Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2012

Chief Entertainer Officer (CEO)

Bayangkan perasaan anda apabila seorang mantan Presiden/CEO sebuah GLC memberikan anda gelaran CEO juga? Begitulah perasaanku sejurus dipanggil CEO... Seorang anak muda yang memegang gelaran CEO pada umur 39! seorang akauntan menerajui syarikat yang teknikal.... tapi mampu membawa syarikat ke peringkat tertinggi. Semalam, aku selesai menjadi MC sempena meraikan persaraan CEO... satu majlis yang tinggi tahapnya dari segi protokol. Dengan kehadiran tetamu kehormat dari Kerajaan negeri dan ahli-ahli Lembaga Pengarah semuanya tertumpu dengan sebuah tubuh kecil di atas pentas.... Aku mengendalikan majlis dengan penuh perasaan yang bercampur baur. Takut salah sebut jawatan dan pangkat, takut terlepas cakap dan menyinggung perasaan tetamu dan sebagainya.... Sebab tu persediaan untuk menyediakan teks ni aku buat dengan teliti sehingga jam 3 pagi.... Semata-mata untuk memastikan majlis ini berjalan dengan lancar dan paling penting diingati selepas ini. Aku sememangnya komited dengan bidang

Pengacara Majlis

Pengacara Majlis ni macam suda menjadi sebahagian daripada Job Description ku di sini. Bermula daripada MC untuk Seiri Day tahun 2008, masa tu aku baru masuk syarikat utiliti ni... lepas tu satu demi satu jenis acara aku MC kan, dari sukan, majlis perhimpunan rasmi syarikat, majlis tahunan sampai la majlis konvensyen atau open day... tapi aku terhadkan bidang MC ni kepada acara yang tidak melibatkan VVIP macam pangkat menteri... kalau ada yang menteri hadir, seboleh-bolehnya aku tolak... Tapi yang terbaru ni, aku nda boleh tolak lagi.... dari awal lagi namaku sudah terbayang-bayang di minda penganjur.... ni gara-gara majlis perpisahan Pengarah Urusan yang aku MCkan tahun lepas meninggalkan kenangan yang positif kepada semua yang hadir... yang ni lagi besar... majlis meraikan persaraan CEO! wah gentar beb.... yang gentar tu bukan apa, tapi untuk menjadikan majlis ni tidak hambar, ulangkaji mesti dibuat dengan secukupnya... maklumla, CEO ni aku nampak dalam gambar ja, paling dekat pun