Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

Nota Hujung Tahun I

hari ni 29 Disember 2010.... bermula esok countdown 100 hari bermula sebelum aku melangkah ke alam yang baru dengan status yang baru... banyak lagi perkara belum diselesaikan... antaranya yg paling penting...kursus... dan dengar2 cerita kadar bayaran kursus meningkat lagi tahun depan... mungkin gara2 minyak yang naik + kos sara hidup meningkat + bayaran makan minum juga bertambah.... mungkin juga para pengendali kursus demand harga lebih tinggi, apapun perkara ini tidak sepatutnya berlaku.... semalam aku menghadiri perkahwinan kawan baik di kolej dan kawan sekerja sekarang... tahniah Mr.&Mrs Darrell... kalau diingat kisah dulu2 masa belajar, mr & mrs darrell ni selalu begaduh dalam telefon... nda boleh cakap halus2... ceh macam la aku nda paham... lebih kurang ja pun kami...tapi akhirnya mereka mampu bertahan dan sehingga kini masih lagi bersama... dan semalam menjadi saksi penyatuan mereka...tahniah sekali lagi... mood kerja sekarang ni macam hampeh ja... aku marah dengan diri

sekadar mengaktifkan NSA

jam11.20 malam aku suda mau tidur...tapi mengotorkan seketika NSA yang semakin hari semakin berkurangan isinya... mungkin kehadiran FB menjadikan aku semakin melupakan kewujudan blog yang menjadi peneman ketika aku masih belajar di u suatu masa dahulu... sepanjang minggu lepas, hanya sehari aku rasakan hari bekerja ku dalam kategori produktif... 4hari lagi dipenuhi dengan pengularan akibat ketiadaan bos... tapi dari segi individu, minggu lepas sangat berkualiti... aku telah menyelesaikan hutang saman sebanyak rm360 pada mulanya... kemudian, bila aku merajinkan diri untuk membayar, kaunter menyebut rm210 sahaja! Alhamdulillah... dapat la save rm150... minggu lalu juga aku dapat membeli dvd 24 season 1... aku akui, dalam banyak2 cerita bersiri amerika, tiada cerita yang dapat menandingi kegilaan ku terhadap 24 ni... aku sanggup membeli dvd original dengan harga rm70 untuk menontonnya... tapi yang pelik, aku sudah menghabiskan tengok 24 season 8, kemudian season 7.... nasib baik, aku kemb

Berhemah

kemarin jamdin bagi ceramah ataupun nasihat tentang persediaan menghadapi gerbang kahwin... seingat aku, ni sesi kedua atau ketiga... dan sesi kali ini lebih memfokuskan tentang Berhemah... berhemah dalam bajet perbelanjaan sebelum, semasa dan selepas kawin... aduina, terasa seram pula aku... ketika duit banyak di poket, kewarasan dalam membuat keputusan amatlah dipentingkan... dia memberi pendapat, walaupun seratus atau dua ratus, jangan diambil mudah ataupun terasa ringan... apalagi kalau kosnya 50-60 ringgit... semuanya perlu dipertimbangkan cukup2... aku pun terkejut mendengar penjelasan yang panjang lebar... semua tu langsung tidak terfikir oleh ku... aku ingatkan mudah... mungkin juga sebab aku nda terlibat secara langsung dalam bidang mengurus perkahwinan sepupu2 dan kakak2 ku dulu... jadi semua tu langsung tidak kelihatan... itu situasi sebelum kawin, selepas kawin lagila... dia cakap kalau tinggal tempat mentua, mungkin kurang sikit cabaran nya... tapi cabaran paling kuat, kal

