Skip to main content

Posts

Nota Suara Aku I

Hari ni aku kembali lagi untuk mengisi NSA . Seperti biasa sepanjang hari aku nda menulis, terlalu banyak yang mau diulas...Tapi sampai d cc ja, mesti lupa suda yang, tinggal cuma sedikit ja... Pertama,sebelum terlupa..aku sempat tengok keratan akhbar tentang amaran PM kepada para blogger...hui, nampaknya PM kita suda menyedari akan kebahayaan( mesti salah tatabahasa) Blog ni...sedangkan di China sudah lama durang menyedari akan api yang marak dalam blog ni. Sebab tu disekat dari awal lagi...klu nda silap dalam Newsweek bulan April atau Mac lepas ada pasal blog ni...tapi disebabkan aku sendiri kurang faham dgn akhbar inggeris ni, jadi aku nda beli la dan aku nda tau apa isi kandungan nya langsung.....dalam akhbar melayu mesti tiada ni, dan ini antara kelemahan yang ada pada media berbahasa Melayu ni.....yang banyak pasal hiburan...hiburan....dan hiburan.... Sebut pasal hiburan, aku mau menyentuh sikit tentang AF4 yang akan berakhir sabtu ni....aku meramalkan yang Lotter dan Velvet tida...

BEBAN DAN BEBAL

Aku nda tau apa mau tulis dlam blog ari ni...macam biasa la bila dalam cc yang serba bising, otak susah untuk 'generate' idea yang berebut2 mau keluar...dari pembacaan tumpangmuda blogspot, aku mau mengulas tentang senario siswa dari sudut pandangan aku sendiri. Persoalan yang mau aku timbulkan untuk apa pelajar masuk universiti? Kerana ada jaminan pekerjaan yang seterusnya membantu meneruskan survival dalam kehidupan yang mencabar ni...mereka masuk universiti bukannya bermatlamat ingin memajukan negara suatu masa nanti....orang2 sebegini bukanlah aset kepada negara tetapi hanya menjadi beban negara...sebab tu SPA terpaksa mencipta peluang pekerjaan kepada graduan menganggur menunggu bulan jatuh ke riba... Justeru, bila bangkit segolongan kecil pelajar macam Amin ni, orang2 yang berkepentiingan sendiri akan merasakan Amin adalah ancaman dan bukannya aset...maka pelajar2 yang BEBAN dan BEBAL ni disogokkan dengan keburukan dan kejahatan Amin.... Atas sebab ini jugalah, aku beran...

Motivasi dari Nepal

Bila kita selalu tengok gelagat manusia di sekeliling, baru dapat membuka mata kita tentang watak2 manusia yang tercipta hasil daripada persekitaran...ada yang didorong oleh nafsu dan ada juga yang menjadikan akal sebagai peneraju membimbing. Sebelum ini, aku selalu beranggapan bahawa orang Cina adalah pelanggan yang paling cerewet ketika membeli-belah. Tapi selepas dua minggu aku melihat gelagat pelanggan, baru aku tau yang itu cuma stigma kita. Hakikatnya siapa2 pun memang cerewet....jadi etnik yang cerewet ni bukanlah milik masyarakat Cina....Melayu dan India pun sama juga.... Sedar atau nda sedar, motivasi ada di mana-mana. Terpulang pada kita untuk memilih dan mencari motivasi tersebut...contohnya, aku bekerja bersama dengan pekerja asing(nepal).... aku nda payah cerita yang buruk nya tentang durang. Tapi apa yang baiknya durang ni, semangat dan usaha mereka untuk mencari sesuap nasi di negara asing. Masuk kerja jam10 pagi, balik jam12 tgh malam....tapi aku nda pernah dengar duran...

Manusia semua sama

Kerana seorang manusia, ramai yang berkelahi.... hanya mungkin namanya Dr. M.....ada yg bermusuhan dan bermakian.... Kerana kesiankan manusia juga, ramai yang berperang.... hanya mungkin namanya Ma**....ada yg tumpang sedih dan nda kurang yg marah.... Kerana minat dengan Zidane, org sudah kenal Materazzi..... yg salah mestila yg kurang popular....materazzi... yg punca pun mestila yg kurang hebat...materazzi....cukup2 la pasal WC ni....bangun2 semua, Piala Malaysia sedang berlangsung....dan aku bangga akhirnya pasukan pujaan aku menang juga....Sabah Tatap!hehehehehe Hakikatnya, dari pendirian seorang manusia, timbul pelbagai reaksi dari segenap bentuk pemikiran. Cuma bagaimana ekspresi dan luahan yang berbeza... Aku suka memerhati gelagat manusia, sebab aku sekarang lebih banyak bertemu dgn macam2 manusia di tmpat kerja aku ni....tapi aku mau tuliskan apa yg suda lama ada dalam Nota Suara Aku ... Penghujung abad ke20, trend kanak2 ganas berlaku di Barat....dan tidak kurang di Korea dan ...

