Skip to main content

Posts

Showing posts with the label keluarga

Genap 3 Bulan

Kemarin FBI inject untuk 3bulan, beratnya sudah mencecah 5.2 kg dan panjang 57cm... ini ukuran kasar yang aku sendiri ukur /timbang di klinik... FBI menunjukkan kelelakiannya bila dicucuk jarum, berteriak seketika dan diam sebaik jarum dicabut dari pahanya... Cepat masa berlalu, sedar xsedar kami sudah pun mendirikan rumah tangga genap setahun pada 8 April lepas.... syukur kepada Allah kerana melimpahkan kami rezeki yang tidak semua orang mendapatnya.... FBI lahir tidak smpi setahun kami kahwin... nda perlu menunggu lama seperti sesetengah orang... FBI sekarang kerap mengeluarkan suaranya, sentiasa bangga mengeluarkan suaranya sebaik celik mata... kaki dan tanganny juga makin aktif, kakinya yang memang kuat sejak umur 1 bulan, semakin kuat sekarang ni... kalau dibiarkan, kedudukannya pasti berubah dari asal... ni tanda2, nda boleh dibiarkan sendirian di atas katil tanpa penghadang... NSA berhenti disini dan akan kembali bila mengizinkan.... ni catatan bukan untuk dibaca :)

Senyuman Pertama

FBI sudah mengukir senyuman yang pertama kemarin lepas aku balik kerja... aku pasti senyuman ini adalah respon seperti kebiasaan bayi yang berumur 2 bulan... bilang mami nya sepanjang hari nda mau senyum sebab FBI demam akibat inject 2 bulan... kesian sangat, mujur la mami nya seorang yang penyabar dalam menjaga bayi... berat FBI pun sudah menjangkau 4.0+ kg... Nota Suara Aku selepas ni akan menjadi seperti diari untuk merakam perubahan2 FBI...sekian, untuk masa ini....Adios

Azam Tahun Baru : Disiplin Tentang Wang

Assalammualaikum, tahun baru telah menjelma, banyak perkara berlaku sepanjang 2011... 2011 juga telah meninggalkan rekod paling sedikit aku menotakan suara aku.... mungkin tahun 2011 aku lebih banyak bercerita dengan isteri tercinta.... justeru, tidak terbuka hati untuk menotakan di sini. Apapun, hari ini aku terbuka hati untuk menitip sedikit peringatan buat diri sendiri... Saban hari, semakin banyak komitmen terpaksa aku tanggung... tahun ini, aku akan mempunyai rumah sendiri hasil bantuan kak mang dan suaminya.... tahun ini juga aku bakal menjadi seorang daddy....tinggal tunggu hari ja lagi ni.... dan orang yang paling banyak menolong aku, kak mang. Sentiasa memberi teguran tertutup.... Aku memasang azam tahun ini, untuk menjadi seorang lebih berdisiplin tentang wang.... maklum sajala, kos sara hidup negara tercinta kita ni semakin tinggi.... kita kan mau maju :P Dan kak mang memberikan aku jadual bajet... nampak simple ja tapi aku dapat merasakan aura kepayahan tu.... apapun... ter...

Selamat Datang Mohd Hamzah Zahidi

08.04.10 kami menerima kehadiran ahli keluarga baru. Aku bersyukur dengan limpahan rahmat Allah... setelah kami diuji tahun lepas dengan pemergian Nurul & Bella, Allah menggantikan dengan seorang lelaki dalam keluarga kami... bulan April tahun lepas segera mengingatkan aku tentang kembalinya Nurul ke rahmatullah, dan april ini menjelma dengan senyuman dengan kedatangan Mohd Hamzah Zahidi... Hamzah merupakan nama seorang pakcik Rasulullah s.a.w yang membawa maksud kebijaksanaan, Hamzah juga digelar Singa Allah... manakala Zahidi membawa maksud rendah hati atau menjauhkan diri dari kemewahan.... maka bila terbentuknya nama Hamzah Zahidi ni, aku mendoakan anak yang lahir ini akan sentiasa merendah hati tetapi dengan penuh kebijaksanaan... agak signifikan nama yang aku pilih ini, sebab bila ku selak sejarah...Hamzah diberi gelaran Sayyid As-Syuhada (penghulu orang mati Syahid).... aku terkenang dengan Nurul Syuhadah... Alhamdulillah aku panjatkan kepada yang Maha Pencipta, semoga kenan...

