Skip to main content

Bonus

Sekarang ni ramai agak lesu dengan keputusan tidak ada bonus sebelum Raya.. dan tidak kurang juga tidak boleh menerima kenyataan keputusan yang dibuat oleh kerajaan terhadap kakitangan kerajaan ditambah dengan kualiti minyak yang rendah berbanding sebelum ini tetapi dengan harga yang kekal di tahap 1.80 (sebenarnya naik kalau dikira dengan kalkulator atau sempoa). tetapi lain sedikit dengan syarikat tempat aku bekerja ni... Pengurusan mengumumkan bonus syarikat sebanyak 30% dari gaji pokok... Kesyukuran dipanjatkan kerana sekurang2 nya beban dapat dikurangkan dengan pengumuman ini... dan nilai itu terus menyusut sebab perancangan Hari Raya yang bakal menjelang dalam sedikit hari lagi...

Bonus juga perkataan yang selalu aku dengar tapi jangan terkejut setelah bekerja lebih dari 3 tahun dengan dua syarikat, ni la kali pertama aku mendapat bonus... dan aku suka untuk meninggalkan tanda mata setiap perkara pertama yang aku dapat dengan duit... contohnya pertama kali menang Debat diRaja junior (bukan juara pun, tapi naib juara sj) maksud aku pendebat terbaik final, aku beli nokia n-gage yang masih ada smpi sekarang... kemudian gaji pertama di Sesb, aku beli kan mama cincin yang xseberapa harganya... dan aku suda menanam angan2, bonus kali ini aku ingin membelikan kakak2 ku sepasang kasut tiap sorang...

ramai orang hanya membelikan orang2 penting seperti mama, bapa, isteri/suami dan lebih2 lagi awek/tunang dengan gaji atau bonus di Hari2 bermakna seperti Raya atau ulang tahun mereka... dan adik-beradik seperti tidak lagi layak menerima hadiah dari kita... lagi2 yang sudah mendirikan rumah tangga... sedangkan mereka juga layak menerima buah tangan dari kita... mereka juga berperanan penting dalam menjadikan kita seperti sekarang ini... betul mereka tidak meminta atau mengharapkan dari kita, tapi lebih baik kita memberi dari meminta kan... pasti terasa lebih ringan... lagipun bukan selalu aku dapat memberikan benda2 seperti ini kepada mereka... asyik2 yang dapat adik2 ataupun anak2 mereka sedang mereka seperti tidak bermakna lagi kepada kita... aku meletakkan begini, mungkin ini saja kesempatan yang dapat aku berikan hadiah ini kepada mereka... siapa tau taun depan aku ni berteman dan mempunyai komitmen yang lebih besar, pasti mereka semakin dilupakan... moga2 tidak terjadi sedemikian la... tapi kita hanya merancang kan...

Nota Suara Aku tidak terlalu excited untuk meraikan raya tahun ini, tidak seexcited masa belajar dulu, mendengar lagu raya juga tidak semeriah dulu bahkan kalau boleh aku nda mau mendengar lagu raya sebelum tiba waktu nya... sepertinya mendengar lagu bday sedangkan bday lama lagi... nda ngam kan?? aku masih lagi terkenang kan anak buah ku yang pergi Mei lepas... masih terbayang di mata raya lepas, dia dapat duit raya lebih berbanding anak buah yang lain... setiap kali aku shopping(window shopping ja pun), bila aku nampak aksesori budak2, sepertinya aku ingin membelikan untuk nya... bila aku mau makan, sepertinya aku ingin memberikan makanan ataupun berkongsi dengan nya... moga2 dia bergembira di sana, alfatihah ku kirim untuk mu Nurul.... alfatihah.....

Comments

Anonymous said…
terima kasih kasut tu...mest aku ingt smpai bila2.it is quite surprise 2 hv new pair of shoes utk hari raya.dis is my 2nd shoes i got fr u!1st shoes i wore masa 1st day keja d LPP. Thanx bro. Mudah2n cpt dpt jodoh...

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!