JANGAN BUAT KERJA SEPARUH...

Gampang juga cc ni...bising mau mampus! Budak2 dalam cc ni nda lain main game ja...sekarang musim game masi lagi jadi kegilaan rupa2 nya...inilah antara punca kemerosotan budaya pelajar di seluruh negara...kenapa kerajaan nda ambil berat tentang keadaan ni? Apabila berlaku kejadian yang lebam2 dan pukul-memukul di kalangan budak sekolah, baru sibuk cari siapa dalangnya dan di mana bocor tempayan yang diisi air...tanpa disedari tempayan tu nda ditutup dan akhirnya terwap (kalau betul istilahnya) akibat panas matahari di atas kepala....jadi siapa salah? Kemudian, sekarang ni Kem Pelajaran sibuk merangka cara untuk mendidik pelajar yang dibuang sekolah...kononnya tidak sepatutnya dibuang dan diabaikan begitu sahaja...dalam erti kata lain, Kem Pelajaran mau bagi muka dengan pesalah2 ni....begini, aku nda membantah tentang usaha ini, tapi jangan kita buat kerja separuh.....macam juga PLKN ni.... Semalam juga aku baru baca tentang penyingkiran Lotter dari AF4..sebelum ni aku hanya dengar2 pa...

Kembali ke Selangor pula....

Assalammualaikum wbt... Hari ini baru dapat peluang untuk letak post baru..selamat kembali untuk aku...kepada blogger2 yang selalu datang tapi tidak ter update tu, minta maaf lah banyak2 a...bukan menyombong atau lupa, tapi kekangan masa dan halangan malas tu sentiasa membayangi aku... Sebelum terlupa, kepada rakan2 yang akan bergraduat selamat bergraduat la...kerja sudah dapat belum...aku tengok akhbar hari ni, 30 000 graduan dapat kerja! ehmm bagusla tu...aku pun dapat kerja juga dengan gaji yang lumayan jugala walaupun terpaksa bekerja keras selama enam bulan pertama ni...training la katakan... Yang sukar untuk dikatakan ialah training tu di selangor juga...ikut perancangan lepas belajar aritu, nda mau balik selangor tapi inilah rezeki yang telah ditentukan oleh Nya...dan sebagai hamba aku sentiasa meletakkan ketentuanNya sebagai yang teratas dan terbaik...apa yang pasti lepas 6bulan, aku akan dihantar balik ke sabah dan lebih spesifik lagi mungkin juga sandakan....hah kan tu terb...

Aku Masih Ada

Hari ni baru ada kesempatan masukkan entry. Inipun entry yg sekadar menunjukkan aku masih wujud dlm blog ni..bercerita tentang kerja yg buat sekarang ni, masih hijau rasanya dalam bidang ni. Hakikatnya memerlukan ketabahan dan tetap dengan matlamat yang ingin dicapai...Kalau diikutkan mau juga kerja yang lebih bagus, tapi mungkin ini yang dikatakan cabaran dalam alam pekerjaan...Aku cuba untuk bertahan dalam 2-3bulan lagi... Esok mau pg interview satu kerja yang lebih bagus..insyaAllah dapat kerja tu lagi bagus.... Dalam seminggu dua ni, kita banyak didedahkan dan disogok dengan berita yang kadang2 mengelirukan... Dan aku mau petik cerita komen yang diberikan oleh bekas PM kita terhadap Pak Lah...Pada pendapat aku, ni cuma satu bentuk propaganda daripada bekas PM kita bagi menyelamatkan reputasi Pak Lah yang dari hari ke hari dapat dilihat semakin lemah. Tengok bagaimana respon daripada semua menteri2 yang menunjukkan sokongan yang padu terhadap PM kita ni. Dengan adanya sokongan sebeg...

