Skip to main content

Posts

Bonus

Sekarang ni ramai agak lesu dengan keputusan tidak ada bonus sebelum Raya.. dan tidak kurang juga tidak boleh menerima kenyataan keputusan yang dibuat oleh kerajaan terhadap kakitangan kerajaan ditambah dengan kualiti minyak yang rendah berbanding sebelum ini tetapi dengan harga yang kekal di tahap 1.80 (sebenarnya naik kalau dikira dengan kalkulator atau sempoa). tetapi lain sedikit dengan syarikat tempat aku bekerja ni... Pengurusan mengumumkan bonus syarikat sebanyak 30% dari gaji pokok... Kesyukuran dipanjatkan kerana sekurang2 nya beban dapat dikurangkan dengan pengumuman ini... dan nilai itu terus menyusut sebab perancangan Hari Raya yang bakal menjelang dalam sedikit hari lagi... Bonus juga perkataan yang selalu aku dengar tapi jangan terkejut setelah bekerja lebih dari 3 tahun dengan dua syarikat, ni la kali pertama aku mendapat bonus... dan aku suka untuk meninggalkan tanda mata setiap perkara pertama yang aku dapat dengan duit... contohnya pertama kali menang Debat diRaja jun...

Ramadhan Fasa Ketiga

sungguh nya cepat masa berlalu dan kita mudah tinggalkan tanpa berusaha meragut kelebihan2 yang disediakan di bulan Ramadhan ini... hari ini suda masuk hari yang kedua puluh satu kita berpuasa... bermakna kita sudah berada di peringkat ketiga bulan ramadhan... dan aku gagal untuk mengambil kesempatan Ramadhan ini... bermakna juga dengan kata mudah, tahun ini aku gagal lagi... moga2 minggu terakhir ini dapat aku menggunakan kesempatan yang diberikan oleh Allah kepada kita... bulan ini boleh dikatakan setiap minggu aku balik sandakan dan meluangkan masa berbuka bersama keluarga... kesempatan ini datang nya dari cubaan berniaga yang aku dapat dari seorang kawan... niaga apa?? ni sulit sedikit hendak diwar-warkan disini, bukan seperti produk Hiraq dalam blog abahmuizz... tapi aku bukan driving setiap minggu ulang-alik kk-sandakan, seminggu aku bawa kereta, minggu lepas aku naik bas pula, dan minggu ni aku balik bawa kereta... walaupun penat ditambah dengan beban minyak (hadiah Hari Merdeka...

Ulasan Ketika Cinta Bertasbih.

semakin jarang dijenguk NSA ni... bukannya tiada ruang dan peluang, idea dari hari ke hari sentiasa ada, cerita dan berita ada untuk dicatat dan dikongsi, namun kesibukan dengan bermain facebook dengan pelbagai game yang disediakan didalam aplikasi facebook, meminggirkan perhatianku terhadap NSA... namun, aku berusaha untuk tidak menguburkan NSA yang menjadi penghubung aku dengan kawan2 dan keluarga yang berada jauh dimata... Mungkin masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang menjelang dan sudah memasuki hari yang kesembilan di bulan ini... dan esok kita suda memasuki 1/3 dari bulan Ramadhan... bagaimana dengan amalan kita dibulan ini??? sama2 la kita meningkatkan amalan kita dan berusaha kita kurangkan dosa2 yang kerap kita dampingi sebelum ini... aku sekarang ni boleh dikatakan setiap minggu ulang-alik KK- Sandakan memandangkan aku tinggal sendirian di kk... hujung minggu mungkin membosankan kalau aku nda balik kampung... sekurang2 nya telingaku dip...

