Sekarang ni ramai agak lesu dengan keputusan tidak ada bonus sebelum Raya.. dan tidak kurang juga tidak boleh menerima kenyataan keputusan yang dibuat oleh kerajaan terhadap kakitangan kerajaan ditambah dengan kualiti minyak yang rendah berbanding sebelum ini tetapi dengan harga yang kekal di tahap 1.80 (sebenarnya naik kalau dikira dengan kalkulator atau sempoa). tetapi lain sedikit dengan syarikat tempat aku bekerja ni... Pengurusan mengumumkan bonus syarikat sebanyak 30% dari gaji pokok... Kesyukuran dipanjatkan kerana sekurang2 nya beban dapat dikurangkan dengan pengumuman ini... dan nilai itu terus menyusut sebab perancangan Hari Raya yang bakal menjelang dalam sedikit hari lagi... Bonus juga perkataan yang selalu aku dengar tapi jangan terkejut setelah bekerja lebih dari 3 tahun dengan dua syarikat, ni la kali pertama aku mendapat bonus... dan aku suka untuk meninggalkan tanda mata setiap perkara pertama yang aku dapat dengan duit... contohnya pertama kali menang Debat diRaja jun...
Bercakap dgn nota lebih mudah didengar dan difaham.