KERJA

Hari ni baru ada kesempatan sikit utk buat entry dlm NSA ni. Buat pengetahuan aku sekarang ni suda dapat kerja yg kecil2 ja...matlamat awal untuk dapatkan pengalaman. Walaupun kerja ni nda memerlukan segulung ijazah, dan mungkin 0rg kebanyakan akan kata, nda payah masuk Univ la kalau kerja macam tu ja...tapi aku berpegang kepada matlamat sendiri... Mula2 plan mau kerja di Johor tempat Asif ja, tapi sebab aku rindukan rumah dan Sabah, maka aku mengambil keputusan untuk nda balik ke semenanjung lagi...aku ingin berkhidmat di Sabah. Mungkin juga ada akan kata kerja ni sebagai kerja sementara, tapi bagi aku biarlah untuk setahun dua kalau tahan la dengan karenah orang,yg penting kita dapat kenal persekitaran kita, tu yg lebih penting... Nota Suara Aku setakat ni ja untuk masa ni, banyak isu nasional yg mau dikupas, tapi biarlah dulu input maklumat terlebih dahulu...

Pidato Belia Negeri Sabah!

Assalammualaikum wbt... Hari ni nda bole cerita panjang2 walaupun banyak yang ingin diceritakan... tapi sebab kesibukan yang melanda dalam seminggu dua ni... ditambah kepenatan baru balik dari merantau... Sekarang ni pula aku cuba menyibukkan diri dengan pertandingan pidato belia peringkat negeri Sabah. Esok adalah acaranya bertanding! Sampai ke saat artikel ni ditulis, aku tanya Amin tapi dia pun bagi kasar ja. Cubalah faham yang aku ni perlukan bantuan dan khidmatnya...dan sampai ke saat ini juga, aku masih belum menyiapkan teks pidato ku...dalam kepala sekarang ada sudah tumbuh 'tanduk' untuk melakukan taktik kotor...hehehehe tapi sabar dulu. Kalau sudah terdesak baru gunakan senjata ni... Mau tanya Kalui pula, memang perlukan kos yg tinggi sebab kalau setakat sms, memang taun depan baru dibalas kali... Nota Suara Aku bila berada di Sabah negeri di bawah bayu ni, susah sikit mau datang ke cc atau cari internet sbb MAHAL mau mampus...jadi kadang2 la bagi komen...kalau ada yg...

Gen-M yang makin pudar.

Semalam 1mei merupakan hari buruh yang disambut oleh semua rakyat Malaysia yang bekerja mahupun yang tidak bekerja. Contohnya pelajar sekolah dan juga kedai-kedai kecik di pasaraya pun tutup. Semalam juga pelanggan-pelanggan talian m**is merayakan pesta seribu sms dengan seringgit. Nampak macam mewah dan membuatkan kegembiraan di kalangan pelanggan-pelanggan tapi tanpa difikirkan dengan teliti, bagaimana hendak dihabiskan 1000 sms dalam masa kurang 16jam. Itu belum dikira dengan sms yang gagal dihantar atas kesibukan talian. Akhirnya berakhir dengan satu penyesalan sebab tidak sampai seratus sms pun yang dihantar kepada rakan-rakan. Lebih merugikan sebenarnya sebab mungkin bukan aku shj yang buat tapi juga ramai lagi, yg mengirim sms berbentuk lawak tapi dgn tujuan mengenakan dan perli orang lain terutamanya pemilik hp sendiri. Kalau dikira dalam seratus sms yang aku terima semalam, hanya kurang 15 atau 20sms shj yg mengandungi unsur2 nasihat atau intelek. Selebihnya tidak bole di...

JANGAN CEMBURUKAN CHELSEA

Chelsea menang lagi...itu ja post utk hari ni.

Iklan Arak dalam Akhbar

Hari ni ada berita yang mau aku khabarkan...tapi nda tau la sejauh mana nilai beritanya..tapi yang pasti, aku mau kongsikan semalam time aku baca akhbar inggeris..ulangan, akhbar inggeris...aku terkejut tengok iklan satu suratkhabar tempatan menyiarkan iklan arak! Bukankah iklan seperti ini tidak dibenarkan? Jangan kan iklan arak, bahkan iklan rokok juga tidak dibenarkan... Mungkin kita terlepas, tapi jangan lah ini dijadikan alasan..sebab perkara pertama yang perlu diingat oleh akhbar ialah undang-undang yang perlu dipatuhi...dimana ketelusan akhbar sebagai medium yang menyiarkan berita kepada masyarakat? Nota Suara Aku tidak tahu bagaimana untuk menyebarkan perkara ni supaya didengar oleh kerajaan, tapi aku harap ada pihak yang akan membantu...bagi sedar sikit diorang ni daripada buat perkara macam ni....