catatan seminggu bercuti

syukur aku sempat menotakan sedikit lagi peristiwa2 dlm bulan November ini. bukan untuk menceritahu kepada semua, sekadar untuk dijadikan diari dan sejarah masa depan. aku mendapati, blog merupakan satu2nya medium yang relevan untuk menotakan sejarah. blog ini bukan seperti blog yang lain. kebanyakan blog digunakan untuk mencari keuntungan. tidak kurang juga blog yang digunakan untuk mengadu domba. minggu lepas, aku bercuti selama seminggu memandangkan raya haji jatuh pada hari rabu. untuk tidak memenatkan aku, aku mengambil cuti 2hari sebelum dan 2hari selepas raya haji... mungkin juga aku boros dalam menghabiskan cuti yang masih ada walaupun tidaklah banyak lagi yang tinggal. tapi cukupla untuk aku merehatkan diri di ruma tercinta... raya tahun ini, aku sempat menyibukkan diri untuk menolong makcik ku mengadakan akikah dengan seekor kambing... walaupun tidak ahli dalam aksi2 korban ni, sekurang2 nya nampak juga batang hidung ku ni... tidak terlibat secara langsung dalam korban, cuma

motivasi

November memunculkan diri. november bermaksud oktober pergi. oktober pergi tanpa meninggalkan sedikit nota dalam suara aku. bukan bermakna suara ku kosong. kosong tanpa di isi. seperti kerja di oktober tidak meninggalkan sebarang makna untuk dikenang. atau kosong tanpa suara. tapi suara ku berbicara sendiri. Bersuara hari ni bermakna aku masih bernafas. cuma mungkin ianya tidak setenang dulu. ada yang kurang tapi sukar tidak diketahui. semangat bekerja juga sudah merudum. lantas aku berusaha untuk memuncakkan nya. dan ku temui bermula dengan konvensyen 5s yang baru berlalu. seorang speaker otai dengan bicara. walaupun bosan tetapi tertinggal. tertinggal satu azam untuk aku mencari dalam intenet. 7 habits of highly effective executive. dari 7 habits aku terjumpa satu blog. blog yang mengandungi motivasi kerja . lalu ku kumpul semangat baru. ku tanam semangat jahat. ku tinggalkan agar aku maju. bukan sekadar untuk diri sendiri. tapi untuk kebahagiaan keluarga. selama mana aku masih mampu

Syawal yang tidak ceria

masih berada di bulan Syawal tapi mood aku tidak seperti yang diinginkan.... sejak dari syawal pertama lagi, semacam ada yang nda kena... semua nda kena di mata... aku nda tau apa yang aku maukan... walaupun aku mencuba sedaya upaya dengan memakai baju raya sepanjang minggu, tapi aku tetap nda bermaya untuk beraya... aku cuba mencari dimana2 dimana silapnya... tapi nda ku temui juga.... tahun ni, sama seperti tahun2 yang lalu, aku tidak banyak bejalan menziarah... banyak ku habiskan dengan duduk berperam dalam bilik... melayan saudara2 yang datang pun aku layan ala kadar saja... tapi duit raya tetap mesti dibagi kan... sepertinya satu kewajipan untuk memberi walaupun tidak banyak.... antara2 rumah2 yang aku ziarah adalah ruma pacik Bungsu di tman rajawali, dan macik di kg.bokara.... ruma2 yang baru aku ziarah tahun ni adalah ruma cikgu Yonnie , ruma arwah Ust Zakaria dan kawan lama c Zulkifly@motor.... hehehehe.... apa yang menarik di ruma cikgu Yonnie, kami adik beradik beramai2 datan

