Skip to main content

Posts

Genap 3 Bulan

Kemarin FBI inject untuk 3bulan, beratnya sudah mencecah 5.2 kg dan panjang 57cm... ini ukuran kasar yang aku sendiri ukur /timbang di klinik... FBI menunjukkan kelelakiannya bila dicucuk jarum, berteriak seketika dan diam sebaik jarum dicabut dari pahanya... Cepat masa berlalu, sedar xsedar kami sudah pun mendirikan rumah tangga genap setahun pada 8 April lepas.... syukur kepada Allah kerana melimpahkan kami rezeki yang tidak semua orang mendapatnya.... FBI lahir tidak smpi setahun kami kahwin... nda perlu menunggu lama seperti sesetengah orang... FBI sekarang kerap mengeluarkan suaranya, sentiasa bangga mengeluarkan suaranya sebaik celik mata... kaki dan tanganny juga makin aktif, kakinya yang memang kuat sejak umur 1 bulan, semakin kuat sekarang ni... kalau dibiarkan, kedudukannya pasti berubah dari asal... ni tanda2, nda boleh dibiarkan sendirian di atas katil tanpa penghadang... NSA berhenti disini dan akan kembali bila mengizinkan.... ni catatan bukan untuk dibaca :)

Senyuman Pertama

FBI sudah mengukir senyuman yang pertama kemarin lepas aku balik kerja... aku pasti senyuman ini adalah respon seperti kebiasaan bayi yang berumur 2 bulan... bilang mami nya sepanjang hari nda mau senyum sebab FBI demam akibat inject 2 bulan... kesian sangat, mujur la mami nya seorang yang penyabar dalam menjaga bayi... berat FBI pun sudah menjangkau 4.0+ kg... Nota Suara Aku selepas ni akan menjadi seperti diari untuk merakam perubahan2 FBI...sekian, untuk masa ini....Adios

Azam Tahun Baru : Disiplin Tentang Wang

Assalammualaikum, tahun baru telah menjelma, banyak perkara berlaku sepanjang 2011... 2011 juga telah meninggalkan rekod paling sedikit aku menotakan suara aku.... mungkin tahun 2011 aku lebih banyak bercerita dengan isteri tercinta.... justeru, tidak terbuka hati untuk menotakan di sini. Apapun, hari ini aku terbuka hati untuk menitip sedikit peringatan buat diri sendiri... Saban hari, semakin banyak komitmen terpaksa aku tanggung... tahun ini, aku akan mempunyai rumah sendiri hasil bantuan kak mang dan suaminya.... tahun ini juga aku bakal menjadi seorang daddy....tinggal tunggu hari ja lagi ni.... dan orang yang paling banyak menolong aku, kak mang. Sentiasa memberi teguran tertutup.... Aku memasang azam tahun ini, untuk menjadi seorang lebih berdisiplin tentang wang.... maklum sajala, kos sara hidup negara tercinta kita ni semakin tinggi.... kita kan mau maju :P Dan kak mang memberikan aku jadual bajet... nampak simple ja tapi aku dapat merasakan aura kepayahan tu.... apapun... ter...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Dilema Kad Jemputan

hari ni sempena Maulidur Rasul, selamat menyambut maulidur rasul dan semoga anda semua dapat keberkatan dari Allah swt dan mendapat syafaat dari Nabi Muhammad saw.... hari ni juga aku berkesempatan mengikuti perarakan setelah sekian lama aku nda menyertainya... best juga la dapat mengeluarkan peluh sambil berselawat sepanjang jalan... lepas perarakan, aku nda tunggu lama, terus balik untuk makan... sangatla mengecewakan manusia yang supply makanan untuk majlis ni... sudah la sarapan (ya ka sarapan?) bukan lagi lambat, tapi tidak datang langsung! dan aku berjalan dengan perut kosong... kemudian suda smpi di dewan, makanan tidak juga menunggu... adakah patut, sudah tau tidak sedia sarapan... mau tunggu lagi jam 10 baru mau hantar makanan ka? adui xda semangat maulidur rasul langsung... cukup untuk maulidur rasul tahun ni... berbalik kepada tajuk post hari ni, aku masih dalam dilema... dilema bukan apa, aku sudah design satu kad jemputan... dan aku berpuas hati dengan hasil kerja tangan s...

