Skip to main content

Posts

Jom Aktifkan Semula NSA

Sudah sekian lama blog NSA dibiarkan bersawang. Platform yang sudah lama bertapak ni aku gunakan sebagai diari suatu ketika dulu. Bila ada masa lapang, singgah kesini mengimbau kenangan lepas.  Bukannya aku tidak lagi berblog, cuma aku ada blog lain ( www.jomsehatsekaki.blogspot.com ) yang aku gunakan untuk berniaga iaitu Shaklee. Lelaki berjual Shaklee? Macam pelik tapi sebenarnya tidak. Yang nampak pelik tu sebab tidak ramai lelaki yang berniaga Shaklee.  Apapun hari ni, syukurlah juga sebab NSA kembali juga untuk tahun ni. Ya tahun ni. Ini macam entri pertama untuk tahun 2016. September 19 baru entri pertama NSA memang epik jugala. Epik epik pun tidak apa asalkan ada entri. InsyaAllah ada masa lagi, Nota Suara Aku akan kembali mencatat nota disini. Stay tune ya.. adios!

Mealshake - Produk Hot Seller daripada Shaklee

Seperti yang tuan puan sedia maklum, bulan Mei ini, Shaklee menawarkan promosi Mealshake Beli 6 Percuma 1.Memang rugi lah kalau tak beli time tgh promosi ni.... hihihi.. setin ni kalau sorang anak je yg consume, boleh bertahan dlm 2-3bulan..  Shelf life Mealshakes juga tak lama  (tempoh hayat expired)  Ini utk menjamin kesegarannya, tapi tak rugi beli sekurang2nya ambil 1set (buy 6 free 1).. Kenapa? sebab kalau satu keluarga consume (ibu,ayah, anak 2-3org) setin tu utk sbulan sahaja... So kalau amik 1set blih simpan stok setengah tahun.. or share2 dgn kwn2... Dan yg best lagi Mealshakes ni bukan sahaja kaya dgn protin dan kalsium.. tetapi juga kaya dgn vitamin penting terdapat dlm per serving Mealshakes .. Vitamin A, Vitamin B12, B6, Thiamin, Riboflavin, Asid Folic,  Vitamin C, Vitamin E, Biotin, Vitamin D, Niacin, dan juga mineral2 penting kalsium, iodin, besi, fosforus, magnesium, selenium, chromium, molybdenum, zinc..

B Complex Shaklee vs Migrain

Migrain dan sakit kepala ni antara masalah yang sering diutarakan.... ."aku ada masalah sakit kepala lah..migrain la.. shaklee ada ubat tak" ... saya tak jual ubat yer..mintakmaaf .....kalau nak diikut jalan singkat..senang je... telan panadol ke..telan painkiller..reda lah migrain tu kan .kan ..tapi kesan jangka panjang kepada kesihatan?badan je lah yang tahu yer..... saya tak kata supplemen Shaklee ni wajib kene ambil...tapi ianya sebagai alternatif..apa2 pun kita kena lah tahu punca2 maka dapatla cari jalan penyelesaian..kan kan..    Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori: § Sakit kepala kerana tekanan § Sakit kepala kerana sinus § Sakit kepala kerana migrain Sakit kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabk...

Saya Pengedar Shaklee di Sabah dan Sarawak

Lama sudah tidak menjenguk blog pertama ini. disinilah saya mengenali ramai rakan blogger yang akhirnya bersua muka dan menjadi saudara. setelah bekerja, berkeluarga dan mempunyai seorang anak, saya semakin tidak berkesempatan untuk mengemaskini perkembangan terbaru saya.   Kini, saya terbabit dalam satu niaga suplemen yang tertua di dunia. Iaitu Shaklee. jadi kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan produk ini, boleh menghubungi saya untuk penghantaran.   jangan khuatir, saya yakin saya jujur.   Jom berShaklee bersama kami.... layari blog khusus untuk Shaklee ini di www.jomsehatsekaki.blogspot.com untuk maklumat lanjut. InsyaAllah segala pertanyaan dan permasalahan kesihatan tuan, akan dapat dibantu dengan amalan suplemen Shaklee ini.   adios!