Aku Bukan Anak yang Baik

tidak bertujuan dalam hati untuk menghebohkan apa yang telah berlaku minggu lalu... tapi tapuk macam mana pun, orang akan tau juga... post ini juga hanya sejarah yang telah tercatat dalam kehidupan ini... agak menyedihkan aku telah kembali menjadi bujang... tidak ada ikatan apa-apa lagi... banyak hati yang terguris dengan kejadian ini... terutama sekali mama... mama terlalu sayang dengan orang yang tidak jadi menantu nya... aku tidak salahkan mama bila mama salahkan aku yang sebabkan putusnya perhubungan ini... mungkin mama terlalu emosi atau memikirkan masalah yang bakal dihadapi bila balik kampung nanti... macam kata bapa, ibarat disapu najis ke muka bila berhadapan keluarga di kampung... ya aku akui, aku bukan anak yang baik... aku mungkin sudah menjalankan tugas2 sebagai seorang anak... aku terangkan dan jelaskan dengan bapa n mama situasi di pihak aku serta keputusanku... dan bapa sudah membuat keputusan sebelum kami berangkat ke papar... dan pihak perempuan (kalau aku boleh katak

Lari

Hatiku gundah gulana merencanakan masa depan yang bergolak kini... aku suda membuat keputusan untuk berpisah, begitu juga sudah ku ceritakan dengan mama tentang perkara ini... keluarganya juga telah mengetahui hal ini... cuma yang menjadi hati tidak sedap bila dia melarikan diri dari rumah kakaknya... apa sudah jadi dengan 'redha' yang diucapkannya tentang keputusan yang ku ambil... mungkin hanya dibibir berucap demikian, tapi jangan lah sampai diterjemahkan dalam bentuk perlakuan yang mengundang kesusahan dengan keluarga sendiri... aku mungkin tidak layak untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar kepadanya, apa lagi merayu dengannya untuk kembali kepada keluarganya.. tapi keputusan yang diambil untuk lari bukan tindakan matang yang baik... ini tindakan terburu-buru... adakah dengan lari dapat memujuk hatiku untuk hidup bersama? tidak... adakah dengan lari, dapat dia meletakkan aku yang bersalah dan membuat semua orang membenciku? YA... mungkin majoriti akan menyuruh aku untuk bers

KECAMUK

sudah sekian lama blog NSA menyepi dari sebarang cerita dan berita... dalam tempoh tiga bulan menyepi bukan bermakna tidak berlaku apa2... bak kata pepatah air tenang jgn disangka tiada buaya... laut tenang jangan diduga.... pulau pandan jauh ke tengah.... ah teda2 bah ni pepatah... aku masih seperti pemilik NSA yang dulu, cuma pengalaman, kejadian dan dugaan yang diberikan Allah kepadaku semakin mematangkan aku... dalam kematangan itu timbul keraguan... dalam keraguan wujud ketidakpastian.... dan ketidakpastian itu membuat aku berfikir perkara2 lalu... lantas perkara2 lalu seperti satu angka matematik yang memerlukan jawapan setelah ditambah tolak darab dan bahagi.... 'hidup bersama' memerlukan pengorbanan kata faizal... MUNGKIN betul, tapi pengorbanan ini tidak sehingga aku terkorban kan? bukan sehingga aku mesti mengorbankan janji2 ku dgn mama dan bapa selama ini... 'hidup bersama' aku sangkakan mudah dan akan datang sendiri tanpa perlu dicari... 'hidup bersama&

Jangan Diikutkan Sangat Perasaan

ini merupakan post pertama ku yang akan bersuara mengenai perkembangan pertunangan ku... memang sudah lama ingin ku kongsikan dalam ni, tapi serasa ada berat sedikit untuk bercerita memandangkan lebih banyak negatif nya berbanding positifnya.... sejak dari awal lagi, aku kurang senang dengan jangkamasa yang lama yang perlu aku tunggu untuk sah menjadi suami, tapi aku faham jangan diikutkan sangat perasaan.... tidak seperti yang dirancang... bukan aku saja yang kurang senang... demikian dengan bapa... tapi apakan daya itu sudah dikehendaki dari sebelah pihak... dan hari ini, ada sedikit kekuatan untuk aku menotakan apa yang terbuku dalam suara aku... sebelum tu, aku ingin menjawab apa yang ditanya oleh 'guest' yang tidak sudi memberikan namanya... boleh dikatakan satu komplen berkenaan blog ku ini... FYI, blog ni bukan bertujuan untuk mencari untung sebagaimana blog2 lain... bukan juga blog yang penuh dengan gosip2 untuk meramaikan pengunjung... blog ini hanya lah seperti nama n