Allah Menyayangi HambaNya

aku sungguh gembira dan terharu dengan perkembangan positif ini... akhirnya hari ini aku berjaya mengajak saudaraku untuk solat jumaat... dan memang agak mudah untuk mengajaknya, tidak dengan paksaan ataupun desakan... hanya sekadar ajakan seperti minggu2 yang lalu... seringkali aku menyogok saudaraku bahawa apa yang berlaku adalah ujian Allah... kita sebagai hamba, akan diuji tetapi mengikut apa yang terdaya oleh kita... bila kami berkongsi masalah masing2, sering nasihat menasihati, aku tutup dengan harapan agar dia solat dan minta petunjuk dari Allah... memang agak payah untuk mengajak orang2 yang keras hatinya... keras kerana tidak dibasahi oleh wuduk... keras kerana tidak ditundukkan dengan al-Quran... keras kerana tidak dikunjungi dengan nasihat2 agama... dan bermula dengan konflik cinta nya, kemudian dia berusaha SAHAJA tanpa berdoa dengan senjata orang Islam, dia ditundukkan dengan Hawa yang kembali insaf dan kembali solat... aku sangat2 bersyukur kepada Allah... Hawa yang menj...

Antara 2 Jiwa

seperti hari ni aku mau juga untuk menotakan sesuatu, tapi aku nda tau dimana mau dimulakan penceritaan ini... dalam kepala banyak sangat yang indah2 juga sejarah ingin disuarakan... mungkin bagus aku mulakan dengan bercerita mengenai saudara ku... minggu ini nampaknya memperlihatkan pemulihan kisah cinta saudaraku yang mengalami pemberontakan sejak bulan 11, tahun lepas... aku senang dengan perkembangan ini sebab saudaraku kembali bersemangat untuk meneruskan hidup2 sebagai seorang manusia... memang dia ni seorang yang tabah sebab dia dapat menerima Hawanya yang boleh dikatakan menduakannya semasa mereka berjauhan... tempoh berjauhan tidak lah lama, namun apa2 pun boleh terjadi sekiranya kita tidak pandai menjaga diri ditempat orang... demikian lah yang terjadi, mungkin disebabkan pengaruh kawan dan godaan Adam yang berlidah cabang (pandai ayat la kunun)... mungkin juga kerana baru mengenal apa itu dunia sebenar... tetapi disebalik pemulihan cinta ini, aku suka untuk merujuk terdapat ...

Menyunting Bunga di Takis

terasa hari ni aku ingin bercerita tentang acara pertunangan yang berlangsung ahad lepas... alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar... tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini... kalau dikira, semua acara samada rasmi atau bersifat keluarga memerlukan perancangan yang rapi... walaupun acara tersebut kadang2 hanya berlangsung 2jam...begitu juga majlis ni keluarga ku datang dari Sandakan bertolak hari Jumaat (5/2/10) kira2 jam8/9 pagi, dengan 4kereta konvoi kancil (bapa), viva (kak Yu n family), teksi tangah(adik bapa) dan saga@Honda ab ipar (suami kak mang)... lebih kurang 20orang juga yang mengisi keempat2 kereta ni... betul2 mengoptimumkan ruang yang ada...huhuhuhiu... famili ku sampai di ruma sewa ku lebih kurang jam3 petang.... dan pastinya rumah yg aku sewa juga tidak terkecuali mengisi ruang secara optimum... Alhamdulillah dalam keadaan yang selesa semuanya... Hari Sabtu, bapa dan kumpulan yang senior seperti Tangah, Bungsu dan macik ku melawat pacik ku di Putatan...

Penutup Tahun 2009

semasa aku menulis entry hari ni, aku dalam keadaan yang tidak stabil...bukan tidak sihat, cuma hatiku berkecamuk dengan pelbagai kocakan perasaan yang aku tidak mungkin akan khabarkan dalam NSA... bukan semua perkara boleh dinotakan...lebih2 lagi bila ianya sangat sensitif... sedar nda sedar, rupa2nya aku tinggalkan blog ni selama 2 minggu... mungkin kah masa berlalu terlalu cepat untuk ke tarikh di hadapan... atau kah aku yang cuba mengejar tarikh tu sehinggakan tidak menyedarinya... rasa kesal bercampur gembira menyelubungi hati... aku pun nda tau hendak digambarkan bagaimana... umurku mungkin begitu bersemangat untuk meneruskan hidup masa akan datang... tahun 2009 berlalu dengan begitu mencabar.... dari segi kerja, aku bersyukur dapat bertahan sehingga ke hari ini... cabaran yang agak mengujakan bagi seorang pekerja muda seperti ku... berhadapan dengan pelbagai karenah manusia, samada yang macam Kambing dan tidak kurangnya yang ikhlas memberi tunjuk ajar... aku masih dapat bertahan...

