Skip to main content

Hijrah ep IV - Brainscan


ofis sekarang sunyi bila kebiasaan orang yg mengimarahkan ofis bercuti-cutian secara beramai-ramai.. sebagai memenuhi permintaan NSA bahawa pada minggu ini, aku hanya akan bercerita tentang Hijrah yang bakal menjelma 3hari lagi...

semalam aku tengok wayang lagi untuk kali ke3 dalam tempoh 2 minggu... cerita terbaru keluaran Metrowealth... Brainscan! Aku dan topi ajaib

Sebuah cerita yang paling kelakar pernah aku tengok dipanggung setakat ini mengalahkan Kungfu Panda...bukan setakat pecah perut, panggung tu pun bole pecah juga oleh ketawa c Irman... tapi apa kaitan dengan Hijrah?

Aku ambil sedutan skrip filem ni...
Bukan aku tak takut bini, bini yang tak takut dengan aku
Zaman sekarang kebanyakan bini2 memang tak takut dengan suami.. bukan diorang tak hormat, tapi kadang2 disebabkan ego melangkaui ketakutan isteri terhadap suami.. ditambah lagi bini2 sekarang sudah mempunyai karier yang meyakinkan diorang tidak perlu bergantung harap dengan suami.. penceraian berlaku sana-sini juga berpunca dari hal2 sebegini yang tidak pernah diakui oleh bini2... justeru para bini2 perlu muhasabah diri untuk menginsafi kejadian diri...

Filem ini juga berkisar suami isteri bertukar badan gara2 masing2 bertengkar menegakkan pendirian masing2.. si suami (lakonan Zul Yahya) cakap dia kerja siang malam demi menyara bini dan anak2, lagi2 bini pula seorang yang suka mekap, asyik nak suai pui(lebih kurang la bunyi nya)...mana suami tahan kerja sebagai guard saja... si isteri pula (lakonan mek kelantan) cakap dia jaga rumah lagi susah, suami tahu balik rumah dan pegi kerja tapi yang mengemas ruma dan mengurus makan minum anak suami tu yg membuatkan tugas bini lagi sukar dari suami... dengan topi ajaib tu, diorang tertukar badan dan secara tidak langsung empati terjadi...

di akhir cerita, keluarga ini aman... tengok la sendiri tak rugi walaupun harga rm9!

walabagaimanapun secara keseluruhan filem ni lagi hebat dari cicakman dari segi jalan cerita, nasihat dan tidak kurang juga cgi dan greenscreen filem ni...

Fungsi utama BS21 ni kononnya dapat membaca minda penjenayah dan motifnya untuk membanteras jenayah.. tapi lain pula jadinya, seolah topi ni dapat memakbulkan kehendak si pemakai... aku akan kaitkan BS21 dengan hijrah, dipenghujung tahun hijrah ni, apa kata kita scan otak kita dan menelusuri apa yang kita telah buat sepanjang tahun ni?
berapa kali kita solat 5 waktu tidak tinggal?
berapa kali kita bersedekah kepada org miskin dan memerlukan tanpa terdetik rasa berat untuk memberi?
berapa kali kita ikut perintah dan kata mak bapa dan bercakap benar dengan mereka?
dimana letak iman kita saat ini... gunakan Brainscan yang Allah kurniakan kepada kita...

NSA sibuk melayan kerja2 ofis yang perlu disiapkan sebelum hari selasa... bos aku dah melenting sebelum seronok bercuti...

Comments

Popular posts from this blog

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Mealshake - Produk Hot Seller daripada Shaklee

Seperti yang tuan puan sedia maklum, bulan Mei ini, Shaklee menawarkan promosi Mealshake Beli 6 Percuma 1.Memang rugi lah kalau tak beli time tgh promosi ni.... hihihi.. setin ni kalau sorang anak je yg consume, boleh bertahan dlm 2-3bulan..  Shelf life Mealshakes juga tak lama  (tempoh hayat expired)  Ini utk menjamin kesegarannya, tapi tak rugi beli sekurang2nya ambil 1set (buy 6 free 1).. Kenapa? sebab kalau satu keluarga consume (ibu,ayah, anak 2-3org) setin tu utk sbulan sahaja... So kalau amik 1set blih simpan stok setengah tahun.. or share2 dgn kwn2... Dan yg best lagi Mealshakes ni bukan sahaja kaya dgn protin dan kalsium.. tetapi juga kaya dgn vitamin penting terdapat dlm per serving Mealshakes .. Vitamin A, Vitamin B12, B6, Thiamin, Riboflavin, Asid Folic,  Vitamin C, Vitamin E, Biotin, Vitamin D, Niacin, dan juga mineral2 penting kalsium, iodin, besi, fosforus, magnesium, selenium, chromium, molybdenum, zinc..