Persiapan Kahwin

Cepat betul masa berlalu... kurang 2 bulan lagi, aku akan bergelar suami... percubaan pertama gagal tidak sampai 6bulan mengikat pertunangan.... percubaan kedua berlaku selepas hari raya haji taun lepas... dan setelah beberapa kali tidak sepakat tarikh, akhirnya 8 April nanti akan berlangsung perkahwinan ku... majlis di tempat ku pula, 9 April ni... boleh dikatakan untuk majlis di tempat ku nanti, hampir kesemua aku yang tetapkan... bermula dari door gift, kad jemputan, tema majlis dan pelamin... perkara2 lain belum difikirkan lagi... untuk doorgift, suda terbeli dengan bantuan abg Yun dan kak Rin... tapi yang ini untuk tamu istimewa... untuk tamu d ruma, mungkin akan cari minggu depan... kad jemputan, mengambil masa yang lama untuk bikin... mau dikatakan cerewet, tidak juga... aku suda cek dan berhubung dengan lebih kurang 5-7 syarikat printing di kl dan sabah... untuk syarikat printing di sabah, harga yang ditawarkan amatlah mahal... mungkin order dari kl... syarikat printing kad yan...

Raung Senyum 2010 Yang Berlalu

1.1.2011; dengan azam meninggalkan segala panas baran yang ada... biarlah ianya menjadi sejarah yang tidak mungkin berulang... 2010 merupakan kenangan perit untuk dikenang... d tahun itulah aku mengenali hati budi manusia yang tahu untuk mengenang budi... di tahun itu juga la, aku dihimpit kedukaan dan kejatuhan maruah! di tahun itu juga, aku cuba bangkit dengan dorongan kak mang... di tahun itu, aku pernah memegang status bertunang dan kembali single... di tahun itu, status single tidak lama ku pegang, kerana not available disambung selang 2hari raya haji tiba... di tahun itu, aku seperti anjing yang takut dengan bayang2 sendiri... bayangan yang sentiasa menyelubungi setiap waktu... namun setiap keraungan, ada juga terukir senyuman2 indah... paling mendekat di hati, kehadiran 3anak buah dari 3 kakakku... bermula dengan Hamzah Zahidi, diikuti Ramadani klu nda silap, dan yang terbaru kelahiran Hadeejah... kesyukuran dipaut ke Maha Pencipta... tahun itu juga, aku mendapat 2 kemenangan wa...

Nota Hujung Tahun I

hari ni 29 Disember 2010.... bermula esok countdown 100 hari bermula sebelum aku melangkah ke alam yang baru dengan status yang baru... banyak lagi perkara belum diselesaikan... antaranya yg paling penting...kursus... dan dengar2 cerita kadar bayaran kursus meningkat lagi tahun depan... mungkin gara2 minyak yang naik + kos sara hidup meningkat + bayaran makan minum juga bertambah.... mungkin juga para pengendali kursus demand harga lebih tinggi, apapun perkara ini tidak sepatutnya berlaku.... semalam aku menghadiri perkahwinan kawan baik di kolej dan kawan sekerja sekarang... tahniah Mr.&Mrs Darrell... kalau diingat kisah dulu2 masa belajar, mr & mrs darrell ni selalu begaduh dalam telefon... nda boleh cakap halus2... ceh macam la aku nda paham... lebih kurang ja pun kami...tapi akhirnya mereka mampu bertahan dan sehingga kini masih lagi bersama... dan semalam menjadi saksi penyatuan mereka...tahniah sekali lagi... mood kerja sekarang ni macam hampeh ja... aku marah dengan diri...

sekadar mengaktifkan NSA

jam11.20 malam aku suda mau tidur...tapi mengotorkan seketika NSA yang semakin hari semakin berkurangan isinya... mungkin kehadiran FB menjadikan aku semakin melupakan kewujudan blog yang menjadi peneman ketika aku masih belajar di u suatu masa dahulu... sepanjang minggu lepas, hanya sehari aku rasakan hari bekerja ku dalam kategori produktif... 4hari lagi dipenuhi dengan pengularan akibat ketiadaan bos... tapi dari segi individu, minggu lepas sangat berkualiti... aku telah menyelesaikan hutang saman sebanyak rm360 pada mulanya... kemudian, bila aku merajinkan diri untuk membayar, kaunter menyebut rm210 sahaja! Alhamdulillah... dapat la save rm150... minggu lalu juga aku dapat membeli dvd 24 season 1... aku akui, dalam banyak2 cerita bersiri amerika, tiada cerita yang dapat menandingi kegilaan ku terhadap 24 ni... aku sanggup membeli dvd original dengan harga rm70 untuk menontonnya... tapi yang pelik, aku sudah menghabiskan tengok 24 season 8, kemudian season 7.... nasib baik, aku kemb...

