Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Semasa

Gula

minggu ni agak sibuk, nda sempat update fb dan juga blog... minggu ni aku berkesempatan odit di kunak... satu lagi tempat yang baru pertama kali aku jejak... satu pekan yang tenang dan aman... satu yang menarik tentang kunak ni, gadis2 di sini cantik2 pula... nda kira la, di kedai kopi ka, kedai reload, peniaga tepi jalan dan gadis2 yang lalu lalang nda payah cerita la... aku mengodit 5S dan SEMS... dan memandangkan kakak ku tinggal d lahad datu, aku ambil keputusan untuk tidak tinggal d hotel...cuma dari LD ke kunak ambil masa 1jam juga la... tapi apalah sangat 1jam tu.... macam nda biasa pula... tujuan post hari ni sekadar menyatakan rasa tidak puas hati dengan berita2 yang aku dengar dan baca... seperti biasa, nilai berita Malaysia ni tidak lain tidak bukan, hanya lah penuh dengan dengki dan mengadu domba.... lebih2 lagi org2 besar yang menggunakan kuasa teknologi maklumat untuk menyebarkan dakyah kolot politik diorang.... dengan bersandarkan kepada Islam dan Melayu... motif tidak l...

Bajet 1Malaysia??? mimpi kali...

assalammualaikum.... sebelum bermula, aku ingin mengimbas post aku sebelum ini diperenggan terakhir tentang hidup UMNO... jangan salah sangka yang aku ini pengyokong umno sebaliknya itu hanyalah sekadar ungkapan sindiran tentang keadaan di negara kita ini... selesai perhimpunan umno, media disogok lagi dengan pembentangan bajet oleh YAB Perdana Menteri... seperti biasa bajet yang dibentangkan jelas bersifat berat sebelah... tidak seperti bendera BN, dacing yang seimbang... mungkin sebahagian besar rakyat akan kagum dan berterima kasih dengan pembentangan ini, namun bagi orang seperti aku... aku mendapati masih tidak nampak akan bajet untuk 1Malaysia, seperti yang dilaungkan oleh PM ke6 ini... mungkin suda lumrah alam, manusia tidak akan dapat mampu untuk memberi kepuasan kepada semua orang... tapi agak2 la, jangan menampakkan sangat bias itu... lumrah manusia juga, bangsa sendiri akan diutamakan, negeri sendiri akan mendapat bahagian yang lebih besar daripada bangsa lain... mungkin ker...

Perbadanan Ahlong

berita yang menjadi halwa telinga semasa memandu ke ofis pagi tadi di radio... suratkhabar memaparkan 26ribu peminjam dilarang keluar negara selepas senarai nama dihantar ke jabatan imegresen... satu usaha terbaru bagi mendapatkan semula wang yang dipinjamkan kepada peminjam... selepas taktik menakutkan peminjam dengan surat yang dihantar melalui peguam2 yang dilantik kurang mendapat sambutan, aku juga salah seorang daripada peminjam dan aku tidak mahu menyentuh soal taktik yang digunakan oleh 'Along berdaftar' ni... sebagaimana pendengar2 radio yang meluahkan masalah dan cadangan, aku setuju dengan pendapat supaya dimansuhkan caj perkhidmatan memandangkan mereka bukannya menghantar surat atau penyata setiap bulan seperti sewa dan bil yang lain... lagi pula servis yang disediakan juga amatlah hodoh dan buruk... aku masih menyimpan maklumat kejadian yang menimpa aku pada 9 Januari 2008 jam 12.34 tengahari... masa tu aku masih bekerja di Giant... aku cal ptptn di nombor 03209864...

Ruang dan Batas

semakin banyak demo dibuat oleh mereka2 yang tidak berpuas hati dengan perkara2 yang berlaku di dalam negara... bukanlah satu yang pelik, dan aku melihat kejadian ini hanyalah berpunca kerana RUANG... mereka tidak diberi ruang, bukan mereka tidak minta atau mohon dari pihak yang berwajib namun ketidakadilan menjadi juri... walau apapun alasan yang diberikan meskipun ianya untuk kebaikan, ketidakadilan tetap akan menjadi penentu... oleh itu, apabila tidak diberi kelulusan, semangat yang membuak-buak tidak mampu digentarkan oleh amaran dan benteng ketenteraan... Berikan mereka ruang untuk berbicara dan meluahkan isi hati mereka, insyaAllah sekiranya niat mereka benar2 betul, mereka akan bersedia dengan batas yang mereka sendiri ketahui...di muka akhbar dan tv, 'keganasan' yang berlaku ini pastinya disebabkan oleh penganjur yang di mata pentadbir sebagai sengaja membuat onar dan kacau kepada negara... kami yang berada di seberang laut ni melihat keganasan ini bukti kita ni tidak b...

