Skip to main content

Posts

Showing posts with the label kerja

semua orang mengadu dia baik

perasan atau tidak, semua orang mengadu dia baik... amat sedikit yang mengadu dengan kita mengatakan dia salah, dia lemah dan tidak mampu mengawal situasi... dalam agama situasi ini dipanggil mengadu domba... namun ramai tidak tahu perkara ini... hari ini, aku didatangi aduan dari seorang perempuan yang hanya aku kenal dari mulut saudara ku... perempuan yang aku pernah lihat dalam facebook... perempuan yang pernah aku bersembang sekali dalam telefon... perempuan ini mengadu dia cuma mau menolong... menolong saudara ku yang diperlekehkan oleh kekasihnya... aku nda mau komen lebih2 mengenai perempuan ni... di depan aku juga sekarang ni, ada perbualan yang aku pasti sedang mengadu domba... sedang mengadu bahawa dia baik... kononnya mereka tidak bersalah dalam situasi semasa... tidak mengaku mengakibatkan kelam-kabut yang berlaku di jabatan ini... bercakap tentang jabatan ini, aku baru sahaja selesai menghadiri mesyuarat QC yang dipengerusikan Pengarah Urusan sendiri... sekadar highlight p...

tugasan baru

assalammualaikum selamat tahun baru... ceh macam terlambat pula, maklum la ni merupakan post di tahun baru... bukan tiada kelapangan, cuma aku seperti berat untuk menotakan NSA... bukan juga tiada cerita, bahkan cerita bertimbun cumanya nda tau memulakan dan mengarang nya d NSA... hanya mampu menjenguk seketika dan beralih kepada fb semula... kebanyakan masa di alam maya ni, aku habiskan d fb saja... lain laman yg aku lawati, hanya la seperti espnstar.com , soccernet.com, airasia, malaysiaairlines dan cimbclicks.com.my... hari ni aku terasa aku perlu menotakan kejadian2 yang berlaku sepanjang 20 hari di tahun baru... paling penting berlakunya 'reshuffle' tugas2 di pejabat ni... untuk pengetahuan, sebelum ini aku bertugas d tiga kerja utama... pertama EWRM, kedua DCM dan fasilitator 5S jabatan... ketiga2 kerja utama ini boleh dikatakan lulus walaupun tidak cemerlang di mata KOD.... dan sebaik hari isnin menjengahkan diri baru2 ini, ketua unit mengumumkan pertukaran tugas2... aku...

Penutup Tahun 2009

semasa aku menulis entry hari ni, aku dalam keadaan yang tidak stabil...bukan tidak sihat, cuma hatiku berkecamuk dengan pelbagai kocakan perasaan yang aku tidak mungkin akan khabarkan dalam NSA... bukan semua perkara boleh dinotakan...lebih2 lagi bila ianya sangat sensitif... sedar nda sedar, rupa2nya aku tinggalkan blog ni selama 2 minggu... mungkin kah masa berlalu terlalu cepat untuk ke tarikh di hadapan... atau kah aku yang cuba mengejar tarikh tu sehinggakan tidak menyedarinya... rasa kesal bercampur gembira menyelubungi hati... aku pun nda tau hendak digambarkan bagaimana... umurku mungkin begitu bersemangat untuk meneruskan hidup masa akan datang... tahun 2009 berlalu dengan begitu mencabar.... dari segi kerja, aku bersyukur dapat bertahan sehingga ke hari ini... cabaran yang agak mengujakan bagi seorang pekerja muda seperti ku... berhadapan dengan pelbagai karenah manusia, samada yang macam Kambing dan tidak kurangnya yang ikhlas memberi tunjuk ajar... aku masih dapat bertahan...

