Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2006

KERJA

Hari ni baru ada kesempatan sikit utk buat entry dlm NSA ni. Buat pengetahuan aku sekarang ni suda dapat kerja yg kecil2 ja...matlamat awal untuk dapatkan pengalaman. Walaupun kerja ni nda memerlukan segulung ijazah, dan mungkin 0rg kebanyakan akan kata, nda payah masuk Univ la kalau kerja macam tu ja...tapi aku berpegang kepada matlamat sendiri... Mula2 plan mau kerja di Johor tempat Asif ja, tapi sebab aku rindukan rumah dan Sabah, maka aku mengambil keputusan untuk nda balik ke semenanjung lagi...aku ingin berkhidmat di Sabah. Mungkin juga ada akan kata kerja ni sebagai kerja sementara, tapi bagi aku biarlah untuk setahun dua kalau tahan la dengan karenah orang,yg penting kita dapat kenal persekitaran kita, tu yg lebih penting... Nota Suara Aku setakat ni ja untuk masa ni, banyak isu nasional yg mau dikupas, tapi biarlah dulu input maklumat terlebih dahulu...

Pidato Belia Negeri Sabah!

Assalammualaikum wbt... Hari ni nda bole cerita panjang2 walaupun banyak yang ingin diceritakan... tapi sebab kesibukan yang melanda dalam seminggu dua ni... ditambah kepenatan baru balik dari merantau... Sekarang ni pula aku cuba menyibukkan diri dengan pertandingan pidato belia peringkat negeri Sabah. Esok adalah acaranya bertanding! Sampai ke saat artikel ni ditulis, aku tanya Amin tapi dia pun bagi kasar ja. Cubalah faham yang aku ni perlukan bantuan dan khidmatnya...dan sampai ke saat ini juga, aku masih belum menyiapkan teks pidato ku...dalam kepala sekarang ada sudah tumbuh 'tanduk' untuk melakukan taktik kotor...hehehehe tapi sabar dulu. Kalau sudah terdesak baru gunakan senjata ni... Mau tanya Kalui pula, memang perlukan kos yg tinggi sebab kalau setakat sms, memang taun depan baru dibalas kali... Nota Suara Aku bila berada di Sabah negeri di bawah bayu ni, susah sikit mau datang ke cc atau cari internet sbb MAHAL mau mampus...jadi kadang2 la bagi komen...kalau ada yg

Gen-M yang makin pudar.

Semalam 1mei merupakan hari buruh yang disambut oleh semua rakyat Malaysia yang bekerja mahupun yang tidak bekerja. Contohnya pelajar sekolah dan juga kedai-kedai kecik di pasaraya pun tutup. Semalam juga pelanggan-pelanggan talian m**is merayakan pesta seribu sms dengan seringgit. Nampak macam mewah dan membuatkan kegembiraan di kalangan pelanggan-pelanggan tapi tanpa difikirkan dengan teliti, bagaimana hendak dihabiskan 1000 sms dalam masa kurang 16jam. Itu belum dikira dengan sms yang gagal dihantar atas kesibukan talian. Akhirnya berakhir dengan satu penyesalan sebab tidak sampai seratus sms pun yang dihantar kepada rakan-rakan. Lebih merugikan sebenarnya sebab mungkin bukan aku shj yang buat tapi juga ramai lagi, yg mengirim sms berbentuk lawak tapi dgn tujuan mengenakan dan perli orang lain terutamanya pemilik hp sendiri. Kalau dikira dalam seratus sms yang aku terima semalam, hanya kurang 15 atau 20sms shj yg mengandungi unsur2 nasihat atau intelek. Selebihnya tidak bole di