Skip to main content

Nota Suara Aku

Iran nampaknya masih tidak berganjak daripada usaha untuk membangunkan aktiviti nuklear nya..manakala US semakin pening kepala berusaha untuk menyekat.Atas nama keamanan Iran teruskan jua pendirian nya walau akan tiba bencana yang tidak diketahui. Atas nama keamanan juga, US sentiasa cuba membantutkan apa juga usaha yang dilihat akan mengancam US.

Tapi disebalik pertelingkahan dua negara ni, seluruh dunia mengalami ancaman kenaikan harga minyak di seluruh dunia. Dari hari ke hari harga minyak semakin tinggi dan hampir mencecah US$ 75 setong. Tapi bahang tu tidak pun nampak membahayakan rakyat dan kita masih mampu menghirup udara dengan penuh keselesaan. Mungkin sebab kita yakin minyak di peringkat domestik tidak akan naik lagi tahun ni memandangkan kerajaan sudah berjanji.Tapi moga2 janji jangan tinggal janji kerana subsidi minyak yang dijimatkan untuk tabung pengangkutan awam tu semakin mengecil dan semakin tinggal jadi tabung sahaja.

Minggu lepas juga kes kematian di landasan keretapi menjentik sedikit kepekaan dan ketelusan pihak pengangkutan keretapi Malaysia. Ada artikel membandingkan landasan keretapi tempatan dengan landasan keretapi di Eropah. Akhir nya yang disalahkan mentaliti kita juga. Nampak sangat kebanyakan penulis dan editor atau sesiapa juga, cuba untuk mengalihkan pandangan kesalahan yang tidak pasti ini kepada masyarakat sendiri. Mentaliti penulis2 tempatan hari ni terus sahaja menangkap kesalahan itu jatuh kepada budaya dan pemikiran masyarakat kita. Dimana ketelusan penulis2 untuk memberikan satu laporan yang boleh diterima, bukan sekadar menjadi hakim dan undang2 untuk menyalahkan sesuatu yang sukar untuk diukur seperti mentaliti.

Semalam juga, seorang lagi pemimpin negara kembali ke rahmatullah...Tun Ghafar Baba....al-fatihah!

Itu cerita yang diketahui umum, sekarang cerita yang tidak diketahui pula. Semalam aku habis menonton cerita Mysterious Islands.Tiada apa yang menarik perhatian dan boleh dikongsi kan melainkan hanya satu cerita menghilangkan bosan!Walaupun banyak lagi kerja yang perlu disiapkan...komputer pula masih lagi dihuni dengan "baca bro".....setakat ni belum ada kesan yang memudaratkan lah...mungkin tdk serik2 dengan virus sem lepas...

Nota Suara Aku berhenti untuk saat ini. Apa yang menggembirakan, aku akan balik sandakan minggu depan....yahoooo!!!dan yang best nya dapat jumpa dengan abahmuizz yang mau ke sandakan untuk kali kedua....Yun bila nak g sandakan lagi?adiossss

Comments

YuN said…
insyaAllah...sy akan pergi lagi. Bila tu? Tak tau nak cakap lagi la. Buat sementara, banyak kerja perlu dibereskan. Kalau banyak perkara dah selesai, akak ko pun ok...dah dpt cuti, kitorang ke sana. Adli dah laju merangkak sekarang ni.

Popular posts from this blog

Motivasi dari Nepal

Bila kita selalu tengok gelagat manusia di sekeliling, baru dapat membuka mata kita tentang watak2 manusia yang tercipta hasil daripada persekitaran...ada yang didorong oleh nafsu dan ada juga yang menjadikan akal sebagai peneraju membimbing. Sebelum ini, aku selalu beranggapan bahawa orang Cina adalah pelanggan yang paling cerewet ketika membeli-belah. Tapi selepas dua minggu aku melihat gelagat pelanggan, baru aku tau yang itu cuma stigma kita. Hakikatnya siapa2 pun memang cerewet....jadi etnik yang cerewet ni bukanlah milik masyarakat Cina....Melayu dan India pun sama juga.... Sedar atau nda sedar, motivasi ada di mana-mana. Terpulang pada kita untuk memilih dan mencari motivasi tersebut...contohnya, aku bekerja bersama dengan pekerja asing(nepal).... aku nda payah cerita yang buruk nya tentang durang. Tapi apa yang baiknya durang ni, semangat dan usaha mereka untuk mencari sesuap nasi di negara asing. Masuk kerja jam10 pagi, balik jam12 tgh malam....tapi aku nda pernah dengar duran...

B Complex Shaklee vs Migrain

Migrain dan sakit kepala ni antara masalah yang sering diutarakan.... ."aku ada masalah sakit kepala lah..migrain la.. shaklee ada ubat tak" ... saya tak jual ubat yer..mintakmaaf .....kalau nak diikut jalan singkat..senang je... telan panadol ke..telan painkiller..reda lah migrain tu kan .kan ..tapi kesan jangka panjang kepada kesihatan?badan je lah yang tahu yer..... saya tak kata supplemen Shaklee ni wajib kene ambil...tapi ianya sebagai alternatif..apa2 pun kita kena lah tahu punca2 maka dapatla cari jalan penyelesaian..kan kan..    Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori: § Sakit kepala kerana tekanan § Sakit kepala kerana sinus § Sakit kepala kerana migrain Sakit kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabk...

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...