Selamat Datang Mohd Hamzah Zahidi

08.04.10 kami menerima kehadiran ahli keluarga baru. Aku bersyukur dengan limpahan rahmat Allah... setelah kami diuji tahun lepas dengan pemergian Nurul & Bella, Allah menggantikan dengan seorang lelaki dalam keluarga kami... bulan April tahun lepas segera mengingatkan aku tentang kembalinya Nurul ke rahmatullah, dan april ini menjelma dengan senyuman dengan kedatangan Mohd Hamzah Zahidi... Hamzah merupakan nama seorang pakcik Rasulullah s.a.w yang membawa maksud kebijaksanaan, Hamzah juga digelar Singa Allah... manakala Zahidi membawa maksud rendah hati atau menjauhkan diri dari kemewahan.... maka bila terbentuknya nama Hamzah Zahidi ni, aku mendoakan anak yang lahir ini akan sentiasa merendah hati tetapi dengan penuh kebijaksanaan... agak signifikan nama yang aku pilih ini, sebab bila ku selak sejarah...Hamzah diberi gelaran Sayyid As-Syuhada (penghulu orang mati Syahid).... aku terkenang dengan Nurul Syuhadah... Alhamdulillah aku panjatkan kepada yang Maha Pencipta, semoga kenan

Allah Menyayangi HambaNya

aku sungguh gembira dan terharu dengan perkembangan positif ini... akhirnya hari ini aku berjaya mengajak saudaraku untuk solat jumaat... dan memang agak mudah untuk mengajaknya, tidak dengan paksaan ataupun desakan... hanya sekadar ajakan seperti minggu2 yang lalu... seringkali aku menyogok saudaraku bahawa apa yang berlaku adalah ujian Allah... kita sebagai hamba, akan diuji tetapi mengikut apa yang terdaya oleh kita... bila kami berkongsi masalah masing2, sering nasihat menasihati, aku tutup dengan harapan agar dia solat dan minta petunjuk dari Allah... memang agak payah untuk mengajak orang2 yang keras hatinya... keras kerana tidak dibasahi oleh wuduk... keras kerana tidak ditundukkan dengan al-Quran... keras kerana tidak dikunjungi dengan nasihat2 agama... dan bermula dengan konflik cinta nya, kemudian dia berusaha SAHAJA tanpa berdoa dengan senjata orang Islam, dia ditundukkan dengan Hawa yang kembali insaf dan kembali solat... aku sangat2 bersyukur kepada Allah... Hawa yang menj

Antara 2 Jiwa

seperti hari ni aku mau juga untuk menotakan sesuatu, tapi aku nda tau dimana mau dimulakan penceritaan ini... dalam kepala banyak sangat yang indah2 juga sejarah ingin disuarakan... mungkin bagus aku mulakan dengan bercerita mengenai saudara ku... minggu ini nampaknya memperlihatkan pemulihan kisah cinta saudaraku yang mengalami pemberontakan sejak bulan 11, tahun lepas... aku senang dengan perkembangan ini sebab saudaraku kembali bersemangat untuk meneruskan hidup2 sebagai seorang manusia... memang dia ni seorang yang tabah sebab dia dapat menerima Hawanya yang boleh dikatakan menduakannya semasa mereka berjauhan... tempoh berjauhan tidak lah lama, namun apa2 pun boleh terjadi sekiranya kita tidak pandai menjaga diri ditempat orang... demikian lah yang terjadi, mungkin disebabkan pengaruh kawan dan godaan Adam yang berlidah cabang (pandai ayat la kunun)... mungkin juga kerana baru mengenal apa itu dunia sebenar... tetapi disebalik pemulihan cinta ini, aku suka untuk merujuk terdapat