Kata Hati

aku nda tau sama ada tindakan ini terburu-buru... kata hati ku menyuruh untuk aku menerimanya... bila ku tanya orang2 yang terdekat, mereka juga menyarankan tindakan yang sedemikian... aku lebih semakin yakin untuk dekat dengan dia... aku tidak mengenalinya lebih dekat... aku juga tidak tahu isi hatinya sebab kami belum pernah bertegur sapa... hanya sekadar pernah bertemu dan bukan sekali dua.... sekerap mana aku datang ke rumah kawan ku, sekerap itu la aku akan bertemu dengannya... boleh dikatakan keluarganya amat senang hati melihat tingkah laku yang aku pamerkan... seperti yang aku katakan, aku bukanlah orang dalam kategori ada rupa yang menarik...hanya ala kadar mengikut darah Suluk yang mengalir dalam tubuhku... namun orang yang paling kuat menyarankan aku dengan dia ni adalah kawan aku sendiri... tengah hari tadi, selepas saja aku makan tengah hari, mak kawan ku call dan tanya perkara yang sama... aku bukannya hendak membuat keputusan secara melulu, tapi sepanjang pengetahuan ku ...

Perginya Bella

tanggal 10/11/09...kurang lebih jam1 tengahari... adik ku call dengan tangisan... sorang lagi anak buah ku dijumpai di dalam air dekat rumah... kali ini adik ku yg bongsu yang ternampak... bapa ku yang 'pungut' dengan longlai arwah naik ke rumah... bapa berusaha dengan mencuba membawa berlari arwah dengan harapan air yg masuk ke tubuh arwah keluar... dan sms yang masuk pada jam2.35 petang sejurus selepas aku solat hajat... arwah telah pergi menemui Allah... sungguh besar ujian Allah kepada keluarga kami tahun ini... namun kita perlu redha dan tidak seharusnya menganggapnya sebagai bala... keranan mati itu adalah ketetapan Allah dan hanya bagaimana kita menemui Nya sahaja yang berbeza... jika bulan empat yang lalu, anak bongsu kakak ku yang sulung mengadap Allah tika umurnya 3tahun, anak sulung kakak ku yg ketiga ini pergi sebelum dia sempat mengambil sijil tamat tadika minggu hadapan... apa yg tidak mungkin dapat aku lupakan tentang arwah... ketika dia mencecah umur 6tahun... d...

Bonus

Sekarang ni ramai agak lesu dengan keputusan tidak ada bonus sebelum Raya.. dan tidak kurang juga tidak boleh menerima kenyataan keputusan yang dibuat oleh kerajaan terhadap kakitangan kerajaan ditambah dengan kualiti minyak yang rendah berbanding sebelum ini tetapi dengan harga yang kekal di tahap 1.80 (sebenarnya naik kalau dikira dengan kalkulator atau sempoa). tetapi lain sedikit dengan syarikat tempat aku bekerja ni... Pengurusan mengumumkan bonus syarikat sebanyak 30% dari gaji pokok... Kesyukuran dipanjatkan kerana sekurang2 nya beban dapat dikurangkan dengan pengumuman ini... dan nilai itu terus menyusut sebab perancangan Hari Raya yang bakal menjelang dalam sedikit hari lagi... Bonus juga perkataan yang selalu aku dengar tapi jangan terkejut setelah bekerja lebih dari 3 tahun dengan dua syarikat, ni la kali pertama aku mendapat bonus... dan aku suka untuk meninggalkan tanda mata setiap perkara pertama yang aku dapat dengan duit... contohnya pertama kali menang Debat diRaja jun...

Genap Setahun

Hari ni genap setahun aku bekerja di company ni, terlalu banyak dugaan dan cabaran yang dihadapi bagi meneruskan kesinambungan hidup sebagai manusia dan pekerja... hari ni juga hari lahir adik kedua bongsu aku c Aza yang ke11 tahun... Berdepan dengan bos yang amat mementingkan ketepatan waktu dan kepantasan bekerja memang meletihkan... apalagi kerja yang perlu disiapkan itu memerlukan kemahiran dan pengalaman... sedangkan aku sepertinya anak ayam yang dibiarkan mencari makanan sendiri... bukan mudah seorang yang berlainan latar belakang pendidikan dan agama, sanggup untuk memberikan tugasan besar yang sekiranya gagal impaknya amat besar bukan saja kepada dia tapi juga syarikat... Walaupun begitu disebalik semua itu, tidak dapat dinafikan ianya memberi kelebihan yang tidak semua orang boleh perolehi... Nota Suara Aku percaya setiap yang pahit dan susah itu akan membuahkan hasil yang manis jika pandai dituai dan kena pada tempatnya... adios!!

