh bangga? mesti la aku bangga... kemudian malam tu, hp aku berbunyi dan bapa call lagi, aku ingatkan ada masalah, aku call balik... kemudian xda angkat, kemudian bapa call balik dan tanya apa masalah... aku kata xda masalah, cuma aku tanya sebab bapa yang call dulu... mungkin hp tertekan nombor ku... tapi secara tida

Pidato Smakk

semalam aku call iskandar dan bertanya tentang keputusan bahas peringkat negeri yang berlangsung di Semporna... berita yang menggembirakan sebab sekali lagi smakk berjaya ke peringkat kebangsaan... aku sempat melatih selama 2 hari dan selepas tu aku dihimpit kesibukan menjelang pengauditan ISO... kemudian Is bagitau yang hari ini pertandingan pidato peringkat daerah KK akan diadakan di Pulau Gaya... aku sedikit terkilan dan terkejut, kenapa aku nda dimaklumkan lebih awal... alasan yang diberikan lupa dan sibuk dengan benda lain... aku terkilan sebab aku nda minta dibayar pun untuk memberi tunjuk ajar... aku secara sukarela untuk mengajar dengan matlamat ingin smakk menang... walaupun aku penat, aku datang juga ke smakk dalam jam9 malam untuk melihat persiapan terakhir wakil smakk... perempuan... dan ini memberi sedikit sinar sebab aku beranggapan kalau smakk hantar wakil perempuan, kalau ke peringkat kebangsaan mesti sekurang2 nya dapat nom 3, dan kalau hantar lelaki, akan tersingkir d

Lintasan Kepala 2

bapa masih marah dengan aku... semalam mak, bapa dan liah datang ke kk tapi bapa xmau singgah ke rumah... puas aku memujuk bapa naik ke rumah, seperti biasa bapa memang keras hati... sejurus kemudian bapa jalan xtau ke mana... yang pasti selang sejam bapa call liah, minta mak n liah turun sebab bapa mau tidur di hotel ja... smpi macam tu sekali marah bapa sama aku... biarlah begitu, jangan diikutkan hati sangat... memang dah masak dgn perangai bapa... cara untuk memujuk bapa seingat aku macam majlis merisik... ada sekumpulan keluarga yang akan pujuk bapa supaya xmarah lagi... itupun mengambil masa sebulan dua... plan semalam, mau minta tolong abahmuiz pujuk... tapi xpayah la... lagipun dah janji dengan abahmuiz mau pigi makan anjung senja tapi xpegi juga... aku ajak abahmuiz pegi salut, satu tempat yang menyediakan puding kelapa dalam buah kelapa dan lokan bakar... aku pun 1st time juga makan benda ni, sblm ni datang pun kasi kawan joy makan ja... lepas tu makan malam di pasar pilipin.

Lintasan Kepala..

bukan mudah bila kehilangan seseorang...malah ianya bertambah perit orang itu tidak lagi kembali buat selamanya... kalau aku ni hanya lah seorang pacik, mak bapanya apatah lagi... sehingga kini, aku masih terbayang-bayang wajah kesayangan anak buah ku ini... apa juga benda yang berkaitan dengannya aku teringat kembali dengan nya... kali ni pepatah patah tumbuh hilang berganti tidak boleh pakai... mungkin belum ada pengganti yang senakalnya dan secerianya... sehingga ke hari ini, bapa masih lagi marah dengan aku... dan aku nda tau mau buat macam mana... bapa jenis yang keras hati dan aku terus dibuai kesalahan yang bagi ku bukan disengajakan... aku sudah berusaha selama ini untuk tidak menyakitkan hati bapa, aku masak suda dengan bapa... tapi kali ni aku sekali lagi menyakitkan hati bapa... selalunya sebelum game MU atau Chelsea, bapa akan call untuk membuat perhitungan, tapi minggu ni aku nda mendapat call dari bapa... aku cuba call tapi bapa masih berdegil untuk tidak bercakap dengan

Hepi Bday Lija ke 25

Hari ni merupakan hari lahir ke 25 tahun adik ku yang paling garang dalam keluarga...Liza... baru abis konvo dan sekarang bekerja di company kecil di sandakan... dulu masa kecil2 ni la kawan ku bergaduh tapi Alhamdulillah sekarang tidak lagi... aku selalu mengalah (macam TAJUK lagu kump. 17th) dan mungkin kerana aku lebih matang dan merasakan tidak ada gunanya bertengkar... yang rugi kami juga sekeluarga, tegang dan keadaan jadi tidak hepi... dan seingat aku, ni kali pertama aku ucap selamat tepat pada harinya... almaklumla, dalam bulan lima ni ramai sangat orang lahir... pastu dekat2 pula tu... dalam sms yang baru aku hantar tadi, aku sentiasa doakan kesihatan dan pintu rezeki nya terbuka demi membantu keluarga... aku tau dia ni paling pintar dari segi mengurus kewangan (maksud kedekut!!!) tapi tidak dengan aku... bila aku pinjam atau dalam erti kata sebenar minta, dia akan senang hati memberikan tanpa menunggu dibayar balik... dan aku sebut garang, aku doakan agar lija dapat banyakka

Kafarah dan Malu yang Dicabut

penting sangat catatan hari ini sampaikan kalau aku tidak catatkan nya, hilang sejarah yang akan aku jadikan panduan dan peringatan suatu masa kelak... sebagaimana hilangnya maruah seorang lelaki di tangan perempuan yang aku kategorikan sebagai sampah tatkala malu dicabut dari hati mereka... bukan semua perempuan tetapi sebahagian... sadis perumpamaan ini sebagaimana sakitnya hati aku sejak semalam... sebelum itu, hari sabtu lepas on d way balik dari kampung, aku dilanda demam dan sakit kepala yang paling perit pernah aku rasai sepanjang hidup... tidak pernah aku merasa derita sedemikian secara fizikal... orang kata keteguran tapi aku xtahu bagaimana membezakannya... aku menggigil dalam kepanasan, kepala bagai ditekan sesuatu... apa yang mampu terucap hanyalah aduh ya Allah... kita tidak boleh mengadu bila sakit, tapi seolah terpaksa diucapkan juga aduh... ditambah lagi dengan cirit-birit dan muntah2... air kosong yang diminum pun keluar balik 5minit selepas itu... derita berkurangan d