Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2009

Bonus

Sekarang ni ramai agak lesu dengan keputusan tidak ada bonus sebelum Raya.. dan tidak kurang juga tidak boleh menerima kenyataan keputusan yang dibuat oleh kerajaan terhadap kakitangan kerajaan ditambah dengan kualiti minyak yang rendah berbanding sebelum ini tetapi dengan harga yang kekal di tahap 1.80 (sebenarnya naik kalau dikira dengan kalkulator atau sempoa). tetapi lain sedikit dengan syarikat tempat aku bekerja ni... Pengurusan mengumumkan bonus syarikat sebanyak 30% dari gaji pokok... Kesyukuran dipanjatkan kerana sekurang2 nya beban dapat dikurangkan dengan pengumuman ini... dan nilai itu terus menyusut sebab perancangan Hari Raya yang bakal menjelang dalam sedikit hari lagi... Bonus juga perkataan yang selalu aku dengar tapi jangan terkejut setelah bekerja lebih dari 3 tahun dengan dua syarikat, ni la kali pertama aku mendapat bonus... dan aku suka untuk meninggalkan tanda mata setiap perkara pertama yang aku dapat dengan duit... contohnya pertama kali menang Debat diRaja jun

Ramadhan Fasa Ketiga

sungguh nya cepat masa berlalu dan kita mudah tinggalkan tanpa berusaha meragut kelebihan2 yang disediakan di bulan Ramadhan ini... hari ini suda masuk hari yang kedua puluh satu kita berpuasa... bermakna kita sudah berada di peringkat ketiga bulan ramadhan... dan aku gagal untuk mengambil kesempatan Ramadhan ini... bermakna juga dengan kata mudah, tahun ini aku gagal lagi... moga2 minggu terakhir ini dapat aku menggunakan kesempatan yang diberikan oleh Allah kepada kita... bulan ini boleh dikatakan setiap minggu aku balik sandakan dan meluangkan masa berbuka bersama keluarga... kesempatan ini datang nya dari cubaan berniaga yang aku dapat dari seorang kawan... niaga apa?? ni sulit sedikit hendak diwar-warkan disini, bukan seperti produk Hiraq dalam blog abahmuizz... tapi aku bukan driving setiap minggu ulang-alik kk-sandakan, seminggu aku bawa kereta, minggu lepas aku naik bas pula, dan minggu ni aku balik bawa kereta... walaupun penat ditambah dengan beban minyak (hadiah Hari Merdeka