Skip to main content

Cerita mingguan

hujung minggu balik kg...panjang sikit kali ni sebab semalam sabah public holiday... dapat la rehat panjang sikit... kawan di ums mau ikut balik kampung, tapi aku berat sikit ajak sebab takut orang lain cakap bukan2... bukannya awek aku pun, tapi klu dah kita bawa balik anak gadis, orang akan kata awek kita... nanti tak pasal2 hilang status bujang aku...hehe

hari ni, ada lagi majlis di rumah...klu minggu lepas majlis kesyukuran adik2 aku selesai konvo, minggu ni pula meraikan anak buah aku dengan majlis bergunting dan akikah semalam... majlis ni dibuat kecil2 an saja tapi almaklum la, klu pun kecil dan jemputan hanya kerabat2 dekat, tapi agak meriah juga la majlis ni... sekarang ni baru abis majlis...

terus terang, aku kurang sikit berminat dengan majlis2, bukan kerana tidak menyukai orang datang rumah, tapi apa juga majlis yang berlangsung pastinya memenatkan... ditambah lagi bapa tidak suka benda2 yang tidak lancar... sedikit saja kecacatan, bapa akan terus marah walaupun bukan di depan orang... agak menghairankan, boleh dikatakan kami amat mahir dengan penganjuran majlis2 keramaian di rumah, tetapi setiap kali ada majlis berlangsung, perkara dan kecacatan yang sama akan berulang... seolah2 tidak biasa dengan majlis... ataupun memang itu lah yang akan memeriahkan majlis, kelam-kabut!!!

aku masih lagi merasa aura kemenangan Chelsea khamis lepas, tapi ada orang yang tidak berpuas hati dan terus marah hingga ke hari ini... sebab? aku pun xtau...

bercakap tentang kelisa, khamis lepas juga aku terpaksa menggunakan bumper yang lama bagi menggantikan bumper sumpak akibat melanggar anjing hitam malam hari rabu... kos untuk membaikinya memakan rm300 juga, walaupun bukan duit aku, tapi duit tetap duit bro... on da way balik sandakan, lampu signal depan tercabut pula, nasib tersedar cepat kalau tidak orang kata sudah jatuh ditimpa tangga pula...

Aku macam hilang semangat dalam seminggu dua ni, mungkin masih mencari mood kerja atapun hati aku bercelaru!!! aku cuba mencari identiti sebenar aku, tapi aku takut untuk mengetahui nya...hmm apapun hidup perlu diteruskan, adios!!!

Comments

Popular posts from this blog

Pidato Belia Negeri Sabah!

Assalammualaikum wbt... Hari ni nda bole cerita panjang2 walaupun banyak yang ingin diceritakan... tapi sebab kesibukan yang melanda dalam seminggu dua ni... ditambah kepenatan baru balik dari merantau... Sekarang ni pula aku cuba menyibukkan diri dengan pertandingan pidato belia peringkat negeri Sabah. Esok adalah acaranya bertanding! Sampai ke saat artikel ni ditulis, aku tanya Amin tapi dia pun bagi kasar ja. Cubalah faham yang aku ni perlukan bantuan dan khidmatnya...dan sampai ke saat ini juga, aku masih belum menyiapkan teks pidato ku...dalam kepala sekarang ada sudah tumbuh 'tanduk' untuk melakukan taktik kotor...hehehehe tapi sabar dulu. Kalau sudah terdesak baru gunakan senjata ni... Mau tanya Kalui pula, memang perlukan kos yg tinggi sebab kalau setakat sms, memang taun depan baru dibalas kali... Nota Suara Aku bila berada di Sabah negeri di bawah bayu ni, susah sikit mau datang ke cc atau cari internet sbb MAHAL mau mampus...jadi kadang2 la bagi komen...kalau ada yg...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Rancangan!

Hari ni hari cuti aku lagi..memang kadang2 memenatkan kerja time org cuti,n cuti time org lain kerja...yg seronoknya,klu jln2 xla b'sesak2 mcm d hjg minggu...naik bas pun xla berebut2... James Bond atau Happy Feet? Filem ni aku ingat kan bagus...aku ingat mau tengok filem ni hari ni...tengok sorang2 pun xpa utk tengok filem animasi ni slu ny biarla tahap luarbiasa baru layan n puas hati..setakat ni, aku baru tengok filem Finding Nemo di panggung..katun2 lain,sori la kurang minat... Tengok la mcm mana, klu ada mood tengok la,klu nda beli cd lanun pun bole juga tu...ahaks! 2hari lepas,bday mama ku. Mau post ucapan dlm blog ni,tapi bila fikir balik bukan ada gambar pun mau letak, jd tgu ada gambar baru letak satu kali ngan ucapan n apresiasi la... Nota Suara Aku masi lagi menunggu keputusan ruma di kg.Air tu...mau call ruma,nda dapat pula..entah apa prob di ruma tu...pas ni pasang balik telepon rumah la, lagi senang mau call...d ruma pun teda lagi alasan mau bagi klu nda call aku...a...