Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2010

Geram dengan diri sendiri

hari ni aku geram dgn diri ku sendiri... perkara kecil pun bole membuatkan aku marah dan memencilkan diri... begini la aku ni, bila aku marah tentang apa juga perkara pun, aku terus mendiamkan diri tidak kira perkara tu kecil atau besar..... sepertinya aku tidak mencuba untuk mengotakan apa yang aku ingin jadi... mengikut contoh2 idola ku, mendengar nasihatnya dan meniru segala perlakuan2 yang baik2... aku akui, bukan senang untuk merubah watak sendiri... tapi kalau aku sendiri nda boleh mengubahnya.... siapa lagi yang mampu mengubah... akhirnya aku pasti, tabiat buruk dan hodoh ini akan memakan diri ku sendiri... contohnya hari ni saja, 2kali aku di bawa makan tengah hari dan minum petang... disebabkan aku terlalu marah, aku hanya duduk semeja dengan kawan2 tanpa minum atau menjamah makanan... sedangkan perutku lapar... ada baiknya sedikit disini, aku dapat berpuasa dan menyihatkan diri dengan tidak makan atau berpuasa... Nota Suara Aku tahu ada benda dan perkara yang mampu merawatnya

semua orang mengadu dia baik

perasan atau tidak, semua orang mengadu dia baik... amat sedikit yang mengadu dengan kita mengatakan dia salah, dia lemah dan tidak mampu mengawal situasi... dalam agama situasi ini dipanggil mengadu domba... namun ramai tidak tahu perkara ini... hari ini, aku didatangi aduan dari seorang perempuan yang hanya aku kenal dari mulut saudara ku... perempuan yang aku pernah lihat dalam facebook... perempuan yang pernah aku bersembang sekali dalam telefon... perempuan ini mengadu dia cuma mau menolong... menolong saudara ku yang diperlekehkan oleh kekasihnya... aku nda mau komen lebih2 mengenai perempuan ni... di depan aku juga sekarang ni, ada perbualan yang aku pasti sedang mengadu domba... sedang mengadu bahawa dia baik... kononnya mereka tidak bersalah dalam situasi semasa... tidak mengaku mengakibatkan kelam-kabut yang berlaku di jabatan ini... bercakap tentang jabatan ini, aku baru sahaja selesai menghadiri mesyuarat QC yang dipengerusikan Pengarah Urusan sendiri... sekadar highlight p

idola

pelik tapi benar, dalam banyak2 waktu yang terluang aku memilih waktu 3.23 pagi! untuk jari jemariku menari-nari di atas pentas laptop... ceh berasmara pula ayat2 ku pagi2 buta ni... mungkin tempias pembacaan novel yang baru ku beli di Popular CT Mall... sebuah novel yang aku terbeli kerana tajuknya Ya Fattah; Cinta Sakti.... sepertinya ada unsur2 keagamaan sedikit walaupun Fattah adalah watak utama dalam novel ini... dan sepanjang pembacaan ku sebanyak 70 lembar mukasurat, memang ianya dipengaruhi dengan unsur keagamaan yang tinggi... dan novel ini memang menarik atas pengukuran aku bangun di awal pagi hanya semata-mata menyambung pembacaan yang tergendala akibat keletihan mataku... selain itu, aku membeli novel ini juga kerana tarikan Cinta Sakti... teringat lagu Def Gab C yang sangat bertenaga... tidak seperti novel2 lain yang juga menggunakan tajuk2 lagu untuk menarik pembaca membelinya, sekilas memegang novel ni, aku berat untuk melepaskannya... maklum la, aku ni jenis berkira jug

Menyunting Bunga di Takis

terasa hari ni aku ingin bercerita tentang acara pertunangan yang berlangsung ahad lepas... alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar... tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini... kalau dikira, semua acara samada rasmi atau bersifat keluarga memerlukan perancangan yang rapi... walaupun acara tersebut kadang2 hanya berlangsung 2jam...begitu juga majlis ni keluarga ku datang dari Sandakan bertolak hari Jumaat (5/2/10) kira2 jam8/9 pagi, dengan 4kereta konvoi kancil (bapa), viva (kak Yu n family), teksi tangah(adik bapa) dan saga@Honda ab ipar (suami kak mang)... lebih kurang 20orang juga yang mengisi keempat2 kereta ni... betul2 mengoptimumkan ruang yang ada...huhuhuhiu... famili ku sampai di ruma sewa ku lebih kurang jam3 petang.... dan pastinya rumah yg aku sewa juga tidak terkecuali mengisi ruang secara optimum... Alhamdulillah dalam keadaan yang selesa semuanya... Hari Sabtu, bapa dan kumpulan yang senior seperti Tangah, Bungsu dan macik ku melawat pacik ku di Putatan

Single but Not Available

kemarin 07.02.2010, aku selamat mengikat pertunangan dengan cinta pertama ku... cinta pertama dalam erti kata yang rasmi... selama ini, cinta yang aku ada secara tidak rasmi... dan sebab aku nda mau melambat-lambatkan hubungan ini, akhirnya kemarin rombongan keluarga datang meminang... cukup setakat ni untuk masa ini, insyaAllah ada ketetapan tarikh perkahwinan, aku akan umumkan jga nanti... setakat ni saja...adios!