Skip to main content

Masa Yang Telanjang

semalam lebih kurang pukul 10.30, aku dah boring bila sms org tapi takda yang reply pun. main game pun balik2 hang bedebah tul pc ni..lalu aku merajinkan diri untuk menulis sebuah puisi bertajuk Masa Yang Telanjang...lucah sikit bunyi nya tapi takda yg lucah pun dalam puisi ni...puisi ni siap dalam kul 11.03 minit malam sesuai dengan haribulan 3/11...aku merasa puas bila di umur begini yg kononnya tidak mempunyai kelapangan masa untuk mengungkap karya sastera, aku berjaya menyiapkannya dengan hati yang bergejolak..

hendak dipanjangkan cerita nya sebelum aku dapat publish puisi ni hari ni, aku sudah lama terfikirkan masa yang banyak ku buang tanpa digunakan untuk perkara2 berfaedah...contohnya aku tidak menggunakan masa untuk solat sedangkan kesempatan yg diberikan Allah itu lebih dari mencukupi untuk aku bersolat dan berzikir dan berdoa...

masa yang ada juga tidak pernah aku gunakan untuk mengimbas segala ilmu yang diperolehi sewaktu belajar, mendengar di kuliah maghrib, di khutbah jumaat, di ehwal perdana ehwal Islam, di kuliah2 pagi...betapa ruginya manusia spt aku yang membazirkan segala peluang dan kefahaman yang diberikan sewaktu kecil(muda-muda tak bole sebut, sbb aku masih muda lagi).

Nota Suara Aku akhirnya berteriak di dalam hati lantaran akhirnya nukilan Masa Yang Telanjang ter'delete di akhir2 waktu...hampeh betul, mungkin kena sumpahan masa kot...jadi maaflah MYT tidak dapat dipaparkan...rugi betul tak dapat simpan puisi ni, mahu ulang semula skrip dan tulisan amatlah mustahil seratus peratus..jadi aku akhiri malam semalam dengan tidur yang panjang ke pagi...

Comments

Popular posts from this blog

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Pidato Belia Negeri Sabah!

Assalammualaikum wbt... Hari ni nda bole cerita panjang2 walaupun banyak yang ingin diceritakan... tapi sebab kesibukan yang melanda dalam seminggu dua ni... ditambah kepenatan baru balik dari merantau... Sekarang ni pula aku cuba menyibukkan diri dengan pertandingan pidato belia peringkat negeri Sabah. Esok adalah acaranya bertanding! Sampai ke saat artikel ni ditulis, aku tanya Amin tapi dia pun bagi kasar ja. Cubalah faham yang aku ni perlukan bantuan dan khidmatnya...dan sampai ke saat ini juga, aku masih belum menyiapkan teks pidato ku...dalam kepala sekarang ada sudah tumbuh 'tanduk' untuk melakukan taktik kotor...hehehehe tapi sabar dulu. Kalau sudah terdesak baru gunakan senjata ni... Mau tanya Kalui pula, memang perlukan kos yg tinggi sebab kalau setakat sms, memang taun depan baru dibalas kali... Nota Suara Aku bila berada di Sabah negeri di bawah bayu ni, susah sikit mau datang ke cc atau cari internet sbb MAHAL mau mampus...jadi kadang2 la bagi komen...kalau ada yg...