Skip to main content

PROVOKASI

Ada-ada saja Malaysia sekarang ni. Provokasi demi provokasi disuarakan, disiarkan dan dihebahkan ke seluruh pelosok negara. Hanya kerana 25butir peluru, terpacul celaka di mulut YB bukit gelugor. Mungkin ada kebenaran, tapi andai tidak ada bukti dan siasatan dijalankan maka kes ini tidak akan dapat diselesaikan dan dirungkai. Dari perkataan celaka ini, media elektronik menjadi bahan api menyalakan kemarahan pemuda2 'Malaysia' yang mengheret kehadiran segerombolan pemuda di Dewan Parlimen hari ini. Sekali lagi, media elektronik ini menjadi pengetuk loceng memulakan pergaduhan di gelanggang gusti. Anggota keselamatan pula menjadi 'bodyguard' yang memerhati dan akan bertindak jika keadaan menjadi tidak terkawal.

Persoalannya, di dewan mulia ini tidak adakah undang-undang yang dijadikan sebagai garis panduan bagi mengelak kejadian sebegini dari berlaku? YDP hanya menjadi pemerhati. Tidak ada lagi autoriti YDP, YB2 tidak lagi takut atau gentar pada suara YDP. Di mana undang2 parlimen?

Nota Suara Aku mencatat apa yang terbuku dalam kepala untuk dijadikan sejarah di masa akan datang. Apa yang jelas, provokasi harus dielakkan lebih2 lagi yang melibatkan ketenteraman rakyat Malaysia. Semacam sudah goyah keamanan yang dikecapi 50tahun. Jangan kita terkena jangkitan negara jiran seperti Thai. Perdana Menteri bertukar dalam tempoh yang singkat akibat desakan rakyat. Seperti menukar tayar yang pancit dibuatnya.Adios!

Comments

Popular posts from this blog

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Pidato Belia Negeri Sabah!

Assalammualaikum wbt... Hari ni nda bole cerita panjang2 walaupun banyak yang ingin diceritakan... tapi sebab kesibukan yang melanda dalam seminggu dua ni... ditambah kepenatan baru balik dari merantau... Sekarang ni pula aku cuba menyibukkan diri dengan pertandingan pidato belia peringkat negeri Sabah. Esok adalah acaranya bertanding! Sampai ke saat artikel ni ditulis, aku tanya Amin tapi dia pun bagi kasar ja. Cubalah faham yang aku ni perlukan bantuan dan khidmatnya...dan sampai ke saat ini juga, aku masih belum menyiapkan teks pidato ku...dalam kepala sekarang ada sudah tumbuh 'tanduk' untuk melakukan taktik kotor...hehehehe tapi sabar dulu. Kalau sudah terdesak baru gunakan senjata ni... Mau tanya Kalui pula, memang perlukan kos yg tinggi sebab kalau setakat sms, memang taun depan baru dibalas kali... Nota Suara Aku bila berada di Sabah negeri di bawah bayu ni, susah sikit mau datang ke cc atau cari internet sbb MAHAL mau mampus...jadi kadang2 la bagi komen...kalau ada yg...