Berhemah

kemarin jamdin bagi ceramah ataupun nasihat tentang persediaan menghadapi gerbang kahwin... seingat aku, ni sesi kedua atau ketiga... dan sesi kali ini lebih memfokuskan tentang Berhemah... berhemah dalam bajet perbelanjaan sebelum, semasa dan selepas kawin... aduina, terasa seram pula aku... ketika duit banyak di poket, kewarasan dalam membuat keputusan amatlah dipentingkan... dia memberi pendapat, walaupun seratus atau dua ratus, jangan diambil mudah ataupun terasa ringan... apalagi kalau kosnya 50-60 ringgit... semuanya perlu dipertimbangkan cukup2... aku pun terkejut mendengar penjelasan yang panjang lebar... semua tu langsung tidak terfikir oleh ku... aku ingatkan mudah... mungkin juga sebab aku nda terlibat secara langsung dalam bidang mengurus perkahwinan sepupu2 dan kakak2 ku dulu... jadi semua tu langsung tidak kelihatan... itu situasi sebelum kawin, selepas kawin lagila... dia cakap kalau tinggal tempat mentua, mungkin kurang sikit cabaran nya... tapi cabaran paling kuat, kal...

catatan seminggu bercuti

syukur aku sempat menotakan sedikit lagi peristiwa2 dlm bulan November ini. bukan untuk menceritahu kepada semua, sekadar untuk dijadikan diari dan sejarah masa depan. aku mendapati, blog merupakan satu2nya medium yang relevan untuk menotakan sejarah. blog ini bukan seperti blog yang lain. kebanyakan blog digunakan untuk mencari keuntungan. tidak kurang juga blog yang digunakan untuk mengadu domba. minggu lepas, aku bercuti selama seminggu memandangkan raya haji jatuh pada hari rabu. untuk tidak memenatkan aku, aku mengambil cuti 2hari sebelum dan 2hari selepas raya haji... mungkin juga aku boros dalam menghabiskan cuti yang masih ada walaupun tidaklah banyak lagi yang tinggal. tapi cukupla untuk aku merehatkan diri di ruma tercinta... raya tahun ini, aku sempat menyibukkan diri untuk menolong makcik ku mengadakan akikah dengan seekor kambing... walaupun tidak ahli dalam aksi2 korban ni, sekurang2 nya nampak juga batang hidung ku ni... tidak terlibat secara langsung dalam korban, cuma ...

motivasi

November memunculkan diri. november bermaksud oktober pergi. oktober pergi tanpa meninggalkan sedikit nota dalam suara aku. bukan bermakna suara ku kosong. kosong tanpa di isi. seperti kerja di oktober tidak meninggalkan sebarang makna untuk dikenang. atau kosong tanpa suara. tapi suara ku berbicara sendiri. Bersuara hari ni bermakna aku masih bernafas. cuma mungkin ianya tidak setenang dulu. ada yang kurang tapi sukar tidak diketahui. semangat bekerja juga sudah merudum. lantas aku berusaha untuk memuncakkan nya. dan ku temui bermula dengan konvensyen 5s yang baru berlalu. seorang speaker otai dengan bicara. walaupun bosan tetapi tertinggal. tertinggal satu azam untuk aku mencari dalam intenet. 7 habits of highly effective executive. dari 7 habits aku terjumpa satu blog. blog yang mengandungi motivasi kerja . lalu ku kumpul semangat baru. ku tanam semangat jahat. ku tinggalkan agar aku maju. bukan sekadar untuk diri sendiri. tapi untuk kebahagiaan keluarga. selama mana aku masih mampu...

Syawal yang tidak ceria

masih berada di bulan Syawal tapi mood aku tidak seperti yang diinginkan.... sejak dari syawal pertama lagi, semacam ada yang nda kena... semua nda kena di mata... aku nda tau apa yang aku maukan... walaupun aku mencuba sedaya upaya dengan memakai baju raya sepanjang minggu, tapi aku tetap nda bermaya untuk beraya... aku cuba mencari dimana2 dimana silapnya... tapi nda ku temui juga.... tahun ni, sama seperti tahun2 yang lalu, aku tidak banyak bejalan menziarah... banyak ku habiskan dengan duduk berperam dalam bilik... melayan saudara2 yang datang pun aku layan ala kadar saja... tapi duit raya tetap mesti dibagi kan... sepertinya satu kewajipan untuk memberi walaupun tidak banyak.... antara2 rumah2 yang aku ziarah adalah ruma pacik Bungsu di tman rajawali, dan macik di kg.bokara.... ruma2 yang baru aku ziarah tahun ni adalah ruma cikgu Yonnie , ruma arwah Ust Zakaria dan kawan lama c Zulkifly@motor.... hehehehe.... apa yang menarik di ruma cikgu Yonnie, kami adik beradik beramai2 datan...