Ulasan G.I.Joe & Syurga Cinta

hari jumaat lepas sempat tengok wayang G.I.Joe :the rise of cobra... buat permulaan, tajuk nya macam nda sesuai sebab Cobra nda keluar2 pun sampai di minit 10 terakhir... petanda akan ada sambungan selepas ini... cerita kartun dulu2 masa kecil2 mendorong aku menonton filem yang penuh dengan aksi... sekali lagi, filem orang putih menggunakan mesir sebagai tapak untuk bersembunyi, menjalankan eksperimen ketenteraan sulit... kalau transformer sebelum ni, mesir menjadi tapak prime2, sekarang ni, G.I.Joe menjadikan Mesir sebagai tapak ketenteraan mereka... cerita ni dari segi aksi memang lebih baik dari transformer, jelas dan tidak kelam kabut seperti TROTF... cuma kurang dijelaskan asal-usul GIJ... nda pa, mungkin ada sambungan akan datang yang mengupas asal-usul GIJ.... Minggu lepas juga, aku suda tengok Syurga Cinta lakonan Awal & Heliza dan Haziq... cerita yang memang menarik, tapi masih tidak berbaloi kalau ditonton di cinema... terdapat sedikit kekeliruan identiti dalam lakonan Aw...

Nisfu Syaaban, Yasmin Ahmad & Menanti Cinta-Kris Dayanti

bercakap tentang Nisfu Syaaban, merupakan petanda bahawa kita suda hampir untuk bermulanya satu lagi ibadah yang diketahui umum untuk menguji ketebalan iman dan sabar kita... dunia semakin deras dengan ujian yang bertujuan menggugah iman kita yang sememangnya tidaklah setebal para sahabat Nabi dan zaman khulafah dolu2... pelbagai masalah yang kadang2 kita diingatkan dengan bencana dari Allah tapi masih ramai yang tidak peduli... tidak kurang dengan hanya sebahagian kecil teman2 seagama kita yang berjuang untuk mengangkat agama tetapi dikutuk oleh sebahagian teman2 seagama kita sendiri... kaum kafir tidak perlu mengutuk atau melemahkan kita kerana mereka telah dibantu oleh teman2 seagama kita... kita tidak pernah terfikir betapa kuatnya kita berbanding mereka... sebaliknya kita hanya melihat ranking mereka di dalam senarai manusia terkaya di Malaysia ataupun dunia menjadikan mereka lebih kuat dari kita... sedangkan aku teringat dengan kata2 seorang ustaz masa belajar, kalau lah umat Isl...

Ruang dan Batas

semakin banyak demo dibuat oleh mereka2 yang tidak berpuas hati dengan perkara2 yang berlaku di dalam negara... bukanlah satu yang pelik, dan aku melihat kejadian ini hanyalah berpunca kerana RUANG... mereka tidak diberi ruang, bukan mereka tidak minta atau mohon dari pihak yang berwajib namun ketidakadilan menjadi juri... walau apapun alasan yang diberikan meskipun ianya untuk kebaikan, ketidakadilan tetap akan menjadi penentu... oleh itu, apabila tidak diberi kelulusan, semangat yang membuak-buak tidak mampu digentarkan oleh amaran dan benteng ketenteraan... Berikan mereka ruang untuk berbicara dan meluahkan isi hati mereka, insyaAllah sekiranya niat mereka benar2 betul, mereka akan bersedia dengan batas yang mereka sendiri ketahui...di muka akhbar dan tv, 'keganasan' yang berlaku ini pastinya disebabkan oleh penganjur yang di mata pentadbir sebagai sengaja membuat onar dan kacau kepada negara... kami yang berada di seberang laut ni melihat keganasan ini bukti kita ni tidak b...

Pukulan facebook (Mafiawars)

bulan 8 pula menampakkan diri selepas julai mengundurkan diri 14jam yang lalu... dan pertama kalinya, entri kali disebarkan melalui brodban pertama aku setelah lama memendam perasaan ingin memiliki... semuanya gara2 facebook yang sepertinya aku nda senang tidur tanpa menatap fb ni... atau lebih tepat lagi mafiawars... satu game yang sifatnya seperti dadah (walaupun xpernah merasa dadah) tapi orang kata boleh ketagih... gara2 fb ni jg la, aku jarang menjenguk NSA, bukan tidak ada cerita dan topik untuk dibincangkan, tetapi keadaan aku yang lebih menumpukan kerja2 memerangi keganasan di mafia, menjadi punca... huhuhu... bulan lapan juga, kak Mang n husband akan bekerja di bawah satu bumbung sebab keduanya dipindahkan ke Lahad Datu... aku juga tinggal single lagi di rumah sewa di kk ni... mau mencari tempat sewa yang lebih dekat di kk pun susah... maklum la kekangan kewangan mungkin akan mengekalkan aku dirumah sewa yang kami duduki sekarang ni... ada juga rumah sewa yang dekat di kolombo...

