Skip to main content

Selamat Datang Mohd Hamzah Zahidi

08.04.10 kami menerima kehadiran ahli keluarga baru. Aku bersyukur dengan limpahan rahmat Allah... setelah kami diuji tahun lepas dengan pemergian Nurul & Bella, Allah menggantikan dengan seorang lelaki dalam keluarga kami...

bulan April tahun lepas segera mengingatkan aku tentang kembalinya Nurul ke rahmatullah, dan april ini menjelma dengan senyuman dengan kedatangan Mohd Hamzah Zahidi... Hamzah merupakan nama seorang pakcik Rasulullah s.a.w yang membawa maksud kebijaksanaan, Hamzah juga digelar Singa Allah... manakala Zahidi membawa maksud rendah hati atau menjauhkan diri dari kemewahan.... maka bila terbentuknya nama Hamzah Zahidi ni, aku mendoakan anak yang lahir ini akan sentiasa merendah hati tetapi dengan penuh kebijaksanaan...

agak signifikan nama yang aku pilih ini, sebab bila ku selak sejarah...Hamzah diberi gelaran Sayyid As-Syuhada (penghulu orang mati Syahid).... aku terkenang dengan Nurul Syuhadah... Alhamdulillah aku panjatkan kepada yang Maha Pencipta, semoga kenangan ku bersama arwah nurul terubat dengan kedatangan Hamzah Zahidi.... ikhlas nya, aku masih nda dapat memadam memori arwah.... dan mungkin juga ini tanda2 kelahiran Hamzah Zahidi, kerana saban hari aku teringat dengan Nurul....

Nota Suara Aku nda sabar untuk bertemu dengan pengubat rindu ku.... Syukur Alhamdulillah.... Allahu Akbar!!! Selamat Datang Mohd Hamzah Zahidi....

Comments

Popular posts from this blog

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Pidato Belia Negeri Sabah!

Assalammualaikum wbt... Hari ni nda bole cerita panjang2 walaupun banyak yang ingin diceritakan... tapi sebab kesibukan yang melanda dalam seminggu dua ni... ditambah kepenatan baru balik dari merantau... Sekarang ni pula aku cuba menyibukkan diri dengan pertandingan pidato belia peringkat negeri Sabah. Esok adalah acaranya bertanding! Sampai ke saat artikel ni ditulis, aku tanya Amin tapi dia pun bagi kasar ja. Cubalah faham yang aku ni perlukan bantuan dan khidmatnya...dan sampai ke saat ini juga, aku masih belum menyiapkan teks pidato ku...dalam kepala sekarang ada sudah tumbuh 'tanduk' untuk melakukan taktik kotor...hehehehe tapi sabar dulu. Kalau sudah terdesak baru gunakan senjata ni... Mau tanya Kalui pula, memang perlukan kos yg tinggi sebab kalau setakat sms, memang taun depan baru dibalas kali... Nota Suara Aku bila berada di Sabah negeri di bawah bayu ni, susah sikit mau datang ke cc atau cari internet sbb MAHAL mau mampus...jadi kadang2 la bagi komen...kalau ada yg...