Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2009

Penutup Tahun 2009

semasa aku menulis entry hari ni, aku dalam keadaan yang tidak stabil...bukan tidak sihat, cuma hatiku berkecamuk dengan pelbagai kocakan perasaan yang aku tidak mungkin akan khabarkan dalam NSA... bukan semua perkara boleh dinotakan...lebih2 lagi bila ianya sangat sensitif... sedar nda sedar, rupa2nya aku tinggalkan blog ni selama 2 minggu... mungkin kah masa berlalu terlalu cepat untuk ke tarikh di hadapan... atau kah aku yang cuba mengejar tarikh tu sehinggakan tidak menyedarinya... rasa kesal bercampur gembira menyelubungi hati... aku pun nda tau hendak digambarkan bagaimana... umurku mungkin begitu bersemangat untuk meneruskan hidup masa akan datang... tahun 2009 berlalu dengan begitu mencabar.... dari segi kerja, aku bersyukur dapat bertahan sehingga ke hari ini... cabaran yang agak mengujakan bagi seorang pekerja muda seperti ku... berhadapan dengan pelbagai karenah manusia, samada yang macam Kambing dan tidak kurangnya yang ikhlas memberi tunjuk ajar... aku masih dapat bertahan

10K

agak-agak apa kaitan tajuk ni dengan aku?? sebenarnya sangat berkaitan dengan aku dan memang amat memberatkan kepala ku untuk berfikir... aku belum pernah menghadapi situasi begini, dan aku tidak mengharapkan untuk mengalaminya berulang kali... mungkin perkara ini agak sensitif tapi aku sekadar ingin menotakan apa yang terbuku di kepala ku... semalam aku bangun malam bukan untuk tahajjud... tapi ada sesuatu yang menyuruh aku untuk bangun... agak merugikan aku nda gunakan bangun malam untuk bertanya dengan Allah... aku sepertinya lebih selesa menghadap FB sehinggalah aku tertidur balik... sedar nda sedar, memang nda sedar pun, adik ku yang kejutkan aku jam 6.45!! aku bingkas bangun dan menyegerakan rutin harian sampai la tiba di opis... selepas dapat tau dari dia, khabar2 yang diletakkan aku berbincang dengan bapa... walaupun perbincangan kami sekadar melalui telefon, tapi ianya bukan perbincangan biasa... aku sangat tekun mendengar teori bapa... aku akui, memang AMAT sukar mendapat bap

Dari Pulai Manang

post hari ni datang dari Pulai Manang, Lumadan... buat kali pertamanya aku melangkah kaki ke rumah sorang lagi kawan yang memang aku rapat sejak di sekolah agama lagi... sebuah kampung yang aman sama seperti kampung2 yang terdapat di sabah... kekurangan kemudahan seperti jalan kampung yang tidak berturap dan pastinya jauh dari pandangan YB2...abaikan ja la... hari ni amat bermakna dan bersejarah dalam hidup... aku buat pertama kalinya dan dengan sepenuh kelelakian yang ada, aku mengadap keluarga bakal ibu kepada anak2 ku dan menantu kepada ibu bapaku... tidak banyak halangan yang aku hadapi berkat doa semua orang... aku mungkin menotakan rasa syukur yang tidak terhingga... aku dapat menyampaikan hajat dan keinginan aku kepada keluarga perempuan... paling tidak terima kasih aku ni ditujukan kepada Joy yang menjadi tulang belakang perkara ini... tanpa bantuan dia, aku masih seperti hari kelmarin dan mungkin kekal untuk setahun dua lagi...selepas ini jadi orang Takis la aku.... bercerita

Motor Oil

setelah beberapa lama kelisa ku buat hal, brek jam secara tiba2, akhirnya dapat juga dikesan sebab utama yang memakan belanja 200+ juga... aduh kepala ku makin runsing dengan masalah ini... aku nda boleh salahkan sesiapa melainkan diriku sendiri... jadi apa kaitan tajuk ni dengan problem keretaku... sebenarnya aku tersalah taruh suatu ketika dulu... kira2 dalam 3-4 bulan yang lalu juga la, masa tu aku konfiden aku masukkan minyak motor ke dalam minyak brek!!! kemudian selang beberapa minggu atau hari juga, aku masukkan minyak brek ke dalam bekas minyak brek juga... aku jadi keliru dan terus call faizal... aku tanya apa masalah kalau minyak motor termasuk ke dalam minyak brek.... dia minta kepastian betul atau tidak aku ada masukkan, aku jadi nda pasti...dan cerita itu berlalu begitu sahaja... kemudian cerita tu bangkit semula kemarin... bila tayar depan mengeluarkan asap, faizal terus bawa ke bengkel yang berdekatan untuk mendapatkan bantuan... bukan dia nda pakar, aku yang hairan kena

