Skip to main content

Sedih...

Perkara pertama aku sedih sebab Mandisa terkeluar dalam American Idol...maksudnya aku nda akan tengok American Idol lagi lepas ni...

Kedua, aku dilanda selesema sejak semalam..yang nda tahan tu,bersin berterusan sampai mau sesak nafas aku...tapi tetap sabar jugala..

Ketiga, majlis tayangan Persona Non Grata tamat semalam, menandakan berakhirnya bencana yang perit...tapi yang sedihnya, aku baru terasa ruginya sebab tidak melibatkan diri secara langsung dengan program ni, dari ucapan pensyarah semalam baru aku sedar yang pengalaman tu adalah keutamaan dan menjadi aset pelajar...lebih2 lagi dengan gabungan dengan pelajar master yang pastinya berpengalaman.....tapi apapun semuanya sudah berakhir....

Keempat, Juve terkeluar pula dari saingan bola pagi tadi....selepas Inter Milan pun terkeluar semalam...bermakna berakhir sudah minat aku untuk tengok UEFA untuk tahun ni lah....tahun depan cuba lagi..

Nota Suara Aku sempat juga tengok Jack & Bobby walaupun hanya 15minit terakhir....sekarang minat tertumpu kepada membaca novel yang baru aku beli..walaupun nda minat dengan novel, tapi ni kira mula berjinak2 la dengan novel...cewah...

Comments

Popular posts from this blog

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Pidato Belia Negeri Sabah!

Assalammualaikum wbt... Hari ni nda bole cerita panjang2 walaupun banyak yang ingin diceritakan... tapi sebab kesibukan yang melanda dalam seminggu dua ni... ditambah kepenatan baru balik dari merantau... Sekarang ni pula aku cuba menyibukkan diri dengan pertandingan pidato belia peringkat negeri Sabah. Esok adalah acaranya bertanding! Sampai ke saat artikel ni ditulis, aku tanya Amin tapi dia pun bagi kasar ja. Cubalah faham yang aku ni perlukan bantuan dan khidmatnya...dan sampai ke saat ini juga, aku masih belum menyiapkan teks pidato ku...dalam kepala sekarang ada sudah tumbuh 'tanduk' untuk melakukan taktik kotor...hehehehe tapi sabar dulu. Kalau sudah terdesak baru gunakan senjata ni... Mau tanya Kalui pula, memang perlukan kos yg tinggi sebab kalau setakat sms, memang taun depan baru dibalas kali... Nota Suara Aku bila berada di Sabah negeri di bawah bayu ni, susah sikit mau datang ke cc atau cari internet sbb MAHAL mau mampus...jadi kadang2 la bagi komen...kalau ada yg...