Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama

Dilema Kad Jemputan

hari ni sempena Maulidur Rasul, selamat menyambut maulidur rasul dan semoga anda semua dapat keberkatan dari Allah swt dan mendapat syafaat dari Nabi Muhammad saw.... hari ni juga aku berkesempatan mengikuti perarakan setelah sekian lama aku nda menyertainya... best juga la dapat mengeluarkan peluh sambil berselawat sepanjang jalan... lepas perarakan, aku nda tunggu lama, terus balik untuk makan... sangatla mengecewakan manusia yang supply makanan untuk majlis ni... sudah la sarapan (ya ka sarapan?) bukan lagi lambat, tapi tidak datang langsung! dan aku berjalan dengan perut kosong... kemudian suda smpi di dewan, makanan tidak juga menunggu... adakah patut, sudah tau tidak sedia sarapan... mau tunggu lagi jam 10 baru mau hantar makanan ka? adui xda semangat maulidur rasul langsung... cukup untuk maulidur rasul tahun ni... berbalik kepada tajuk post hari ni, aku masih dalam dilema... dilema bukan apa, aku sudah design satu kad jemputan... dan aku berpuas hati dengan hasil kerja tangan s

Persiapan Kahwin

Cepat betul masa berlalu... kurang 2 bulan lagi, aku akan bergelar suami... percubaan pertama gagal tidak sampai 6bulan mengikat pertunangan.... percubaan kedua berlaku selepas hari raya haji taun lepas... dan setelah beberapa kali tidak sepakat tarikh, akhirnya 8 April nanti akan berlangsung perkahwinan ku... majlis di tempat ku pula, 9 April ni... boleh dikatakan untuk majlis di tempat ku nanti, hampir kesemua aku yang tetapkan... bermula dari door gift, kad jemputan, tema majlis dan pelamin... perkara2 lain belum difikirkan lagi... untuk doorgift, suda terbeli dengan bantuan abg Yun dan kak Rin... tapi yang ini untuk tamu istimewa... untuk tamu d ruma, mungkin akan cari minggu depan... kad jemputan, mengambil masa yang lama untuk bikin... mau dikatakan cerewet, tidak juga... aku suda cek dan berhubung dengan lebih kurang 5-7 syarikat printing di kl dan sabah... untuk syarikat printing di sabah, harga yang ditawarkan amatlah mahal... mungkin order dari kl... syarikat printing kad yan

Raung Senyum 2010 Yang Berlalu

1.1.2011; dengan azam meninggalkan segala panas baran yang ada... biarlah ianya menjadi sejarah yang tidak mungkin berulang... 2010 merupakan kenangan perit untuk dikenang... d tahun itulah aku mengenali hati budi manusia yang tahu untuk mengenang budi... di tahun itu juga la, aku dihimpit kedukaan dan kejatuhan maruah! di tahun itu juga, aku cuba bangkit dengan dorongan kak mang... di tahun itu, aku pernah memegang status bertunang dan kembali single... di tahun itu, status single tidak lama ku pegang, kerana not available disambung selang 2hari raya haji tiba... di tahun itu, aku seperti anjing yang takut dengan bayang2 sendiri... bayangan yang sentiasa menyelubungi setiap waktu... namun setiap keraungan, ada juga terukir senyuman2 indah... paling mendekat di hati, kehadiran 3anak buah dari 3 kakakku... bermula dengan Hamzah Zahidi, diikuti Ramadani klu nda silap, dan yang terbaru kelahiran Hadeejah... kesyukuran dipaut ke Maha Pencipta... tahun itu juga, aku mendapat 2 kemenangan wa