Aku Bukan Anak yang Baik

tidak bertujuan dalam hati untuk menghebohkan apa yang telah berlaku minggu lalu... tapi tapuk macam mana pun, orang akan tau juga... post ini juga hanya sejarah yang telah tercatat dalam kehidupan ini... agak menyedihkan aku telah kembali menjadi bujang... tidak ada ikatan apa-apa lagi... banyak hati yang terguris dengan kejadian ini... terutama sekali mama... mama terlalu sayang dengan orang yang tidak jadi menantu nya... aku tidak salahkan mama bila mama salahkan aku yang sebabkan putusnya perhubungan ini... mungkin mama terlalu emosi atau memikirkan masalah yang bakal dihadapi bila balik kampung nanti... macam kata bapa, ibarat disapu najis ke muka bila berhadapan keluarga di kampung... ya aku akui, aku bukan anak yang baik... aku mungkin sudah menjalankan tugas2 sebagai seorang anak... aku terangkan dan jelaskan dengan bapa n mama situasi di pihak aku serta keputusanku... dan bapa sudah membuat keputusan sebelum kami berangkat ke papar... dan pihak perempuan (kalau aku boleh katak...

Lari

Hatiku gundah gulana merencanakan masa depan yang bergolak kini... aku suda membuat keputusan untuk berpisah, begitu juga sudah ku ceritakan dengan mama tentang perkara ini... keluarganya juga telah mengetahui hal ini... cuma yang menjadi hati tidak sedap bila dia melarikan diri dari rumah kakaknya... apa sudah jadi dengan 'redha' yang diucapkannya tentang keputusan yang ku ambil... mungkin hanya dibibir berucap demikian, tapi jangan lah sampai diterjemahkan dalam bentuk perlakuan yang mengundang kesusahan dengan keluarga sendiri... aku mungkin tidak layak untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar kepadanya, apa lagi merayu dengannya untuk kembali kepada keluarganya.. tapi keputusan yang diambil untuk lari bukan tindakan matang yang baik... ini tindakan terburu-buru... adakah dengan lari dapat memujuk hatiku untuk hidup bersama? tidak... adakah dengan lari, dapat dia meletakkan aku yang bersalah dan membuat semua orang membenciku? YA... mungkin majoriti akan menyuruh aku untuk bers...

KECAMUK

sudah sekian lama blog NSA menyepi dari sebarang cerita dan berita... dalam tempoh tiga bulan menyepi bukan bermakna tidak berlaku apa2... bak kata pepatah air tenang jgn disangka tiada buaya... laut tenang jangan diduga.... pulau pandan jauh ke tengah.... ah teda2 bah ni pepatah... aku masih seperti pemilik NSA yang dulu, cuma pengalaman, kejadian dan dugaan yang diberikan Allah kepadaku semakin mematangkan aku... dalam kematangan itu timbul keraguan... dalam keraguan wujud ketidakpastian.... dan ketidakpastian itu membuat aku berfikir perkara2 lalu... lantas perkara2 lalu seperti satu angka matematik yang memerlukan jawapan setelah ditambah tolak darab dan bahagi.... 'hidup bersama' memerlukan pengorbanan kata faizal... MUNGKIN betul, tapi pengorbanan ini tidak sehingga aku terkorban kan? bukan sehingga aku mesti mengorbankan janji2 ku dgn mama dan bapa selama ini... 'hidup bersama' aku sangkakan mudah dan akan datang sendiri tanpa perlu dicari... 'hidup bersama...

