Skip to main content

Ulasan G.I.Joe & Syurga Cinta

hari jumaat lepas sempat tengok wayang G.I.Joe :the rise of cobra... buat permulaan, tajuk nya macam nda sesuai sebab Cobra nda keluar2 pun sampai di minit 10 terakhir... petanda akan ada sambungan selepas ini... cerita kartun dulu2 masa kecil2 mendorong aku menonton filem yang penuh dengan aksi... sekali lagi, filem orang putih menggunakan mesir sebagai tapak untuk bersembunyi, menjalankan eksperimen ketenteraan sulit... kalau transformer sebelum ni, mesir menjadi tapak prime2, sekarang ni, G.I.Joe menjadikan Mesir sebagai tapak ketenteraan mereka... cerita ni dari segi aksi memang lebih baik dari transformer, jelas dan tidak kelam kabut seperti TROTF... cuma kurang dijelaskan asal-usul GIJ... nda pa, mungkin ada sambungan akan datang yang mengupas asal-usul GIJ....

Minggu lepas juga, aku suda tengok Syurga Cinta lakonan Awal & Heliza dan Haziq... cerita yang memang menarik, tapi masih tidak berbaloi kalau ditonton di cinema... terdapat sedikit kekeliruan identiti dalam lakonan Awal... macam mana Awal dapat menerima 'iman' hanya dengan panduan dakwah yang tidak kuat dari Heliza... kemudian, boleh pula dia mempermainkan perasaan di tengah2 jalan cerita, dan sebegitu mudah Heliza menerima cinta orang memperbodohkannya depan orang lain... aku nda dapat menerima cerita 'dakwah' sebegini yang nampak menarik semasa preview... sangat remeh dan ringan jalan cerita nya tetapi cuba membawa pengajaran yang berat... nasihat aku, seimbangkan lah antara menghasilkan jalan cerita yang singkat dan ringan dalam sejam setengah dengan motif atau pengajaran yang ingin disampaikan... bukan bertujuan merendahkan hasil kerja Ahmad Idham, cuma sedikit kritikan untuk lebih menghasilkan karya kreatif dan berkualiti... maaf kalau kritikan ini tidak dapat diterima... setakat ini, Nur Kasih masih cerita terbaik dakwah dalam rating filem/ drama ku... sebelum terlupa, dimana kisah mak dan ayah Awal yang diakhirnya seperti ingin insaf dan bertaubat tetapi diputuskan dengan ayat ayah Awal, "kita ni banyak buat amal, sedekah dan mengambil anak-angkat, tidak cukup ka itu untuk membawa kita ke syurga?"... bagi yang bukan beragama Islam atau kurang pengetahuan agama, kalau menonton filem ini, sepertinya kita tidak perlu solat untuk ke syurga kerana kesimpulan yang dibuat tidak diperbetulkan dalam filem itu juga....

Nota Suara Aku menyokong usaha Ahmad Idham tetapi biarlah research yang dibuat bukan sekadar ala kadar... teruskan berkarya dan "drift" jangan tinggal dalam filem....adios!

Comments

Popular posts from this blog

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Pidato Belia Negeri Sabah!

Assalammualaikum wbt... Hari ni nda bole cerita panjang2 walaupun banyak yang ingin diceritakan... tapi sebab kesibukan yang melanda dalam seminggu dua ni... ditambah kepenatan baru balik dari merantau... Sekarang ni pula aku cuba menyibukkan diri dengan pertandingan pidato belia peringkat negeri Sabah. Esok adalah acaranya bertanding! Sampai ke saat artikel ni ditulis, aku tanya Amin tapi dia pun bagi kasar ja. Cubalah faham yang aku ni perlukan bantuan dan khidmatnya...dan sampai ke saat ini juga, aku masih belum menyiapkan teks pidato ku...dalam kepala sekarang ada sudah tumbuh 'tanduk' untuk melakukan taktik kotor...hehehehe tapi sabar dulu. Kalau sudah terdesak baru gunakan senjata ni... Mau tanya Kalui pula, memang perlukan kos yg tinggi sebab kalau setakat sms, memang taun depan baru dibalas kali... Nota Suara Aku bila berada di Sabah negeri di bawah bayu ni, susah sikit mau datang ke cc atau cari internet sbb MAHAL mau mampus...jadi kadang2 la bagi komen...kalau ada yg...