Belajar Menjadi MC...

arini dapat satu lagi pengajaran dan pembelajaran dari orang2 yang senior di company ni... pertama nya, esok aku akan jadi bidan terjun lagi untuk jadi MC satu majlis besar company... semuanya gara2 MC yang dilantik menarik diri sebab sekretariat lambat bagi aturcara majlis... hah padanla buku bertemu ruas, sama2 senior dan keras kepala... aku pula pelanduk yang mati di tengah2... kemudian, aku la heronya... bos aku minggu lepas berkeras nda mau jadikan aku MC sebab katanya aku ni 'full of joke' ja, nda pandai serius dalam majlis... dia ni mau kata bodoh, dapat master juga... mau kata bengap, jadi KOD juga... dah memang majlis tu semi formal, aku pula diarahkan untuk membuat majlis tu tidak tegang, aku buat la lawak... aku ni kan Last Comic Standing versi malaysia... dan bila MC yang dilantik tarik diri, aku la yang paling senang jadi kuli... tapi disebalik semua tu, aku belajar sesuatu yang tidak aku perolehi masa belajar dolu2... rupa2nya mau jadi MC ni bukan semberonoh ja......

Isra' Mi'raj

assalammualaikum semua, hari ini kita kembali memulakan minggu baru minggu kerja untuk yang bekerja, minggu pembelajaran bagi yang belajar dan minggu bersuka-ria bagi yang bercuti atau menganggur(gurau ja)... hari ni merupakan hari penting dalam kalendar umat Islam, sekadar mengingatkan dan menyebarkan kepentingannya hari ini iaitu Isra' Mi'raj ... link disebelah ni petikan khutbah jumaat yang aku ambil dari salah satu web... bersama2 kita menghayati hari bersejarah ini bagi me'molish'kan keadaan hati dan iman kita kepada Islam... sedikit cerita pasal bahas smakk yang ke peringkat kebangsaan minggu lepas di Kelantan... syukur Alhamdulillah pasukan Sabah ni keperingkat Final buat kali kedua selepas tahun 2003... keputusan yang masih sama dan tidak memihak kepada pasukan Smakk... aku nda mau mengulas mengenai sikap dan mentaliti hakim kerana aku tidak berada di sana... namun sedikit mengubat kekecewaan ialah pemilihan Sxon sebagai pembahas terbaik final tu... tahniah pasu...

Genap Setahun

Hari ni genap setahun aku bekerja di company ni, terlalu banyak dugaan dan cabaran yang dihadapi bagi meneruskan kesinambungan hidup sebagai manusia dan pekerja... hari ni juga hari lahir adik kedua bongsu aku c Aza yang ke11 tahun... Berdepan dengan bos yang amat mementingkan ketepatan waktu dan kepantasan bekerja memang meletihkan... apalagi kerja yang perlu disiapkan itu memerlukan kemahiran dan pengalaman... sedangkan aku sepertinya anak ayam yang dibiarkan mencari makanan sendiri... bukan mudah seorang yang berlainan latar belakang pendidikan dan agama, sanggup untuk memberikan tugasan besar yang sekiranya gagal impaknya amat besar bukan saja kepada dia tapi juga syarikat... Walaupun begitu disebalik semua itu, tidak dapat dinafikan ianya memberi kelebihan yang tidak semua orang boleh perolehi... Nota Suara Aku percaya setiap yang pahit dan susah itu akan membuahkan hasil yang manis jika pandai dituai dan kena pada tempatnya... adios!!