3 Soalan

semalam aku datang opis untuk buat kerja yang tertangguh selama aku cuti kecemasan 3 hari minggu lepas... dan aku seperti mendapat semula sentuhan kerja yang hilang lebih kurang sebulan setengah... satu emel yang masuk membuka mataku dan membuatku sedikit hairan... emel dari Bos dengan ucapan selamat yang sangat mesra... kelihatan nya seperti ikhlas, namun dalam hati siapa yang tahu kan... aku teruskan kepada isi utama emel... Bos mengajukan 3 soalan yang memang menjadi soalan cepumas semasa interview... tapi dinyatakan dalam bentuk emel bagi memudahkan kita berfikir dengan lebih matang... berikut merupakan soalan nya... If you owned this company, what would you want to change first? Of all the things Management is doing, what would you like to know most? Of all the things Management is doing, what do you appreciate most? sebelum aku menjawab soalan ini(yg aku fikir tidak akan aku jawab di sini)... aku terasa seperti suatu penghargaan dan aku sangat menghargainya bila bos meminta panda...

IKRAR

selamat hari minggu kepada yg membaca post ni di waktu yang tepat... kalau yang membaca hari isnin ka, selasa ka, rabu ka, khamis ka, jumaat ka atau sabtu ka, pandai2 la ucap selamat untuk diri sendiri ikut kesesuaian waktu k.... pembacaan novel Ketupat Cinta Musim Pertama (KC) sudah berada diperingkat pertengahan... dan alhamdulillah setakat ini, aku dapat sedikit input yang boleh memberi semangat dalam mengharungi kehidupan yang mendatang... walaupun novel ini mengusik jiwa dan mampu menyambung urat2 lawak ke otak dan disalurkan melalui muka untuk menggerakkan muka baik untuk senyum ataupun ketawa... disamping ilmu dan pengetahuan Islam yang diterapkan, penulis begitu kreatif menyindir situasi di negara kita yang tercinta ini... seperti Madrasah Makan yang disadur dari rancangan realiti semasa... tidak lupa dengan watak2 yang dipinjam dari watak2 politk negara ini... sekurang2 nya watak2 ini membantu aku untuk mengimaginasikan dengan lebih tepat watak2 yang ingin diceritakan oleh pen...

Makanan Jepun

Hari ini mungkin boleh disejarahkan bahawa aku dapat makan makanan jepun buat pertama kali dalam hidup... mungkin boleh diperbetulkan dengan makan di restoran jepun untuk pertama kali... seingat aku antara makanan jepun yang pernah aku makan adalah kuih dorayaki(kalau xsilap sebut) yang menjadi kegemaran doraemon semasa aku menjalani latihan praktikal di upm tahun 2005... dan seperti biasa pertama kali makan di tempat sebegini, aku blank mau makan apa di tempat ni? yang aku tau sushi saja la... selepas diterangkan oleh kawan seofis, baru aku tau restoran jepun ni bukan sushi saja dijual... pelbagai jenis makanan macam di restoran2 lain tu... aku pun xingat nama menu makanan tengahari yang aku pilih, tapi ada sedikit2 bunyi teriyaki la... ala macam teriyaki boys la lebih kurang... menu ni utamanya ayam 'grilled' yang sebenarnya tidak sepatutnya aku pilih sebab yang lain katakan kalau di restoran jepun ni, bagus makan ikan... ikan2 yang dihidangkan jarang didapati di kedai biasa ...

Belajar Menjadi MC...

arini dapat satu lagi pengajaran dan pembelajaran dari orang2 yang senior di company ni... pertama nya, esok aku akan jadi bidan terjun lagi untuk jadi MC satu majlis besar company... semuanya gara2 MC yang dilantik menarik diri sebab sekretariat lambat bagi aturcara majlis... hah padanla buku bertemu ruas, sama2 senior dan keras kepala... aku pula pelanduk yang mati di tengah2... kemudian, aku la heronya... bos aku minggu lepas berkeras nda mau jadikan aku MC sebab katanya aku ni 'full of joke' ja, nda pandai serius dalam majlis... dia ni mau kata bodoh, dapat master juga... mau kata bengap, jadi KOD juga... dah memang majlis tu semi formal, aku pula diarahkan untuk membuat majlis tu tidak tegang, aku buat la lawak... aku ni kan Last Comic Standing versi malaysia... dan bila MC yang dilantik tarik diri, aku la yang paling senang jadi kuli... tapi disebalik semua tu, aku belajar sesuatu yang tidak aku perolehi masa belajar dolu2... rupa2nya mau jadi MC ni bukan semberonoh ja......

