Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2010

catatan seminggu bercuti

syukur aku sempat menotakan sedikit lagi peristiwa2 dlm bulan November ini. bukan untuk menceritahu kepada semua, sekadar untuk dijadikan diari dan sejarah masa depan. aku mendapati, blog merupakan satu2nya medium yang relevan untuk menotakan sejarah. blog ini bukan seperti blog yang lain. kebanyakan blog digunakan untuk mencari keuntungan. tidak kurang juga blog yang digunakan untuk mengadu domba. minggu lepas, aku bercuti selama seminggu memandangkan raya haji jatuh pada hari rabu. untuk tidak memenatkan aku, aku mengambil cuti 2hari sebelum dan 2hari selepas raya haji... mungkin juga aku boros dalam menghabiskan cuti yang masih ada walaupun tidaklah banyak lagi yang tinggal. tapi cukupla untuk aku merehatkan diri di ruma tercinta... raya tahun ini, aku sempat menyibukkan diri untuk menolong makcik ku mengadakan akikah dengan seekor kambing... walaupun tidak ahli dalam aksi2 korban ni, sekurang2 nya nampak juga batang hidung ku ni... tidak terlibat secara langsung dalam korban, cuma

motivasi

November memunculkan diri. november bermaksud oktober pergi. oktober pergi tanpa meninggalkan sedikit nota dalam suara aku. bukan bermakna suara ku kosong. kosong tanpa di isi. seperti kerja di oktober tidak meninggalkan sebarang makna untuk dikenang. atau kosong tanpa suara. tapi suara ku berbicara sendiri. Bersuara hari ni bermakna aku masih bernafas. cuma mungkin ianya tidak setenang dulu. ada yang kurang tapi sukar tidak diketahui. semangat bekerja juga sudah merudum. lantas aku berusaha untuk memuncakkan nya. dan ku temui bermula dengan konvensyen 5s yang baru berlalu. seorang speaker otai dengan bicara. walaupun bosan tetapi tertinggal. tertinggal satu azam untuk aku mencari dalam intenet. 7 habits of highly effective executive. dari 7 habits aku terjumpa satu blog. blog yang mengandungi motivasi kerja . lalu ku kumpul semangat baru. ku tanam semangat jahat. ku tinggalkan agar aku maju. bukan sekadar untuk diri sendiri. tapi untuk kebahagiaan keluarga. selama mana aku masih mampu