Aku Menang

Syukur alhamdulillah, pagi ini nampaknya memberikan kemenangan kepada ku.. kemenangan apa? prochamp EWRM telah dikembalikan kepada aku dengan penuh rasa kecewa dari bos.. tidak lama dipegang oleh orang lain, secara rasmi bos sudah mengumumkan supaya aku pegang semula post ni.. bukannya aku mau sangat, tapi sekurang2 nya dengan task ini, aku dapat mempelajari dengan lebih dalam berkenaan hal ni... aku janji akan mendalami benda sampai pandai dan menjadi SME.. anda doakan aku.. aku sudah pun berpindah dari ruma sewa ke rumah sewa baru... bukan bersendirian, tapi dengan kwn ku Iskandar.. orang yg suda ku anggap saudara ini, memang banyak sangat berbudi... hanya Allah yang dapat membalas jasanya... aku sedang berada dalam situasi yang penting untuk ku buat.. nda bole disebut dalam blog ni, memandangkan blog ni mempunyai penggemar2 hantu... maksud aku, orang2 yang tidak diketahui.. blog ni bukan lah blog yg popular, sebab pertama tidak ada isu2 atau gosip seperti blog lain.. blog ni juga bu

Geram dengan diri sendiri

hari ni aku geram dgn diri ku sendiri... perkara kecil pun bole membuatkan aku marah dan memencilkan diri... begini la aku ni, bila aku marah tentang apa juga perkara pun, aku terus mendiamkan diri tidak kira perkara tu kecil atau besar..... sepertinya aku tidak mencuba untuk mengotakan apa yang aku ingin jadi... mengikut contoh2 idola ku, mendengar nasihatnya dan meniru segala perlakuan2 yang baik2... aku akui, bukan senang untuk merubah watak sendiri... tapi kalau aku sendiri nda boleh mengubahnya.... siapa lagi yang mampu mengubah... akhirnya aku pasti, tabiat buruk dan hodoh ini akan memakan diri ku sendiri... contohnya hari ni saja, 2kali aku di bawa makan tengah hari dan minum petang... disebabkan aku terlalu marah, aku hanya duduk semeja dengan kawan2 tanpa minum atau menjamah makanan... sedangkan perutku lapar... ada baiknya sedikit disini, aku dapat berpuasa dan menyihatkan diri dengan tidak makan atau berpuasa... Nota Suara Aku tahu ada benda dan perkara yang mampu merawatnya

semua orang mengadu dia baik

perasan atau tidak, semua orang mengadu dia baik... amat sedikit yang mengadu dengan kita mengatakan dia salah, dia lemah dan tidak mampu mengawal situasi... dalam agama situasi ini dipanggil mengadu domba... namun ramai tidak tahu perkara ini... hari ini, aku didatangi aduan dari seorang perempuan yang hanya aku kenal dari mulut saudara ku... perempuan yang aku pernah lihat dalam facebook... perempuan yang pernah aku bersembang sekali dalam telefon... perempuan ini mengadu dia cuma mau menolong... menolong saudara ku yang diperlekehkan oleh kekasihnya... aku nda mau komen lebih2 mengenai perempuan ni... di depan aku juga sekarang ni, ada perbualan yang aku pasti sedang mengadu domba... sedang mengadu bahawa dia baik... kononnya mereka tidak bersalah dalam situasi semasa... tidak mengaku mengakibatkan kelam-kabut yang berlaku di jabatan ini... bercakap tentang jabatan ini, aku baru sahaja selesai menghadiri mesyuarat QC yang dipengerusikan Pengarah Urusan sendiri... sekadar highlight p

