Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

Tugasan di Jabatan Baru

Bulan Oktober membuka lembaran baru dalam kerjaya aku di syarikat ini. Aku ditugaskan ke Jabatan yang baru (Jab. Latihan & Pembangunan) berkuatkuasa 1hb Oktober lalu. Perasaan bercampur antara gembira dan sedih. Setelah berada di OD selama 4 tahun 1 bulan, kini aku perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru.  Di Jabatan baru ni, aku nda payah memerah otak untuk membuat inisiatif baru sebaliknya hanya menumpukan kepada latihan yang perlu diberikan kepada anggota kerja syarikat. Walaubagaimanapun, sebagai SYMP, terima adalah satu-satunya pilihan yang ada. Nda boleh tolak walau apapun justifikasi yang diberikan. Terkilan ada sedikit terpalit, bila bos rela dengan keputusan yang dibuat tanpa membuat sebarang rayuan bertulis kepada Pengurusan. Tapi dalam masa yang sama, tugas yang aku pegang ni belum lagi diberikan kepada orang lain secara rasmi. Bayangkan surat Serah Tugas yang aku serahkan kemarin, ditulis sebagai 'Pls Discuss'.... aik boleh discuss2 lagi ka? ken