Skip to main content

NSA Berwajah Baru

Blog NSA kini berwajah baru. Saja la cari mood balik untuk aktifkan blog yang sudah lebih 10 tahun umurnya ni.

Walaupun blog tidak seglamour FB, Instagram atau Twitter, tapi nampaknya blog bertahan sehingga kini.

Blog ni dulunya seperti diari juga kan cuma ia dalam bentuk maya. Dan kadang-kadang orang singgah blog.

Kalau anda kebetulan singgah di blog ni, tinggalkan lah jejak ya. Terima kasih kerana singgah ke blog ni dengan tidak sengaja.

Sejak dua hari yang lepas, saya mencabar diri dengan larian 5km setiap hari. Tidak ada sasaran khusus, cumanya bila letakkan sasaran, secara tidak langsung kita akan cuba sedaya upaya mencapainya.

Dulu saya aktif berlari sehingga 52km paling jauh pernah lari. Namun langit tidak selalunya cerah. Ku harap cerah hingga ke petang, rupanya hujan tengahari. Ceh.

Dan perjalanan berlari terhenti seketika. InsyaAllah dengan cabaran larian 5km setiap hari ni, saya akan kembali untuk mencapai matlamat untuk berlari 100 larian Full Marathon ke atas.

Itu sasaran jangka masa panjang. Tahun ini saya ingin berlari 5 FM insyaAllah. Jika anda membaca catatan ini, doakan kejayaan saya.

Baiklah setakat ini dulu, catatan NSA saya. InsyaAllah akan ketemu di catatan akan datang.

Comments

Rini Ismail said…
Wah..blog dah 10 tahun! Daebakla..dah darjah 4 umur dia sekarang :P

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!