Kata Hati

aku nda tau sama ada tindakan ini terburu-buru... kata hati ku menyuruh untuk aku menerimanya... bila ku tanya orang2 yang terdekat, mereka juga menyarankan tindakan yang sedemikian... aku lebih semakin yakin untuk dekat dengan dia... aku tidak mengenalinya lebih dekat... aku juga tidak tahu isi hatinya sebab kami belum pernah bertegur sapa... hanya sekadar pernah bertemu dan bukan sekali dua.... sekerap mana aku datang ke rumah kawan ku, sekerap itu la aku akan bertemu dengannya... boleh dikatakan keluarganya amat senang hati melihat tingkah laku yang aku pamerkan... seperti yang aku katakan, aku bukanlah orang dalam kategori ada rupa yang menarik...hanya ala kadar mengikut darah Suluk yang mengalir dalam tubuhku... namun orang yang paling kuat menyarankan aku dengan dia ni adalah kawan aku sendiri... tengah hari tadi, selepas saja aku makan tengah hari, mak kawan ku call dan tanya perkara yang sama... aku bukannya hendak membuat keputusan secara melulu, tapi sepanjang pengetahuan ku

Doa Pengasih

agak kontroversi juga tajuk post hari ni... aku pun nda tau samada ni kategori doa pengasih atau apa, tapi aku anggap dia la tu... humm.. doa ni secara tidak sengaja muncul bila aku sembang2 dengan Jamdin, salah seorang kawan seofis dalam sayap kiri... ntah macamana bole masuk bab ni, tu nda penting, yang pasti aku memang pernah mendengar mengenai doa ni dari ajoy... tapi biasala budak ni, memang jenis berbelit2 dan suka simpang2 kalau bercerita... aku minta dari dia lama suda, smpi sekarang pun nda dapat2 doa tu... alih2 Jamdin membacakan doa ni, aku terus minta dari dia secara lanjut... dan Alhamdulillah aku dapat juga tanpa cerita panjang.... mungkin suda sampai seru untuk aku memberanikan diri dengan gadis2 yang berada di luar sana, buang segala rasa segan yang nda bertempat ni demi memenuhi syariat agama... aku sedikit yakin dengan doa ni, sebab 2nama yang aku sebut di atas mengamalkannya dan jelas terpampang watak penggoda diorang ni terhadap perempuan... yang menghairankan aku n

Hujung Minggu

hujung minggu yang lain dari lain... banyak perkara yang akan aku cerita untuk post hari ni... antaranya tentang kekalahan ketiga Chelsea, kawan, sipitang dan paling hangat ialah dilema cinta, ceh macam lagu baru Ungu pula.... sebelum itu, aku tertarik dengan link yang disumbangkan oleh seseorang mengenai gula... topik yang agak menarik dan menyedarkan kita tentang bahaya gula... namun sedikit komen, walaupun bahaya gula memang nyata, tetapi masih tidak berbaloi tindakan kerajaan untuk menarik subsidi gula kepada rakyat... kerana hakikatnya, gula menjadi keutamaan kepada kita semua... info yang disumbangkan ini, bagi aku masih tidak dapat menghalang tabiat menggunakan gula oleh kita semua... cuma aku akan cuba untuk mengurangkan gula dalam makanan..lebih2 lagi dalam usaha aku mengurangkan lemak dalam badan yang semakin bermaharajalela.... chelsea menghadapi kekalahan yang ketiga dalam liga...dan kedua berturut-turut dalam perlawanan... sedikit mendukacitakan dengan keputusan ini, meman

Gula

minggu ni agak sibuk, nda sempat update fb dan juga blog... minggu ni aku berkesempatan odit di kunak... satu lagi tempat yang baru pertama kali aku jejak... satu pekan yang tenang dan aman... satu yang menarik tentang kunak ni, gadis2 di sini cantik2 pula... nda kira la, di kedai kopi ka, kedai reload, peniaga tepi jalan dan gadis2 yang lalu lalang nda payah cerita la... aku mengodit 5S dan SEMS... dan memandangkan kakak ku tinggal d lahad datu, aku ambil keputusan untuk tidak tinggal d hotel...cuma dari LD ke kunak ambil masa 1jam juga la... tapi apalah sangat 1jam tu.... macam nda biasa pula... tujuan post hari ni sekadar menyatakan rasa tidak puas hati dengan berita2 yang aku dengar dan baca... seperti biasa, nilai berita Malaysia ni tidak lain tidak bukan, hanya lah penuh dengan dengki dan mengadu domba.... lebih2 lagi org2 besar yang menggunakan kuasa teknologi maklumat untuk menyebarkan dakyah kolot politik diorang.... dengan bersandarkan kepada Islam dan Melayu... motif tidak l