Pursuit of Happyness

macam tidak adil pula hari bapa disambut tidak semeriah hari ibu... mungkin kerana kuasa ibu yang mampu menggoncang dunia dijadikan sebagai sandaran hari ibu disambut lebih meriah... atau juga syurga dibawah telapak kaki ibu... atau boleh dijadikan indikator utama ibu lebih disayangi dari bapa... kelembutan dan kasih-sayang ibu yang melimpah melebihi kasih-sayang bapa menyebabkan tidak ramai yang meraikan hari bapa... aku dalam seminggu dua ni agak liat menyentuh NSA walaupun idea banyak untuk dikongsikan... berbalik kepada hari bapa, sabtu yang lepas aku menonton Pursuit of Happyness lakonan hebat Will Smith.. sebuah kisah benar mengenai seorang bapa yang bertungkus-lumus untuk menyara isteri dan anaknya... namun si isteri tidak dapat menahan lagi kesabaran dengan janji yang dijanjikan oleh suaminya sehingga mereka dihalau dari rumah sewa... penderitaan yang perlu ditempuhi oleh seorang ayah untuk membesarkan anaknya ditambah lagi dengan pekerjaan yang dilakukannya hanya sebagai juruj...

ada? ada-ada saja...

ada-ada saja durang ni... nda puas menyusahkan dengan inggeris dalam math dan sains, sekarang durang mau lulus inggeris baru bole lulus spm... bukan aku nda suka dengan usaha mereka, tapi kena tepat la... maksud tepat disini, kalau kita mau membantu rakyat biarlah dengan lembut dan rela hati... apa penting nya sangat bahasa ni sehinggakan kita bermati-matian, bukan semua 26juta orang rakyat Malaysia menggunakan bahasa ni... aku dari seawal penggunaan inggeris dalam sains dan math, aku suda menyatakan ketidaksetujuan dengan cara mereka... dan kini aku bersuara lagi bahawa perkara ini tidak sepatutnya berlaku... mungkin TPM berkata ingin mendapatkan pandangan orang ramai, tapi aku mengandaikan keputusan telah dibuat cuma menunggu masa yang sesuai... dan taktik ini agak menarik dengan menunjukkan belang dulu tengok respon masyarakat kalau keputusan 50-50 ataupun 30setuju sudah memadai untuk diwajibkan lulus dalam inggeris... ada cara kalau mau kita maju atau menguasai inggeris, tapi tolon...

Bulan Dakwah?

Apakah perasaan kita sekarang ni? adakah terdapat semangat yang berkobar2 untuk berzikir dan berselawat ke atas Nabi? Seperti biasa media tidak ada hebahkan peristiwa sebegini untuk mendidik anak2 muda kecuali pada waktu maghrib di radio tempatan. Aku pasti di radio yang berteraskan muzik semata2 amat sedikit nasihat/tazkirah berkaitan kelahiran Nabi besar junjungan. Seolah tidak ada jabatan agama yang mendokong kearah usaha pendidikan agama ini. Apa fungsi bulan Dakwah yang dilancarkan semula baru-baru ini? mungkin orang sekarang sibuk dengan perebutan dewan sehingga sanggup mengunci dewan dan terpaksa membuat sidang di bawah pokok. teringat masa belajar di sekolah dulu2. Cikgu sekali-sekala menukar persekitaran pembelajaran dengan membawa pelajar mengulangkaji di luar kelas seperti di padang sekolah atau pondok2 berdekatan bilik guru. Taktik yang digunakan apabila guru sibuk dengan hal lain dan tidak sempat masuk kelas. Apalah gunanya CT menyanyi setiap petang selepas slot SpaQ untuk...

PROVOKASI

Ada-ada saja Malaysia sekarang ni. Provokasi demi provokasi disuarakan, disiarkan dan dihebahkan ke seluruh pelosok negara. Hanya kerana 25butir peluru, terpacul celaka di mulut YB bukit gelugor. Mungkin ada kebenaran, tapi andai tidak ada bukti dan siasatan dijalankan maka kes ini tidak akan dapat diselesaikan dan dirungkai. Dari perkataan celaka ini, media elektronik menjadi bahan api menyalakan kemarahan pemuda2 'Malaysia' yang mengheret kehadiran segerombolan pemuda di Dewan Parlimen hari ini. Sekali lagi, media elektronik ini menjadi pengetuk loceng memulakan pergaduhan di gelanggang gusti. Anggota keselamatan pula menjadi 'bodyguard' yang memerhati dan akan bertindak jika keadaan menjadi tidak terkawal. Persoalannya, di dewan mulia ini tidak adakah undang-undang yang dijadikan sebagai garis panduan bagi mengelak kejadian sebegini dari berlaku? YDP hanya menjadi pemerhati. Tidak ada lagi autoriti YDP, YB2 tidak lagi takut atau gentar pada suara YDP. Di mana undang2...