Farhan masuk UPM

Kemarin tengahari mesej dari Farhan masuk HP, "Bang, bachelor tu apa?" aku berseloroh dengan nya bachelor tu banyak maksudnya, aku pun bachelor(bujang) juga... lepas tu dia tanya lagi, degree ka? ya jawabku... barulah dia bagitau dia suda dapat tawaran dari upm selepas rayuan yang dibuatnya minggu lepas... Bachelor kejuruteraan (elektrik & elektronik)... syukur la akhirnya dia dapat juga kembali Selangor setelah lama di sabah... aku gembira sangat Farhan dapat upm, sekurang2 nya dia dapat memenuhi impian keluarganya melanjutkan pengajian di upm... aku pun bangga juga sebab aku graduan upm bah... walaupun begitu, sedih juga sedikit sebab selalunya bila aku boring, aku bawa dia keluar biasanya tengok wayang dan round2 kk... kadang2 stay rumanya sambil2 bercerita tentang cewek nya yang selalu tukar2 selepas 3-4tahun couple... pelik kan, lama2 becinta, pastu clash... sedikit sebanyak persediaan menuju ke univ dia rujuk aku... dari benda2 yang logik sehingga la perkara2 yg nda...

Lintasan Kepala 2

bapa masih marah dengan aku... semalam mak, bapa dan liah datang ke kk tapi bapa xmau singgah ke rumah... puas aku memujuk bapa naik ke rumah, seperti biasa bapa memang keras hati... sejurus kemudian bapa jalan xtau ke mana... yang pasti selang sejam bapa call liah, minta mak n liah turun sebab bapa mau tidur di hotel ja... smpi macam tu sekali marah bapa sama aku... biarlah begitu, jangan diikutkan hati sangat... memang dah masak dgn perangai bapa... cara untuk memujuk bapa seingat aku macam majlis merisik... ada sekumpulan keluarga yang akan pujuk bapa supaya xmarah lagi... itupun mengambil masa sebulan dua... plan semalam, mau minta tolong abahmuiz pujuk... tapi xpayah la... lagipun dah janji dengan abahmuiz mau pigi makan anjung senja tapi xpegi juga... aku ajak abahmuiz pegi salut, satu tempat yang menyediakan puding kelapa dalam buah kelapa dan lokan bakar... aku pun 1st time juga makan benda ni, sblm ni datang pun kasi kawan joy makan ja... lepas tu makan malam di pasar pilipin....

Lintasan Kepala..

bukan mudah bila kehilangan seseorang...malah ianya bertambah perit orang itu tidak lagi kembali buat selamanya... kalau aku ni hanya lah seorang pacik, mak bapanya apatah lagi... sehingga kini, aku masih terbayang-bayang wajah kesayangan anak buah ku ini... apa juga benda yang berkaitan dengannya aku teringat kembali dengan nya... kali ni pepatah patah tumbuh hilang berganti tidak boleh pakai... mungkin belum ada pengganti yang senakalnya dan secerianya... sehingga ke hari ini, bapa masih lagi marah dengan aku... dan aku nda tau mau buat macam mana... bapa jenis yang keras hati dan aku terus dibuai kesalahan yang bagi ku bukan disengajakan... aku sudah berusaha selama ini untuk tidak menyakitkan hati bapa, aku masak suda dengan bapa... tapi kali ni aku sekali lagi menyakitkan hati bapa... selalunya sebelum game MU atau Chelsea, bapa akan call untuk membuat perhitungan, tapi minggu ni aku nda mendapat call dari bapa... aku cuba call tapi bapa masih berdegil untuk tidak bercakap dengan ...