Ikhlas,Sedekah,Rezeki

Sekadar menotakan sedikit ilmu yang aku dengar pagi tadi. Apa itu Ikhlas? Ikhlas ialah tidak menambah sesuatu yang dipuji dan tidak mengurang sesuatu yang dikeji :) Apa itu Sedekah? Sedekah ialah memberi sesuatu walaupun tidak diminta :) jadikan kita sentiasa memberi walaupun hanya senyuman. Apa itu Rezeki? Rezeki menurut Ustaz Pahrol MJ perlu dimulakan daripada pemahaman dan pengertiannya terlebih dahulu. rezeki tidak disempitkan hanya dengan material atau duit semata-mata. Nota Suara Aku hanya memberi peringatan untuk diri sendiri. adios....

Tugasan di Jabatan Baru

Bulan Oktober membuka lembaran baru dalam kerjaya aku di syarikat ini. Aku ditugaskan ke Jabatan yang baru (Jab. Latihan & Pembangunan) berkuatkuasa 1hb Oktober lalu. Perasaan bercampur antara gembira dan sedih. Setelah berada di OD selama 4 tahun 1 bulan, kini aku perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru.  Di Jabatan baru ni, aku nda payah memerah otak untuk membuat inisiatif baru sebaliknya hanya menumpukan kepada latihan yang perlu diberikan kepada anggota kerja syarikat. Walaubagaimanapun, sebagai SYMP, terima adalah satu-satunya pilihan yang ada. Nda boleh tolak walau apapun justifikasi yang diberikan. Terkilan ada sedikit terpalit, bila bos rela dengan keputusan yang dibuat tanpa membuat sebarang rayuan bertulis kepada Pengurusan. Tapi dalam masa yang sama, tugas yang aku pegang ni belum lagi diberikan kepada orang lain secara rasmi. Bayangkan surat Serah Tugas yang aku serahkan kemarin, ditulis sebagai 'Pls Discuss'.... aik boleh discuss2 lagi ka? ken...

Chief Entertainer Officer (CEO)

Bayangkan perasaan anda apabila seorang mantan Presiden/CEO sebuah GLC memberikan anda gelaran CEO juga? Begitulah perasaanku sejurus dipanggil CEO... Seorang anak muda yang memegang gelaran CEO pada umur 39! seorang akauntan menerajui syarikat yang teknikal.... tapi mampu membawa syarikat ke peringkat tertinggi. Semalam, aku selesai menjadi MC sempena meraikan persaraan CEO... satu majlis yang tinggi tahapnya dari segi protokol. Dengan kehadiran tetamu kehormat dari Kerajaan negeri dan ahli-ahli Lembaga Pengarah semuanya tertumpu dengan sebuah tubuh kecil di atas pentas.... Aku mengendalikan majlis dengan penuh perasaan yang bercampur baur. Takut salah sebut jawatan dan pangkat, takut terlepas cakap dan menyinggung perasaan tetamu dan sebagainya.... Sebab tu persediaan untuk menyediakan teks ni aku buat dengan teliti sehingga jam 3 pagi.... Semata-mata untuk memastikan majlis ini berjalan dengan lancar dan paling penting diingati selepas ini. Aku sememangnya komited dengan bidang...

Pengacara Majlis

Pengacara Majlis ni macam suda menjadi sebahagian daripada Job Description ku di sini. Bermula daripada MC untuk Seiri Day tahun 2008, masa tu aku baru masuk syarikat utiliti ni... lepas tu satu demi satu jenis acara aku MC kan, dari sukan, majlis perhimpunan rasmi syarikat, majlis tahunan sampai la majlis konvensyen atau open day... tapi aku terhadkan bidang MC ni kepada acara yang tidak melibatkan VVIP macam pangkat menteri... kalau ada yang menteri hadir, seboleh-bolehnya aku tolak... Tapi yang terbaru ni, aku nda boleh tolak lagi.... dari awal lagi namaku sudah terbayang-bayang di minda penganjur.... ni gara-gara majlis perpisahan Pengarah Urusan yang aku MCkan tahun lepas meninggalkan kenangan yang positif kepada semua yang hadir... yang ni lagi besar... majlis meraikan persaraan CEO! wah gentar beb.... yang gentar tu bukan apa, tapi untuk menjadikan majlis ni tidak hambar, ulangkaji mesti dibuat dengan secukupnya... maklumla, CEO ni aku nampak dalam gambar ja, paling dekat pun...