Volvo di Sabah

agak mengejutkan sebaik aku membaca akhbar tempatan muka hadapan pembelian volvo untuk kegunaan menteri dan pembantu menteri di Sabah... berita ni keluar hari rabu 18Feb09... dan hari ini baru berita itu sampai ke tanah besar Malaysia... itupun harakahdaily.net yang papar... demikianlah penangan media BIRU ni... anggukan aku bersama penulis berita dalam laporan akhbar(harakah) tersebut, KM sendiri mengesahkan pembelian (sewa) volvo untuk kegunaan menteri dan pembantu menteri melalui anak syarikat kerajaan negeri, An*k*t*n Hebat... tidak menghairankan memang hebat syarikat ini, kerana dinaungi oleh orang hebat juga... alasan yang digunakan ialah kos penyelenggaraan yang lebih murah berbanding Perdana WALAUPUN diakui sendiri harganya lebih mahal dari perdana... tapi kenapa volvo? mungkin tu taste orang sabah... Apa beza Volvo dan Camry yang menjadi sensasi selama ini di Perak n Selangor? inikah yang dikatakan orang2 kerajaan suci dan maksum sebagaimana yang digambarkan melalui ucapan ber...

Derhaka!

mereka sungguh hebat mempolemikkan derhaka terhadap sultan dan agong... cukup hebat serangan yang disertai oleh segolongan manusia yang mengaku memperjuangkan bangsa dan agama serta kedaulatan sultan... disokong oleh deretan media tulis dan suara... pembelot, tidak bersyukur dan pelbagai cercaan dihalalkan untuk menceritakan kedurjanaan... seolah mereka ini tidak pernah cuba menjatuhkan daulat suatu ketika dulu... cuma bezanya daulat yang dicemar oleh mereka tidak dicatat dalam sejarah Malaysia... mereka ini terlalu maksum! topeng mereka ini amat huduh tapi mereka tidak malu untuk memakainya kerana tidak siapa yang akan kenal siapa pemakainya... suara saja tidak cukup untuk menyatakan mereka ini siapa... Derhaka! apa sebenarnya definisi ini tertakluk kepada kamus paradigma politik kotor ini... Dalam bendera ikon ini seimbang, bila digantung di tiang atau dimana saja ianya boleh berdiri dan berkibar, hakikatnya bila tidak berkibar, ikon ini akan condong dan berat sebelah mungkin sama ju...

MU 1 Others Club 923

Alex Ferguson bertarung dengan 923 pengurus untuk memastikan MU menjadi kuasa yang digeruni dalam bola sepak. Lanjut . Seperti yang aku katakan sebelum ini, untuk memastikan kita berjaya dalam bola sepak, kerjasama antara semua pihak amat penting... dan paling penting sabar dan tidak mudah menghukum. Lain la kalau pasukan dibanjiri dengan pemain yang hebat! wajar pengurus atau jurulatih dihukum seperti yang diterima oleh LFS... mungkin LFS pengurus yang bagus, tapi bukan untuk Chelsea... nampaknya kertas kerja(impian saja ni) aku diterima oleh pengurusan untuk memberhentikan LFS sebelum perlawanan dengan Juve hujung bulan ini... Guus Hiddink hebat dan harapnya mampu membawa Chelsea kepada juara Champions League tahun ni, Piala FA dan EPL... mungkin tamak, tapi harapan amat tinggi...walaupun begitu, aku masih ingin melihat Zola dan Mourinho kembali untuk menjadikan Chelsea sebagai Special lagi masa depan... Sabah menang 2-0 dalam saingan liga perdana... SABAH TATAP! Nota Suara Aku sibuk...

