Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2009

Belajar Menjadi MC...

arini dapat satu lagi pengajaran dan pembelajaran dari orang2 yang senior di company ni... pertama nya, esok aku akan jadi bidan terjun lagi untuk jadi MC satu majlis besar company... semuanya gara2 MC yang dilantik menarik diri sebab sekretariat lambat bagi aturcara majlis... hah padanla buku bertemu ruas, sama2 senior dan keras kepala... aku pula pelanduk yang mati di tengah2... kemudian, aku la heronya... bos aku minggu lepas berkeras nda mau jadikan aku MC sebab katanya aku ni 'full of joke' ja, nda pandai serius dalam majlis... dia ni mau kata bodoh, dapat master juga... mau kata bengap, jadi KOD juga... dah memang majlis tu semi formal, aku pula diarahkan untuk membuat majlis tu tidak tegang, aku buat la lawak... aku ni kan Last Comic Standing versi malaysia... dan bila MC yang dilantik tarik diri, aku la yang paling senang jadi kuli... tapi disebalik semua tu, aku belajar sesuatu yang tidak aku perolehi masa belajar dolu2... rupa2nya mau jadi MC ni bukan semberonoh ja...

Isra' Mi'raj

assalammualaikum semua, hari ini kita kembali memulakan minggu baru minggu kerja untuk yang bekerja, minggu pembelajaran bagi yang belajar dan minggu bersuka-ria bagi yang bercuti atau menganggur(gurau ja)... hari ni merupakan hari penting dalam kalendar umat Islam, sekadar mengingatkan dan menyebarkan kepentingannya hari ini iaitu Isra' Mi'raj ... link disebelah ni petikan khutbah jumaat yang aku ambil dari salah satu web... bersama2 kita menghayati hari bersejarah ini bagi me'molish'kan keadaan hati dan iman kita kepada Islam... sedikit cerita pasal bahas smakk yang ke peringkat kebangsaan minggu lepas di Kelantan... syukur Alhamdulillah pasukan Sabah ni keperingkat Final buat kali kedua selepas tahun 2003... keputusan yang masih sama dan tidak memihak kepada pasukan Smakk... aku nda mau mengulas mengenai sikap dan mentaliti hakim kerana aku tidak berada di sana... namun sedikit mengubat kekecewaan ialah pemilihan Sxon sebagai pembahas terbaik final tu... tahniah pasu

Genap Setahun

Hari ni genap setahun aku bekerja di company ni, terlalu banyak dugaan dan cabaran yang dihadapi bagi meneruskan kesinambungan hidup sebagai manusia dan pekerja... hari ni juga hari lahir adik kedua bongsu aku c Aza yang ke11 tahun... Berdepan dengan bos yang amat mementingkan ketepatan waktu dan kepantasan bekerja memang meletihkan... apalagi kerja yang perlu disiapkan itu memerlukan kemahiran dan pengalaman... sedangkan aku sepertinya anak ayam yang dibiarkan mencari makanan sendiri... bukan mudah seorang yang berlainan latar belakang pendidikan dan agama, sanggup untuk memberikan tugasan besar yang sekiranya gagal impaknya amat besar bukan saja kepada dia tapi juga syarikat... Walaupun begitu disebalik semua itu, tidak dapat dinafikan ianya memberi kelebihan yang tidak semua orang boleh perolehi... Nota Suara Aku percaya setiap yang pahit dan susah itu akan membuahkan hasil yang manis jika pandai dituai dan kena pada tempatnya... adios!!

Farhan masuk UPM

Kemarin tengahari mesej dari Farhan masuk HP, "Bang, bachelor tu apa?" aku berseloroh dengan nya bachelor tu banyak maksudnya, aku pun bachelor(bujang) juga... lepas tu dia tanya lagi, degree ka? ya jawabku... barulah dia bagitau dia suda dapat tawaran dari upm selepas rayuan yang dibuatnya minggu lepas... Bachelor kejuruteraan (elektrik & elektronik)... syukur la akhirnya dia dapat juga kembali Selangor setelah lama di sabah... aku gembira sangat Farhan dapat upm, sekurang2 nya dia dapat memenuhi impian keluarganya melanjutkan pengajian di upm... aku pun bangga juga sebab aku graduan upm bah... walaupun begitu, sedih juga sedikit sebab selalunya bila aku boring, aku bawa dia keluar biasanya tengok wayang dan round2 kk... kadang2 stay rumanya sambil2 bercerita tentang cewek nya yang selalu tukar2 selepas 3-4tahun couple... pelik kan, lama2 becinta, pastu clash... sedikit sebanyak persediaan menuju ke univ dia rujuk aku... dari benda2 yang logik sehingga la perkara2 yg nda

Surat Pengesahan Jawatan yang Pelik

betul ka kalau sisir rambut guna tangan boleh meningkatkan masalah keguguran rambut?? ada2 saja iklan ni... nasib baik xda sisir / sikat yang berjenama... kalau nda, pasti laku sisir tu dibeli para lelaki... masalahnya macam mana mau sikat rambut kalau rambut tu nda mau ikut stail yang diinginkan...paham2 la rambut lelaki ni kadang2 keras kepala juga sekeras kepala orangnya... semalam aku sudah nampak surat pengesahan jawatan aku tu... Alhamdulillah sekurang2 nya ada nampak sudah lah khabar2 angin sebelum ni yang pabila ditanya mengenai surat pengesahan jawatan, angin menjawab sudah dihantar ke meja MD... tunggu di sign ja... tapi kepelikan yang berlaku dalam surat tu... pertama tarikh berkuatkuasa 15April 09... tapi tarikh surat 6 JUN 09 dan lagi pelik sampai di meja P.A 6 JULAI... pelik nda pelik surat pengesahan jawatan aku ni... terlalu banyak dugaan yang dihadapi dalam kerja... terpulang kepada individu untuk menyerap segala dugaan dan masalah yang datang dengan tenang dan disand

Julai Bukan Sekadar Nama

sedar nda sedar, Julai sudah kembali lagi... julai ni bagi aku merupakan bulan kerja... Aku ingat dulu semasa aku bergelar Pekerja tiga tahun yang lepas di sebuah pasaraya besar yang memang besar pun dari segi namanya...dua tahun selepas tu, aku melapor diri lagi di sebuah syarikat utiliti juga dalam bulan Julai... menghitung hari aku genap setahun di syarikit utiliti ni... bukan bermakna bulan ni aku akan melapor diri lagi di syarikat baru, cuma aku berharap bulan Julai ni memberikan impak baru terhadap kerja aku... Julai bukan sekadar nama! ianya satu petanda bahawa kita suda berada di separuh pertama tahun 2009... tidak lama lagi akan melangkah 2010... sebaik melangkah 2010, 29hari selepas tu aku akan melangkah ke umur yang baru lagi.... kawan ku selalu mengingatkan aku apa yang pernah aku azamkan di awal tahun... dua perkara, bisnes dan partner... bisnes... orang kata bisnes tidak sesusah mana, tapi yang susah tu ialah semasa membuat langkah pertama dalam bisnes... segala perancang