Jangan Diikutkan Sangat Perasaan

ini merupakan post pertama ku yang akan bersuara mengenai perkembangan pertunangan ku... memang sudah lama ingin ku kongsikan dalam ni, tapi serasa ada berat sedikit untuk bercerita memandangkan lebih banyak negatif nya berbanding positifnya.... sejak dari awal lagi, aku kurang senang dengan jangkamasa yang lama yang perlu aku tunggu untuk sah menjadi suami, tapi aku faham jangan diikutkan sangat perasaan.... tidak seperti yang dirancang... bukan aku saja yang kurang senang... demikian dengan bapa... tapi apakan daya itu sudah dikehendaki dari sebelah pihak... dan hari ini, ada sedikit kekuatan untuk aku menotakan apa yang terbuku dalam suara aku... sebelum tu, aku ingin menjawab apa yang ditanya oleh 'guest' yang tidak sudi memberikan namanya... boleh dikatakan satu komplen berkenaan blog ku ini... FYI, blog ni bukan bertujuan untuk mencari untung sebagaimana blog2 lain... bukan juga blog yang penuh dengan gosip2 untuk meramaikan pengunjung... blog ini hanya lah seperti nama n...

Selamat Datang Mohd Hamzah Zahidi

08.04.10 kami menerima kehadiran ahli keluarga baru. Aku bersyukur dengan limpahan rahmat Allah... setelah kami diuji tahun lepas dengan pemergian Nurul & Bella, Allah menggantikan dengan seorang lelaki dalam keluarga kami... bulan April tahun lepas segera mengingatkan aku tentang kembalinya Nurul ke rahmatullah, dan april ini menjelma dengan senyuman dengan kedatangan Mohd Hamzah Zahidi... Hamzah merupakan nama seorang pakcik Rasulullah s.a.w yang membawa maksud kebijaksanaan, Hamzah juga digelar Singa Allah... manakala Zahidi membawa maksud rendah hati atau menjauhkan diri dari kemewahan.... maka bila terbentuknya nama Hamzah Zahidi ni, aku mendoakan anak yang lahir ini akan sentiasa merendah hati tetapi dengan penuh kebijaksanaan... agak signifikan nama yang aku pilih ini, sebab bila ku selak sejarah...Hamzah diberi gelaran Sayyid As-Syuhada (penghulu orang mati Syahid).... aku terkenang dengan Nurul Syuhadah... Alhamdulillah aku panjatkan kepada yang Maha Pencipta, semoga kenan...

Allah Menyayangi HambaNya

aku sungguh gembira dan terharu dengan perkembangan positif ini... akhirnya hari ini aku berjaya mengajak saudaraku untuk solat jumaat... dan memang agak mudah untuk mengajaknya, tidak dengan paksaan ataupun desakan... hanya sekadar ajakan seperti minggu2 yang lalu... seringkali aku menyogok saudaraku bahawa apa yang berlaku adalah ujian Allah... kita sebagai hamba, akan diuji tetapi mengikut apa yang terdaya oleh kita... bila kami berkongsi masalah masing2, sering nasihat menasihati, aku tutup dengan harapan agar dia solat dan minta petunjuk dari Allah... memang agak payah untuk mengajak orang2 yang keras hatinya... keras kerana tidak dibasahi oleh wuduk... keras kerana tidak ditundukkan dengan al-Quran... keras kerana tidak dikunjungi dengan nasihat2 agama... dan bermula dengan konflik cinta nya, kemudian dia berusaha SAHAJA tanpa berdoa dengan senjata orang Islam, dia ditundukkan dengan Hawa yang kembali insaf dan kembali solat... aku sangat2 bersyukur kepada Allah... Hawa yang menj...

Antara 2 Jiwa

seperti hari ni aku mau juga untuk menotakan sesuatu, tapi aku nda tau dimana mau dimulakan penceritaan ini... dalam kepala banyak sangat yang indah2 juga sejarah ingin disuarakan... mungkin bagus aku mulakan dengan bercerita mengenai saudara ku... minggu ini nampaknya memperlihatkan pemulihan kisah cinta saudaraku yang mengalami pemberontakan sejak bulan 11, tahun lepas... aku senang dengan perkembangan ini sebab saudaraku kembali bersemangat untuk meneruskan hidup2 sebagai seorang manusia... memang dia ni seorang yang tabah sebab dia dapat menerima Hawanya yang boleh dikatakan menduakannya semasa mereka berjauhan... tempoh berjauhan tidak lah lama, namun apa2 pun boleh terjadi sekiranya kita tidak pandai menjaga diri ditempat orang... demikian lah yang terjadi, mungkin disebabkan pengaruh kawan dan godaan Adam yang berlidah cabang (pandai ayat la kunun)... mungkin juga kerana baru mengenal apa itu dunia sebenar... tetapi disebalik pemulihan cinta ini, aku suka untuk merujuk terdapat ...