Genap Setahun

Hari ni genap setahun aku bekerja di company ni, terlalu banyak dugaan dan cabaran yang dihadapi bagi meneruskan kesinambungan hidup sebagai manusia dan pekerja... hari ni juga hari lahir adik kedua bongsu aku c Aza yang ke11 tahun... Berdepan dengan bos yang amat mementingkan ketepatan waktu dan kepantasan bekerja memang meletihkan... apalagi kerja yang perlu disiapkan itu memerlukan kemahiran dan pengalaman... sedangkan aku sepertinya anak ayam yang dibiarkan mencari makanan sendiri... bukan mudah seorang yang berlainan latar belakang pendidikan dan agama, sanggup untuk memberikan tugasan besar yang sekiranya gagal impaknya amat besar bukan saja kepada dia tapi juga syarikat... Walaupun begitu disebalik semua itu, tidak dapat dinafikan ianya memberi kelebihan yang tidak semua orang boleh perolehi... Nota Suara Aku percaya setiap yang pahit dan susah itu akan membuahkan hasil yang manis jika pandai dituai dan kena pada tempatnya... adios!!

Surat Pengesahan Jawatan yang Pelik

betul ka kalau sisir rambut guna tangan boleh meningkatkan masalah keguguran rambut?? ada2 saja iklan ni... nasib baik xda sisir / sikat yang berjenama... kalau nda, pasti laku sisir tu dibeli para lelaki... masalahnya macam mana mau sikat rambut kalau rambut tu nda mau ikut stail yang diinginkan...paham2 la rambut lelaki ni kadang2 keras kepala juga sekeras kepala orangnya... semalam aku sudah nampak surat pengesahan jawatan aku tu... Alhamdulillah sekurang2 nya ada nampak sudah lah khabar2 angin sebelum ni yang pabila ditanya mengenai surat pengesahan jawatan, angin menjawab sudah dihantar ke meja MD... tunggu di sign ja... tapi kepelikan yang berlaku dalam surat tu... pertama tarikh berkuatkuasa 15April 09... tapi tarikh surat 6 JUN 09 dan lagi pelik sampai di meja P.A 6 JULAI... pelik nda pelik surat pengesahan jawatan aku ni... terlalu banyak dugaan yang dihadapi dalam kerja... terpulang kepada individu untuk menyerap segala dugaan dan masalah yang datang dengan tenang dan disand...

Karabau,Kura-kura,Kijang

kemarin dulu masa minum2 kupi dengan Del, dia bercerita mengenai perihal Karabau, Kura-kura dan Kijang... ini adalah perumpamaan dengan jenis2 pekerja yg terdapat di syarikat tempatnya bekerja sebelum join syarikat ni... untuk pengetahuan, kalaupun xmau tau c Del ni bestfren aku masa d upm dan nda sangka sekarang ni kami duduk di bumbung yg sama... Ketiga2 mempunyai kekuatan dan kelemahan masing2, karabau ni kalau diberikan kerja akan siap tapi penuh dengan rintangan dan memerlukan tenaga zahir dan batin... orang kata sampai merangkak pun akan dibuatnya yang penting kerja tu selesai... ni mungkin bole dikatakan workaholic... orang kerja begini kadang2 tidak mengutamakan keluarga... di ofis ni ada 2orang yang bekerja macam tu... Kura-kura pula macam tidak perlu diterangkan sifat2 nya yang azali, kerja yang diberikan kepadanya akan disiapkan juga tapi lambat... kadang2 tarikh disasarkan ke tarikh SASARan yang baru... bercakap kura2 ni, aku tertarik dengan iklan Digi broadband... mereka m...

