Skip to main content

Ramadhan Fasa Ketiga

sungguh nya cepat masa berlalu dan kita mudah tinggalkan tanpa berusaha meragut kelebihan2 yang disediakan di bulan Ramadhan ini... hari ini suda masuk hari yang kedua puluh satu kita berpuasa... bermakna kita sudah berada di peringkat ketiga bulan ramadhan... dan aku gagal untuk mengambil kesempatan Ramadhan ini... bermakna juga dengan kata mudah, tahun ini aku gagal lagi... moga2 minggu terakhir ini dapat aku menggunakan kesempatan yang diberikan oleh Allah kepada kita...

bulan ini boleh dikatakan setiap minggu aku balik sandakan dan meluangkan masa berbuka bersama keluarga... kesempatan ini datang nya dari cubaan berniaga yang aku dapat dari seorang kawan... niaga apa?? ni sulit sedikit hendak diwar-warkan disini, bukan seperti produk Hiraq dalam blog abahmuizz... tapi aku bukan driving setiap minggu ulang-alik kk-sandakan, seminggu aku bawa kereta, minggu lepas aku naik bas pula, dan minggu ni aku balik bawa kereta... walaupun penat ditambah dengan beban minyak (hadiah Hari Merdeka) yang meningkat tapi aku berharap berbaloi-baloi lah dengan dapatan sempena raya ni...

tahun ni juga, kami sepakat sekeluarga untuk mengenakan tema raya warna biru, anda tau juga tu kenapa biru... yang peliknya baru tahun ini warna biru digunakan sebagai tema sedangkan biru warna kegemaran aku... dan seingat aku kali terakhir baju Melayu ku berwarna biru ketika aku tingkatan 1... dan selepas itu, warna yang selalu aku pilih atau dipilih mak ialah warna hijau...

apalah aku merepek ni...Nota Suara Aku berhenti disini, insyaAllah kesempatan akan datang, aku cerita lain pula k....cerita cewek Tawau bole???? hehehe adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Pidato Belia Negeri Sabah!

Assalammualaikum wbt... Hari ni nda bole cerita panjang2 walaupun banyak yang ingin diceritakan... tapi sebab kesibukan yang melanda dalam seminggu dua ni... ditambah kepenatan baru balik dari merantau... Sekarang ni pula aku cuba menyibukkan diri dengan pertandingan pidato belia peringkat negeri Sabah. Esok adalah acaranya bertanding! Sampai ke saat artikel ni ditulis, aku tanya Amin tapi dia pun bagi kasar ja. Cubalah faham yang aku ni perlukan bantuan dan khidmatnya...dan sampai ke saat ini juga, aku masih belum menyiapkan teks pidato ku...dalam kepala sekarang ada sudah tumbuh 'tanduk' untuk melakukan taktik kotor...hehehehe tapi sabar dulu. Kalau sudah terdesak baru gunakan senjata ni... Mau tanya Kalui pula, memang perlukan kos yg tinggi sebab kalau setakat sms, memang taun depan baru dibalas kali... Nota Suara Aku bila berada di Sabah negeri di bawah bayu ni, susah sikit mau datang ke cc atau cari internet sbb MAHAL mau mampus...jadi kadang2 la bagi komen...kalau ada yg...