Hepi Bday Lija ke 25

Hari ni merupakan hari lahir ke 25 tahun adik ku yang paling garang dalam keluarga...Liza... baru abis konvo dan sekarang bekerja di company kecil di sandakan... dulu masa kecil2 ni la kawan ku bergaduh tapi Alhamdulillah sekarang tidak lagi... aku selalu mengalah (macam TAJUK lagu kump. 17th) dan mungkin kerana aku lebih matang dan merasakan tidak ada gunanya bertengkar... yang rugi kami juga sekeluarga, tegang dan keadaan jadi tidak hepi... dan seingat aku, ni kali pertama aku ucap selamat tepat pada harinya... almaklumla, dalam bulan lima ni ramai sangat orang lahir... pastu dekat2 pula tu... dalam sms yang baru aku hantar tadi, aku sentiasa doakan kesihatan dan pintu rezeki nya terbuka demi membantu keluarga... aku tau dia ni paling pintar dari segi mengurus kewangan (maksud kedekut!!!) tapi tidak dengan aku... bila aku pinjam atau dalam erti kata sebenar minta, dia akan senang hati memberikan tanpa menunggu dibayar balik... dan aku sebut garang, aku doakan agar lija dapat banyakka...

Nurul Jatuh Lemas!!

Ketika entri ni dipublish, masih belum ada khabar dari kampung tentang keadaan anak buah aku yang terlantar di ICU selepas terjatuh dan lemas… kak mang call dengan tangisan dan aku cuba bersikap macho dan tenang mendengar khabar yang agak mengejutkan ini… namun, apa yang mampu tangisan lakukan? Apapun yang terjadi selepas ini, tawakal paling penting kerana hanya Allah yang menentukan segala-galanya… dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali… Dan semasa aku solat Zohor tadi, aku menangis mengingatkan anak buah kesayangan ku ini… segala karenah nya bermain di kotak fikiran ku… aku berdoa moga2 Allah akan memberikan keselamatan ke atas anak buah aku… sebut menangis dalam solat, ni kali kedua aku menangis selepas kali pertama bapa xsedarkan diri tiga tahun yang lepas… Aku sms kepada abg2 di kl mohon doakan bersama keselamatan nurul, begitu juga dgn adik2 aku di sbh, sebab doa itukan senjata umat Islam bila dilanda kesusahan… kepada yang membaca entri harap2 nya doakan juga keselam...

Cuti 260309-010409

Hampir sebulan blog ni sunyi dari perkembangan...aku agak sibuk kebelakangan ini dengan persiapan menjelang compliance audit untuk mendapatkan pensijilan ISO9001:2008... aku tidak pernah menghadiri sebarang training mahupun pendedahan yang formal mengenai benda ini... tapi yang jelas jika dulu aku amat membenci kewujudan ISO, dengan beranggapan kewujudannya hanya lah mendatangkan lebih banyak karenah birokrasi dalam organisasi... dan kini, aku terpaksa berhadapan dengan golongan manusia seperti aku 5 tahun yang dulu... boleh dikatakan aku bekerja 6hari seminggu, 11jam sehari demi memenuhi tuntutan kerja... Dan kepantasan masa berlalu, melupakan aku hampir menjejak 9bulan perkhidmatan, walaubagaimanapun bos masih tidak berpuas hati dengan cara kerja yang dilihatnya... nyata hasil kerja bukan ukuran sama ada aku ni baik atau sekadar memuaskan... bos kata, dia sengaja menghujankan aku dengan kerja yang seperti jualan borong untuk melihat sejauh mana aku dapat mengurus masa dan kerja... di...

Harta Paling Dicemburui

mari berkongsi sedikit pengalaman aku yg mempunyai adik-beradik ramai...13orang..rasanya ni dah tau pun, bagi yg tak tau la..idea ni keluar bila bercerita dgn abahmuizz di YM dan menyorot sedikit artikel yg abahmuizz baru keluarkan.. apa fungsi ibubapa dan adik-beradik? bagi yg tidak mempunyai harta mcm aku ni, mmg sukar utk memahami kebaikan dan kelebihan mempunyai ahli keluarga yg ramai...di dalam rumah dgn 13 kepala(adik-beradik tak termasuk mak ayah, keluarga lain) dan bermcam ragam, kita kena kenal hati budi dan perangai adik-beradik...cakap tak boleh ikut suka mulut... marah tak bole ikut suka baran... kutuk kena tengok mood dulu...semua ni adalah persekitaran di luar sana, cuma skopnya lebih kecil sedikit jika dibandingkan di luar rumah... hendak menyalahkan satu sama lain, hanya membuang masa semata-mata. apa yg penting, toleransi antara keluarga. juga perlu ada nakhoda yang akan menentukan arah mana hendak dibawa bahtera keluarga ni...dalam konteks aku, bapa merupakan nakhoda ...