idola

pelik tapi benar, dalam banyak2 waktu yang terluang aku memilih waktu 3.23 pagi! untuk jari jemariku menari-nari di atas pentas laptop... ceh berasmara pula ayat2 ku pagi2 buta ni... mungkin tempias pembacaan novel yang baru ku beli di Popular CT Mall... sebuah novel yang aku terbeli kerana tajuknya Ya Fattah; Cinta Sakti.... sepertinya ada unsur2 keagamaan sedikit walaupun Fattah adalah watak utama dalam novel ini... dan sepanjang pembacaan ku sebanyak 70 lembar mukasurat, memang ianya dipengaruhi dengan unsur keagamaan yang tinggi... dan novel ini memang menarik atas pengukuran aku bangun di awal pagi hanya semata-mata menyambung pembacaan yang tergendala akibat keletihan mataku... selain itu, aku membeli novel ini juga kerana tarikan Cinta Sakti... teringat lagu Def Gab C yang sangat bertenaga... tidak seperti novel2 lain yang juga menggunakan tajuk2 lagu untuk menarik pembaca membelinya, sekilas memegang novel ni, aku berat untuk melepaskannya... maklum la, aku ni jenis berkira jug

Menyunting Bunga di Takis

terasa hari ni aku ingin bercerita tentang acara pertunangan yang berlangsung ahad lepas... alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar... tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini... kalau dikira, semua acara samada rasmi atau bersifat keluarga memerlukan perancangan yang rapi... walaupun acara tersebut kadang2 hanya berlangsung 2jam...begitu juga majlis ni keluarga ku datang dari Sandakan bertolak hari Jumaat (5/2/10) kira2 jam8/9 pagi, dengan 4kereta konvoi kancil (bapa), viva (kak Yu n family), teksi tangah(adik bapa) dan saga@Honda ab ipar (suami kak mang)... lebih kurang 20orang juga yang mengisi keempat2 kereta ni... betul2 mengoptimumkan ruang yang ada...huhuhuhiu... famili ku sampai di ruma sewa ku lebih kurang jam3 petang.... dan pastinya rumah yg aku sewa juga tidak terkecuali mengisi ruang secara optimum... Alhamdulillah dalam keadaan yang selesa semuanya... Hari Sabtu, bapa dan kumpulan yang senior seperti Tangah, Bungsu dan macik ku melawat pacik ku di Putatan

Single but Not Available

kemarin 07.02.2010, aku selamat mengikat pertunangan dengan cinta pertama ku... cinta pertama dalam erti kata yang rasmi... selama ini, cinta yang aku ada secara tidak rasmi... dan sebab aku nda mau melambat-lambatkan hubungan ini, akhirnya kemarin rombongan keluarga datang meminang... cukup setakat ni untuk masa ini, insyaAllah ada ketetapan tarikh perkahwinan, aku akan umumkan jga nanti... setakat ni saja...adios!

tugasan baru

assalammualaikum selamat tahun baru... ceh macam terlambat pula, maklum la ni merupakan post di tahun baru... bukan tiada kelapangan, cuma aku seperti berat untuk menotakan NSA... bukan juga tiada cerita, bahkan cerita bertimbun cumanya nda tau memulakan dan mengarang nya d NSA... hanya mampu menjenguk seketika dan beralih kepada fb semula... kebanyakan masa di alam maya ni, aku habiskan d fb saja... lain laman yg aku lawati, hanya la seperti espnstar.com , soccernet.com, airasia, malaysiaairlines dan cimbclicks.com.my... hari ni aku terasa aku perlu menotakan kejadian2 yang berlaku sepanjang 20 hari di tahun baru... paling penting berlakunya 'reshuffle' tugas2 di pejabat ni... untuk pengetahuan, sebelum ini aku bertugas d tiga kerja utama... pertama EWRM, kedua DCM dan fasilitator 5S jabatan... ketiga2 kerja utama ini boleh dikatakan lulus walaupun tidak cemerlang di mata KOD.... dan sebaik hari isnin menjengahkan diri baru2 ini, ketua unit mengumumkan pertukaran tugas2... aku