Skip to main content

Episod Bapa

Percaya atau tidak, gambar ini diambil di belakang rumah ku?Kalau tak silap dgn menggunakan kamera kakak ku la...

Aku merindukan utk menerokai pemandangan sebegini di rumah ku...gambar ni diambil sekitar jam 6pagi...sekarang ni aku amat jarang bangun seawal 6pagi...bukan sebab apa..tapi selalunya kalau di ruma,bapa tak suka kami bangun lewat...katanya rezeki pun segan nak masuk rumah...kadang2 aku perasan juga, bila aku bangun pagi, aku dapati hidup aku sepanjang hari begitu senang dan lancar saja...dan sebaliknya kalau bangun, masa tu matahari dah nak tidur kembali...tak pun, matahari suda pun selesai mengeringkan pakaian di jemuran....

Disebalik gambar ini, aku teringat dengan bapa...seorang yang sangat futuristik...setiap apa yang dibuat atau sebarang keputusan yang diambil akan mengambil kira anak2 dan masa depan...selain tu, bapa seorang yg sangat menjaga orang lain...begitu menghormati sehinggakan sanggup untuk menderita demi menolong orang lain yg dalam kesusahan...sedangkan orang yg ditolong tu selalu sangat meminta tolong...selalu sangat kami sebagai anak2 mengeluh, kenapalah bapa suka sangat menolong orang?

Tapi aku bersyukur mempunyai bapa yg sangat bertanggungjawab...walaupun kami suda semakin membesar, tapi cara bapa mendidik anak2 tidak berubah...aku ingat bagaimana 2orang kakak aku pernah dihalau kerana gagal untuk mematuhi larangan bapa...atas ketegasan bapa, segala urusan kami perlu lah dilaporkan dgn bapa...bukan utk meminta kebenaran, sekadar memberitahu...tapi syaratnya balik ruma sebelum jam6 petang...

Ada lagi sikap bapa yg aku kagum...doa ku tidak pernah luput utk bapa yang kusanjung....

Nota Suara Aku berfikir, raya taun ni di mana ya?....

Comments

Anonymous said…
Ir, selamat berpuasa ...raya di JB la tahun ini..

Bersungkai apa petang nanti ba...
Anonymous said…
assalamualaikum...
nama saya fuad...
boleh ka saya tanya sesuatu dr saudari...
soalan antara idup dan mati...
tolong la saya...
email saya- ad_ira1125@yahoo.com
myspace saya- www.myspace.com/yg_aku_sayang
friendster saya- www.friendster.com/adiranis

tolong hubungi saya ba...
saya perlu mesej awk dalam private...
tolong ya...
wassalam

Popular posts from this blog

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Pidato Belia Negeri Sabah!

Assalammualaikum wbt... Hari ni nda bole cerita panjang2 walaupun banyak yang ingin diceritakan... tapi sebab kesibukan yang melanda dalam seminggu dua ni... ditambah kepenatan baru balik dari merantau... Sekarang ni pula aku cuba menyibukkan diri dengan pertandingan pidato belia peringkat negeri Sabah. Esok adalah acaranya bertanding! Sampai ke saat artikel ni ditulis, aku tanya Amin tapi dia pun bagi kasar ja. Cubalah faham yang aku ni perlukan bantuan dan khidmatnya...dan sampai ke saat ini juga, aku masih belum menyiapkan teks pidato ku...dalam kepala sekarang ada sudah tumbuh 'tanduk' untuk melakukan taktik kotor...hehehehe tapi sabar dulu. Kalau sudah terdesak baru gunakan senjata ni... Mau tanya Kalui pula, memang perlukan kos yg tinggi sebab kalau setakat sms, memang taun depan baru dibalas kali... Nota Suara Aku bila berada di Sabah negeri di bawah bayu ni, susah sikit mau datang ke cc atau cari internet sbb MAHAL mau mampus...jadi kadang2 la bagi komen...kalau ada yg...

Rancangan!

Hari ni hari cuti aku lagi..memang kadang2 memenatkan kerja time org cuti,n cuti time org lain kerja...yg seronoknya,klu jln2 xla b'sesak2 mcm d hjg minggu...naik bas pun xla berebut2... James Bond atau Happy Feet? Filem ni aku ingat kan bagus...aku ingat mau tengok filem ni hari ni...tengok sorang2 pun xpa utk tengok filem animasi ni slu ny biarla tahap luarbiasa baru layan n puas hati..setakat ni, aku baru tengok filem Finding Nemo di panggung..katun2 lain,sori la kurang minat... Tengok la mcm mana, klu ada mood tengok la,klu nda beli cd lanun pun bole juga tu...ahaks! 2hari lepas,bday mama ku. Mau post ucapan dlm blog ni,tapi bila fikir balik bukan ada gambar pun mau letak, jd tgu ada gambar baru letak satu kali ngan ucapan n apresiasi la... Nota Suara Aku masi lagi menunggu keputusan ruma di kg.Air tu...mau call ruma,nda dapat pula..entah apa prob di ruma tu...pas ni pasang balik telepon rumah la, lagi senang mau call...d ruma pun teda lagi alasan mau bagi klu nda call aku...a...