Friday, May 23, 2014

Mealshake - Produk Hot Seller daripada Shaklee

Seperti yang tuan puan sedia maklum, bulan Mei ini, Shaklee menawarkan promosi Mealshake Beli 6 Percuma 1.Memang rugi lah kalau tak beli time tgh promosi ni.... hihihi.. setin ni kalau sorang anak je yg consume, boleh bertahan dlm 2-3bulan..  Shelf life Mealshakes juga tak lama  (tempoh hayat expired) Ini utk menjamin kesegarannya, tapi tak rugi beli sekurang2nya ambil 1set (buy 6 free 1).. Kenapa? sebab kalau satu keluarga consume (ibu,ayah, anak 2-3org) setin tu utk sbulan sahaja... So kalau amik 1set blih simpan stok setengah tahun.. or share2 dgn kwn2... Dan yg best lagi Mealshakes ni bukan sahaja kaya dgn protin dan kalsium.. tetapi juga kaya dgn vitamin penting terdapat dlm per serving Mealshakes .. Vitamin A, Vitamin B12, B6, Thiamin, Riboflavin, Asid Folic,  Vitamin C, Vitamin E, Biotin, Vitamin D, Niacin, dan juga mineral2 penting kalsium, iodin, besi, fosforus, magnesium, selenium, chromium, molybdenum, zinc..

Thursday, May 22, 2014

B Complex Shaklee vs Migrain

Migrain dan sakit kepala ni antara masalah yang sering diutarakan....."aku ada masalah sakit kepala lah..migrain la.. shaklee ada ubat tak"... saya tak jual ubat yer..mintakmaaf .....kalau nak diikut jalan singkat..senang je... telan panadol ke..telan painkiller..reda lah migrain tu kan .kan ..tapi kesan jangka panjang kepada kesihatan?badan je lah yang tahu yer..... saya tak kata supplemen Shaklee ni wajib kene ambil...tapi ianya sebagai alternatif..apa2 pun kita kena lah tahu punca2 maka dapatla cari jalan penyelesaian..kan kan.. 
 
Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:
§ Sakit kepala kerana tekanan
§ Sakit kepala kerana sinus
§ Sakit kepala kerana migrain
Sakit kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.
Sakit kepala sinus ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.
Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:
§ Kekurangan zat dan nutrisi
§ Faktor keturunan
§ Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
§ Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
§ Terlalu banyak mengambil kafein
§ Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat
Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung. Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan. 
Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain. 
Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.
Supplement/vitamin yang sesuai utk merawat migrain:
Ostematrix  
(Kalsium, Magnesium & Vitamin D) ~ Ostematrix Shaklee mengandungi Kalsium, Magnesium, Vitamin D)
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. 
Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya. 
Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing...
B Complex
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.
Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. ...
Dan timbangkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.~~kata2 ni memang saya setuju sangat2..
(credit : www.mamafaiz.com)

Wednesday, March 19, 2014

Saya Pengedar Shaklee di Sabah dan Sarawak

Lama sudah tidak menjenguk blog pertama ini. disinilah saya mengenali ramai rakan blogger yang akhirnya bersua muka dan menjadi saudara. setelah bekerja, berkeluarga dan mempunyai seorang anak, saya semakin tidak berkesempatan untuk mengemaskini perkembangan terbaru saya.
 
Kini, saya terbabit dalam satu niaga suplemen yang tertua di dunia. Iaitu Shaklee.
jadi kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan produk ini, boleh menghubungi saya untuk penghantaran.
 
jangan khuatir, saya yakin saya jujur.
 
Jom berShaklee bersama kami.... layari blog khusus untuk Shaklee ini di www.jomsehatsekaki.blogspot.com untuk maklumat lanjut. InsyaAllah segala pertanyaan dan permasalahan kesihatan tuan, akan dapat dibantu dengan amalan suplemen Shaklee ini.
 
adios!

Monday, November 05, 2012

Ikhlas,Sedekah,Rezeki

Sekadar menotakan sedikit ilmu yang aku dengar pagi tadi.
Apa itu Ikhlas? Ikhlas ialah tidak menambah sesuatu yang dipuji dan tidak mengurang sesuatu yang dikeji :)
Apa itu Sedekah? Sedekah ialah memberi sesuatu walaupun tidak diminta :) jadikan kita sentiasa memberi walaupun hanya senyuman.
Apa itu Rezeki? Rezeki menurut Ustaz Pahrol MJ perlu dimulakan daripada pemahaman dan pengertiannya terlebih dahulu. rezeki tidak disempitkan hanya dengan material atau duit semata-mata.
Nota Suara Aku hanya memberi peringatan untuk diri sendiri. adios....

Tuesday, October 09, 2012

Poster I

Tugasan di Jabatan Baru

Bulan Oktober membuka lembaran baru dalam kerjaya aku di syarikat ini. Aku ditugaskan ke Jabatan yang baru (Jab. Latihan & Pembangunan) berkuatkuasa 1hb Oktober lalu. Perasaan bercampur antara gembira dan sedih. Setelah berada di OD selama 4 tahun 1 bulan, kini aku perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. 
Di Jabatan baru ni, aku nda payah memerah otak untuk membuat inisiatif baru sebaliknya hanya menumpukan kepada latihan yang perlu diberikan kepada anggota kerja syarikat. Walaubagaimanapun, sebagai SYMP, terima adalah satu-satunya pilihan yang ada. Nda boleh tolak walau apapun justifikasi yang diberikan. Terkilan ada sedikit terpalit, bila bos rela dengan keputusan yang dibuat tanpa membuat sebarang rayuan bertulis kepada Pengurusan. Tapi dalam masa yang sama, tugas yang aku pegang ni belum lagi diberikan kepada orang lain secara rasmi. Bayangkan surat Serah Tugas yang aku serahkan kemarin, ditulis sebagai 'Pls Discuss'.... aik boleh discuss2 lagi ka? kenapa tidak serahkan saja dengan orang lain yang ada di jabatan ini. owh mungkin beliau terlupa, yang aku ni bukan lagi staf Jabatan dia, atau mengikut istilahnya 'Dibawah ketiaknya'. Sampai berapa lama, bos akan bersifat sebegini? emm baiklah, mungkin beliau ada 'Strategi Tersendiri'.
Tapi aku gembira juga dipindahkan ke Jabatan baru, sekurang-kurangnya aku terlepas daripada azab kerja 'ad-hoc' yang diberikan bulat2 kepada aku. Asal ada kerja baru, pass sama aku.... benci benci pun, nda suka-nda suka pun aku juga lubuk kerja tu diberikan. emm lepas ni, kita tengok siapa mangsa seterusnya... moga2 pengganti tu nanti mampu membuat dengan terbaik.
Nota Suara Aku harus berfikiran positif terhadap semua kejadian ini. Bersyukur dan Bersabar adalah senjata orang mukmin... Syukur dengan rahmat dan rezeki, Sabar dengan ujian dan rintangan. Ibaratnya, syukur la dengan setiap yang berlaku, Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk hambaNya...adios!

Thursday, July 12, 2012

Chief Entertainer Officer (CEO)

Bayangkan perasaan anda apabila seorang mantan Presiden/CEO sebuah GLC memberikan anda gelaran CEO juga? Begitulah perasaanku sejurus dipanggil CEO... Seorang anak muda yang memegang gelaran CEO pada umur 39! seorang akauntan menerajui syarikat yang teknikal.... tapi mampu membawa syarikat ke peringkat tertinggi.
Semalam, aku selesai menjadi MC sempena meraikan persaraan CEO... satu majlis yang tinggi tahapnya dari segi protokol. Dengan kehadiran tetamu kehormat dari Kerajaan negeri dan ahli-ahli Lembaga Pengarah semuanya tertumpu dengan sebuah tubuh kecil di atas pentas.... Aku mengendalikan majlis dengan penuh perasaan yang bercampur baur. Takut salah sebut jawatan dan pangkat, takut terlepas cakap dan menyinggung perasaan tetamu dan sebagainya.... Sebab tu persediaan untuk menyediakan teks ni aku buat dengan teliti sehingga jam 3 pagi.... Semata-mata untuk memastikan majlis ini berjalan dengan lancar dan paling penting diingati selepas ini.
Aku sememangnya komited dengan bidang ini, dan Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana memberikan ku kekuatan untuk mendepaninya. Apa yang menarik selain daripada persembahan nyanyian lagu 'Pamit' oleh CEO dan tarian anggalang magunatip oleh Dato Sri dan Datin Sri, ialah apabila TKM membuat offer untuk aku bekerja dengan kerajaan negeri atas kapasiti transfer, Dato' Sri membalas dengan menahan dan tidak bersetuju dengan offer tersebut. Aku kira itu sebagai penghargaan yang tidak langsung mengiktiraf kebolehan aku mengendalikan majlis.
Nota Suara Aku walaubagaimanapun sentiasa mengingatkan diri sendiri bahawa pujian yang melambung dan disekeliling hanya akan membawa kemudaratan andai tidak dikawal dengan baik.
Hari ini juga FBI sudah menjangkau umur 6 bulan... betapa pantasnya masa berlalu, beratnya pun sudah 6.3kg. Tadi macam nampak dia sedang mencuba untuk duduk. Kalau bilang menyorong tu FBI sangat laju, segala yang dicapai di tangan semua masuk mulut.... jadi lepas ni mesti bersihkan selalu lantai dari segala jenis sampah / habuk..... apapun selamat ulang setengah tahun FBI....daddy sayang sangat....

