Skip to main content

Buang Bayi Lagi

rakyat Malaysia bercuti lagi untuk menyambut raya cina Isnin dan Selasa ini.. sinonim dengan raya cina ni ialah mercun dan angpau yang juga sebati dengan hari raya... dan aku dapat angpau berisi rm10 dari bos, yalah orang bujang... seingat aku, ni merupakan angpau pertama ku yang akan menginjak umur 26 pada minggu depan...

inti sebenar cerita hari ni adalah rentetan berita yang aku dengar di tv3 dalam buletin pagi... kes pembuangan anak oleh pelaku2 seks masa kini... inilah yang cuba dielak dari berlaku kepada umat manusia melalui firman Allah
"Janganlah kamu menDEKATI zina"

kes hari ni macam men'describe'kan penjenayah ini adalah pelajar kerana modus operandinya bayi disimpan di dalam beg laptop... ini hanya andaian.. aku sempat kongsikan dengan rakan2 staf sebelum meeting panjang bermula pagi tadi... seorang staf ni lantas bertanya, anak lelaki ka perempuan? aku cakap kurang pasti dengan identiti mayat bayi ini.. sebab nya setakat ini dia belum mempunyai anak lelaki lagi selepas 4 anak perempuan... katanya lagi, sesiapa yang ada anak lelaki yang tidak diingini, sila berikan kepada nya...

seorang lagi staf berkongsi cerita jirannya selalu excited ke tempat pembuangan sampah dengan harapan berjumpa dengan bayi yang ditinggalkan oleh penjenayah2 seks.. pelik dan lucu cerita ni, tapi disebalik itu, membuat aku terfikir tidak semua yang kita minta akan diberi... orang yang diberi pula, tidak tahu untuk menghargai dan menggunakan segala yang diberikan Allah... bila benda tu hilang atau sudah tidak ada didepan mata, barulah kita terkinja2 meminta...

Nota Suara Aku hanya mampu berdoa agar Malaysia dijauhi dari murka Allah... kerana andai kita kufur dengan ni'mat Allah, azab Nya amat pedih...renungkan di hari Jumaat...takbir!

Comments

Popular posts from this blog

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Pidato Belia Negeri Sabah!

Assalammualaikum wbt... Hari ni nda bole cerita panjang2 walaupun banyak yang ingin diceritakan... tapi sebab kesibukan yang melanda dalam seminggu dua ni... ditambah kepenatan baru balik dari merantau... Sekarang ni pula aku cuba menyibukkan diri dengan pertandingan pidato belia peringkat negeri Sabah. Esok adalah acaranya bertanding! Sampai ke saat artikel ni ditulis, aku tanya Amin tapi dia pun bagi kasar ja. Cubalah faham yang aku ni perlukan bantuan dan khidmatnya...dan sampai ke saat ini juga, aku masih belum menyiapkan teks pidato ku...dalam kepala sekarang ada sudah tumbuh 'tanduk' untuk melakukan taktik kotor...hehehehe tapi sabar dulu. Kalau sudah terdesak baru gunakan senjata ni... Mau tanya Kalui pula, memang perlukan kos yg tinggi sebab kalau setakat sms, memang taun depan baru dibalas kali... Nota Suara Aku bila berada di Sabah negeri di bawah bayu ni, susah sikit mau datang ke cc atau cari internet sbb MAHAL mau mampus...jadi kadang2 la bagi komen...kalau ada yg...