Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Ikhlas,Sedekah,Rezeki

Sekadar menotakan sedikit ilmu yang aku dengar pagi tadi. Apa itu Ikhlas? Ikhlas ialah tidak menambah sesuatu yang dipuji dan tidak mengurang sesuatu yang dikeji :) Apa itu Sedekah? Sedekah ialah memberi sesuatu walaupun tidak diminta :) jadikan kita sentiasa memberi walaupun hanya senyuman. Apa itu Rezeki? Rezeki menurut Ustaz Pahrol MJ perlu dimulakan daripada pemahaman dan pengertiannya terlebih dahulu. rezeki tidak disempitkan hanya dengan material atau duit semata-mata. Nota Suara Aku hanya memberi peringatan untuk diri sendiri. adios....

Tugasan di Jabatan Baru

Bulan Oktober membuka lembaran baru dalam kerjaya aku di syarikat ini. Aku ditugaskan ke Jabatan yang baru (Jab. Latihan & Pembangunan) berkuatkuasa 1hb Oktober lalu. Perasaan bercampur antara gembira dan sedih. Setelah berada di OD selama 4 tahun 1 bulan, kini aku perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru.  Di Jabatan baru ni, aku nda payah memerah otak untuk membuat inisiatif baru sebaliknya hanya menumpukan kepada latihan yang perlu diberikan kepada anggota kerja syarikat. Walaubagaimanapun, sebagai SYMP, terima adalah satu-satunya pilihan yang ada. Nda boleh tolak walau apapun justifikasi yang diberikan. Terkilan ada sedikit terpalit, bila bos rela dengan keputusan yang dibuat tanpa membuat sebarang rayuan bertulis kepada Pengurusan. Tapi dalam masa yang sama, tugas yang aku pegang ni belum lagi diberikan kepada orang lain secara rasmi. Bayangkan surat Serah Tugas yang aku serahkan kemarin, ditulis sebagai 'Pls Discuss'.... aik boleh discuss2 lagi ka? ken

Chief Entertainer Officer (CEO)

Bayangkan perasaan anda apabila seorang mantan Presiden/CEO sebuah GLC memberikan anda gelaran CEO juga? Begitulah perasaanku sejurus dipanggil CEO... Seorang anak muda yang memegang gelaran CEO pada umur 39! seorang akauntan menerajui syarikat yang teknikal.... tapi mampu membawa syarikat ke peringkat tertinggi. Semalam, aku selesai menjadi MC sempena meraikan persaraan CEO... satu majlis yang tinggi tahapnya dari segi protokol. Dengan kehadiran tetamu kehormat dari Kerajaan negeri dan ahli-ahli Lembaga Pengarah semuanya tertumpu dengan sebuah tubuh kecil di atas pentas.... Aku mengendalikan majlis dengan penuh perasaan yang bercampur baur. Takut salah sebut jawatan dan pangkat, takut terlepas cakap dan menyinggung perasaan tetamu dan sebagainya.... Sebab tu persediaan untuk menyediakan teks ni aku buat dengan teliti sehingga jam 3 pagi.... Semata-mata untuk memastikan majlis ini berjalan dengan lancar dan paling penting diingati selepas ini. Aku sememangnya komited dengan bidang

Pengacara Majlis

Pengacara Majlis ni macam suda menjadi sebahagian daripada Job Description ku di sini. Bermula daripada MC untuk Seiri Day tahun 2008, masa tu aku baru masuk syarikat utiliti ni... lepas tu satu demi satu jenis acara aku MC kan, dari sukan, majlis perhimpunan rasmi syarikat, majlis tahunan sampai la majlis konvensyen atau open day... tapi aku terhadkan bidang MC ni kepada acara yang tidak melibatkan VVIP macam pangkat menteri... kalau ada yang menteri hadir, seboleh-bolehnya aku tolak... Tapi yang terbaru ni, aku nda boleh tolak lagi.... dari awal lagi namaku sudah terbayang-bayang di minda penganjur.... ni gara-gara majlis perpisahan Pengarah Urusan yang aku MCkan tahun lepas meninggalkan kenangan yang positif kepada semua yang hadir... yang ni lagi besar... majlis meraikan persaraan CEO! wah gentar beb.... yang gentar tu bukan apa, tapi untuk menjadikan majlis ni tidak hambar, ulangkaji mesti dibuat dengan secukupnya... maklumla, CEO ni aku nampak dalam gambar ja, paling dekat pun

Genap 3 Bulan

Kemarin FBI inject untuk 3bulan, beratnya sudah mencecah 5.2 kg dan panjang 57cm... ini ukuran kasar yang aku sendiri ukur /timbang di klinik... FBI menunjukkan kelelakiannya bila dicucuk jarum, berteriak seketika dan diam sebaik jarum dicabut dari pahanya... Cepat masa berlalu, sedar xsedar kami sudah pun mendirikan rumah tangga genap setahun pada 8 April lepas.... syukur kepada Allah kerana melimpahkan kami rezeki yang tidak semua orang mendapatnya.... FBI lahir tidak smpi setahun kami kahwin... nda perlu menunggu lama seperti sesetengah orang... FBI sekarang kerap mengeluarkan suaranya, sentiasa bangga mengeluarkan suaranya sebaik celik mata... kaki dan tanganny juga makin aktif, kakinya yang memang kuat sejak umur 1 bulan, semakin kuat sekarang ni... kalau dibiarkan, kedudukannya pasti berubah dari asal... ni tanda2, nda boleh dibiarkan sendirian di atas katil tanpa penghadang... NSA berhenti disini dan akan kembali bila mengizinkan.... ni catatan bukan untuk dibaca :)

Senyuman Pertama

FBI sudah mengukir senyuman yang pertama kemarin lepas aku balik kerja... aku pasti senyuman ini adalah respon seperti kebiasaan bayi yang berumur 2 bulan... bilang mami nya sepanjang hari nda mau senyum sebab FBI demam akibat inject 2 bulan... kesian sangat, mujur la mami nya seorang yang penyabar dalam menjaga bayi... berat FBI pun sudah menjangkau 4.0+ kg... Nota Suara Aku selepas ni akan menjadi seperti diari untuk merakam perubahan2 FBI...sekian, untuk masa ini....Adios

Azam Tahun Baru : Disiplin Tentang Wang

Assalammualaikum, tahun baru telah menjelma, banyak perkara berlaku sepanjang 2011... 2011 juga telah meninggalkan rekod paling sedikit aku menotakan suara aku.... mungkin tahun 2011 aku lebih banyak bercerita dengan isteri tercinta.... justeru, tidak terbuka hati untuk menotakan di sini. Apapun, hari ini aku terbuka hati untuk menitip sedikit peringatan buat diri sendiri... Saban hari, semakin banyak komitmen terpaksa aku tanggung... tahun ini, aku akan mempunyai rumah sendiri hasil bantuan kak mang dan suaminya.... tahun ini juga aku bakal menjadi seorang daddy....tinggal tunggu hari ja lagi ni.... dan orang yang paling banyak menolong aku, kak mang. Sentiasa memberi teguran tertutup.... Aku memasang azam tahun ini, untuk menjadi seorang lebih berdisiplin tentang wang.... maklum sajala, kos sara hidup negara tercinta kita ni semakin tinggi.... kita kan mau maju :P Dan kak mang memberikan aku jadual bajet... nampak simple ja tapi aku dapat merasakan aura kepayahan tu.... apapun... ter