Farhan masuk UPM

Kemarin tengahari mesej dari Farhan masuk HP, "Bang, bachelor tu apa?" aku berseloroh dengan nya bachelor tu banyak maksudnya, aku pun bachelor(bujang) juga... lepas tu dia tanya lagi, degree ka? ya jawabku... barulah dia bagitau dia suda dapat tawaran dari upm selepas rayuan yang dibuatnya minggu lepas... Bachelor kejuruteraan (elektrik & elektronik)... syukur la akhirnya dia dapat juga kembali Selangor setelah lama di sabah... aku gembira sangat Farhan dapat upm, sekurang2 nya dia dapat memenuhi impian keluarganya melanjutkan pengajian di upm... aku pun bangga juga sebab aku graduan upm bah... walaupun begitu, sedih juga sedikit sebab selalunya bila aku boring, aku bawa dia keluar biasanya tengok wayang dan round2 kk... kadang2 stay rumanya sambil2 bercerita tentang cewek nya yang selalu tukar2 selepas 3-4tahun couple... pelik kan, lama2 becinta, pastu clash... sedikit sebanyak persediaan menuju ke univ dia rujuk aku... dari benda2 yang logik sehingga la perkara2 yg nda...

Surat Pengesahan Jawatan yang Pelik

betul ka kalau sisir rambut guna tangan boleh meningkatkan masalah keguguran rambut?? ada2 saja iklan ni... nasib baik xda sisir / sikat yang berjenama... kalau nda, pasti laku sisir tu dibeli para lelaki... masalahnya macam mana mau sikat rambut kalau rambut tu nda mau ikut stail yang diinginkan...paham2 la rambut lelaki ni kadang2 keras kepala juga sekeras kepala orangnya... semalam aku sudah nampak surat pengesahan jawatan aku tu... Alhamdulillah sekurang2 nya ada nampak sudah lah khabar2 angin sebelum ni yang pabila ditanya mengenai surat pengesahan jawatan, angin menjawab sudah dihantar ke meja MD... tunggu di sign ja... tapi kepelikan yang berlaku dalam surat tu... pertama tarikh berkuatkuasa 15April 09... tapi tarikh surat 6 JUN 09 dan lagi pelik sampai di meja P.A 6 JULAI... pelik nda pelik surat pengesahan jawatan aku ni... terlalu banyak dugaan yang dihadapi dalam kerja... terpulang kepada individu untuk menyerap segala dugaan dan masalah yang datang dengan tenang dan disand...

Julai Bukan Sekadar Nama

sedar nda sedar, Julai sudah kembali lagi... julai ni bagi aku merupakan bulan kerja... Aku ingat dulu semasa aku bergelar Pekerja tiga tahun yang lepas di sebuah pasaraya besar yang memang besar pun dari segi namanya...dua tahun selepas tu, aku melapor diri lagi di sebuah syarikat utiliti juga dalam bulan Julai... menghitung hari aku genap setahun di syarikit utiliti ni... bukan bermakna bulan ni aku akan melapor diri lagi di syarikat baru, cuma aku berharap bulan Julai ni memberikan impak baru terhadap kerja aku... Julai bukan sekadar nama! ianya satu petanda bahawa kita suda berada di separuh pertama tahun 2009... tidak lama lagi akan melangkah 2010... sebaik melangkah 2010, 29hari selepas tu aku akan melangkah ke umur yang baru lagi.... kawan ku selalu mengingatkan aku apa yang pernah aku azamkan di awal tahun... dua perkara, bisnes dan partner... bisnes... orang kata bisnes tidak sesusah mana, tapi yang susah tu ialah semasa membuat langkah pertama dalam bisnes... segala perancang...