Pembebasan

Hari ni merupakan hari pembebasan aku dari segala masalah yang menyelubungi pikiran aku. Hari ni setel semua projek kajian aku utk dihantar dgn pensyarah. Aku berjaya juga menentang sikap malas dan bertangguh yang membayangi aku. Terasa kepala ni ringan sangat sebab beban sudah kubebaskan. Tinggal lagi menunggu keputusan projek ni. Tapi apapun biarlah apa juga keputusannya aku terima dengan hati yang terbuka. Nota Suara Aku sudah lama menunggu masa begini lapang..masa ni memang sudah wujud lama cuma aku sengaja melambat-lambatkan keadaan...selamat bercuti dan selamat Hari Pekerja isnin nanti kepada semua pekerja!

BERITA SAMPAH!

Hari ni ja ada dua kes lafaz cerai yang popular...kenapa kes2 mcm ni pun mesti dihebohkan oleh media..untuk apa dikhabarkan kepada dunia tentang perkara ini. Bukankah ini akan menjatuhkan maruah mereka yang terlibat khususnya bagi pihak perempuan..mesti tidak dapat lari daripada kritikan dan pendapat masyarakat bahawa yang jahat mesti lah perempuan...sebab nda pandai jaga suami... Aku kira banyak lagi berita yang berfaedah untuk didedahkan oleh media..kalaupun ni tanggungjawab...dalam kategori mana berita macam sampah ni! Mungkin terdesak untuk mendapat perhatian masyarakat supaya membeli akhbar...bukan cerita begini saja yg tidak penting..malah cerita artis berebut pasal awek pun masuk berita juga...bukan ka bagus kalau akhbar atau media menumpukan banyak kepada hal2 penting negara...sekarang kan sedang berlangsung pembentangan di Parlimen..jadi kenapa tidak diwujudkan satu segmen atau slot untuk bahan2 yang dibincangkan di Parlimen tu.. Konon nya kita ingin mengwar-warkan minda...

Marahkan mangga Siam, mempelam dibuang!

M empelam sala tewas kepada mangga siam..sedih apabila tengok suratkhabar hari ni. Sebab kecewa dengan org yg tak membeli mempelam sala,penjual lebih sanggup utk membuang dari memberikan kepada mereka yg tidak bernasib baik... Mungkin ini sebahagian daripada sikap kita yg tidak bagus. Apalah salahnya kalau kita berikan atau sedekah kan mempelam tu daripada kita buang begitu sahaja. Mungkin kita tak dapat pulangan dari segi material, tapi mungkin ada hikmah disebaliknya. Persaingan ini memang tak boleh dielakkan lagi, maka kita jangan hanya membiarkan produk luar menguasai pasaran tempatan. Ini bukan kes kera di hutan disusukan, maka anak di rumah mati kehausan...tapi persoalan peniaga2 tempatan yang tidak meluaskan skop pasaran. Mungkin aku hanya tau bercakap, tapi tak bolehkah pembekal2 mempelam sala ni mencuba pasaran negara jiran pula, tak mengapalah mangga dia jual kat sini, mempelam kita pula la ke sana..ataupun kenapa tidak kita pasarkan di Sabah & Sarawak pula...rasa...

Nasihat utk Budak Sekolah

Hari ni rasmi la sudah aku tamat belajar di upm..bukan sebab sudah grade..tapi hari ni merupakan paper terakhir xm dalam bacelor komunikasi ni...tinggal satu lagi urusan, apalagi kalau bukan projek kajian yang nda siap2 sampai sekarang ni...pemalas betul la aku ni.. Semalam junior aku hantar mesej setelah lama nda kirim...biasala budak sekolah, bukan ada duit pun topup, ada hp pun bapa yang kasi...topup lagi la...(aku sendri pun belum berduit). Kesian juga bila ada budak sekolah mau minta kaunseling dengan aku..padahal aku ni bukan seorang pelajar yang terbaik pun, cuma nampak gah la..yalah apa yang nda gahnya, spm result cuma 4subjek kredit....2paper tu hampir gagal tapi nda gagal la...dlm stpm pun cuma dpt B,D,E,E...mesti bangga juga sbb yang penting 4P janji masuk U....nasib baik bumiputra...mungkin kuota tu masih wujud walaupun digembar-gemburkan sudah dimansuhkan... Balik pd cerita junior aku ni, result fom4 dia 'turun-naik'...istilah apa yg dia guna aku pun kur...

