Skip to main content

tugasan baru

assalammualaikum selamat tahun baru...
ceh macam terlambat pula, maklum la ni merupakan post di tahun baru... bukan tiada kelapangan, cuma aku seperti berat untuk menotakan NSA... bukan juga tiada cerita, bahkan cerita bertimbun cumanya nda tau memulakan dan mengarang nya d NSA... hanya mampu menjenguk seketika dan beralih kepada fb semula... kebanyakan masa di alam maya ni, aku habiskan d fb saja... lain laman yg aku lawati, hanya la seperti espnstar.com , soccernet.com, airasia, malaysiaairlines dan cimbclicks.com.my...

hari ni aku terasa aku perlu menotakan kejadian2 yang berlaku sepanjang 20 hari di tahun baru... paling penting berlakunya 'reshuffle' tugas2 di pejabat ni... untuk pengetahuan, sebelum ini aku bertugas d tiga kerja utama... pertama EWRM, kedua DCM dan fasilitator 5S jabatan... ketiga2 kerja utama ini boleh dikatakan lulus walaupun tidak cemerlang di mata KOD.... dan sebaik hari isnin menjengahkan diri baru2 ini, ketua unit mengumumkan pertukaran tugas2... aku amat terkejut dengan perubahan drastik ini... kesemua tugas2 ku diserahkan kepada mereka2 yang tidak mempunyai banyak kerja kecuali DCM... kemudiannya aku diberikan portfolio baru sebagai fasilitator CFT dan juga penerbitan E-buletin / artikel.... mula2 aku menentang dengan sekeras2 nya pertukaran ini... mungkin aku terlalu emosi sehingga aku terlupa bahawa bos always right & ada hikmah disebalik semua ini... dan emel yang dihantar ketua unit semalam mengesahkan khabar ini... apa yang aku buat??

pertamanya, aku berniat untuk membalas emel kepada ketua unit yang aku tidak bersetuju dengan pertukaran ini... aku draf emel dan minta pandangan rakan sekerja... kemudian aku bertemu dengan 3 orang senior dan bertanyakan pendapat mereka tentang perkara ini... keputusan nya, aku bersendirian bila kesemua senior memberikan pandangan bahawa biarlah dengan tindakan ketua unit/KOD berhubung perkara ini... pandangan yang hampir serupa dari kesemua mereka...seolah-olah mereka berpakat, tapi bila rakan sekerja memberitahu mereka sebenarnya memberikan pandangan sebagai ahli pengurusan.... kadang2 betul juga bila difikirkan perkara ini... ada baik dan buruknya dengan pertukaran ini...

dari segi baiknya, pertama aku dapat melepaskan kerja2 yang dianggap tidak popular oleh sebahagian besar anggota kerja di syarikat ini... mereka berpendapat, apa guna sebagai staf bertungkus lumus bekerja tetapi hasilnya tidak kelihatan... apa guna melakukan kerja2 yang tidak disukai oleh semua orang, justeru mereka berpendapat adalah dialu-alukan kerja sebagai Prochamp EWRM diberikan kepada mereka yang dirasakan layak...

kedua, aku seharunya bersyukur kerana aku tidak perlu menolak kerja2 ini, bahkan selepas setahun 8bulan aku diberikan tugas2 baru.... mereka berpendapat ini adalah untuk kebaikan aku juga... sekurang2 nya pengalaman kerja aku bertambah dan tidak tertumpu kepada aktiviti2 tertentu sahaja... aku sangat beruntung diberikan tugasan baru dan boleh dikira berlainan dari kerja yang aku buat sekarang... lebih bagus lagi, tugasan penerbitan e-buletin dan artikel sangat sesuai dengan bidang yang aku ambil semasa di universiti dulu.....komunikasi... cumanya sedikit masalah sebab aku tidak begitu friendly dengan aplikasi komputer seperti paint dan sebagainya lah....tapi tu semua cabaran kan... akhirnya cabaran lah yang akan mematangkan kita....

buruknya pula, yang dapat aku nampak ialah aku terpaksa memberikan tunjuk ajar kepada pengganti aku selepas ini... itu baik sebab memberikan tunjuk ajar, yg menjadikannya tidak bagus ialah bila tunjuk ajar ini tidak dinilai pada penilaian akhir prestasi... sebab sekarang ni semua yang dinilai mestilah ada kategorinya... contohnya aku tiada KPI tentang ISO, jadi bagaimana aku masukkan tunjuk ajar ini sebagai kerja2 yang aku buat sebagai sokongan pada penilaian prestasi nanti...

kedua, secara tidak langsung beban kerja aku akan bertambah bukan berkurang sebenarnya.... sebab aku bukan melepaskan beban ini secara terus, tetapi perlu melatih mereka sehingga mereka menguasai semua kemahiran yang sepatutnya mereka perolehi... aku bukan berkira pun, cuma aku dapat merasai mereka sekarang sedang bermain catur yang dinamakan Ofis Politik!!! kesilapan paling besar mereka ialah bila merasakan aku terlalu muda dan mudah untuk digunakan sebagai buah catur biasa...

Nota Suara Aku masih mampu untuk bertahan walaupun KOD sedang cuba menyerang secara halus supaya aku menulis surat mohon ditukar ke jabatan lain.... jika dia berfikir aku tidak berguna, dia manusia paling silap... aku sudah pun mendapatkan maklumat dari HR sendiri, banyak lagi jabatan yang mau aku.... sebabnya... entahlah mungkin ada karisma terpancar di wajahku... hahahahaha...siapa tau kan... mudah2 an aku dapat menerukan kerja di opis ni dengan lancar... semoga dengan tugasan baru ini membuka satu lembaran baru aku di syarikat ini...

aku berdebar menantikan kehadiran hari yang bertarikh 7 Februari.... apa istimewa nya??? ah biarlah rahsia... walaupun tarikh tu ramai juga yang sudah tau.... akhir sekali teruskan berusaha supaya mencapai kejayaan yang lebih cemerlang di tahun2 mendatang.... adios!!

Comments

Anonymous said…
aku fikir mesti bos mu nmpak yg len nda da kerja (nda pro aktif)jd tu adalah reverse psikologi kepada yg dpt jawatan tu...bukan sebab layak @ tidak...tink +ve!portfolio baru ni m'gambarkan kau yg sebenar...aku rasa bosmu nampak kecenderungan mu dmana...aku percaya teda langsung niat bos mu mo ko dtukar,klu ada buat apa dia b'kias?dorg ni jenis strait foward klu nda layak bukan susah dia hantar jak ko dmana2 jabatan!

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!