Pursuit of Happyness

macam tidak adil pula hari bapa disambut tidak semeriah hari ibu... mungkin kerana kuasa ibu yang mampu menggoncang dunia dijadikan sebagai sandaran hari ibu disambut lebih meriah... atau juga syurga dibawah telapak kaki ibu... atau boleh dijadikan indikator utama ibu lebih disayangi dari bapa... kelembutan dan kasih-sayang ibu yang melimpah melebihi kasih-sayang bapa menyebabkan tidak ramai yang meraikan hari bapa... aku dalam seminggu dua ni agak liat menyentuh NSA walaupun idea banyak untuk dikongsikan... berbalik kepada hari bapa, sabtu yang lepas aku menonton Pursuit of Happyness lakonan hebat Will Smith.. sebuah kisah benar mengenai seorang bapa yang bertungkus-lumus untuk menyara isteri dan anaknya... namun si isteri tidak dapat menahan lagi kesabaran dengan janji yang dijanjikan oleh suaminya sehingga mereka dihalau dari rumah sewa... penderitaan yang perlu ditempuhi oleh seorang ayah untuk membesarkan anaknya ditambah lagi dengan pekerjaan yang dilakukannya hanya sebagai juruj...

Cari Jodoh - Wali Band

Apa salahku apa salah ibuku Hidupku di rundung pilu Tak ada yang mau dan menginginkan aku Tuk jadi pengobat pilu Tuk jadi penawar rindu Tuk jadi kekasih hatiku * Timur ke barat selatan ke utara Tak juga aku berjumpa Dari musim durian hingga musim rambutan Tak kunjung aku dapatkan Tak jua aku temukan Oh Tuhan inikah cobaan ** Ibu-ibu bapak-bapak Siapa yang punya anak Bilang aku aku yang tengah malu Sama teman-temanku Karna cuma diriku yang tak laku-laku *** Pengumuman-pengumuman Siapa yang mau bantu Tolong aku kasihani aku Tolong carikan diriku kekasih hatiku Siapa yang mau Back to *, **, *** Ibu bapak punya anak Bilang-bilang aku aku yang tengah malu Sama teman-temanku Karna cuma diriku yang tak laku-laku Nota Suara Aku nda pandai dalam bidang upload donlod ni.... tapi lagu Cari Jodoh ni boleh ditengok dalam link ni...selamat bergumbira adios!!

Karabau,Kura-kura,Kijang

kemarin dulu masa minum2 kupi dengan Del, dia bercerita mengenai perihal Karabau, Kura-kura dan Kijang... ini adalah perumpamaan dengan jenis2 pekerja yg terdapat di syarikat tempatnya bekerja sebelum join syarikat ni... untuk pengetahuan, kalaupun xmau tau c Del ni bestfren aku masa d upm dan nda sangka sekarang ni kami duduk di bumbung yg sama... Ketiga2 mempunyai kekuatan dan kelemahan masing2, karabau ni kalau diberikan kerja akan siap tapi penuh dengan rintangan dan memerlukan tenaga zahir dan batin... orang kata sampai merangkak pun akan dibuatnya yang penting kerja tu selesai... ni mungkin bole dikatakan workaholic... orang kerja begini kadang2 tidak mengutamakan keluarga... di ofis ni ada 2orang yang bekerja macam tu... Kura-kura pula macam tidak perlu diterangkan sifat2 nya yang azali, kerja yang diberikan kepadanya akan disiapkan juga tapi lambat... kadang2 tarikh disasarkan ke tarikh SASARan yang baru... bercakap kura2 ni, aku tertarik dengan iklan Digi broadband... mereka m...

Album Stacy

semalam aku dapat dengar semua lagu2 Stacy dalam album terbarunya... secara keseluruhannya album ni aku bagi 4 bintang... tidak banyak lagu tapi boleh dikatakan semua lagu2 best sama ada lagu fast ataupun slow... terdapat 7buah lagu termasuk dua lagu yang diambil semasa konsert... lagu tu ialah Aku Stacy versi konsert dan Cinta Khayalan versi konsert... 5 lagu yang dirakam adalah lagu2 baru iaitu Aku Stacy, Gagap, Pakai Buang dan Cerah berkonsepkan fast manakala Cinta Yang Ku duga adalah lagu slow... paling best dalam album ni adalah Pakai Buang, tidak menghairankan lagu ni lagu yang sedap didengar dan mudah ditangkap liriknya kerana sedia maklum Edry KRU memang kerap bikin lagu2 yang disukai ramai... tidak berat dan tidak boring... lagu Aku Stacy dan Gagap tidak perlu dikomen sebab ramai yang suda mendengarnya... lagu lain? Cerah juga lagu yang fast, tidak sukar untuk aku mengenali siapa bikin lagu ni kerana Nurfatima mungkin suda biasa dengan genre lagu begini... sekali dengar macam ...