Bapa Nda Marah Sudah...

cukup menggembirakan semalam bapa becakap juga sama aku... walaupun masih ada bau2 marah, tapi bapa layan juga segala pertanyaan2 yang biasa aku tanyakan sebelum ni... syukur la... pagi tadi cerita yang hangat aku dengar di radio Hotfm pasal Syurga Cinta yang bakal ditayangkan khamis ni... sedikit saja yang aku dapat, dalam masa yang sama aku dengar Era cerita Aznil diberi kepercayaan untuk memujuk seorang kanak-kanak berumur 8 tahun yang nda pernah makan selain minum susu sejak lahir hingga kini... kedua2 nya tergantung, seperti biasa aku hanya mendengar radio dalam kereta... hari ni juga aku lewat bangun lagi... 6.40 baru bangun, wah nampaknya aku semakin lambat dan liat untuk bangun... bukan apa tu, semalam main game RON sampai jam 12 lagi... makin ketagih dan makin seronok... tambah lagi jam2 kalau nda silap mati karan sampai pagi... mula2 aku nda kisah pun sebab malam angin malam menemani ku, cuma bila mau pegi kerja tu datang masalah baju belum gosok... terpaksa la memilih baju ...

Lintasan Kepala..

bukan mudah bila kehilangan seseorang...malah ianya bertambah perit orang itu tidak lagi kembali buat selamanya... kalau aku ni hanya lah seorang pacik, mak bapanya apatah lagi... sehingga kini, aku masih terbayang-bayang wajah kesayangan anak buah ku ini... apa juga benda yang berkaitan dengannya aku teringat kembali dengan nya... kali ni pepatah patah tumbuh hilang berganti tidak boleh pakai... mungkin belum ada pengganti yang senakalnya dan secerianya... sehingga ke hari ini, bapa masih lagi marah dengan aku... dan aku nda tau mau buat macam mana... bapa jenis yang keras hati dan aku terus dibuai kesalahan yang bagi ku bukan disengajakan... aku sudah berusaha selama ini untuk tidak menyakitkan hati bapa, aku masak suda dengan bapa... tapi kali ni aku sekali lagi menyakitkan hati bapa... selalunya sebelum game MU atau Chelsea, bapa akan call untuk membuat perhitungan, tapi minggu ni aku nda mendapat call dari bapa... aku cuba call tapi bapa masih berdegil untuk tidak bercakap dengan ...

Chelsea sudah confirm ke semi tapi status aku bila lagi??

Akhirnya Chelsea berjaya membalas dendam dengan menyingkirkan Liverpool buat kali kedua. Lebih manis bila Chelsea berjaya menebus malu kalah dua kali di EPL termasuk di tempat sendiri... Seperti ramalan aku semalam, akan banyak jaringan dicipta...dan inilah keputusannya Chelsea 4-4 Liverpool... Lpool bermula garang dengan 2-0 dalam 30minit, percaturan 4321 terus di transform menjadi 442 dengan kemasukan Anelka menggantikan Kalou... Kemudian Chelsea mendahului dengan 3-2 di masa kedua juga dalam masa yang singkat... Alex, Lampard dan Drogba sebelum Lpool merapatkan jurang dengan 4-3... detik2 cemas seperti memihak kepada Liverpool sebelum menyerah dengan jaringan Lampard... memang betul mimpi c joy Liverpool skor 4, tapi dia mungkin nda nampak jaringan dari Chelsea... Nota Suara Aku hari ini genap 9bulan bekerja di kompeni ni...seronok dan banyak aku pelajari. tapi status konfom xkonfom tu sedikit menggusarkan... kalau bukan aku ni seorang yang penyabar, mungkin aku sudah resign, tapi ...

