Skip to main content

10K

agak-agak apa kaitan tajuk ni dengan aku?? sebenarnya sangat berkaitan dengan aku dan memang amat memberatkan kepala ku untuk berfikir... aku belum pernah menghadapi situasi begini, dan aku tidak mengharapkan untuk mengalaminya berulang kali... mungkin perkara ini agak sensitif tapi aku sekadar ingin menotakan apa yang terbuku di kepala ku...

semalam aku bangun malam bukan untuk tahajjud... tapi ada sesuatu yang menyuruh aku untuk bangun... agak merugikan aku nda gunakan bangun malam untuk bertanya dengan Allah... aku sepertinya lebih selesa menghadap FB sehinggalah aku tertidur balik... sedar nda sedar, memang nda sedar pun, adik ku yang kejutkan aku jam 6.45!! aku bingkas bangun dan menyegerakan rutin harian sampai la tiba di opis...

selepas dapat tau dari dia, khabar2 yang diletakkan aku berbincang dengan bapa... walaupun perbincangan kami sekadar melalui telefon, tapi ianya bukan perbincangan biasa... aku sangat tekun mendengar teori bapa... aku akui, memang AMAT sukar mendapat bapa sepertinya... aku bukan juga minta keluarga dia ikut seperti bapa, tapi sekurang2 nya ada timbangrasa dalam menentukan nilai... faizal sudah cakap awal2, memang itu suda jadi standard zaman sekarang ni dan 10K ni nilai minimum di mana2 tempat pun... bahkan ada tempat yang meletakkan 25K lagi! aku nda malu katakan kami bukan orang kaya dan nilai ini sejujurnya membebankan...

kadang2 ada juga penyesalan dihati sebab nda ikut cakap bapa... sejak awal lagi, bapa suda pesan lelaki kena simpan duit banyak2.... tapi menyesal sekarang memang nda guna lagi... bila ada suda khabar2 nilai 10K, apa yang bole aku buat sekarang?? Loan?? ni memang ditolak mentah2 oleh bapa dan kak mang.... lebih kejam lagi, bapa kata bikin malu buat loan semata2 perkara ni... kata bapa memang senang buat pinjaman, tapi akan sakit belakang hari... bapa sekali lagi membuat aku kagum, bapa cakap satu hari nanti dia takut gara2 pinjaman, aku tersangkut untuk buat pinjaman untuk perkara yang lebih penting seperti beli rumah... bukan bapa cakap benda ni nda penting, cuma selagi boleh dibawa bersabar, bapa suruh cari jalan lain lagi... dan aku akur dengan pendapat @ arahan ini...

kemudian aku cakap dengan mama pula, mula2 keadaan tenang dan ok ja... dan perbualan kami semakin sebak bila mama menangis... aik mak, aku belum kawin lagi bah.... mama cakap dia nda mau nanti bakal menjaga aku ni, mengabaikan tugas2 nya... dia nda mau aku jadi seperti sepupu aku yang sudah kawin tapi masih lagi emak yang jaga diorang, sepertinya tidak berbini juga... makan minum dan pakaian masih lagi emak yang atur... aku cakap insyaAllah aku akan tetapkan pendirian...

Nota Suara Aku hanya mampu berdoa yang terbaik untuk keluarga ku... aku nda mau hanya sebelah pihak yang gembira dan aku tidak akan sekali-kali mengabaikan keluarga terutamanya mama... berkenaan usaha, biarlah sekarang ni bapa usaha dengan cara nya, aku dengan caraku tapi keputusan akan ditentukan bapa juga....adios!

Comments

TheShida said…
aish...abg irman nk kawen ek? dgn sape ni??

abg...sy rs 10k 2 standard la...skrg ni smua ltak 10k..sbb hrga brg pon naik...knduri pon nk pkai dut manyak.

just my 2 cent. =p
Anonymous said…
it's not about command or standard,tp 10k tu mmg mahal jg,myself pun xdiletak sebegitu tinggi...belanja kawin?sendiri kena support jg besides parents lah yg tlg.tp tulah masing2 punya view...benda ni sensitif.apapun suami sangat kagum dengan pendirian bapa yg tidak meletak nilai yg memberatkan mata memandang...

Popular posts from this blog

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Pidato Belia Negeri Sabah!

Assalammualaikum wbt... Hari ni nda bole cerita panjang2 walaupun banyak yang ingin diceritakan... tapi sebab kesibukan yang melanda dalam seminggu dua ni... ditambah kepenatan baru balik dari merantau... Sekarang ni pula aku cuba menyibukkan diri dengan pertandingan pidato belia peringkat negeri Sabah. Esok adalah acaranya bertanding! Sampai ke saat artikel ni ditulis, aku tanya Amin tapi dia pun bagi kasar ja. Cubalah faham yang aku ni perlukan bantuan dan khidmatnya...dan sampai ke saat ini juga, aku masih belum menyiapkan teks pidato ku...dalam kepala sekarang ada sudah tumbuh 'tanduk' untuk melakukan taktik kotor...hehehehe tapi sabar dulu. Kalau sudah terdesak baru gunakan senjata ni... Mau tanya Kalui pula, memang perlukan kos yg tinggi sebab kalau setakat sms, memang taun depan baru dibalas kali... Nota Suara Aku bila berada di Sabah negeri di bawah bayu ni, susah sikit mau datang ke cc atau cari internet sbb MAHAL mau mampus...jadi kadang2 la bagi komen...kalau ada yg...