Di Luar Lingkungan (untuk apa maju?)

muak dan mual rasanya menonton rancangan tv3 pada malam hari isnin bermula jam8 malam sehingga jam10 malam... dan aku rasa setiap jam8 malam, aku akan makan hati dengan berita2 yang disiarkan walaupun itu diorang punya suka la untuk menyiarkan apa saja termasuk pengeksploitasian kanak2 tabika yang menderita akibat permainan politik... aku pun xtahu mana satu yang betul, tapi naluri aku memegang pendirian ini semua satu bentuk permainan politik untuk memburukkan... lalu semalam aku dengan senang hati menukar siaran tv ke tv1 dan walaupun suram tapi sekurang2 nya kesuraman itu tidak menggambarkan kebusukan hati... yaka busuk? jam9 aku cuba menyukakan diri dengan pepaya @ popeye malaysia... tapi aku semakin benci dengan drama ni... mungkin kah ini kelas drama kita? aku xrasa begitu sebab drama SpaQ menafikan drama kita berada di kelas yang rendah... aku akan mengulas kekuatan drama SpaQ ni nanti... jam9.30 aku tukar la ke siaran tv1 dan menarik minat aku untuk menonton rancangan DLL... di...

Harga gula naik selepas Tahun Baru Cina?

JOHOR BAHRU 26 Jan. - Kerajaan masih belum memutuskan kadar harga baru gula yang mungkin dinaikkan selepas sambutan Tahun Baru Cina. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, proses mengumpul dan menganalisis maklumat mengenai harga gula sedang berjalan sebelum keputusan dibuat. "Semuanya dalam pertimbangan, masih lagi dalam proses ambil dan kumpul maklumat. Belum buat keputusan lagi," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman ke majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Persekutuan Tiong Hua Johor Bahru di sini hari ini. Shahrir berkata, pengumuman kemungkinan harga gula dinaikkan selepas Tahun Baru Cina tidak menyebabkan berlaku masalah kekurangan bekalan bahan itu. Setakat ini, katanya, beliau hanya menerima aduan mengenai masalah itu di Sabah namun ia telah diatasi. (yaka sudah diatasi? hint2 sebelum ini yang menyatakan harga gula akan naik menyebabkan pe...

Buang Bayi Lagi

rakyat Malaysia bercuti lagi untuk menyambut raya cina Isnin dan Selasa ini.. sinonim dengan raya cina ni ialah mercun dan angpau yang juga sebati dengan hari raya... dan aku dapat angpau berisi rm10 dari bos, yalah orang bujang... seingat aku, ni merupakan angpau pertama ku yang akan menginjak umur 26 pada minggu depan... inti sebenar cerita hari ni adalah rentetan berita yang aku dengar di tv3 dalam buletin pagi... kes pembuangan anak oleh pelaku2 seks masa kini... inilah yang cuba dielak dari berlaku kepada umat manusia melalui firman Allah "Janganlah kamu menDEKATI zina" kes hari ni macam men'describe'kan penjenayah ini adalah pelajar kerana modus operandinya bayi disimpan di dalam beg laptop... ini hanya andaian.. aku sempat kongsikan dengan rakan2 staf sebelum meeting panjang bermula pagi tadi... seorang staf ni lantas bertanya, anak lelaki ka perempuan? aku cakap kurang pasti dengan identiti mayat bayi ini.. sebab nya setakat ini dia belum mempunyai anak lelak...

Road To Nowhere

baru semalam aku rasakan topik yang dibawakan Ally dlam rancangan mendatangkan faedah dan ilmiah sikit..kehadiran dua tetamu jemputan iaitu Zakaria (aku kurang pasti siapa dia ni) dan Shevy menghangatkan topik perbualan Piala Dunia 2018.. rata2 org kuat bola sepak tidak yakin dan tidak bersetuju dengan sasaran yang diletakkan di atas kertas oleh orang atas.. jurulatih Selangor, jurulatih Shahzan Muda, jurulatih kebangsaan sendiri tidak yakin dengan sasaran ini..tidak keterlaluan jika Shevy mengeluarkan kenyataan bolasepak negara kita Road to Nowhere! aku komen Zakaria dulu.. semua yg keluar dari mulut Zakaria ni, bersifat populis dan hanya menang sorak.. aku tidak tau apa motif nya, adakah bersifat peribadi atau hanya untuk mengipas individu2 tertentu yang besar... kenyataan dan perbandingan yang dibuat olehnya langsung tidak berkaitan dan tidak masuk akal dalam lingkungan bola sepak atau mungkin bole aku katakan tidak berpijak di bumi yang nyata...fikirkan dan nilai sendiri bagi yang ...

pilihanraya kampus upm

ini adalah keratan yang aku mau highlight kan dalam berita berkaitan PRK yang telah berlangsung: “Tidak ada istilah proaspirasi, promahasiswa atau calon bebas. Itu semua dilabelkan oleh pelajar sendiri. Bagi kami, semua pelajar bertanding atas tiket calon persendirian, membawa nama fakulti masing-masing dan tidak timbul sesetengah pihak (golongan yang dilabelkan) yang menang,” katanya ketika dihubungi, semalam. Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Prof Azali Mohamed, berkata bantahan keputusan adalah proses normal dalam pilihan raya kampus dan penangguhan dibuat bagi membuat kiraan semula untuk kepuasan semua pihak. “Tiada keputusan rasmi dikeluarkan hari ini (semalam). Maklumat mengenainya akan diumumkan esok (hari ini), termasuk jumlah pelajar serta peratusan yang membuang undi,” katanya. berita selanjutnya sebagai bekas pelajar dan pernah mewakili salah satu pro ni, aku tidak bersetuju dengan kenyataan ini... dan Amin juga pasti tidak setuju, mem...