ada? ada-ada saja...

ada-ada saja durang ni... nda puas menyusahkan dengan inggeris dalam math dan sains, sekarang durang mau lulus inggeris baru bole lulus spm... bukan aku nda suka dengan usaha mereka, tapi kena tepat la... maksud tepat disini, kalau kita mau membantu rakyat biarlah dengan lembut dan rela hati... apa penting nya sangat bahasa ni sehinggakan kita bermati-matian, bukan semua 26juta orang rakyat Malaysia menggunakan bahasa ni... aku dari seawal penggunaan inggeris dalam sains dan math, aku suda menyatakan ketidaksetujuan dengan cara mereka... dan kini aku bersuara lagi bahawa perkara ini tidak sepatutnya berlaku... mungkin TPM berkata ingin mendapatkan pandangan orang ramai, tapi aku mengandaikan keputusan telah dibuat cuma menunggu masa yang sesuai... dan taktik ini agak menarik dengan menunjukkan belang dulu tengok respon masyarakat kalau keputusan 50-50 ataupun 30setuju sudah memadai untuk diwajibkan lulus dalam inggeris... ada cara kalau mau kita maju atau menguasai inggeris, tapi tolon...

Fenomena Kambinx

minggu baru bermula lagi hari ini... seperti biasa badan liat mau bangun padahal langsung tidak ada kepenatan ditanggung di hujung minggu... buat pertama kalinya setelah sekian lama, enjin kambinx tidak beroperasi selama dua hari... maksudnya aku nda jalan kemana2 pun kecuali explore the world dalam Rise Of Nation... makin seronok dan makin ketagih main benda kambinx ni... sedang aku jalan di komplex tadi, ada dua orang minah baru keluar dari kfc lalu pintu itu tersangkut... memang la tersangkut sebab buka luas sangat, body bukannya besar sangat pun ala2 body model saja pun... tapi mungkin sebab body model tu la dia mau buka luas2... tapi bukan itu yang mau dihighlightkan... tapi perkataan yang keluar dari mulutnya yang membuat aku tertarik.... kambinx! itu yang keluar dari mulut minah ni... kalau di ofis ni aku nda heran lah kambinx tu semacam menjadi satu fenomena, tapi kalau dah orang luar pun dah terikut2, aku rasa kambinx dah makin terkenal... bukan saja di bulan korban... ni dah ...

Tragedi Kambinx!

salam sejahtera, agak lama juga nda menyentuh ruang buat catatan ni... dua hari lepas, dua tragedi berlaku... pertama kekalahan ASAT Smakk di peringkat semi final dengan Lahad Datu, dan aku dimarahi oleh KOD... kekalahan yang mereka sifatkan sebagai mengejut tapi sebenarnya tidak... sebagaimana aku katakan, pendekatan terbaik tidak cukup untuk memenangkan pasukan... apa yang penting ialah menarik... bukan apa, bila berhadapan dengan juri2 yang tangkap muat tanpa didedahkan dengan pengalaman dan teknik penghakiman, mereka hanya akan melihat kepada persembahan secara keseluruhan... mereka tidak peduli sama ada isi berkualiti atau tidak, ikut cara atau tidak dan sebagainya...akhirnya makan hati ja la dan terima kekalahan dengan sabar.... kedua, aku nda tau la apa salah aku dengan KOD ni, macam ada dendam di kehidupan lepas (macam kepercayaan agama lain), dan kelahiran ni dia cuba membalas dendam... tiada apa yg mau diepekkan(pinjam trademark abahmuiz), tapi sekadar memastikan kewujudan ak...