Cuti 260309-010409

Hampir sebulan blog ni sunyi dari perkembangan...aku agak sibuk kebelakangan ini dengan persiapan menjelang compliance audit untuk mendapatkan pensijilan ISO9001:2008... aku tidak pernah menghadiri sebarang training mahupun pendedahan yang formal mengenai benda ini... tapi yang jelas jika dulu aku amat membenci kewujudan ISO, dengan beranggapan kewujudannya hanya lah mendatangkan lebih banyak karenah birokrasi dalam organisasi... dan kini, aku terpaksa berhadapan dengan golongan manusia seperti aku 5 tahun yang dulu... boleh dikatakan aku bekerja 6hari seminggu, 11jam sehari demi memenuhi tuntutan kerja... Dan kepantasan masa berlalu, melupakan aku hampir menjejak 9bulan perkhidmatan, walaubagaimanapun bos masih tidak berpuas hati dengan cara kerja yang dilihatnya... nyata hasil kerja bukan ukuran sama ada aku ni baik atau sekadar memuaskan... bos kata, dia sengaja menghujankan aku dengan kerja yang seperti jualan borong untuk melihat sejauh mana aku dapat mengurus masa dan kerja... di...

Rangkuman bulan Mac

Hari ini merupakan PH sempena menyambut maulud Nabi, tidak banyak yang dapat disaksikan melainkan hanya aktiviti di masji2, surau2 dan bangunan agama untuk memeriahkan sambutan ini. Di kawasan perumahan tmpt aku tinggal ni, akan mengadakan sambutan maulidur rasul selepas solat maghrib... InsyaAllah ada kelapangan, aku akan sama2 memeriahkannya... Sepatutnya, sekarang ni aku berada di ofis untuk menyiapkan kerja2 yang tergendala dengan due date nya esok... ada satu kertas kerja perlu disiapkan untuk diserahkan ke bahagian Perolehan, aku tidak ada keyakinan dapat menyiapkannya hari ini... moga2 Allah memberiku kekuatan untuk menyiapkannya... berbalik kepada cerita ofis, pelik tapi benar, sebagai peneraju elektrik di sabah, masalah karan tidak sepatutnya terjadi di ofis,tapi itulah yang berlaku... keadaan gelap gulita menyukarkan aku untuk mencari dan mengenalpasti masalah ditambah lagi aku buta bab2 teknikal ni... dan aku pulang hampa... terpaksa lah aku menyiapkan kerja2 ofis di rumah.....

ISO dan Gathering spm00

arini berakhir juga penderitaan sementara semata2 untuk mendapat ISO kepada tempat kerja ku... dan bos bagi kebenaran untuk aku cuti esok hari, aku xtahu dari sumber mana dia dapat tahu aku mau cuti, tapi dia suda bagi kebenaran tu memadai la... mungkin dia nampak yang aku semakin stress dengan kerja ini yang bukan bertimbun tapi bersambung... auditor mengumumkan 6bulan dari sekarang compliance audit akan dijalankan... ini bermakna banyak kerja followup dilakukan selepas ini berdasarkan nasihat dan pendapat dari auditor... dan sebab itu juga la bos suru aku cuti esok hari, kalau ikut jadual, selepas ini memang tidak ada waktu yang sesuai untuk bercuti kecuali hujung bulan3, tu pun belum dapat dipastikan samada dapat cuti atau tidak... yang pasti tiket sudah dibeli... berbalik kepada isu ISO ini, apabila auditor bercakap panjang lebar, aku menangkap asas disebalik pelaksanaan ISO... apa yang akan dinilai oleh mereka ni adalah proses sesuatu aktiviti itu dijalankan... sebut proses, terus...