Qunut Nazilah

semasa solah Jumaat tadi, ajk masjid dah bagitau awal2 tentang qunut nazilah yang akan diadakan dlm rakaat kedua... seingat aku kali terakhir aku dapat buat qunut nazilah ni lebih kurang 6 atau 7 tahun yang lalu, di bawah imam Ust.Hafizi... masa tu klu tak silap, keadaan yang lebih kurang juga la..Palestin diserang dan masjid al-Aqsa dikepung... klu tak silap qunut nazilah ni dibuat untuk memohon kepada Allah supaya dilindungi kaum Muslimin yang berada dalam bahaya dan meminta supaya dihancurkan tentera musuh... kedua, selesai solah jumaat juga, masjid mengadakan solah hajat untuk memohon perkara yang sama iaitu untuk membantu bangsa seagama di Palestin... aku bangga juga la tengok ke'concern'an masyarakat Islam hari ni yang semakin peka dengan keadaan semasa... aku membayangkan pada mulanya mungkin hanya 6-7 saf akan bersama2 menunaikan solah hajat... tapi selesai saja solah jumaat, hanya 2-3 orang yang tidak turut serta dalam solah hajat ni... yang lain menunggu sehingga sele...

Hijrah ep V- Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun" . Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan". NSA pinjam lampiran ni dari alamat ini http://www.al-azim.com/masjid/muharram1429/doa.htm harapnya di halalkan. Takbir Allahu Akbar!

Hijrah ep IV - Brainscan

ofis sekarang sunyi bila kebiasaan orang yg mengimarahkan ofis bercuti-cutian secara beramai-ramai.. sebagai memenuhi permintaan NSA bahawa pada minggu ini, aku hanya akan bercerita tentang Hijrah yang bakal menjelma 3hari lagi... semalam aku tengok wayang lagi untuk kali ke3 dalam tempoh 2 minggu... cerita terbaru keluaran Metrowealth... Brainscan! Aku dan topi ajaib Sebuah cerita yang paling kelakar pernah aku tengok dipanggung setakat ini mengalahkan Kungfu Panda...bukan setakat pecah perut, panggung tu pun bole pecah juga oleh ketawa c Irman... tapi apa kaitan dengan Hijrah? Aku ambil sedutan skrip filem ni... Bukan aku tak takut bini, bini yang tak takut dengan aku Zaman sekarang kebanyakan bini2 memang tak takut dengan suami.. bukan diorang tak hormat, tapi kadang2 disebabkan ego melangkaui ketakutan isteri terhadap suami.. ditambah lagi bini2 sekarang sudah mempunyai karier yang meyakinkan diorang tidak perlu bergantung harap dengan suami.. penceraian berlaku sana-sini juga ber...

Hijrah episod III- Menjana Ummah Gemilang

Menjana ummah gemilang. Itu tema yang digunakan untuk membangkitkan semangat menuju ke tahun baru Islam 1430H. mesej yang terkandung di dalam iklan tv kerajaan ni ialah tempat perhimpunan peringkat kebangsaan diadakan iaitu di putrajaya, pada 29 disember 2008 bersamaan 1 Muharram 1430H dengan iringan potret2 orang berbaju melayu, bersongkok, berbaju kurung dan bertudung sedondon berarak dengan sepanduk bertulis ayat2 alquran dan sabda2 nabi yang berkaitan dengan Hijrah ataupun untuk menang pertandingan sepanduk, ayat2 yang dipilih oleh mereka bertepatan dengan tema maal hijrah siap dengan tulisan yang berkilat yang kadang2 silau oleh tempias cahaya matahari. Dalam bulan terakhir menuju ke tahun baru Islam juga, para panel sibuk memilih siapakah yang layak untuk dipilih sebagai tokoh maal hijrah? Skop pemilihan mestilah terkenal dan boleh menjadi ikon seperti ikon muzik ka, ikon angkasa ka, ikon agama dan macam2 ikon lagi. Dan paling penting mestilah patuh dan tunduk dengan perintah pem...