Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama