Skip to main content

Dosa warisan

Ops Sikap 9 menunjukkan peningkatan kemalangan semasa musim perayaan. Justeru ramai yang menuding jari kepada kelonggaran mendapatkan lesen memandu sebagai penyebab yang paling mudah. Antara cadangan yang dikemukakan ialah dengan memperbanyakkan lagi pemanduan sebelum mendapatkan lesen memandu. Kalau sehingga tulisan ini ditulis, hanya ada 3 peringkat untuk lulus ujian memandu, namun ada cadangan supaya kita menambah kepada sehingga 17 peringkat untuk lulus ujian memandu. Hmm, nampak semakin bijak pula orang Malaysia mencari lubang untuk mengaut keuntungan buat duit. Bukan apa, tapi keadaan ini secara logiknya, apabila ujian memandu yang tiga peringkat pun kadar mencecah tiga angka, apalagi kalau ditambah sehingga 17 peringkat! Pastinya tidak mustahil mencecah RM2 ribu! atau lebih. Mungkin baik untuk kesihatan, kurang nya kenderaan di jalan raya.

Tetapi aku rasa seperti ada wujudnya dosa warisan! Wajarkah kita menghukum bakal-bakal pemandu yang belum pun memegang stereng kereta apalagi mengisi pam minyak dengan terpaksa membayar sehingga tiga angka ini semata-mata untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya?

Aku setuju juga dengan pendapat kakak aku yang mempertikaikan kita hanya melihat kadar kemalangan yang semakin meningkat tetapi tidak pula dinyatakan pemandu di peringkat mana yang terlibat. Maksud aku di sini, adakah pemandu yang terbabit dalam kemalangan itu mereka yang baru dua tiga bulan mendapat lesen memandu (di peringkat percubaan....macam aku), atau mereka ini sudah mempunyai lesen memandu yang sudah lusuh (10-20 tahun). Kalau lebih ramai yang pemandu di peringkat percubaan ini yang terlibat, maka aku nda boleh menafikan dan menidakkan cadangan menambah peringkat kepada 17 peringkat ini dilaksanakan. Jika sebaliknya... tepuk tangan tarik nafas legalah bakal-bakal pemandu kita ni.

Aku hanya memberikan pendapat yang mungkin baik dari Nota Suara Aku yang sudah lama mendiamkan diri memerhati alam. Inilah yang aku janjikan di entry lepas.

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!