bukan robot

Kemarin tiada masukan... hari ini pula sementara menunggu kak Mang balik, aku menotakan sedikit kejadian yang berlaku sepanjang-panjang yang aku ingat... pagi2 lagi, aku suda meletup... mana tidak nya, aku buka saja emel, tu dia berpusu-pusu emel dari bos masuk dengan idea kambing dan dateline yang entah apa2... dia ingat aku ni bole bekerja dengan dua tangan dan dua kaki... seolah2 aku tiada kerja yang perlu dibuat, dan hanya menunggu arahan kerja dari dia... dia suda lupa aliran kerja yang dia sendiri umumkan isnin lepas... semacam hanya lakonan dan gimik sementara ataupun dia tidak dapat menahan diri dari memberi arahan selain tiga orang PK dibawahnya... aku akui dia memang hebat dan pantas, sehingga siapa pun yang menerima arahan akan kapus2 olehnya... PK produktiviti pula seolah begitu patuh dengan perintah dan cuba bersikap jujur dengan nasihat dan nasihat, tapi apa gunanya semua itu jika kerja yang diberikan kepada aku terus bertimbun... pastinya meninggalkan satu rekod yang bu...

Kembali Ceria!

Inikah harga sebuah kesabaran? dan ini bukti dipermudahkan urusan orang yang tidak diadili dengan baik? pagi ini aku masuk kerja dengan satu azam dan semangat yang kuat. Aku akan buat kerja yang mampu dan selagi mana kerja yang diberikan itu tidak menyalahi etika kerja sebagai staf... morning talk yang disampaikan bos aku sambut dengan gembira dalam hati dan mungkin juga kemenangan awal... hehehe... bos mengambil pendekatan dan strategi yang lain bagi memastikan staf yang degil macam aku ni tidak berurusan dengannya... ofis kami mempunyai 2orang pengurus kanan, satu bahagian kualiti dan satu lagi bahagian produktiviti... kerja yang aku buat termasuk dalam kategori produktiviti... ini bermakna aku hanya akan berurusan dengan PK produktiviti... dan PK produktiviti pula akan berurusan dengan bos... begitu la carta aliran kerja yang terbaru diumum oleh bos awal pagi ini... selepas ini aku hanya mengemukakan laporan kerja harian kepada PK produktiviti... aku suka kerana PK ni lebih mesra da...

Bos

bos semakin menekan nampaknya... dan aku hampir kalah... mungkin protes satu tindakan yang betul mungkin juga tidak... jika sebelum ini aku mengambil pendekatan masuk telinga kanan keluar kiri, tapi jumaat lepas aku keluar ofis selepas rolldown PSI... aku dinilai secara umum tanpa diberitahu dimana harus diperbaiki dan aku tidak mendengar lagi kata2 positif dari bos untuk menaikkan semangat yang telah dirobohkannya... di kotak pemikiran aku sekarang sudah ada benih2 negatif bos tidak bersikap profesional terhadap kerja... lebih2 lagi terhadap orang Islam... wujud semacam double standard antara kami... dan mungkin juga triple standard... kenapa? sebab layanan terhadap staf perempuan(lebih2 lagi yang cantik) juga begitu ketara... dan berontak aku semakin menguji kesabaran aku... esok genap aku 7bulan di sini, istilah more pleasure than pressure yang diberikan Yun nampaknya songsang... aku cuba menyembunyikan tekanan yang ada, namun ada yang sudah menghidu melalui keadaan ofis yang tidak ...

Extend 3bulan Lagi!

aku extend lagi 3bulan memandangkan performance xberapa bagus mengikut kaca mata bos aku...aku terima...dan yg penting, bad habit yg dia kesan ada pada aku perlu diubah kerana masih muda...dan banyak yg bole dilakukan oleh orang semuda aku...justeru, aku perlu mengubah bad habit ini...untuk 3bulan lagi...aku akan bercerita tentang perkara ini lagi 3bulan akan datang...adios!