Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2005

Dosa warisan

Ops Sikap 9 menunjukkan peningkatan kemalangan semasa musim perayaan. Justeru ramai yang menuding jari kepada kelonggaran mendapatkan lesen memandu sebagai penyebab yang paling mudah. Antara cadangan yang dikemukakan ialah dengan memperbanyakkan lagi pemanduan sebelum mendapatkan lesen memandu. Kalau sehingga tulisan ini ditulis, hanya ada 3 peringkat untuk lulus ujian memandu, namun ada cadangan supaya kita menambah kepada sehingga 17 peringkat untuk lulus ujian memandu. Hmm, nampak semakin bijak pula orang Malaysia mencari lubang untuk mengaut keuntungan buat duit. Bukan apa, tapi keadaan ini secara logiknya, apabila ujian memandu yang tiga peringkat pun kadar mencecah tiga angka, apalagi kalau ditambah sehingga 17 peringkat! Pastinya tidak mustahil mencecah RM2 ribu! atau lebih. Mungkin baik untuk kesihatan, kurang nya kenderaan di jalan raya. Tetapi aku rasa seperti ada wujudnya dosa warisan! Wajarkah kita menghukum bakal-bakal pemandu yang belum pun memegan