Nota Suara Aku

Iran nampaknya masih tidak berganjak daripada usaha untuk membangunkan aktiviti nuklear nya..manakala US semakin pening kepala berusaha untuk menyekat.Atas nama keamanan Iran teruskan jua pendirian nya walau akan tiba bencana yang tidak diketahui. Atas nama keamanan juga, US sentiasa cuba membantutkan apa juga usaha yang dilihat akan mengancam US. Tapi disebalik pertelingkahan dua negara ni, seluruh dunia mengalami ancaman kenaikan harga minyak di seluruh dunia. Dari hari ke hari harga minyak semakin tinggi dan hampir mencecah US$ 75 setong. Tapi bahang tu tidak pun nampak membahayakan rakyat dan kita masih mampu menghirup udara dengan penuh keselesaan. Mungkin sebab kita yakin minyak di peringkat domestik tidak akan naik lagi tahun ni memandangkan kerajaan sudah berjanji.Tapi moga2 janji jangan tinggal janji kerana subsidi minyak yang dijimatkan untuk tabung pengangkutan awam tu semakin mengecil dan semakin tinggal jadi tabung sahaja. Minggu lepas juga kes kematian di landasan ker...

Blog vs Myspace

Cerita pertama hari ni kekalahan Chelsea dlm semifinal juga kpd tim yg sama...Liverpool! Perkara pertama yg aku pikir dan terlintas ialah ni mesti politik inggeris pula...supaya Chelsea jangan menang piala yang ada di England tu...kalah dengan jaringan 2-1 pula tu...mungkin juga percaturan Morinho salah, tapi mau komen pun bukan pandai sangat..yalah, kalau pandai nda la aku jadi student...mesti jadi coach Malaysia..nda pun Sabah pun jadilah... Ok,tu cerita selingan awal. Sekarang masuk cerita yang sepatutnya aku mau tulis..Semalam aku sembang dengan sorang budak junior debat, dia kata apa kelas dengan blog...main dgn myspace lagi bagus, dapat banyak member....ni memang la takder kelas....sebab tahap minda dia ni masih belum smpi ke tahap blog lagi...setakat myspace ni budak2 umur 10tahun pun tau la...tapi mana ada budak umur 10 tahun buat blog.... Mungkin dia x bole dipersalahkan sepenuhnya, tapi kalau x tau suatu benda jangan CAKAP! ni bukan mau cari gaduh, cuma nak bagitau. Ka...

RIndu bangat sama Nasi Kuning

Nasi Kuning adalah fevret klu aku d ruma. Sekarang ni aku dlm kerinduan yang amat sangat dengan makanan ni, lebih2 lagi masakan mak atau kakak aku ni...aku cuma berpeluang untuk balik ke kampung bulan lima ni,tapi antara masa depan dan kerinduan yang tidak tertahan...aku pun kurang pasti dan kurang bijak untuk memilih mana satu yang patut didulukan... Terasa terseksa nya aku kalau macam ni keadaannya selalu..klu dulu aku masih bole gantikan Nasi Kuning ni dengan makanan lain, tapi skrg ni sangat2 kritikal sudah... Satu lagi problem mcm mana mau bawa balik barang2...yalah kan sudah abis belajar! Malam ni pula Chelsea vs Liverpool dlm semifinal Piala FA...ni bukan cerita bola sepak Malaysia,tapi lebih "menarik dan menghiburkan".....Harap2 Chelsea tidak la kecundang sekali lagi dgn Liverpool ni..cukup la semi UEFA.... Nota Suara Aku mungkin akan sunyi lagi kalau aku suda balik Sabah...paham2 ja la, masalah komunikasi kan....

tekanan?

Kekalahan skuad hoki Malaysia dlam kelayakan piala dunia sebab tekanan! Kesian juga, nda pasal2 tekanan disalahkan...apalah nasib tekanan!tekanan ada dua keadaan, ianya bole menjadi perangsang dan juga pelemah mental sesiapa juga.Tapi dlam keadaan ini, kenapa kita perlu menyalahkan tekanan, adakah sebab skuad hoki negara tidak mempersiapkan diri dengan persediaan mental sebelum datang bertanding? Antara alasan yang diberikan keadaan suhu di China yang mencacatkan stamina pemain..Kalau macam tu baik kita salahkan alam sekeliling la... Masa kita meraih kejayaan dulu, tidak pernah terlintas di fikiran tentang kekuatan alam yang memberi sokongan kemenangan atlit2 sukan negara...tapi bila kalah yang berterusan, baru kita tahu akan kewujudan alam!hmmm..sedih untuk skuad negara! Tapi kita jangan berpaling ke belakang, kerana di hadapan skuad negara ialah Piala Thomas yang akan berlangsung di Jepun! Kita sudah bernasib baik sebab tidak akan berhadapan dengan skuad China di pusingan awal dan ju...