Friday, July 06, 2012

Pengacara Majlis

Pengacara Majlis ni macam suda menjadi sebahagian daripada Job Description ku di sini. Bermula daripada MC untuk Seiri Day tahun 2008, masa tu aku baru masuk syarikat utiliti ni... lepas tu satu demi satu jenis acara aku MC kan, dari sukan, majlis perhimpunan rasmi syarikat, majlis tahunan sampai la majlis konvensyen atau open day... tapi aku terhadkan bidang MC ni kepada acara yang tidak melibatkan VVIP macam pangkat menteri... kalau ada yang menteri hadir, seboleh-bolehnya aku tolak...
Tapi yang terbaru ni, aku nda boleh tolak lagi.... dari awal lagi namaku sudah terbayang-bayang di minda penganjur.... ni gara-gara majlis perpisahan Pengarah Urusan yang aku MCkan tahun lepas meninggalkan kenangan yang positif kepada semua yang hadir... yang ni lagi besar... majlis meraikan persaraan CEO! wah gentar beb.... yang gentar tu bukan apa, tapi untuk menjadikan majlis ni tidak hambar, ulangkaji mesti dibuat dengan secukupnya... maklumla, CEO ni aku nampak dalam gambar ja, paling dekat pun dalam TV... kalau bilang bersua muka atau bersapa tu memang nda pernah la.... dia nampak aku dalam majlis tahunan mungkin la, tapi amat mustahil la dia ingat aku...ceh...
Cabaran nya ialah aku nda tau latar belakang mantan CEO ni, cuma aku tau dia sangat berbakat...bayangkan dalam umur 39 tahun sudah jadi CEO, lepas tu dia ni asalnya akauntan, tapi mampu menerajui syarikat yang agak teknikal.... semoga aku dapat menjayakan Majlis ni dengan lancar dan teratur... 
Nota Suara Aku sudah mengumandangkan suara ni di pelbagai jenis majlis, Majlis Resepsi Orang Kahwin pun pernah suda aku buat... cuma untuk majlis yang terbuka belum lagi la.... maklumla, aku ni kan pemalu... apapun, kalau ada yang mau panggil jadi MC majlis2 kecil, panggil ja.... ala kampung2 ja....hahahaha...adios!

Friday, April 13, 2012

Genap 3 Bulan

Kemarin FBI inject untuk 3bulan, beratnya sudah mencecah 5.2 kg dan panjang 57cm... ini ukuran kasar yang aku sendiri ukur /timbang di klinik... FBI menunjukkan kelelakiannya bila dicucuk jarum, berteriak seketika dan diam sebaik jarum dicabut dari pahanya...

Cepat masa berlalu, sedar xsedar kami sudah pun mendirikan rumah tangga genap setahun pada 8 April lepas.... syukur kepada Allah kerana melimpahkan kami rezeki yang tidak semua orang mendapatnya.... FBI lahir tidak smpi setahun kami kahwin... nda perlu menunggu lama seperti sesetengah orang... FBI sekarang kerap mengeluarkan suaranya, sentiasa bangga mengeluarkan suaranya sebaik celik mata... kaki dan tanganny juga makin aktif, kakinya yang memang kuat sejak umur 1 bulan, semakin kuat sekarang ni... kalau dibiarkan, kedudukannya pasti berubah dari asal... ni tanda2, nda boleh dibiarkan sendirian di atas katil tanpa penghadang...

NSA berhenti disini dan akan kembali bila mengizinkan.... ni catatan bukan untuk dibaca :)

Wednesday, March 14, 2012

Senyuman Pertama

FBI sudah mengukir senyuman yang pertama kemarin lepas aku balik kerja... aku pasti senyuman ini adalah respon seperti kebiasaan bayi yang berumur 2 bulan... bilang mami nya sepanjang hari nda mau senyum sebab FBI demam akibat inject 2 bulan... kesian sangat, mujur la mami nya seorang yang penyabar dalam menjaga bayi... berat FBI pun sudah menjangkau 4.0+ kg...

Nota Suara Aku selepas ni akan menjadi seperti diari untuk merakam perubahan2 FBI...sekian, untuk masa ini....Adios