Skip to main content

Iklan Arak dalam Akhbar

Hari ni ada berita yang mau aku khabarkan...tapi nda tau la sejauh mana nilai beritanya..tapi yang pasti, aku mau kongsikan semalam time aku baca akhbar inggeris..ulangan, akhbar inggeris...aku terkejut tengok iklan satu suratkhabar tempatan menyiarkan iklan arak! Bukankah iklan seperti ini tidak dibenarkan? Jangan kan iklan arak, bahkan iklan rokok juga tidak dibenarkan...

Mungkin kita terlepas, tapi jangan lah ini dijadikan alasan..sebab perkara pertama yang perlu diingat oleh akhbar ialah undang-undang yang perlu dipatuhi...dimana ketelusan akhbar sebagai medium yang menyiarkan berita kepada masyarakat?

Nota Suara Aku tidak tahu bagaimana untuk menyebarkan perkara ni supaya didengar oleh kerajaan, tapi aku harap ada pihak yang akan membantu...bagi sedar sikit diorang ni daripada buat perkara macam ni....

Comments

Anonymous said…
Mungkin syarikat lain semua dah rugi jadi tak ada duit untuk bayar iklan. Agaknya syarikat arak yang masih untung dan boleh beriklan. Lagi banyak motivasi lagi banyak yang minum arak?
Abah Mui'zz said…
Alah Man, biasa la tu, Malaysia. Undang-undang itu kan cuma alat mainan orang2 yang rasa kebal. Imagine sebelum tayang cerita Chicken Little kat wayang pun sempat lagi tayang iklan arak. Muizz siap tanya lagi, "Air apa tu abah". Belum sempat abah jawab, Ummi volunteer jawab, "Air kencing syaitan". Hehe.
Anonymous said…
irman, memang byk org2 yg rasa kebal di M'sia...penyeludup disel, peneroka balak takberlesen, pembawa masuk tenagakerja asing takbrpermit, pembeli dvd/cd tiruan,polis2 yg meminta rasuah...such a long list kalau nak diikut...where are we..hanya sekadar bersuara di blog??
Sukahatiadam said…
aku pun perasan benda ni..dah lama...makin hari makin menyirap aku tengok..dulu..aku perasan .. iklan arak whole page bermula dengan iklan sebagai penaja sesuatu ajer..cuma ada perkataaan "nama" depa jer.. pastu mula ada gambar botol dan air dalam gelas...kecik jer ...tapi la ni...the whole page tu cuma arak dan lagi lantang nyer...ajak minum pula tu..macam 100 plus jer lagaknya.

lagi satu..perasan tak bila hypermarket iklan katalog jualan depa, mesti ada arak jualan arak dalam tin per carton tu