Skip to main content

PESTA PUISI PATRIOTIK

Semalam aku pigi tingok Pesta Pusi Patriotik di Putrajaya. Ada pemuisi seperti Marsli N. O., johan sayembara puisi tahun 1998(lupa suda namanya) dan juga bekas schoolmate ku ( Mohd Nazri). Ada juga pemuisi universiti tapi nda mempamerkan kehebatan yang bole dibanggakan. Aku simpulkan sayembara semalam di menangi oleh seorang pelajar ting 5, Sekolah Alam Shah, Putrajaya! Hanya 4 org saja pemuisi yg berjaya menarik perhatian penonton.
Memetik bait2 puisi Menara, Dato Shafie Salleh, Menteri Pengajian Tinggi
'tempat anak muda diheret dimahirkan'
'tempat anak dara dipijak diakalkan'
memang menarik untuk menggambarkan peranan universiti, tapi realitinya nda berlaku di universiti masa kini.
Suara ku tergelak bila aku fikir-fikirkan balik. Betul la anak muda diheret tapi bukan dimahirkan tapi diheret supaya ikut telunjuk mentah-mentah tanpa berfikir sendiri. Betul juga anak dara dipijak tapi bukan untuk diakalkan tapi untuk menjejaki telapak kaki yang sudah ada tanpa mencari sendiri jalan untuk pulang!
Nota Suara Aku semalam juga ingin bersajak bila tingok durang bersajak biarpun kurang mahir dalam puisi ni.....terima la

Sebiji Epal di atas Kerusi

sebiji epal di atas kerusi tidak pernah ada dalam sejarah Melaka
sebiji epal di atas kerusi ini juga tidak pernah terlintas di kotak fikir datuk moyang bapa dan ibu
sebiji epal di atas kerusi biasanya tidak akan dibiar-siakan
sebiji epal di atas kerusi ini juga biasanya akan direbut oleh mereka yang kosong perutnya
sebiji epal di atas kerusi terus duduk diam terpaku
sebiji epal di atas kerusi ini juga terus akan diam jika kita asyik lupa dengan sejarah
sebiji epal di atas kerusi......cermin kita hari ini

Comments

Popular posts from this blog

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Pidato Belia Negeri Sabah!

Assalammualaikum wbt... Hari ni nda bole cerita panjang2 walaupun banyak yang ingin diceritakan... tapi sebab kesibukan yang melanda dalam seminggu dua ni... ditambah kepenatan baru balik dari merantau... Sekarang ni pula aku cuba menyibukkan diri dengan pertandingan pidato belia peringkat negeri Sabah. Esok adalah acaranya bertanding! Sampai ke saat artikel ni ditulis, aku tanya Amin tapi dia pun bagi kasar ja. Cubalah faham yang aku ni perlukan bantuan dan khidmatnya...dan sampai ke saat ini juga, aku masih belum menyiapkan teks pidato ku...dalam kepala sekarang ada sudah tumbuh 'tanduk' untuk melakukan taktik kotor...hehehehe tapi sabar dulu. Kalau sudah terdesak baru gunakan senjata ni... Mau tanya Kalui pula, memang perlukan kos yg tinggi sebab kalau setakat sms, memang taun depan baru dibalas kali... Nota Suara Aku bila berada di Sabah negeri di bawah bayu ni, susah sikit mau datang ke cc atau cari internet sbb MAHAL mau mampus...jadi kadang2 la bagi komen...kalau ada yg...

Rancangan!

Hari ni hari cuti aku lagi..memang kadang2 memenatkan kerja time org cuti,n cuti time org lain kerja...yg seronoknya,klu jln2 xla b'sesak2 mcm d hjg minggu...naik bas pun xla berebut2... James Bond atau Happy Feet? Filem ni aku ingat kan bagus...aku ingat mau tengok filem ni hari ni...tengok sorang2 pun xpa utk tengok filem animasi ni slu ny biarla tahap luarbiasa baru layan n puas hati..setakat ni, aku baru tengok filem Finding Nemo di panggung..katun2 lain,sori la kurang minat... Tengok la mcm mana, klu ada mood tengok la,klu nda beli cd lanun pun bole juga tu...ahaks! 2hari lepas,bday mama ku. Mau post ucapan dlm blog ni,tapi bila fikir balik bukan ada gambar pun mau letak, jd tgu ada gambar baru letak satu kali ngan ucapan n apresiasi la... Nota Suara Aku masi lagi menunggu keputusan ruma di kg.Air tu...mau call ruma,nda dapat pula..entah apa prob di ruma tu...pas ni pasang balik telepon rumah la, lagi senang mau call...d ruma pun teda lagi alasan mau bagi klu nda call aku...a...