Genap 3 Bulan

Kemarin FBI inject untuk 3bulan, beratnya sudah mencecah 5.2 kg dan panjang 57cm... ini ukuran kasar yang aku sendiri ukur /timbang di klinik... FBI menunjukkan kelelakiannya bila dicucuk jarum, berteriak seketika dan diam sebaik jarum dicabut dari pahanya... Cepat masa berlalu, sedar xsedar kami sudah pun mendirikan rumah tangga genap setahun pada 8 April lepas.... syukur kepada Allah kerana melimpahkan kami rezeki yang tidak semua orang mendapatnya.... FBI lahir tidak smpi setahun kami kahwin... nda perlu menunggu lama seperti sesetengah orang... FBI sekarang kerap mengeluarkan suaranya, sentiasa bangga mengeluarkan suaranya sebaik celik mata... kaki dan tanganny juga makin aktif, kakinya yang memang kuat sejak umur 1 bulan, semakin kuat sekarang ni... kalau dibiarkan, kedudukannya pasti berubah dari asal... ni tanda2, nda boleh dibiarkan sendirian di atas katil tanpa penghadang... NSA berhenti disini dan akan kembali bila mengizinkan.... ni catatan bukan untuk dibaca :)

Senyuman Pertama

FBI sudah mengukir senyuman yang pertama kemarin lepas aku balik kerja... aku pasti senyuman ini adalah respon seperti kebiasaan bayi yang berumur 2 bulan... bilang mami nya sepanjang hari nda mau senyum sebab FBI demam akibat inject 2 bulan... kesian sangat, mujur la mami nya seorang yang penyabar dalam menjaga bayi... berat FBI pun sudah menjangkau 4.0+ kg... Nota Suara Aku selepas ni akan menjadi seperti diari untuk merakam perubahan2 FBI...sekian, untuk masa ini....Adios

Azam Tahun Baru : Disiplin Tentang Wang

Assalammualaikum, tahun baru telah menjelma, banyak perkara berlaku sepanjang 2011... 2011 juga telah meninggalkan rekod paling sedikit aku menotakan suara aku.... mungkin tahun 2011 aku lebih banyak bercerita dengan isteri tercinta.... justeru, tidak terbuka hati untuk menotakan di sini. Apapun, hari ini aku terbuka hati untuk menitip sedikit peringatan buat diri sendiri... Saban hari, semakin banyak komitmen terpaksa aku tanggung... tahun ini, aku akan mempunyai rumah sendiri hasil bantuan kak mang dan suaminya.... tahun ini juga aku bakal menjadi seorang daddy....tinggal tunggu hari ja lagi ni.... dan orang yang paling banyak menolong aku, kak mang. Sentiasa memberi teguran tertutup.... Aku memasang azam tahun ini, untuk menjadi seorang lebih berdisiplin tentang wang.... maklum sajala, kos sara hidup negara tercinta kita ni semakin tinggi.... kita kan mau maju :P Dan kak mang memberikan aku jadual bajet... nampak simple ja tapi aku dapat merasakan aura kepayahan tu.... apapun... ter...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Dilema Kad Jemputan

