Skip to main content

Duit Raya

ini antara entry terawal pernah aku buat dlm taun ni yg hampir ke penghujung nya..bukan apa tapi kerana excited yg amat sangat, mcm tak percaya pula aku dapat duit raya buat pertama kalinya selepas aku bekerja...wpun rm20 bukan nilai yg banyak, tapi keseronokan yg aku dapat huiyoo mcm di kayangan(ish mcm pernah pg ja)..

aku tak sangka juga dapat berkongsi perasaan budak2 yg dapat duit raya..bahkan aku terlebih awal dari budak2..terima kasih la pd yg sudi memberi... mcmn la pula budak2 yg dpt duit raya banyak tu ar?

semalam aku window shopping lagi dgn farhan... dlm jln2 tu sempat jg aku belikan c Said baju Melayu utk raya taun ni...aku perasan yg aku dan adik aku ni mempunyai 2 watak yg berbeza.. dan kami mendapat layanan yg berbeza jg... aku dulu masa umur2 nya, mesti dapat baju raya tiap taun bahkan warnanya aku yg tentukan..tapi dia ni tak la secerewet aku...dia tak kisah teda baju Melayu..klu ada Alhamdulillah...

apapun Nota Suara Aku mungkin akan berehat selama 2 minggu utk memberi tumpuan kepada Hari Raya.. tak sabar menunggu pertemuan 13 beradik di Kampung Air, Sandakan pada 28 September ni...

Comments

Abah Mui'zz said…
Selamat Menyambut Aidilfitri nanti Man. Sambutlah hari kemenangan tu dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Seronok dapat berkumpul semua adik beradik kan?

Salam buat semua ahli keluarga yang mengenali abah dan keluarga.

Popular posts from this blog

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...