Skip to main content

Aku Masih Ada

Hari ni baru ada kesempatan masukkan entry. Inipun entry yg sekadar menunjukkan aku masih wujud dlm blog ni..bercerita tentang kerja yg buat sekarang ni, masih hijau rasanya dalam bidang ni. Hakikatnya memerlukan ketabahan dan tetap dengan matlamat yang ingin dicapai...Kalau diikutkan mau juga kerja yang lebih bagus, tapi mungkin ini yang dikatakan cabaran dalam alam pekerjaan...Aku cuba untuk bertahan dalam 2-3bulan lagi...

Esok mau pg interview satu kerja yang lebih bagus..insyaAllah dapat kerja tu lagi bagus....

Dalam seminggu dua ni, kita banyak didedahkan dan disogok dengan berita yang kadang2 mengelirukan...

Dan aku mau petik cerita komen yang diberikan oleh bekas PM kita terhadap Pak Lah...Pada pendapat aku, ni cuma satu bentuk propaganda daripada bekas PM kita bagi menyelamatkan reputasi Pak Lah yang dari hari ke hari dapat dilihat semakin lemah. Tengok bagaimana respon daripada semua menteri2 yang menunjukkan sokongan yang padu terhadap PM kita ni. Dengan adanya sokongan sebegini dapat mengangkat semula reputasi sebagai PM.

Selain tu,dengan kejadian ini orang ramai dan media akan menumpukan kepada cerita ini dan seterusnya akan menyejukkan kes2 yang mampu menggugat kredibiliti kerajaan. Contohnya kes yang dibongkar oleh Karam Singh Walia yang mencabar integriti JAS.

Itulah yang aku mau kongsikan bagi pendapat aku lah... Kalau ada yg nda setuju, ikut suka dialah...

Nota Suara Aku tidak terlepas dari terkena demam WC yang melanda dunia. Maka aku mau berkongsi pilihan untuk juara tahun ni antara Argentina, Mexico dan Portugal....tapi salah satu pasukan aku ni akan kecundang seawal pusingan kedua yang akan menemukan dua pasukan ni....

Comments

Anonymous said…
wah sudah kembali kamu irman menulis semula setelah sekian lama...semoga berjaya didlm interview seterusnya & mendapat pekerjaan yg lebih bagus...

tentang perbalahan xPM tu biarlah mereka berbalah...tidak ada apa effectnya pada kita...hanya gula saja yg tidak ada...

demam WC ... jgn asyik sgt tak tidur malam...nanti kerja ...zzzzzzzzz harap argentina boleh champ...
untuk pertama kalinya

aku bangun sesesudah jam 12 pm..

hanya untuk mendpati aku lena di hadapan televisi

gara-gara WC

hhuu
Anonymous said…
Irman, argentina bagus bah...
Anonymous said…
Irman, habis harapan, argentina sudah out ini malam 4-2...

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!