hari ni sempena Maulidur Rasul, selamat menyambut maulidur rasul dan semoga anda semua dapat keberkatan dari Allah swt dan mendapat syafaat dari Nabi Muhammad saw.... hari ni juga aku berkesempatan mengikuti perarakan setelah sekian lama aku nda menyertainya... best juga la dapat mengeluarkan peluh sambil berselawat sepanjang jalan... lepas perarakan, aku nda tunggu lama, terus balik untuk makan... sangatla mengecewakan manusia yang supply makanan untuk majlis ni... sudah la sarapan (ya ka sarapan?) bukan lagi lambat, tapi tidak datang langsung! dan aku berjalan dengan perut kosong... kemudian suda smpi di dewan, makanan tidak juga menunggu... adakah patut, sudah tau tidak sedia sarapan... mau tunggu lagi jam 10 baru mau hantar makanan ka? adui xda semangat maulidur rasul langsung... cukup untuk maulidur rasul tahun ni... berbalik kepada tajuk post hari ni, aku masih dalam dilema... dilema bukan apa, aku sudah design satu kad jemputan... dan aku berpuas hati dengan hasil kerja tangan s...

Persiapan Kahwin

Cepat betul masa berlalu... kurang 2 bulan lagi, aku akan bergelar suami... percubaan pertama gagal tidak sampai 6bulan mengikat pertunangan.... percubaan kedua berlaku selepas hari raya haji taun lepas... dan setelah beberapa kali tidak sepakat tarikh, akhirnya 8 April nanti akan berlangsung perkahwinan ku... majlis di tempat ku pula, 9 April ni... boleh dikatakan untuk majlis di tempat ku nanti, hampir kesemua aku yang tetapkan... bermula dari door gift, kad jemputan, tema majlis dan pelamin... perkara2 lain belum difikirkan lagi... untuk doorgift, suda terbeli dengan bantuan abg Yun dan kak Rin... tapi yang ini untuk tamu istimewa... untuk tamu d ruma, mungkin akan cari minggu depan... kad jemputan, mengambil masa yang lama untuk bikin... mau dikatakan cerewet, tidak juga... aku suda cek dan berhubung dengan lebih kurang 5-7 syarikat printing di kl dan sabah... untuk syarikat printing di sabah, harga yang ditawarkan amatlah mahal... mungkin order dari kl... syarikat printing kad yan...

Raung Senyum 2010 Yang Berlalu

1.1.2011; dengan azam meninggalkan segala panas baran yang ada... biarlah ianya menjadi sejarah yang tidak mungkin berulang... 2010 merupakan kenangan perit untuk dikenang... d tahun itulah aku mengenali hati budi manusia yang tahu untuk mengenang budi... di tahun itu juga la, aku dihimpit kedukaan dan kejatuhan maruah! di tahun itu juga, aku cuba bangkit dengan dorongan kak mang... di tahun itu, aku pernah memegang status bertunang dan kembali single... di tahun itu, status single tidak lama ku pegang, kerana not available disambung selang 2hari raya haji tiba... di tahun itu, aku seperti anjing yang takut dengan bayang2 sendiri... bayangan yang sentiasa menyelubungi setiap waktu... namun setiap keraungan, ada juga terukir senyuman2 indah... paling mendekat di hati, kehadiran 3anak buah dari 3 kakakku... bermula dengan Hamzah Zahidi, diikuti Ramadani klu nda silap, dan yang terbaru kelahiran Hadeejah... kesyukuran dipaut ke Maha Pencipta... tahun itu juga, aku mendapat 2 kemenangan wa...

Nota Hujung Tahun I

hari ni 29 Disember 2010.... bermula esok countdown 100 hari bermula sebelum aku melangkah ke alam yang baru dengan status yang baru... banyak lagi perkara belum diselesaikan... antaranya yg paling penting...kursus... dan dengar2 cerita kadar bayaran kursus meningkat lagi tahun depan... mungkin gara2 minyak yang naik + kos sara hidup meningkat + bayaran makan minum juga bertambah.... mungkin juga para pengendali kursus demand harga lebih tinggi, apapun perkara ini tidak sepatutnya berlaku.... semalam aku menghadiri perkahwinan kawan baik di kolej dan kawan sekerja sekarang... tahniah Mr.&Mrs Darrell... kalau diingat kisah dulu2 masa belajar, mr & mrs darrell ni selalu begaduh dalam telefon... nda boleh cakap halus2... ceh macam la aku nda paham... lebih kurang ja pun kami...tapi akhirnya mereka mampu bertahan dan sehingga kini masih lagi bersama... dan semalam menjadi saksi penyatuan mereka...tahniah sekali lagi... mood kerja sekarang ni macam hampeh ja... aku marah dengan diri...

