Skip to main content

HUMAN CHAIN

Hari ini aku ikut program buat 'human chain'. Bangun awal pagi, berkumpul dan bejalan di bawah sinar matahari ke lebuh raya. Aku nda paham sangat kenapa durang buat aktiviti begini. Adakah untuk menunjukkan yang kita ni patriotik dan ada semangat nasionalisme yang tinggi? Kabar angin kata mau raikan menteri yang akan lalu di jalan ni, tapi tunggu punya tunggu rupa-rupanya Dato' Azalina yang lalu. Nasib baik beliau belari membuatkan aku respect dengan beliau. Kalau naik kereta ja melambai-lambai lagi la aku angin. Sempat juga aku tapak tangan beliau mendapatkan semangat balik la. Tapi aku nda suka penganjur memperdaya kami. Mula-mula kata ada T-shirt di bagi, tapi yang dapat cuma topi payung dan bendera Malaysia...mana t-shirt nya?Berlaku ketirisan ka?Biarlah durang...halal ja la.
Alang-alang cerita semangat patriotik ni, aku mau kongsi pendapat aku tentang belia masa kini yang seolah-olah hanya tunjukkan semangat durang tu dengan kibar JG. Sebelum kibar JG, simpan di poket belakang. Suara hati aku memberontak dan angin pula durang buat begitu dengan JG. Sedangkan pahlawan dulu-dulu habis-habisan menjaga panji supaya nda jatuh ke tanah. Ada saja yang akan ganti kalau pemegang panji terkorban. Mungkin zaman sekarang panji/ bendera ni nda membawa sebarang makna kepada durang.
Apa yang lebih penting ada sijil dan merit di bawa balik.

Comments

Popular posts from this blog

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Pidato Belia Negeri Sabah!

Assalammualaikum wbt... Hari ni nda bole cerita panjang2 walaupun banyak yang ingin diceritakan... tapi sebab kesibukan yang melanda dalam seminggu dua ni... ditambah kepenatan baru balik dari merantau... Sekarang ni pula aku cuba menyibukkan diri dengan pertandingan pidato belia peringkat negeri Sabah. Esok adalah acaranya bertanding! Sampai ke saat artikel ni ditulis, aku tanya Amin tapi dia pun bagi kasar ja. Cubalah faham yang aku ni perlukan bantuan dan khidmatnya...dan sampai ke saat ini juga, aku masih belum menyiapkan teks pidato ku...dalam kepala sekarang ada sudah tumbuh 'tanduk' untuk melakukan taktik kotor...hehehehe tapi sabar dulu. Kalau sudah terdesak baru gunakan senjata ni... Mau tanya Kalui pula, memang perlukan kos yg tinggi sebab kalau setakat sms, memang taun depan baru dibalas kali... Nota Suara Aku bila berada di Sabah negeri di bawah bayu ni, susah sikit mau datang ke cc atau cari internet sbb MAHAL mau mampus...jadi kadang2 la bagi komen...kalau ada yg...

Rancangan!

Hari ni hari cuti aku lagi..memang kadang2 memenatkan kerja time org cuti,n cuti time org lain kerja...yg seronoknya,klu jln2 xla b'sesak2 mcm d hjg minggu...naik bas pun xla berebut2... James Bond atau Happy Feet? Filem ni aku ingat kan bagus...aku ingat mau tengok filem ni hari ni...tengok sorang2 pun xpa utk tengok filem animasi ni slu ny biarla tahap luarbiasa baru layan n puas hati..setakat ni, aku baru tengok filem Finding Nemo di panggung..katun2 lain,sori la kurang minat... Tengok la mcm mana, klu ada mood tengok la,klu nda beli cd lanun pun bole juga tu...ahaks! 2hari lepas,bday mama ku. Mau post ucapan dlm blog ni,tapi bila fikir balik bukan ada gambar pun mau letak, jd tgu ada gambar baru letak satu kali ngan ucapan n apresiasi la... Nota Suara Aku masi lagi menunggu keputusan ruma di kg.Air tu...mau call ruma,nda dapat pula..entah apa prob di ruma tu...pas ni pasang balik telepon rumah la, lagi senang mau call...d ruma pun teda lagi alasan mau bagi klu nda call aku...a...