sekadar mengaktifkan NSA

jam11.20 malam aku suda mau tidur...tapi mengotorkan seketika NSA yang semakin hari semakin berkurangan isinya... mungkin kehadiran FB menjadikan aku semakin melupakan kewujudan blog yang menjadi peneman ketika aku masih belajar di u suatu masa dahulu... sepanjang minggu lepas, hanya sehari aku rasakan hari bekerja ku dalam kategori produktif... 4hari lagi dipenuhi dengan pengularan akibat ketiadaan bos... tapi dari segi individu, minggu lepas sangat berkualiti... aku telah menyelesaikan hutang saman sebanyak rm360 pada mulanya... kemudian, bila aku merajinkan diri untuk membayar, kaunter menyebut rm210 sahaja! Alhamdulillah... dapat la save rm150... minggu lalu juga aku dapat membeli dvd 24 season 1... aku akui, dalam banyak2 cerita bersiri amerika, tiada cerita yang dapat menandingi kegilaan ku terhadap 24 ni... aku sanggup membeli dvd original dengan harga rm70 untuk menontonnya... tapi yang pelik, aku sudah menghabiskan tengok 24 season 8, kemudian season 7.... nasib baik, aku kemb...

Berhemah

kemarin jamdin bagi ceramah ataupun nasihat tentang persediaan menghadapi gerbang kahwin... seingat aku, ni sesi kedua atau ketiga... dan sesi kali ini lebih memfokuskan tentang Berhemah... berhemah dalam bajet perbelanjaan sebelum, semasa dan selepas kawin... aduina, terasa seram pula aku... ketika duit banyak di poket, kewarasan dalam membuat keputusan amatlah dipentingkan... dia memberi pendapat, walaupun seratus atau dua ratus, jangan diambil mudah ataupun terasa ringan... apalagi kalau kosnya 50-60 ringgit... semuanya perlu dipertimbangkan cukup2... aku pun terkejut mendengar penjelasan yang panjang lebar... semua tu langsung tidak terfikir oleh ku... aku ingatkan mudah... mungkin juga sebab aku nda terlibat secara langsung dalam bidang mengurus perkahwinan sepupu2 dan kakak2 ku dulu... jadi semua tu langsung tidak kelihatan... itu situasi sebelum kawin, selepas kawin lagila... dia cakap kalau tinggal tempat mentua, mungkin kurang sikit cabaran nya... tapi cabaran paling kuat, kal...

catatan seminggu bercuti

syukur aku sempat menotakan sedikit lagi peristiwa2 dlm bulan November ini. bukan untuk menceritahu kepada semua, sekadar untuk dijadikan diari dan sejarah masa depan. aku mendapati, blog merupakan satu2nya medium yang relevan untuk menotakan sejarah. blog ini bukan seperti blog yang lain. kebanyakan blog digunakan untuk mencari keuntungan. tidak kurang juga blog yang digunakan untuk mengadu domba. minggu lepas, aku bercuti selama seminggu memandangkan raya haji jatuh pada hari rabu. untuk tidak memenatkan aku, aku mengambil cuti 2hari sebelum dan 2hari selepas raya haji... mungkin juga aku boros dalam menghabiskan cuti yang masih ada walaupun tidaklah banyak lagi yang tinggal. tapi cukupla untuk aku merehatkan diri di ruma tercinta... raya tahun ini, aku sempat menyibukkan diri untuk menolong makcik ku mengadakan akikah dengan seekor kambing... walaupun tidak ahli dalam aksi2 korban ni, sekurang2 nya nampak juga batang hidung ku ni... tidak terlibat secara langsung dalam korban, cuma ...